P. 1
ISL TITAS

ISL TITAS

|Views: 15,339|Likes:

More info:

Published by: YuthishDheeranManiam on Apr 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

Sections

  • KONSEP, DEFINISI, CIRI-CIRI DAN OBJEKTIF TAMADUN
  • Konsep Tamadun
  • Ciri ± ciri asas tamadun
  • MINGGU 2
  • DEFINISI TAMADUN ISLAM DAN PRINSIP-PRINSIPNYA
  • KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
  • PRINSIP-PRINSIP TI
  • SUMBER-SUMBER TI
  • MATLAMAT TAMADUN ISLAM
  • MINGGU 3
  • KEPENTINGAN WUJUDNYA INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIVE ANTARA
  • PELBAGAI TAMADUN
  • Interaksi Tamadun India dan China
  • INTERAKSI TAMADUN MELAYU ± TAMADUN INDIA
  • INTERAKSI TAMADUN MELAYU ± TAMADUN CINA
  • PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
  • MINGGU 4
  • NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN
  • Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia
  • MINGGU 5
  • TEORI KEDATANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
  • PENGENALAN
  • Islam Datang Dari Tanah Arab
  • Islam Datang Dari India
  • Islam Datang Dari China
  • MINGGU 6
  • KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
  • Agama dan Kepercayaan
  • Pendidikan
  • Bahasa clan Kesusasteraan
  • Perundangan
  • Politik dan Pemerintahan
  • Sistem Kekeluargaan
  • Adat dan Cara Hidup
  • MINGGU 7
  • PILIH BEBERAPA ORANG TOKOH TAMADUN ISLAM DAN NYATAKAN
  • SUMBANGAN MEREKA KEPADA TAMADUN ISLAM
  • A. ILMU PERUBATAN:
  • IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS
  • Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina
  • Hasil Tulisan dan Ensiklopedia
  • Teori-teori dan Pendapat
  • ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM
  • Sumbangan dan Pencapaian
  • AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL
  • Sumbangan
  • Hasil Karya
  • B. SENI BINA
  • Khalifah al-Walid bin µAbdul Malik (86-87H)
  • Khalid bin µAbdullah al-Qasri
  • Khalifah Abdul Rahman II
  • Khalifah Abu Ja¶far al-Mansur
  • C. SENI MUZIK
  • Al-Farabi
  • Al-Kindi
  • Muhyiddin Ibn Arabi
  • Safi al-Din Abd al-Mu¶min
  • Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din
  • D. SENI KHAT DAN KALIGRAFI
  • Ibn Muqlah
  • Ibn Bawwab
  • Yaqut al-Musta¶simi
  • E. SENI SASTERA
  • Firdawsi
  • Ibn Tufayl
  • MINGGU 8
  • CIRI-CIRI PEMODENAN YANG BERJAYA DILAKUKAN OLEH MAHARAJA MEIJI DI
  • ZAMAN PEMERINTAHANNYA(1897-1912)
  • KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN
  • ASPEK SOSIAL
  • Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:-
  • ASPEK EKONOMI
  • POLITIK
  • MINGGU 9
  • HURAIKAN PERANAN AGAMA ISLAM DALAM MEMBANTU PEMBINAAN
  • TAMADUN CINA
  • PERMULAAN GERAKAN ISLAM
  • ISLAM DAN PERADABAN CHINA
  • MINGGU 10
  • TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN AGAMA
  • DENGAN CONTOH-CONTOH JELAS. BINCANGKAN KENYATAAN INI
  • PENDIDIKAN
  • FALSAFAH
  • SAINS DAN TEKNOLOGI
  • SENI BINA
  • BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • SISTEM SOSIAL
  • MINGGU 13
  • DENGAN MELAYARI INTERNET SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU
  • SEMASA MENGENAI TAMADUN ISLAM DAN BARAT
  • MINGGU 14 & 15
  • GARISKAN 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DAN HURAIKAN 5 PRINSIP
  • DARIPADANYA

MINGGU 1

KONSEP, DEFINISI, CIRI-CIRI DAN OBJEKTIF TAMADUN

Maksud tamadun/ Civilization: 1.process of civilizing, state of being civilized; 2.advanced stage of human development 3 keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkanpd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 4 negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban 5 budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban 6 mempunyai pemikiran (budayadanmoral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlmproses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) ygberkaitandgntamadun: malahdrama sendiri merupakan sbg kpd dan kebijaksanaan sesuatu Konsep Tamadun Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar. Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan ± penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah bangsa

pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Ciri ± ciri asas tamadun 1 Penempatan 2.Kualitikehidupan 3.Orgtanisasi 4.Bahasa 5.Perundangan 6.Teknologi 7.Kreativiti

MINGGU 2 DEFINISI TAMADUN ISLAM DAN PRINSIP-PRINSIPNYA. KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM TAKRIF TAMADUN ISLAM Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM Naquib Al Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI 1. Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masingmasing«. Firman Allah SWT«.surah Al Baqarah ³tiada paksaan dalam beragama´ Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan«

2. Memelihara nyawa atau jiwa Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain Larangan membunuh dan membunuh diri Firman Allah«Surah Al Maidah 5:32 Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya«.

3. Memelihara akal Mengharamkan minuman keras Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90 Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.

4. Memelihara maruah dan keturunan Mensyariatkan perkahwinan«. Poligami Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. ( Surah al-Israa¶ 17:31 )

5. Memelihara harta Firman Allah SWT Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.( Al-Qasas 28:77) Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesarbesarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. ( Surah al-Maa¶idah 5:38 )

6. Memelihara hak kebebasan Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan

Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama SUMBER-SUMBER TI 1. AL-QURAN Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah SWT

2. HADIS Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran

3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN« 4. AKAL FIKIRAN 5. PENEMUAN BARU

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 1. Hubungan manusia dengan Allah SWT Rukun Islam dan Rukun Iman Ibadah umum dan ibadah khusus Mematuhi syariat yang telah ditetapkan

2. Hubungan manusia dengan manusia Sistem muamalah dan kemasyarakatan. Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya.

3. Hubungan manusia dengan alam sekitar Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada.Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar

.

Rekod sejarah China. .Penyebaran Agama Buddha .Jepun. berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S. India. Cina. Interaksi Tamadun India dan China .Melalui proses interaksi antara budaya.Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. .Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi .Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran .Pada kurun ke-2.Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) . telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) .saluran interaksi .Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina.MINGGU 3 KEPENTINGAN WUJUDNYA INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIVE ANTARA PELBAGAI TAMADUN Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu.Eropah). Kesan: 1.M. agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China .Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang . maka terbentuk interaksi peringkat tamadun .Selain daripada barang dagangan. PENGENALAN . doktrin Daoisme & Konfusianisme .

Bhn bertulis dari India .perbendaharaan kata.Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu . 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru .Suvarnabhumi (tanah emas) ± gelaran diberi kpd Tanah Melayu Kesan: 1. gaya dan genre.Seni muzik India ± alat muzik Cina yg berasal dari India :.Bahasa.Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.pembuatan kertas. Kesusasteraan dan Kesenian . tema. tembikar.Dari India .2. bahan letupan.Penyebaran Agama . . .Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 3.Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina.dipelajari melalui ajaran Buddhisme . Sains dan Teknologi . percetakan & kompas .Bermula seawal abad ke-3 SM .Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.teknologi India menghasilkan gula daripada tebu.pipa dan konghou INTERAKSI TAMADUN MELAYU ± TAMADUN INDIA .bagi dapatkan emas .Dari China .Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India .ada menyebut ttg ³Malayadvipa´ (Semenanjung Melayu) .Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit . .

selain drp perkataan Arab. Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu . bersanding dan berinai.amalan jampi & mentera .2.Upacara pertabalan .Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut.Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. . mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.Pengaruh bahasa Sanskit .Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M). bertindik telinga.Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:.Panca Persada yg spt Gunung Mahameru. .Adat resam dan Budaya .konsep ³Dewaraja´ (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) . Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M).Batu Bersurat Terengganu.Struktur Masyarakat . turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit . Bahasa .Masyarakat µIndia Chittyan¶ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5.Sistem Pemerintahan . memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan .Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat µfeudal¶ dalam kehidupan masyarakat Melayu 4. 3.bg mengekalkan status tinggi Raja .

6.Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan .Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian.setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat.Pandawa.Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai ³Baba dan Nyonya´ @ ³Peranakan´ .Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China .Epik Mahabharata diberi wajah tempatan .Panda Delima & H.golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg ³Cina Selat´ @Straits Chinese Kesan: 1.Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China . Penyebaran Agama .Kesusasteraan .Hikayat Pendawa Lima. .Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E. H.Kedah . Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M . hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh .Ramayana .Awal abad ke-19 .Maharaja China hantar puterinya. H.Sang Boma . berlaku pertambahan bilangan orang Cina .Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka. keromantisan.Turut diadaptasikan dlm wayang kulit INTERAKSI TAMADUN MELAYU ± TAMADUN CINA . keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos .

. di Brunei (1048). taugeh dan tauhu.perlombongan. serta makanan seperti kicap. . anemia dan kanser.Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula. kain.Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039.Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien . lilin .Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Warisan Cina Peranakan . bahan letupan. . Jawa (1082).Pakaian kebaya dan kain sarong 3.. pertanian dan pertukangan . Perubatan dan Teknologi . Kebudayaan . di Laren. kertas.Teh Cina ataupun µgreen tea¶ .Adat memberi ang pau yang bermaksud µsampul merah¶ 4.Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas.Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan µyin¶ dan µyang¶ .000 jenis mengubat penyakit seperti asma.Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan . barangan porselin.Teknologi .Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1. . tembikar dan logam. 2.

para sarjana spt Moh-Tze. . Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7.Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. 2.Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya: 1. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistic . 4. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.Kautilya.PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN . Ekonomi-moral semesta 6.

Berdasarkan laporan UNESCO. (Kapoor. respect for authority´.MINGGU 4 NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam Tamadun Barat dikatakan bersifat individualistik. menghormati tradisi. Konsky & Drager: 2000) Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan retorik oleh pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain. kesetiaan. deference to societal interest. conservatism in social mores. thrift. Blue. menghormati keluarga dan orang yang lebih tua. sederhana. berpegang kepada agama dan pemaaf. Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negaranegara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan Barat yang mahukan dunia bukan Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan. Nilai-nilai ini termasuklah ³attachment to the family as an institution. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh masyarakat Timur. nilai universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah . Antaranya seperti kesopanan. . maka lahirlah konsep Nilai Asia. Menurut Kishore Mahbubani (1998). kasih sayang. ‡ Nilai kedamaian ‡ Nilai kebebasan dan hak asasi manusia ‡ Nilai demokrasi ‡ Nilai pembangunan Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia kerana dianggap cuba melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil kira kelainan budaya yang terdapat di Asia. ketaatan.

politik dan lain-lain. Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. kekeluargaan. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat ³kebaikan bersama´ sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah. etika. keperluan dalam keharmonian sosial. malah membawa kepada menghalalkan ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan kuku besi. kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat. Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan ajaran Konfusius. nilai etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Antara kritikan yang kerap dikemukakan ialah ´Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata budaya yang menolak liberalisme Barat. Hasilnya. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep ³Demokrasi Konfusian´ mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat. agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Penonjolan nilai-nilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai kekuatan masing-masing dalam memperkatakan soal moral.Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia.´ Ini menjadikan Nilai Asia nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang autoritarian. sama ada Islam. Nilai-nilai universal . Falsafah Konfusius dijadikan sandaran dan disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Namun. Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia.

dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut. ‡ Berlandaskan idea keagamaan ‡ Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan ‡ Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan ‡ Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan ‡ Menghargai alam sekitar ‡ Mementingkan ilmu dan orang berilmu .

S. 1990 : 60).Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak. raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M. terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa. 1990 : 35). oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al. 2001: 165). China dan negara India. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak. Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut: Islam Datang Dari Tanah Arab Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. .M. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat. Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. kemenyan dan sebagainya.MINGGU 5 TEORI KEDATANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU PENGENALAN Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab. Menurut satu catatan yang ditemui. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II.

Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. B.Q. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak. RA.Islam Datang Dari India Para sarjana seperti S. 1990 : 61). Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan . 2000 : 256). Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie.t : 72). Fatimi.. Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya. Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. T. Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul). Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G. Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Hall. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang. Walau bagaimanapun. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Islam Datang Dari China Menurut sejarah. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Morison Harison. 1987 : 253).E. sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu.

Menurut laporan orang-orang China Islam. sutera dan tembikar dari China. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara.Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. 2000: 256). bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak. 1990 : 65) . Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mad Aros.

Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut: Agama dan Kepercayaan Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu. malaikat dan kitab-kitab sud. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah. Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh. mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. puasa. 1989 : 26). Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang. jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud. rasul-rasul. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan. . pokok-pokok. semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam.MINGGU 6 KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. percaya adanya nabinabi. wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu. hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Sehubungan dengan itu. sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme.

ciri tertentu dan masyarakatnya. . Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. guru-guru dan ahli agama. penyembahan rajanya. 1977 : 185). Pendidikan Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. penyembahan berhalanya. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. 2004 : 46). Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya. Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah. Musa. alam khayalannya.

Pada awal abad ke-14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. 1992: 28). Yahya. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. hikayat-hikayat. 1998: 91). undang-undang dan pentadbiran. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama. Bustanus-Salatin dan lainlain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu.Bahasa clan Kesusasteraan Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. . Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin. Tuhfat al-Nafis. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj.

Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam. 1992 : 29). jenayah Islam dan lain-lain lagi. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undangundang lain di dalam negeri-negeri Melayu. dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. undang-undang sivil. perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. undang-undang mahkamah syariah. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. undang-undang pentadbiran keluarga Islam. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan. Roff dan Alfred P. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. . Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid. Rubin. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka. Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini.Perundangan Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu. sungai. undang-undang prosedur dan keterangan. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah. Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R.

agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Sultan juga bertanggungjawab . Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Sehubungan itu. 2003: 54). imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan kedatangan Islam juga. bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dari segi pentadbiran. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha.Politik dan Pemerintahan Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Beberapa jawatan seperti kadi. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Contohnya. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat. sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Dalam konteks sosial. tua dan muda. kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid. Raja dan rakyat.

Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsepkonsep dosa. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsurunsur Islam yang berterusan. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke15M. Menurut sejarah. di zaman pemerintahan Melayu Melaka. haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke . pahala. Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Sistem Kekeluargaan Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. III beragama. pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan. Dalam masyarakat Melayu. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. kerajaan amat maju dan stabil. atau mengkamatkan bayi perempuan. Majapahit dan China. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid. 2003: 3). Keluarga sebagai agen sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik. Islam telah bertapak di Kelantan. berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Buktinya. bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki.

yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25. upacara ijab dan kabul Fasal 25. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adatadat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang- undang hidup. 2001 : 217). talak Fasal 28. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad. adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat dan Cara Hidup Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka.1.2. hadirnya saksi Fasal26.2 (Azmah Abdul Manaf. berpuasa dan lain-lain. Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu.atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati. Dalam sistem perkahwinan. setelah kedatangan ajaran Islam. . Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.1. dan wanitawanita yang boleh dikahwini Fasal 28. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangs a yang berkenaaf. kontrak perkahwinan Fasal 27. bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. 1990: 4). Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan.

Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Phillip K. Sementara itu Prof. Antara karya beliau yang terkenal adalah ³Al-Qanun Fi Al-Tibb´ (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. . Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Karyanya ini. telah cetak semula sebanyak 16 kali. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo. 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine. Menjelang abad ke-16. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan. beliau banyak menghasilkan karyakarya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan.MINGGU 7 PILIH BEBERAPA ORANG TOKOH TAMADUN ISLAM DAN NYATAKAN SUMBANGAN MEREKA KEPADA TAMADUN ISLAM A. ILMU PERUBATAN: IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina Hasil Tulisan dan Ensiklopedia Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain.

Ini merangkumi : a.Selain daripada ³Al-Qanun Fi Al-Tibb´. . Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan. Masa antara denyutan. Kuat atau denyutan yang lemah. Dalam buku beliau ini. China. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak . Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau ³psychosomatic medicine´ yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia. Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. c. Teori-teori dan Pendapat Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai ³Bapa Doktor´ kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. b. Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.seimbangan humor yang berkenaan . Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang.

rumah dan keluarga disebutkan. sejuk panas. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. . seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap. beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku.(Terjemahan). dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini.Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah. beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti . Selepas itu . Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya . Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis. 2. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.3 Penemuan-Penemuan Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. menurut peraturan syariah maka buatlah". air. kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya . Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.2. juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice). nama jalan . manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Dengan cara yang sedemikan . Jadi. api dan angin.

beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya. pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah. Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu. Baghdad. Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus.ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM Sumbangan dan Pencapaian Di kalangan ahli perubatan Islam. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah. mengakui bahawa . Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages. Donald Campbell dalam bukunya. pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. pengubatan tulang yang remuk. penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Guy de Chauliac. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negara-negara Islam. Selain itu. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Pada abad ke-12. misalnya. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman µAzija µan at-Ta¶lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga. Dr.

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898. . obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Walau bagaimanapun.buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Sehingga abad ke-15. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak). Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing. Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya. AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL Sumbangan Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab alMasnur. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Basla (1541) dan Oxford (1778). Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan. jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Di Eropah. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. telah diterbitkan di Venice pada 1479.

2004). Masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin. Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar µPembina Agung Kerajaan Bani Umayyah¶ (Mahayudin.Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Kitab al-Muluki dan Kitab alJudari wa al-Hasabah. SENI BINA Khalifah al-Walid bin µAbdul Malik (86-87H) Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid. Kitab al-Hawi Fit-Tibb. 2004). Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya. menara. Menurut pengarang ini lagi. pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab. 2004). Beliau juga telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah. (Mahayudin. . Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-¶Aqsa di Bayt al-Maqdis. selain tiang dan dinding serta atap. Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah. mimbar. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. B. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Hasil Karya Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan.

Menurut Mahayudin (2004). Khalifah Abu Ja¶far al-Mansur Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar. beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik. µ . 2004). Beliau telah mendirikan sebuah istana yang bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Hasan Ibrahim (dalam Mohd Mokhtar. 1993).Khalid bin µAbdullah al-Qasri Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin µAbd al-Malik. Khalifah Abdul Rahman II Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus (Mahayudin. 2004). 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannya ¶Qasr alKhuldi¶ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami¶ alMansur di hadapanIstana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin.

htm ). 2006). Abd Alim dan Syed Idrus. Menurut Mahayudin (2004). al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya. Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan. Al-Kindi Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya¶qub Ibn Ishaq al-Kindi. Selain itu. Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. mantik. SENI MUZIK Al-Farabi Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetikhttp://www. beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza.Essentials of Knowledge in Music. . sains dan muzik. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan bukubuku mengenai teori-teori muzik. 2004.C. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah.muslimheritage. 1995). 1983). Mahayudin. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik. On The Melodies dan TheNecessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin. beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music. Di dalam seni muzik. beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar. 2006. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah. 2004). Turki. sosiologi.

Muhyiddin Ibn Arabi Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di http://www.Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. . di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi. 2004). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains. beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik (Mahayudin. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti TheJewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies(Mahayudin. Karya-karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin. 2003). Mengikut beliau. 2004). Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik yang terkenal. Malahan.muslimphilosophy. Beliau turut digelar ¶Father of Music¶ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya. Safi al-Din Abd al-Mu¶min Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik.com). 2004). Di dalam bukunya beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan.

SENI KHAT DAN KALIGRAFI Ibn Muqlah Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Ibn Ali Ibn Muqlah (Kamil alBaba. Beliau yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap sebagai pencipta kepada khat rayhanidan muhaqqaq (dipetik di http://www. 1992).org ). Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba. 1992). 1987). beliau telah menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis satu-satu huruf. 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba. Beliau digelar Ibn Bawwab kerana ayahnya adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada¶ (bilik pengadilan) di Baghdad. Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam sejarah kaligrafi Islam.D. Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan Muhammad Ibn Asad dan Muhammad al-Simsimani (Kamil al-Baba. Yaqut al-Musta¶simi Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Musta¶simi al-Thawusyi al-Baghdadi (Kamil al-Baba. Misalnya huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3. Beliau pernah digelar . Selain daripada menjadi ketua di Perpustakaan alMustansyiriyyah. Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di antara ahlikaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. 1992). Terdapat sebanyak 64 buah al-Qur¶an ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani (Kamil al-Baba. beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli pujangga. Di dalam khat ini. Ibn Bawwab Ibn Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Hilal Ibn al-Bawwab dilahirkan di Baghdad (Seyyed Hossein Nasr.muslim. 1992). 1992). 1992). Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn Bawwab.

2001).com ). Ceritanya telah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. 1971). Orang Eropah bukan setakat menterjemah malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut.com ).tripod. E. 2001). .muslimheritage. Beliau juga dikatakan pengasas kepada ´Sittah´enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali.com/man 999/ sumbangan_Islam_2. Beliau juga menghasilkan karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Epic Kings (Ghazali. Ibn Tufayl Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi (dipetik di http://www. 1992).sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis khat Kamil al-Baba.htm ). 1971). Di dalamkaryanya.members. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671 (Dipetik di http://www. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. SENI SASTERA Firdawsi Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang berjudul Hikayat 1001 Malam (dipetik dihttp://www.muslimphilosophy. Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan. beliau menceritakan tentang bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan.

360 batu). Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu.900 buah pulau kecil yang berangkaian. Hokkaido. Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang .Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasakuasa besar. rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama.1912. ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pihak Shogun telah mengamalkan µDasar Tutup Pintu¶.708 kilometer persegi (145. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868.800 kilometer(2.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia. Ia meliputi kawasan seluas 377.834 batu persegi).MINGGU 8 CIRI-CIRI PEMODENAN YANG BERJAYA DILAKUKAN OLEH MAHARAJA MEIJI DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA(1897-1912) PENGENALAN Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris ³the sourse of the rising sun´. Pada tahun 1867. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat. ekonomi dan sosial.

i. Saigo Takamori. ekonomi dan sosial . Bunmei Kaika. Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun.µMenjalankan Program Perindustrian Berat¶. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.µMeningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan¶. Okuma Shigenobu. KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia. iv. Fukoku Kyohei. Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi. Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun. ii. Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat. Melalui slogan-slogan ini . iii.µKuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi¶. Shokusan Kogyo.berat sebelah. KokusaiKankei µMenjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju .

serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia. Pemimpin sejajar 1880Meiji telah menjadikan Tokyo pusat yang pusat kecemerlangan Menjelang Tokyo ilmu tahu 1877. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca. Universiti Tokyo Imperial 1885. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. pelajar-pelajar dan rakyat iii. Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu. dengan an kemudahan universiti infrastruktur ditubuhkan dimilikinya. banyak antaranya Universiti Universiti Meiji 1881. Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri. Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:- i. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya.ASPEK SOSIAL Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun). berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . ii. dan Universiti Waseda . yakin. sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). lali atau lemah. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime. bangsa dan tidak mudah lupa.menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis.

telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa. dan kertas ditubuhkan. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara . Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968. berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. iv. pada tahun 1869. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat . Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil. ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912. Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran. simen. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri. kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun. perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil.1882. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapalkapal yang besar dan berteknologi tinggi.

Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji.meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun. Pada tahun 1873. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaankeistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan. sistem fiskal telah diubahsuai. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. pada 3hb Januari 1868.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system µclass¶. . iii.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. v. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. petani dan pedagang. iv. petukan. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.

mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahun 1990. . Maka selepas beberapa tahun terbentuk. Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Hubei. di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. telah berlaku gerakan Islam di sana.MINGGU 9 HURAIKAN PERANAN AGAMA ISLAM DALAM MEMBANTU PEMBINAAN TAMADUN CINA GERAKAN ISLAM DI CHINA Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Gansu. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka. Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Qinghai dan Yunnan. Annam dan kemboja. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih. hanya di dalam rekod Dinasti Tang menerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain. bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Qais bin Hudhafah. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais. Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China.

Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana.PERMULAAN GERAKAN ISLAM Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah selatan China. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Selain berdakwah. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. membangun serta mewarnai peradaban China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. ISLAM DAN PERADABAN CHINA Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin Affan. Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan. .

umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Bakhtiar dan Abdulla. hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Menurut para sejarawan. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali. pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho. . Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains. Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya. Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. orang cina diperkenalkan dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya.Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China.

Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang.Dalam bidang sastera. Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. . Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina.

Jainismedan Buddhisme. dan Atharva Veda. Sama Veda.MINGGU 10 TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN AGAMA DENGAN CONTOH-CONTOH JELAS. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka. Upanishad. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. dan lagu-lagu agama. iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. . Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan. SAINS DAN TEKNOLOGI Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda. dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Tumpuan pendidikan ialah agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. iaitu herodianicdan ionic. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. BINCANGKAN KENYATAAN INI PENDIDIKAN Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut. Yajur Veda. FALSAFAH Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar. mantera. iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Mahabharata.

antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu. Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. iaitu Brahmin. maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. iaitu yang baik dan yang jahat. Kannada dan sebagainya. Berdasarkan sistem ini.Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Oleh itu. abtara lainnya. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. BAHASA DAN KESUSASTERAAN Kelompok Dravidia dan Indo. Sistem ini mempunyai empat kasta utama. Sita. Ksyatria. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza. salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya. Malayalam. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama.SENI BINA Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. . SISTEM SOSIAL Dalam tamadun India. Vaisya dan Sudra. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat.

telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela Islam. serta Kolej Darul Hikmah. Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri. Exco Undang-undang ABIM. di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis multaqa¶ membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI).*Barisan Peguam Muda Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam muda Islam.Multaqa¶ ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat. Saudara Abdul Rahim Sinwan. Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada webmaster@abim. Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM.Saudara Azril Mohd Amin. Hospital Al-Islam.org. Yayasan Takmir Pendidikan. serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM. Majid Irsan Kailani. penggunaan kalimah Allah. idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar. . Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa. Pertemuan Peguam Pembela Islam Pada 13 Februari yang lalu. Kesimpulannya. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro undang-undang. Dr Amran Muhammad. Sepanjang pertemuan ini. mereka yang hadir telah memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti. Islamic Outreach ABIM.my ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin 14 Feb 2008 Sabtu.ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). serta beberapa isu muktahir berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks perlembagaan di negara ini. selain memperkemas kempen boikot produk Israel dan proZionis.MINGGU 13 DENGAN MELAYARI INTERNET SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU SEMASA MENGENAI TAMADUN ISLAM DAN BARAT Multaqa¶ Staf ABIM Dan Agensi Pada 7 Mac yang lalu. Saudara Jufitri Joha. mereka yang hadir telah sama-sama berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa seperti murtad. Ampang . serta beberapa orang peguam.

Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat ii. Urus tadbir yang berkesan. Rakyat berjiwa merdeka i. ikhlas. Keimanan yang mantap ii. Berdikari viii. Pegangan agama yang teguh iv.MINGGU 14 & 15 GARISKAN 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DAN HURAIKAN 5 PRINSIP DARIPADANYA. Semangat jati diri ii. tekun dan tanggungjawab iii. Berusaha menerima perubahan . Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara 2. 1. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni v. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah i. Tidak terbelenggu kesan penjajah vii. telus. Kerajaan adil dan beramanah i. amanah. Berdaya maju vi. Kebajikan rakyat terpelihara iv. Berfikiran terbuka iii. Kreatif dan inovatif iv. Mampu bersaing v. Ketaqwaan yang menyeluruh iii. Berjimat cermat elak pembaziran 3.

Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti ii. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah ii. Persekitaran yang selamat iv. Umat yang maju dibidang ekonomi iii. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal vii. Negara yang maju dan barakah iv. Pemakanan yang berkualiti vii.4. Menguasai semua bidang ilmu kifayah v. Kehidupan berkualiti i. Tempat tinggal yang selesa iii. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat 6. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar viii. Menjadi bangsa peneroka ilmu iii. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi v. Keluarga yang harmoni vi. Kehidupan yang sihat v. Prasarana yang lengkap dan sempurna . Penguasaan ilmu pengetahuan i. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta ix. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat 5. Mendalami ilmu fardhu ain iv. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan vi. Umat yang cintakan ilmu ii. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif i. Masyarakat yang penyayang viii.

Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita iii.7. Memberi perhatian kepada ibu tunggal iv. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama ii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat 9. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara iii. Memelihara sumber air dan udara viii. Member perhatian kepada OKU 8. Pemeliharaan alam sekitar i. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni iii. Pembelaan hak minoriti dan wanita i. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi . Mengelak pembaziran sumber alam vi. Pembangunan yang seimbang dan berkesan iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan v. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor ii. Kekuatan pertahanan i. Melindungi habitat kehidupan fauna 10. Mengekalkan keindahan alam vii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan iii. Keutuhan budaya dan moral i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) ii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani iv.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->