MODUL ICE-BREAKING

Nama aktiviti Masa Alatan : ³Daun Halal 2´ : 25 minit : Kad Poker

OBJEKTIF : 1. Membina hubungan, interaksi dan kerjasama antara pelajar. 2. Menggalakkan pelajar mengenali antara satu sama lain. 3. Mewujudkan perasaan hormat-menghormati. PROSEDUR : 1. Fasilitator menerangkan fungsi kad seperti ³Daun Halal´ . 2. Pelajar mempunyai kad masing -masing. 3. Fasilitator memberikan arahan supaya berkumpul mengikut nombor genap dan nombor ganjil daun pada kad poker dalam bentuk bulatan. Pelajar diminta berkenalan di dalam kumpulan tersebut seperti: y Nama y Tempat tinggal y Tarikh lahir y Hobi y Dan lain-lain yang munasabah (masa yang diberikan hanya 5 minit sahaja)

4. Fasilitator bertanyakan kepada beberapa orang peserta mengenai latar belakang anggota kumpulan tersebut. 5. Fasilitator memberikan arahan kepada peserta supaya mencari rakan yang sama nombor dan membuat bentuk bulatan. Proses berkenalan diteruskan seperti prosedur no 3 dan 4. Masa yang diberikan hanya 2 minit sahaja. 6. Fasilitator memberikan arahan seperti prosedur no 3 dan 4 tetapi meminta peserta untuk berkumpul mengikut bentuk kad. Masa yang diberikan hanya 5 minit sahaja . 7. *Prosedur 7 merupakan kumpulan tetap pelajar. *modul ini mengikut kesesuaian & bilangan peserta.
FALSAFAH : 1. Berkenalan mengeratkan silaturahim. 2. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

UNTUK MODUL YANG LAIN SILA LAYARI http://kaunselingsmkas.blogspot.com/ perkongsian itu satu penghormatan...