P. 1
imam al-ghazali

imam al-ghazali

4.6

|Views: 775|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
imam al-ghazali
NOOR HAZLIANI BINTI GHAZALI
falsafah dan logika melayu
imam al-ghazali
NOOR HAZLIANI BINTI GHAZALI

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

ASSIGNMENT FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK : TOKOH FALSAFAH (IMAM AL-GHAZALI) NAMA : NOOR HAZLIANI BINTI GHAZALI NO. MATRIK : JEA 080066 NAMA PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN B. MUHAMMAD SEMESTER 1, SESI 2008/ 2009, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

IMAM AL-GHAZALI PENGENALAN
Tokoh falsafah yang dipilih ialah seorang ahli falsafah islam iaitu Imam AlGhazali. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali AtTusi. Beliau dilahirkan di Tus, Khurrasan pada tahun 450 H. Beliau seorang ilmuwan yang sangat berjasa dan ahli fikir islam yang terulung sehingga mendapat gelaran “Hujjatul islam”. Al-Ghazali telah meninggal dunia pada tahun 505 H dan pada ketika itu beliau berusia 55 tahun.

SUMBANGAN Beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan dunia keilmuan islam antaranya ialah dianggarkan bahawa beliau telah menulis 300 buah buku yang terdiri daripada pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, akhlak, ulumul Quran, mantik, tasauf, kebatinan dan sebagainya. Namun, jumlah hasil karya penulisannya masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara defenitif oleh para penulis sejarahnya. Hal ini adalah kerana terdapat kitab-kitab beliau telah diterbitkan dan juga masih ada yang tersimpan dalam Perpustakaan Makhtutah di negara Arab. “Tahafut alFalasifah” merupakan hasil karya beliau yang menjadi sumber rujukan terutama dalam bidang falsafah dan ia banyak memperihalkan tentang pemikiran dan pendirian beliau. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil karya yang ditulis beliau telah hangus dibakar oleh tentera Mongul Yan yang menyerang Kota Baghdad. Kitab-kitab yang musnah itu termasuklah 40 jilid tafsir, al-Madhnuuna bihi ala Qhairiha iaitu karya beliau mengenai

ilmu yang harus disembunyikan dari dunia serta karya Sirrul Alamain iaitu mengenai rahsia dua dunia. Terdapat 84 buah buku tulisan beliau yang dapat diselamatkan antaranya Tahafut al Falasifah iaitu mengenai penghancuran falsafah, Al Munqidz Min al Dhalal iaitu mengenai penyelamat kesesatan, Maqsadil Falsafah pula mengenai tujuan falsafah dan banyak lagi.

FALSAFAH IMAM AL-GHAZALI Menurut Al-Ghazali, falsafah terbahagi kepada enam cabang ilmu pengetahuan iaitu logik, matematik, metafizik, politik, fizik dan etika. Bagi beliau bidang-bidang ini kadang-kadang selari dengan agama islam tapi kadang-kadang sangat bertentangan dengan agama islam. Terdapat beberapa orang ahli falsafah islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi yang cuba mengungkap kejadian alam dan hal-hal ketuhanan sehingga terpengaruh dengan pemikiran ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotles. AlGhazali menentang golongan alhi falsafah islam ini kerana terdapat sebahagian pandagan ahli falsafah itu berlawanan dengan konsep islam ia boleh menyebabkan syirik. Selain itu, Al-Ghazali juga menyokong penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah serta dalam menghasilkan sesuatu ilmu pengetahuan. Menurut beliau, ilmu kalam dan penyelidikan yang menggunakan akal atau fikiran akan menambahkan keyakinan pada hati orang bukan islam terhadap ajaran islam. Oleh itu, bagi beliau perkembangan sesuatu ilmu pengtahuan itu tidak bergantung sepenuhnya pada akal fikiran tetapi harus bergandingan dengan nilai perasaan dan hati nurani. Ini bermaksud umat islam harus mencari sesuatu kebenaran dengan menggunakan sumber al-Quran dan bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata.

Hal ini menunjukkan bahawa, Al-Ghazali merupakan seorang ahli falsafah islam yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup dalam mencari kebenaran sesuatu ilmu pengetahuan. Bagi beliau, tunjang kepada pemikiran falsafah adalah alQuran dan hadis. Beliau bukan hanya berpegang pada pemikiran akal yang logik seperti mana yang diguna oleh ahli falsafah Yunani. Oleh kerana itu, beliau menentang dalam karya beliau yang berjudul “Tahafut al-Falasifah” iaitu mengenai aspek fizik dan metafizik iaitu ketuhanan yang menyatakan bahawa alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Bagi beliau sebagai ahli falsafah islam, hal ini sangat berlawanan dengan akidah islam kerana terdapat unsur kesesatan yang mana ahli falsafah Greek tidak yakin dengan kewujudan Allah yang Maha Pencipa dan berkuasa mengatur alam ini, bukannya ia teratur tanpa kawalan. Selain itu, dalam kitab Al-Munqidz Min al Dhalal juga menurut Al-Ghazali terdapat 3 golongan para filosof yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran iaitu golongan Ad-Dahriyyah (Ateis), golongan At-Tobi’iyah (Naturalis) dan golongan AlIlahiyyah (Theis). Al-Ghazali menentang golongan ini kerana mereka ini mengingkari kewujudan tuhan. Golongan pertama iaitu Ad-Dahriyyah berpendapat bahawa alam ini wujud dengan sendirinya. Bagi Al-Ghazali, golongan ini harus percaya dengan kewujudan Allah dan yakin bahawa alam ini wujud kerana Allah yang mencipta dan mentadbirnya. Golongan kedua pula iaitu golongan At-Tobi’iyah mengaku adanya pencipta kerana mereka menemui keajaiban kejadian haiwan dan tumbuhan tetapi malangnya mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Bagi Al-Ghazali, golongan ini harus percaya akan kewujudan hari akhirat,syurga dan neraka berdasarkan al-Quran dan hadis. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat banyak bukti yang jelas

menunjukkan bahawa wujudnya semua itu. Golongan ketiga pula iaitu Al-Illahiyyah yang mana golongan ini muncul daripada dua golongan Al-Dahriyyah dan golongan AtTobi’iyah dan antara ahli falsafah Yunani yang Socrates, Plato dan Aristotles. Dalam bidang ketuhanan, Al-Ghazali berpandangan bahawa para filosof banyak bertentangan dengan agama islam. Dalam karya beliau yang bertajuk ‘Tahafut al Falasifah”, umat islam harus meneliti dengan 20 permasalahan yang dikemukakan oleh Al-Ghazali yang tidak bersesuaian dengan islam iaitu dalam aspek kufur dan bid’ah. Dalam kitab tersebut, terdapat tiga aspek yang berlawanan antara para filosof dan umat islam. Para filosof menyatakan bahawa alam ini bersifat qadim, tuhan tidak mengetahui peristiwa-peistiwa kecil yang berlaku di bumi serta mereka tidak percaya akan kebangkitan semula jasad pada hari pembalasan. Hal ini sangat bertentangan dengan agama islam kerana setiap orang islam harus percaya bahawa Allah SWT mengetahui semua perkara yang terjadi sama ada sebesar zarah di langit dan di bumi yang dilakukan oleh makhluk-Nya serta mereka wajib yakin akan kebangkitan semua jasad pada hari akhirat untuk dihitung semua amalan yang dilakukan di muka bumi. Selepas mati, semua makhluk-Nya akan dihidupkan semula. Amalan yang baik akan dibalas dengan syurga manakala amalan yang buruk akan dibalas dengan neraka. Hal ini menunjukkan bahawa Al-Ghazali tidak hanya menggunakan pemikiran akal yang tajam yang telah dianugerahkan oleh beliau sahaja tetapi beliau menjadikan sumber yang kekal iaitu al-Quran dan hadis sebagai pegangan kuat beliau dalam mengetengahkan ilmu pengetahuan falsafah beliau. Bagi beliau, umat islam wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan tetap terhadap sesuatu perkara yang ingin termasuk dalam kategori ini ialah

dilakukan walaupun ilmu pengetahuan berdasarkan fikiran yang difikirkan itu logik dan sangat munasabah. Kesimpulannya, daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan oleh Al-Ghazali untuk panduan umat islam amat menarik minat para ilmuwan islam baik sezaman dengan beliau atau selepasnya. Kehebatan falsafah Al-Ghazali sangat dikagumi bukan sahaja oleh para ilmuwan islam tetapi juga oleh orientalis barat dan penulis-penulis barat. Mereka banyak menulis tentang keunggulan pemikiran yang dibawa oleh Al-Ghazali. Antaranya ialah Cara De Vaux, J.Wensik dan Obbermana merupakan orientalis barat yang sangat tertarik dengan teori falsafah Al-Ghazali. Walau bagaimanapun, golongan yang sering mengikuti perkembangan Al-Ghazali ini, sentiasa memberi pandangan dan idea yang berlainan antara satu sama lain termasuklah B.B. McDonald yang menyifatkan kehebatan Al-Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia ilmuwan islam sehingga filosof terkenel Perancis iaitu Pascal menjadikan Al-Ghazali sebagai tempat rujukan utama dalam falsafahnya.

SUMBER RUJUKAN

http://www.alhukelantan.tripod./tokoh http://forum.ekpkm.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->