You are on page 1of 10

|     



|


 
    
!  " #$ 
%&
Pengenalan
v Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam
pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi
yng sederhana dan stabil.
v Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialah perpaduan negara yang
merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-
usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat
Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu
kepada Rukun Negara.
v Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai
objektif dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat
menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira
keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000
juta. Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan
sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk
pentadbiran awam.
Strategi dan pelaksanaan RMK-5
v Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan
melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5.
Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah
peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation
(pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik
syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong
persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat
pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan
pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan
ekspot.
v Selain itu, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan
industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-
syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang,
penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman
tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha
menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah-
langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak
kilang dan lain-lain.
v Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur
akan dimajukan untuk mengurangkan penghijrahan pekerja
ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi
perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh
pihak swasta, menggalakkan pihak swasta menyediakan
kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan
Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat
Malaysia pada tahun 1990.
v Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan
oleh agensi-agensi seperti Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Tenaga Manusia (MAMPU). Seterusnya, perhatian juga
diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi
kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan
tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut.
v RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu
penekanan terhadap bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat
meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan
guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber
manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran
dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan,
perhotelan dan perkapalan.
v Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan
kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru juga
diberi penekanan dalam RML. Ini bertujuan bagi
mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur
serta meluaskan faedah pembangunan kepada seluruh
wilayah. Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan
terutama di pusat-pusat yang berpotensi tinggi untuk
berkembang. Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis
panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan
semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan.
4'(' & )(" "'

v Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Sektor swasta


digalakkan
untuk mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi
mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian.
Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam proses
perancangan dan pelaksanaan diperluaskan lagi. Sistem maklumat
pengurusan bersepadu yang dipanggil Sistem Pengesanan Projek
Yang Disatukan Bagi Agensi-agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan.
v Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah
jabatan, agensi dan pejabat cawangan telah ditubuhkan.
Kementeriankementerian yang baru ialah Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian
Kehakiman. Seterusnya, sejumlah 48 buah kementerian, Jabatan
dan agensi persekutuan dan negeri telah disusun semula.
v Selain daripada dasar-dasar dan nilai-nilai yang tersebut di atas,
beberapa langkah pentadbiran yang baru telah diperkenalkan untuk
menggalakkan jentera perancangan dan pelaksanaan Kerajaan yang
lebih cekap dan lebih produktif. Langkah-langkah baru tersebut
ialah kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan,
kumpulan meningkat mutu kerja, manual prosedur kerja dan fail
meja, pusat pembayaran setempat, konsep pejabat terbuka, sistem
perakam waktu, tanda nama, peti cadangan, pengurusan melalui
mesyuarat dan penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara.
Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti
berikut:-
1. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020)
2. Wawasan 2020 (1991 - 2020)
3. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 - 2000)
4. Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995)
4*+ |

v Prestasi ekonomi sepanjang tempoh RML amat membanggakan. Pada keseluruhannya,


Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus
setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Prestasi yang
menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah penyesuaian
yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit
belanjawan. Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal yang
diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah menambahkan keyakinan para
peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta. Faktor-faktor tersebut berserta dengan
persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan ekonomi pulih dengan
segera.
v Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih
saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh
separuh penggal kedua RML telah menghasilkan kemajuan yang ketara dalam corak agihan
pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah dicapai, mencerminkan
kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga dan penyertaan
Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan tenaga kerja
Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan
penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan
Bumiputera di dalam kumpulan
berpendapatan tinggi.
v Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam
pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang
berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad.
Faktor-faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang
masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang kecil dan
terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi
kemampuan pengurusan.
v Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan
ekonomi telah juga menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera,
menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB masih belum
mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan. Sebagai sebahagian
daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera,
Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung
Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu,
had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi
seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit
(CGC) kepada peniaga- peniaga kecil juga telah di tambah.
v Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah
berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan
ekonomi. Negara telah dapat mengatasi beberapa
cabaran ekonomi sepanjang tempoh
pembangunan sehingga kini. Tugas mengekalkan
dan seterusnya meningkatkan lagi perkembangan
ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan.
Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi
tekanan dalam projek-projek pembangunan
negara.