You are on page 1of 3

Satu sistem kebangsaan untuk perpaduan kaum!

Ditulis oleh Prof.Abdullah


Sabtu, 17 Oktober 2009 00:57 -

Entri Asal 25 Disember 2008

Diamil daripada ARKIB Utusan Malaysia: 02/12/2008

Sekolah satu sistem oleh NOR ZAINAH NORDIN dan AU YEONG HAW

KUALA LUMPUR 1 Disember 2008. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir
mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan
semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara
ini.

Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan
di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan kecuali bagi subjek <strong>Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa
Inggeris</strong>.

“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi
kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.

“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti
Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah
berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah
hubungan kaum di negara ini.

Katanya, sistem pendidikan kebangsaan diamalkan di 99 peratus negara di seluruh dunia, dan
pola sedunia itu seharusnya turut menjadi amalan di Malaysia.

Beliau berharap pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak melihat cadangan
tersebut secara negatif kerana ia bertujuan menjadi penyelesaian kepada masalah perkauman
yang menjejaskan semangat kebangsaan rakyat Malaysia.

“Jika ada yang menolak cadangan ini, mereka perlu menjelaskan sebab-sebab mereka
menentangnya. Bagaimana mungkin mereka bercakap mengenai perpaduan dan
mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama masih berkeras untuk
mengamalkan sistem sekolah berbeza bagi kaum mereka?

“Kalau kita mahu hak yang sama rata, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan berbeza.
Kita tidak boleh mendapatkan kek dan mahu makan kesemuanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, semua pihak khususnya pemimpin parti-parti komponen BN
perlu berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh meregangkan hubungan antara
mereka, termasuk membangkitkan isu ketuanan Melayu.

1/3
Satu sistem kebangsaan untuk perpaduan kaum!

Ditulis oleh Prof.Abdullah


Sabtu, 17 Oktober 2009 00:57 -

Beliau yang melihat isu itu sebagai perkembangan yang tidak sihat berkata, sejak akhir-akhir ini
banyak kenyataan dibuat oleh pemimpin parti komponen BN yang mampu menaikkan
kemarahan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO.

“Sekiranya mereka berdegil dan terus mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ketuanan Melayu,
janganlah pula terkejut jika orang Melayu mula membuat reaksi balasan mengenai apa yang
dianggap mereka sebagai ketuanan ekonomi kaum bukan Melayu di negara kita.

“Jadi eloklah kita elakkan polemik ini kerana walau apa pun yang dikatakan mengenai isu
ketuanan Melayu, orang Melayu tidak pernah merasakan mereka tuan apabila bercakap
tentang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, beberapa tokoh pendidikan negara menyokong cadangan Mukhriz tersebut.

Mereka berpendapat sistem pendidikan Malaysia kini adalah hasil peninggalan zaman
penjajahan British yang menampilkan sekolah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat
direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli-ahli politik negara ini.

“Lebih-lebih lagi politik negara sekarang dilihat lebih menekankan perkauman dan sehubungan
itu terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya,’’ kata beliau ketika dihubungi Utusan
Malaysia.
Bagaimanapun, Abdul Rahman tidak bersetuju dengan saranan anak bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad itu untuk mewajibkan murid mempelajari bahasa ibunda
masing-masing.

“Memang tidak kena. Kaum Cina mempunyai bahasa Kantonis, Hokkien dan Mandarin.

“Bahasa Tamil pula jelas sekali bukan merupakan bahasa ibunda untuk pelajar kaum India. Ada
lagi bahasa Telegu dan Punjabi,” jelas beliau.
Ahli sejarah, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan cadangan Mukhriz itu sebagai sangat
baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

“Malangnya cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dan kemudian dilupakan begitu sahaja
ekoran orientasi pendidikan yang lebih menekankan markah ‘A’ dalam peperiksaan.

“Pelajar belajar tanpa matlamat positif untuk perpaduan, hanya untuk peperiksaan. Seringkali
mereka tidak faham apa-apa yang dipelajari... mereka hanya tahu menghafal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata,
cadangan Mukhriz itu bukan sesuatu yang baru tetapi pelaksanaannya dapat mengeratkan
perpaduan kaum.

“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu
menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956.

2/3
Satu sistem kebangsaan untuk perpaduan kaum!

Ditulis oleh Prof.Abdullah


Sabtu, 17 Oktober 2009 00:57 -

“Malangnya ia tidak dapat dilaksanakan sampai ke hari ini. Ternyata sistem pendidikan negara
kini adalah ciptaan penjajah British dulu yang masih kita warisi selepas kemerdekaan negara,”
katanya.

3/3