You are on page 1of 1

AGAMA SIKH

- Kelompok agama minoriti di Malaysia yang sebahagiannya entik India berketurunan Punjabi
- Diasaskan oleh Guru Nanak pada 1469
- Kitab : Guru Granth Sahib
- Monotheistic iaitu mempercayai satu Tuhan

 INSTITUSI AGAMA DAN PUSAT IBADAT


- Berpusat di Gurdawa. Merupakan rumah ibadat dan juga sebagai pusat aktiviti
kemasyarakatan
- Di Gurdawa ada menyediakan makanan di langar (ruang makan khas) untuk pengunjung
tanpa mengira agama
- Majlis Gurdawa Malaysia : institusi yang menaung gurdawa di Malaysia

 PERAYAAN
- Vaisakhi. Disambut pada bulan April setiap tahun. Asalnya disambut sempena pesta
menuai, namun diteruskan sebagai perayaan besar agama Sikh

 RITUAL DAN UPACARA KEAGAMAAN


- Granthi Sahib (pembaca kitab) membaca kitab Guru Granth Sahib dan menyanyikan
kirtan (mazmur) serta menyampaikan katha (syarahan) agama
- Diikuti dengan bacaan ardas (doa) dan hukumnama (jawapan bacaan doa) oleh Granthi
Sahib
- Selepas itu, karah parshad (halwa) iaitu sejenis manisan diberikan kepada sanggat

 SIMBOL KEAGAMAAN
- Lima simbol penting: Kesh, Kangha, Kara, Kirpan dan Kacha.
- Merupakan pakaian rasmi yang wajib dipakai oleh ahli Persaudaraan Khalsa

You might also like