You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN PENGETUA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa kerana telah
menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan majlis ini yang indah ini. Tahniah juga
diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang bagi
tahun 2010.

Kejayaan SMK kuhara dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah menjulang nama
SMK kuhara bukan sahaja di peringkat daerah tawau, tetapi juga sehingga ke peringkat negeri
dan kebangsaan. Peningkatan pencapaian smk kuhara dalam akademik dan kokurikulum
memberi gambaran yang positif dan menjadi petunjuk bahawa kita mampu melakar kejayaan
yang lebih gemilang pada masa akan datang. Segala kejayaan merupakan satu kombinasi
usaha yang cukup padu hasil kegigihan pelajar, para pentadbir, bimbingan yang berterusan
daripada para guru, AKS, sokongan PIBG dan orang perseorangan.

Pepatah Inggeris pernah menyebut, ”Plan your work, work your plan”. Ia menjelaskan
bahawa faktor perancangan adalah amat penting kepada sesebuah sekolah, seterusnya
melaksanakan segala perancangan yang dibuat supaya tidak sekadar retorik semata-mata.
Saya begitu optimis dengan kekuatan yang kita miliki dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah,
hubungan komuniti dan lain-lain sehingga menjadikan perancangan suatu realiti. Oleh itu,
walaupun SMK kuhara telah mencapai banyak kejayaan, namun warga SMK kuhara harus
terus berusaha demi mengekalkan kecemerlangan sesuai dengan visi dan misi sekolah. Hal ini
demikian kerana yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek.
Namun, mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, ia mencabar
warga sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi memiliki jati diri yang
kukuh serta sahsiah yang mantap pada era kecanggihan teknologi maklumat hari ini. Lantaran
itu, untuk menjadikan pendidikan sebagai penjana kecemerlangan, para guru, ibu bapa dan
masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil
meneruskan usaha untuk melahirkan anak-anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuan
tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi dan disegani.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar ini memberi pengiktirafan
kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, majlis ini juga
akan menyuntik motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-
masing. Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar berwawasan yang telah mengukir
kejayaan dan mengharumkan nama sekolah. Pelajar seharusnya terus berusaha tanpa
mengenal erti jemu dan berusaha dengan lebih gigih bagi mengekalkan kecemerlangan
masing-masing. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan majlis yang indah ini berjalan dengan sempurna. Saya juga ingin
merakamkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian yang
membanggakan ini dan bagi yang belum menerima anugerah, janganlah berputus asa
sebaliknya teruslah berusaha meningkatkan kecemerlangan agar suatu hari nanti pasti
anugerah ini menjadi milik anda. Saya berharap agar SMK Kuhara akan terus mencipta dan
mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi.

Sekian, terima kasih.

You might also like