You are on page 1of 9

UNIVERSITY OF MALAYA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

“FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU”

JXEA 1104

JAMALIA BINTI MATNAN

JEA080026

PROF. DR AMRAN BIN MUHAMMAD

25 Ogos 2008
PANTUN BUDI

Tegak rumah kerana sendi Buat meniaga di kedai cina


Runtuh sendi rumah binasa Timun bali dimakan pahit
Sendi bangsa ialah budi Biar miskin bertambah hina
Runtuh budi runtuhlah bangsa Budi bahasa mahu yang baik

Cahaya redup menyegar padi Berbelok di tanjung beringin


Ayam berkokok mengikat tuah Kemudi patah dilentar
Jikalau hidup tidak berbudi Elok orang hati tak ingin
Umpama poko tidak berbuah Budi bahasa hatiku hancur

Bunga raya kembang tak jadi Anak itik berenang balik


Sebab musabab hairan sekali Menyelam takut akan lemas
Hidup kita hanya sekali Kalau ada budi yang baik
Budi bahasa tak jual beli Saya todak memandang emas

Pada ikan baiklah udang Semenjak kentang menjadi gulai


Sedikit tak takut kena tulang Ubi tidak bersama lagi
Jahat dan baik semua ditimbang Semenjak wang menjadi pemakai
Seumpama rambut budi tak hilang Budi tidak berguna lagi

Di sana padi di sini padi


Itulah nama sawah dan bendang
Di sana di sini budi
Barulah sempurna bernama orang
PENGENALAN

Pantun ialah puisi tradisional melayu turun temurun yang tertua di dalam budaya

melayu. Ia adalah akal budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan

memperindahkan perasaan. Terlalu banyak pantun yang mempunyai falsafah

keintelektualan yang tinggi yang tinggi sama ada dari segi bahasa, falsafah, dan nilai-nilai

kehidupan. Kita dapat melihat tahap keintelektualan orang melayu yang mencipta pantun

dengan menggunakan perbandingan, kiasan dan lambang tertentu bagi mempunyai

falsafah yang tinggi. Pantun adalah satu – satunya genre yang tersendiri dihasilkan

dari dahulu sehingga sekarang yang terus hidup dan masih hidup, tak lapuk di

hujan tak lekang di panas. Pantun juga merupakan dan bersesuaian dengan

kenyataan bahawa pantun adalah manifestasi akal budi masyarakat.

Budi adalah perkataan sanskrit, bererti asas – hikmah, dan di dalam ilmu.

Budi diibaratkan sebagai pelita atau obor yang menyinari jalan yang ditempuh

oleh manusia. Bukhari al – jauhari di dalam kitab yang terkenal yang dijadikan

rujukan dan nasihat kepada raja dan juga kerajaan, taj-us-salatin atau mahkota

Ulul-Albab yang beliau petik dalam Al-Quran, surah Al-Ma’idah ayat 100 sebagai

“............segala orang yang berbudi”. A. Yusof Ali (Al-Quran : 1983 : 274)

menterjemahkan perkataan yang sama sebagai “........that’s understand”. Di dalam

penjelasan mengenai ayat – ayat tersebut, A. Yusof Ali menyatakan bahawa orang

yang tidak baik dan memilih yang baik walaupun yang baik itu terlalu sedikit.
Budi merupakan satu nilai sosio yang amat dipentingkan dalam

masyarakat melayu sehingga setiap anggota masyarakat diterapkan dengan nilai –

nilai tersebut sejak mereka kecil lagi. Budi dimasukkan merangkumi segala bentuk

budi termasuklah budi bahasa, budi pekerti, dan berbudi. Apa yang dianggap

sebabgai budi tidak semestinya yang berupa material., barangan, makanan, emas,

atau wang tetapi meliputi juga menghormati, berbahasa dan berkasih sayang. Peri

pentingnya budi itu ditafsirkan sebagai lebih bernilai dari emas. Justeru itu, kita

dapati perkara budi ini dirakamkan dalam banyak contoh karya puisi tradisional,

seperti contoh berikut:

Bukan tanah menjadi padi

Kalau jadi hampa melayang

Bukan bangsa menanam budi

Kalau tanam Cuma terbuang

Rosak pandan kerana padi

Rosak padi kerana bunga

Rosak badan kerana budi

Rosak budi kerana orangnya


HURAIAN

Bijak pandai melayu pada satu masa dahulu seperti pawang, bomoh, dukun,

beserta para penguasa adat yang wujud di dalam ruang dan masa telah menyusun

dan mengketogarikan konsep budi bukan sekadar sebagai struktur dalaman tetappi

juga dapat digunakan dalam hubungan sosial ( sosial relation and interaction) mereka.

Budi mengandungi rumpunnya atau gugusan yang bersiratan iaitu akar budi, hati

budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti.

Gugusan budi atau rumpun ini dapat dibahagikan kepada dua yang juga

bersiratan antara satu sama lain, ibarat kulit dengan isi, luar dalam, lahir batin

dan rohani jasmani. Kulit, luar, lahir, jasmani merupakan struktur luaran atau

permukaan, fizikal, material, fiil, yang meliputi persoalan budi pekerti dan budi

bahasa. Isi, dalam, batin, rohani merupakan struktur dalaman yang meliputi akar

budi, hati budi dan budi bicara.

Gugusan budi tersebut dimanefastasikan dalam satu gugusan hubungan sosia

budaya dan spiritual yang meliputi berbudi kepada tuhan iaitu Allh, berbudi

kepada bangsa dan tananh air, berbudi kepada tanah iaitu alam, berbudi kepada

masyarakat dan budaya, berbudi kepada keluarga dan berbudi kepada diri sendiri.

Gugusan ini di lihat secara umum sahaja kerana persoalan lain boleh ditambah

seperti berbudi kepada pemimpin dihirarki sosial tertinggi. Gabungan kedua – dua

gugusan tersebut untuk menghasilkan manusia, masyarakat, budaya dan

warganegara yang budiman.


Penerapan nilai budiman bertujuan untuk melahirkan manusia melayu yang

halus, berhati mulia, berakal, bijaksana, beradab tahu membalas budi dan

sebagainya.budi dan budiman ialah teranas humanisme, moraliti, dan etika melayu

yang berpaksikan kektuhanan (ketauhidan) yang mampu meletakkan manusia ke

darjat, harkat dan martabat yang tertinggi.

Tuhan telah menganugerahkan manusia akan akal, maka akal bukan sekadar

intelligent, ia adalah segala potensi rohaniah yang memiliki pelbagai kemampuan

berfikir, menyedari, menghayati, mengerti, mengetahui dan memahami yang kadang

kala bersifat teoritis dan praktis yang semuanya berpusat di otak. Semua kualiti

ini dipengaruhi oleh faktor luaran yang melahirkan cara berfikir tersusun,

berstruktur dan memiliki kesedaran, tetapi kesedaran bukan berpusat di otak tetapi

ia berpusat di hati (qalbu)

Hati ialah alat untuk menghayati, proses yang berlaku di hati, kadangkala

tidak disedari tetapi mengandungi kebenaran, disebut orang melayu sebagai kata

hati (intuition) atau rasa dan perasaan. Lantaran itu, otak (akal) alat berfikir dan

hati alat kesedaran dan penghayatan. Otak dan hati adalah satu kesatuan erat,

tidak terpisah tetapi disatukan menjadi apa yang disebut oleh orang melayu

sebagai akal budi dan hati budi.

Namun begitu orang melayu diingatkan bahawa jika sesuatu tindakan,

pertimbangan Cuma menurut hati atau rasa sahaja tidak baik seperti kata
perbilangan “ikut hati mati ikut rasa binasa” maka gabungan akal, budi, dan hati

saling melengkapi. Akal budi, hati budi merupakan pancaran batiniah yang halus

lagi seni mempengaruhi keseluruhan tindakan dan pertimbangan budi bicara, budi

bahasa dan budi pekerti.

Seorang yang budiman ialah seorang yang beradab, berkelakuan sopan,

tertib, tahu malu, memiliki akhlak dan perangai yang mulia atau berbudi pekerti.

Konsep berbudi pekerti berkait rapat dengan malu, untuk mengelak diri dari

kejahatan, malu jika tidak berusaha, malu jika tidak berakhlak mulia dan malu

jika tidak berbahasa. Malu seperti ini ialah malu yang positif yang bukan negatif

membawa maksud malas, segan dan takut. Orang yang menjaga malunya ialah

orang yang budiman.


KESIMPULAN

Kita dapat melihat tahap keintelektualan orang melayu yang mencipta

pantun dengan menggunakan perbandingan, kiasan dan lambang tertentu bagi

mencapai maksudnya. Kias ibarat yang terkandung mengindahkan pantun dan

mempunyai falsafah yang tinggi.

Pantun melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan budaya. Ia

adalah satu pencapaian yang tinggi walaupun dihasilkan oleh individu tetapi tidak

ada persoalan hak cipta. Pantun bukan milik individu tetapi milik kolektif seluruh

masyarakat. Lantaran itu, manusia budiman seperti yang di nyatakan diatas

bukanlah satu ciri yang individualistik tetapi adalah peribadi yang diharapkan

daripad seseorang individu melayu. Pantun melayu sendiri meletakkan landasan dan

orientasi kepada seseorang melayu yang ideal, budiman, memiliki kemampuan

fizikal, mental, emosional dan spiritual serta menegaskan akan asal usul seseorang.

Masyarakat dan budaya orang melayu telah memainkan peranan dari segi orientasi

nilainya untuk menjadikan manusia melayu seorang yang beradab, tertib dan

beradat.

Manusia budiman di dalam kkonteks melayu disebut “orang” dalam erti

kata menjadi orang adalah konsep budaya, satu kategori sosio budaya yang

memmilik budi tinggi, beriman, berilmu, memiliki kekayaan dan kedudukan.

Kekuatan batiniah dan lahiriah tergabung dan melengkapi menjadikan ia seorang

yang budiman.
BIBLIOGRAFI

Alias Yunus(1996), Pantun Melayu Sastera Rakyat, Federal Berhad

A.W.Hamilton(1959), Malay Pantuns,Eastern Univercities Pres,Singapura

Raja Ali Haji(MSS),Bustan Al-katibin

Raja Ali Haji 1927, Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu Kamus Lughat Melayu

Johor,Pahang, Riau dan Lingga,Singapura; Al-Ahmadiah Press

You might also like