P. 1
NABI MUHAMMAD

NABI MUHAMMAD

4.75

|Views: 1,589|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika
nabi muhammad
NOR NAJIHAH BINTI AWANG
falsafah dan logika
nabi muhammad
NOR NAJIHAH BINTI AWANG

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

( JXEA 1104 )
TOKOH : NABI MUHAMMAD S.A.W
NAMA : NOR NAJIHAH BINTI AWANG NO. MATRIK : JEA 080076 PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABD. RAHMAN

SEMESTER 1 / SESI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
1

PETIKAN
Nabi Muhammad SAW dibesarkan ditengah keluarga pemimpin Quraisy dan kelas

orang-orang yang teristimewa pula. Namun begitu, pada zaman jahiliah itu baginda telah berani membuang semua hak-hak istimewa tersebut dan menyamakan dirinya dengan orang-orang biasa sebelum baginda diangkat menjadi seorang rasul dan menerima wahyu. Orang-orang Quraisy tidak dapat menahan kesabaran mereka terhadap seruan Nabi Muhammad SAW. Mereka selalu menyeksa para hamba dan melakukan kekejaman terhadap orang yang lemah yang menerima seruan nabi.

Sementara itu, Nabi Muhammad tidak hanya mencela berhala-berhala mereka sahaja tetapi juga mengingatkan mereka akan datangnya Hari Kebangkitan dan Hari Hisab yang dahsyat, menurunkan kemuliaan dan kekuasaan mereka, tidak hanya melarang mereka melampiaskan nafsu syahwat dan perdagangan riba serta menganggap mereka sama dengan para hamba dan orang-orang lemah, bahkan baginda menuntut hak yang terdapat dalam harta benda orang kaya bagi para hamba, para fakir dan mereka yang dalam perjalanan.

2

Pengenalan
Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Nabi dan Rasul akhir zaman. Baginda adalah Nabi yang terakhir yang dilantik Allah SWT untuk membimbing umat manusia ke arah jalan yang benar selain menyeru manusia mentauhidkan Allah yang satu. Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Baginda merupakan putera kepada Abdullah dan Aminah. Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada tahun Gajah dan merupakan keturunan Arab Quraisy. Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi di Gua Hirak dan selepas itu dilantik menjadi Rasul akhir zaman dan digelar sebagai Rasulullah SAW. Baginda mendapat gelaran ‘Al-Amin’ yang bererti jujur berdasarkan keperibadian baginda yang jujur dalam setiap perlakuan.

Sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah, tugas yang digalas pada bahu baginda amat besar dan berat. Bukan sekadar terpaksa berdepan dengan umatnya yang sangat kuat menentang ajaran baginda, sebaliknya baginda turut berdepan dengan tentangan yang hebat dari keluarga baginda sendiri terutamanya bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab. Tugas ini perlu disertai dengan iman yang teguh dan keyakinan yang utuh kepada Allah agar segala dakwah dapat berjalan dengan lancar tanpa mengenal erti putus asa. Baginda menggalas tugas ini dengan sebaiknya dan sanggup berkorban segala-galanya termasuklah masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengembangkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.Oleh itu, keperibadian baginda yang mencerminkan Islam yang sebenar wajar dijadikan contoh tauladan dan ‘role model’…

3

Huraian
Berdasarkan petikan yang di ambil dari sumber di perpustakaan Universiti Malaya, buku berjudul Keagungan Nabi Muhammad SAW (Kepahlawanan dan Keindahan Akhlak Rasulullah SAW) terbitan tahun 2004 telah menjadi pilihan saya untuk di kaji dan ditafsirkan menurut falsafah. Buku ini hasil penulis Abdurrahman ‘Azam menghuraikan berkenaan tokoh terulung Islam yang sangat disanjungi dan dihormati iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Petikan ini merupakan sebahagian kecil dari sejarah kehidupan baginda yang dapat diketengahkan falsafahnya.

Falsafah yang jelas diperlihatkan oleh penulis iaitu ‘Berpegang teguh dengan ajaran Islam’. Oleh itu, wajar sekiranya dijadikan bahan kajian untuk diselidiki, dikaji dan direnungi pegangan hidup baginda. Pada pendapat saya, Nabi Muhammad SAW sangat terkenal dengan sifatnya yang kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Baginda merupakan utusan dan wakil dari Tuhan yang di tugaskan untuk menyeru umat manusia supaya mentauhidkan diri kepada Allah. Bukan sekadar itu, baginda juga perlu berdepan dengan Masyarakat Arab Jahiliah yang hidup dalam penuh kesesatan dan bergelumang dengan dosa-dosa.

Seruan baginda ditentang hebat oleh Masyarakat Arab Jahiliah kerana ajaran yang di bawa Nabi bertentangan dengan gaya hidup mereka yang menjadi tradisi daripada nenek moyang mereka. Walau menghadapi tentangan yang sengit, semangat baginda tetap teguh dan utuh untuk mengembangkan Syiar Islam. Setiap dakwah yang disampaikan oleh baginda berteraskan wahyu dari Ilahi. Baginda tidak akan sesekali

4

mengungkap sesuatu bicara sekiranya bukan bersumberkan wahyu yang ternyata kesahihannya. Dakwah disampaikan secara berhemah dan bersistematik. Baginda tidak pernah sesekali memaksa seseorang supaya patuh akan ajarannya tetapi menggunakan pendekatan paling berkesan bagi menarik masyarakat mengikut segala ajaran baginda.

Melalui keperibadian baginda, kehalusan budi pekerti dan pegangan hidup yang berlandaskan syiar Islam, telah menjadi daya tarikan bagi masyarakat meyakini bahawa Agama Islam yang disampaikan oleh baginda adalah benar. Strategi yang dilaksanakan oleh baginda sangat memberi impalk yang positif terhadap penyebaran Agama Islam. Baginda mengembangkan syiar Islam menggunakan dalil yang sahih. Al Quran dan As Sunnah menjadi rujukan utama selain wahyu dari Allah. Sebarang masalah yang timbul dan menghadapi keraguan dalam sesuatu permasalahan, baginda akan merujuk kedua-dua sumber tersebut.

Baginda tidak pernah menunjukkan unsur-unsur magik atau kuasa-kuasa luar biasa seperti yang pernah dilakukan oleh nabi-nabi sebelumnya walau baginda sendiri dianugerahi pelbagai mukjizat oleh Allah sebaliknya baginda membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan As Sunnah. Antara faktor kepada kejayaan dakwah Islam juga ialah keyakinan pada tujuan dan keteguhan serta usaha untuk memperolehinya yang terdapat dalam diri baginda. Keyakinan kepada Allah mendorong baginda mencapai matlamat dakwahnya. Desakan masa untuk mencapai keredhaan membuatkan baginda berasa

yakin bahawa kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan berkait rapat dengannya.

5

Kekuatan keyakinan kepada pertolongan Allah meyakinkan Nabi untuk mengatasi segala dugaan dan mengelakkan dari setiap keraguan. Baginda yakin bahawa sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini, semangat juang yang tinggi dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa sangat penting untuk memastikan kejayaan dalam menyebarkan dakwah. Baginda menggunakan pendekatan ini dalam setiap tindakan . Sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah, tugas yang digalaskan pada bahu baginda sangat berat. Bukan sekadar terpaksa berdepan dengan umatnya yang sangat kuat menentang ajaran baginda, sebaliknya baginda turut berdepan dengan tentangan hebat dari keluarga baginda sendiri terutamanya bapa saudara baginda iaitu Abu Lahad.

Tugas ini perlu disertai dengan iman yang teguh dan keyakinan yang utuh kepada Allah agar segala dakwah dapat berjalan dengan lancar tanpa mengenal erti putus asa. Baginda menggalas tugas ini dengan sebaiknya dan sanggup berkorban segala-galanya termasuklah masa, tenaga dan wang ringgit bagi mengembangkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Oleh itu, wajarlah sekiranya pegangan hidup baginda iaitu ‘Berpegang teguh dengan ajaran Islam’ dijadikan contoh dan teladan buat umat manusia pada masa ini. Hal ini demikian kerana, sekiranya kita mendalami keperibadian baginda yang amat mulia dengan lebih mendalam, kita akan mengagumi ketokohan baginda sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman…

6

Penutup
Kesimpulannya, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh Islam yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ketokohan baginda tiada tandingan sehingga pemikir dan pengkaji Barat turut mengagumi kehebatan baginda dari pelbagai aspek . Baginda sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Buktinya baginda

sanggup menghadapi segala dugaan dan cabaran di sepanjang tempoh menjalankan dakwah bagi membimbing umatnya kearah jalan yang diredhai Allah.

Sehingga kini, baginda disanjungi dan dihormati walaupun baginda telah lama wafat. Pada setiap tahun, Umat Islam menyambut Maulidurrasul sebagai tanda memperingati kelahiran baginda walaupun tidak pernah bersua dengan baginda. Hal ini membuktikan bahawa Umat Islam seluruh dunia yakin dan mempunyai kepercayaan yang teguh terhadap ajaran yang di bawa oleh baginda. Sebagai umat baginda, kita seharusnya bersyukur dengan kelahiran baginda yang menjadi penyuluh kepada semesta alam.

7

Bibliografi
Abdurrahman ‘Azam. 2004 . Keagungan Nabi Muhammad SAW- Kepahlawanan dan Keindahan Akhlak Rasulullah : Crescent News ( KL ) Sdn.Bhd, Selangor

Abu Mus’ad Al-Husny. 1999 . Sejarah Lengkap Nabi Muhammad SAW

Afzal Iqbal . 1992. Diplomasi Rasulullah SAW : Pustaka Salam Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Synergymate Sdn.Bhd

Hashim bin Musa . 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Suatu Pengenalan : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

K.H Moenawar . 2001 . Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad ( Jilid 3 )

Mohammad Syafique . 1995 . Rasulullah sebagai Hamba Allah, Pemimpin, Pendakwah, Sahabat, Bapa dan Suami : Al Hidayah Publisher. Kuala Lumpur

Mufti Ahmad E. Bemat . 1994 . Insan Teladan Sepanjang Zaman : Darul Nu’man, Kuala Lumpur. SEKIAN, TERIMA KASIH

8

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->