You are on page 1of 4

BENTUK MUKA BUMI

Malaysia terletak di antara garis lintang 1oU - 7oU dan garis bujur 100oT -
120oT. Keluasannya ialah 329,757 km2 . ,Semenanjung Malaysia (131,598
km2), Sabah (73,710 km2) Sarawak (12, 449 km2). Malaysia terletak di tengah-
tengah jalan laut antarabangsa iaitu negara-negara Barat dan Timur. Bebas
daripada bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi dan tiupan
angin kencang. Mempunyai iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang
tahun membolehkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dijalankan. Bentuk
mukabumi terdiri daripada kawasan tanah pamah memudahkan kegiatan
pertanian, petempatan dan perniagaan. Kawasan tanah tinggi pula sesuai untuk
kegiatan pelancongan dan pertanian.

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi Di Malaysia

Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah
tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung
dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Malaysia mempunyai banyak
banjaran, contohnya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran
Kapuas Hulu yang bergunung- ganang. Ketinggian gunung-ganang ini berbeza-
beza (Lihat peta di bawah).
Malaysia terletak dipersimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa, iaitu
dari timur ke barat dunia. Kedudukan yang strategik ini menjadikannya masyhur
dan penting sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Banyak kapal-kapal dari
barat seperti Eropah dan Amerika yang menggunakan laluan di Selat Melaka
untuk ke negara-negara timur seperti Jepun dan China.

Bentuk muka bumi yang pelbagai itu memungkinkan pelbagai kegiatan ekonomi
dijalankan seperti pelancongan, perikanan dan pertanian.

Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia


Pada umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang bergunung-ganang.
Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar:
• Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
• Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
Kawasan tanah tinggi mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi

 Kawasan pembalakan
Hutan Malaysia terutamanya tanah tinggi Sabah dan Semenanjung
Malaysia menghasilkan kayu berharga seperti merbau, meranti, cengal
dan hasil hutan lain seperti rotan dan buluh.

 Kawasan tadahan air dan legeh


Kawasan tadahan air bagi beberapa batang sungai seperti Sungai Perak
dan Sungai Pahang.

 Pusat peranginan
Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit
Bendera.

 Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik


Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai
(Sarawak), Empangan Tenom Pangi (Sabah).

 Kawasan pertanian
Sesuai untuk menanam tanam-tanaman hawa sederhana seperti teh,
bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti di cerun-cerun bukit di
Tanah Cameron.

Banjaran gunung yang utama di Semenanjung Malaysia ialah :


 Banjaran Titiwangsa

•Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.

•Juga dikenali sebagai Banjaran Besar.

•Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia.

•Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.

•Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan (2178m).

•Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan
Tanah Tinggi Cameron.

•Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.


 Banjaran Bintang

• Menganjur dari selatan Negara Thai dan merentas negeri Perak.

• Kemuncak tertinggi ialah Gunung Bintang (1880 meter).

• Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.

• Adalah legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya, Sungai Kinta.


Banjaran Keledang

• Terletak di antara Sungai Perak dengan Sungai Kinta

• Bercabang dari Banjaran Titiwangsa

 Banjaran Tahan

• Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

• Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m); kemuncak


yang tertinggi di Semenanjung Malaysia

You might also like