P. 1
imam al-ghazali

imam al-ghazali

4.33

|Views: 1,336|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
imam al-ghazali
Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos
falsafah dan logika melayu
imam al-ghazali
Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

UNIVERSITI MALAYA

_____________________________________________________ _ AKADEMI PENGAJAIAN MELAYU _____________________________________________________ _ FALSAFAH & LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

_______________ Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos JEA 080058 Dr. Amran Muhammad

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

Riwayat Hidup Nama sebenar al-Ghazali ialah Hujjah al-Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Muhammad bin Muhammad bin at-Tusi, dan digelar Samsuddin. Ada juga tokoh

mengatakan nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammd bin Muhammad bin Ahmad. Tiga Muhammad yang berturut-turut merupakan namanya sendiri, nama bapanya, kemudian nama datuknya dan Ahmad itu moyangnya. Seorang berbangsa Parsi, beliau dilahirkan di Thus di dalam wilayah Khurasan pada tahun 450 Hijrah, bersamaan dengan 1059 Masihi dan hidup di sekitar zaman Perang Salib. Bapanya adalah seorang penenun bulu dan menjualnya di pasar Thus. Mempunyai seorang adik bernama Ahmad yang digelar al-Futuh. Pendidikan asas yang diterima al-Ghazali ialah menghafal alQuran, asas membaca dan menulis, ilmu nahu Bahasa Arab, matematik, dan fiqah. Beliau lancar menghafaz al-Quran dan paling cekap berdebat di zamannya. Semasa kecilnya, alGhazali mempelajari sebahagian ilmu fiqh dari Imam Ahmad al-Razkani di tus, kemudian berpindah ke Jurjan untuk menuntut pula dengan Imam Abu Nasr al-Ismaili Kemudiannya, Imam al-Ghazali berpindah ke Naisabur atau Nieshapur untuk menuntut ilmu dari Imam al-Haramian Abu al-Maali al-Juwaini (419-478 H) sehingga beliau mahir dalam mazhab Syafi’I, ilmu khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan matiq. Juga dapat ilmu hikmah dan falsafah dan pernah menjadi pensyarah di Universiti an-Nizamiyyah dan di sinilah beliau berada dikemuncak keilmuannya. Imam al-Ghazali telah

menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah.

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

Al-Ghazali Dan Pandangannya Terhadap Falsafah Ilmu falsafah berpindah kepada bangsa Arab hasil galakan Khalifah al-Makmum dan kerja tangan pakar-pakar penterjeamh(Salih Ahmad al-Syami:2001). Banyak buku mantiq dan falsafah berbahasa Syria, Yunani dan Parsi yang dikarang Aristotle diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Imam al-Ghazali mempelajari ilmu falsafah

untukk menyelamatkan dirinya sendiri dari perasaan syak dan keraguan, di samping untuk mendapatkan rahsia yang akan dijadikan panduan untuk sampai kepada hakikat dan kebenaran. Al-Ghazali menemui kebenaran yang dicarinya dalam ilmu tasawwuf, yang dimana sekarang dinaamkan Mysticism. Di sinilah perpisahan antara al-Ghazali dengan sarjana-sarjana Eropah yang sama-sama menganut fahaman skeptic- tetapi pada akhirnya emnempuh jalan yang menyimpang jauh dari agama. Imam al-Ghazali menerangkan bahawasanya Ibnu Sina dan al-Farabi adalah tokoh yang bertanggungjawab memindahkan ilmu Aristotle. Menurut beliau, falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Ilmu matematik ialah ilmu tentang kira-kira, geometrid dan lain-lain yang mana tidak ada hubungan langsugn degnan agama. Beliau tidak menolak ilmu ini kerana ia ilmu yang berdasarkan dalil dan bukti. Ilmu fizik adalah berkaitan tentang kajian alam, langit, air, udara serta segala planet dan bintang dan bukanlah syarat agama menyagkal ilmu ini. Berbanding dengan yang lain, ramai pula ahli falsafah yang tersalah tentang metafizik. Mereka tidak lagi berdaya memenuhi keperluan pembuktian sepertimana yang

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

mereka isyaratkan dalam ilmu mantiq dan ini menyebabkan banyak persilisihan di antara merka dalam menguasai masalah ini jumlah keaslahan mereka sebanyak dua puluh(20) kesalahan. Tiga daripadanya wajib dikafirkan dan tujuh yang lain dihukum bid’ah. Tiga masalah yang seemmangnya menyalahi pendapat orang Islam ialah ; jasad manusia tidak dibangkitkan semula pada hari kiamat, Allah SWT hanya tahu perkara-perkara yang umum(universal) dan tidak tahu perkara yang khusus(particular) dan, alam ini qadim dan azali. Politik pula berdasarkan perbincangan mental yang menyentuh tentang hukumhukum masalah yang berkaitan dengan urusan duniawi. Ilmu logik pula tidak ada

hubungkait dengan sama ada menentang atau menyokong, malah ilmu ini membincangkan cara-cara pendalilan dan qiyas (syllogism). Etika pula tertumpu kepada menentukan sifat-sifat yan patut menhiasi jiwadan pelakuan seseorang yang memang banyak jenis ragamnya Walaupun begitu, menurut Imam al-Ghazali, Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak bertentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotle dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak kesemuanya beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para filsuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan; golongan pertaamialah golongan ad-Dahriyyah (Athiest) yang mana mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik. Golongan kedua ialah golongan at-Tobi’iyyah (Naturalist) yang mana memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq. Manakala golongan ketiga pula ialah golongan al-Ilahiyyah (Theist). Golongan ini muncul daripada dua golongan yang telah dinyatakan dan mereka yang tergolong dalam golongn ini antaranya Socrates, Plato dan Aristotle. Secara keseluruhannya, golongan alIllahiyyah ini menolak kedua-dua golongan terdahulu. at-Tobi’iyyah. Pada pendapat alGhazali, Aristotlelah yang bertanggungjawab menyusun ilmu mantiq dan merapikan lagi kaedah-kaedah sains. Aristotle juga menyanggah pemikiran para filsuf sebelumnya, tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri daripada sisa-sisa kekufuran. Namun begitu, ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan sifat ketuhanan boleh diterima selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh al-Ghazali ilmu matematik yang tidak dapat diingkari kebenarannya. Selain itu, Imama al-Ghazali juga ada Di dalam mendapat

menggariskan apa yang patut diberikan perhatian berkaitan falsafah. tulisannya, al-MunqizMin al-Dalal, al-Ghazali menjelaskan falsafah

kemenangan dan boleh berdiri sendiri disebabkan dua kesilapan, iaitu; Kesilapan yang muncul kerana pembentangan yang buruk yang dilakukan oleh orang-orang yang membentangkan pendapat mereka tentang falsafah, dan yang kedua, kesilapan yang muncul dari kejahilan pihak yang mempertahankan Islam dengan secara keseluruhannya

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

meningkari falsafah Imam al-Ghazali pernah memgatakan bahawa beliau tidak emndapati seorangpun daripada tokoh ulama’ Islam yang memberi tumpuan kepada ilmu falsafah. Walaupun para ulama’ kalam banyak mengecam falsafah namun dalam kitab-kitab yang mereka tulis tentang falsafah hanyalah terdapat kata-kata yang kabur, kusut –masai serta bertebaran di sana-sini. Al-Ghazali bangkit melakukan tugas yang dilakukan oleh

ulama’-ulama’ lain, bahkan tidak mampu dilakukan oleh mereka iaitu mempelajari ilmu falsafah. Ujar beliau “Dengan pertolongan Allah, dalam tempoh kurang daripada dua tahun saya emmpelajari falsafah dapatlah saya menguasai hingga ke akhir batas ilmu itu” Walaupun menentang, beliau tetap mengikut pandangan-pandangan al-Farabi dan Ibnu Sina tentang kejiwaan disamping masih menjadikan Aristotle sebagai panduan dalam karya falsafahnya. Sebagai kesimpulan, dapat dilihat Imam al-Ghazali amat memandang serius tentang ilmu falsafah lebih-lebih lagi yang menyimpang dengan agaam Islam. Pendapat dan pandangan beliau tentang falsafah telah menyelamatakan umat Islam daripada terus menyimpang dari dari akidah dan syarak Islam. Walaupun beliau menentang falsafah, tetapi al-Ghazali menerima suatu falsafah asalkan ia tidak melanggar norma agama Isalm.

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

Bibliografi Mahmud Hamdi Zamzuq, 1973, Antara Falsafah Islam Dan Falsafah Moden Barat: Suatu Perbandingan Antaa Al-Ghazali Dan Descartes, Kaherah:Maktabah alAnglo al-Misriyyah. Salih Ahmad al-Syami, 2001, Perjuangan Al-Ghazali menegakkan Kebenaran & Menghapuskan Kebatilan. Johor: Perniagaan Jahabersa Hasyim bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu Pengeanlan, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu. Prof. Dr. Awang Sariyan.2007, Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor: Synergymate Sdn. Bhd. (http://tokoh1038.blogspot.com/2005/03/. Tokoh Islam Imam Al-Ghazali Perintis Falsafah Islam.html) (http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali) (http://plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/) (http://www.geocities.com/pujangga1/0049.htm)

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->