You are on page 1of 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah perkara utama untuk melakukan kajian mengikut peringkat yang dirancangkan.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah merupakan adaptasi daripada reka bentuk yang telah digunakan oleh Wiersma (1995) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Peringkat Persediaan: Mengenal pasti masalah kajian Mengkaji sumber kajian berkaitan Menentukan jangka masa kajian Menentukan prosuder kajian Merangka instrumen kajian

Peringkat Akhir: Pengumpulan Data: Pemilihan sampel Mentadbir ujian penulisan Mengumpul data Menyemak data Menganalisis data Menginteperetasi data Menyemak data Menyemak semula soalan kajian dan teori menulis dapatan kajian

Rajah 3.1 : Komponen reka bentuk kajian Rajah 3.1 menunjukkan peringkat kajian yang dijalankan oleh penyelidik dan mengadaptasikan model Wiersma (1995). Peringkat awal, penyelidik akan menentukan 12

jangkamasa kajian. Kemudian merangka prosedur kajian dan merangka instrumen kajian yang hendak digunakan. Pada peringkat pengumpulan data, penyelidik akan memilih sampel kajian dan mentadbir ujian penulisan. Kemudian data dikumpulkan dan semakan data dilakukan. Pada peringkat akhir, data akan dianalisis, diintepretasikan dalam bentuk yang terperinci, menyemak semula soalan kajian dan teori dan kemudian dapatan kajian akan ditulis dengan lebih lengkap dan sempurna.

3.3

Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol yang memperolehi pencapaian pelbagai peringkat. Majoriti responden ialah pelajar Melayu. Daripada sejumlah 30 orang, 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan.

3.4

Instrumen Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang bertujuan mengenal pasti dengan lebih dekat lagi tentang tarap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan memfokaskan kesilapan ejaan dalam bahan penulisan. Data dikumpul melalui penulisan karangan gambar bersiri dan penulisan karangan dalam kertas jawapan. Setiap kesilapan ejaan akan direkod oleh pengkaji dan dapat dikenal pasti kekerapan jenis kesilapan ejaan yang dilakukan oleh pelajar dalam karangan.

3.5

Tatacara Pemerolehan Data

Semua murid telah diberi ujian bertulis, iaitu mereka dikehendaki menulis karangan berbentuk gambar bersiri. Panjang karangan tersebut adalah lebih kurang 120 patah

13

perkataan. Di samping itu juga, kertas jawapan peperiksaan pelajar juga diambil untuk disemak. Tujuan bahan penulisan ini digunakan adalah untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kesilapan ejaan, dan jenis-jenisnya melalui penggunaan bahasa tulisan (karangan). Pengendalian kedua-dua ujian bertulis ini dilakukan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun Enam Mawar. Penulisan karangan gambar bersiri diadakan selama satu jam, mengikut jadual waktu harian, manakala penulisan karangan cerita diambil samasa peperiksaan akhir Tahun Lima. Kedua-dua bahan penulisan ini diambil bertujuan mendapat purata kekerapan kesilapan ejaan bagi kedua-dua hasil penulisan tersebut serta memperoleh ikdeks kebolehpercayaan kedua-dua bahan bertulis itu. Selain itu, bahan-bahan bertulis itu akan meyakinkan pengkaji bahawa kesilapankesilapan yang dilakukan oleh murid-murid itu benar-benar kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini dapat dilihat jika kesilapan-kesilapan ejaan yang dilakukan oleh sample kajian dalam penulisan pertama berulang dalam penulisan kedua.

3.6

Tatacara Penganalisisan Data

Buku daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1987) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah digunakan sebagai panduan untuk menentukan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Segala penyimpangan daripada sistem ejaan yang telah ditetapkan dalam buku itu dianggap melakukan kesilapan. Ini adalah kerana buku ini telah disahkan sebagai panduan yang tepat tentang sistem ejaan Bahasa Melayu baku. Kesilapan-kesilapan yang menjadi tumpuan kajian ini ialah kesilapan-kesilapan yang telah ditentukan jenis-jenisnya seperti berikut:

14

E1 – Kesilapan penggunaan ejaan berdasarkan sistem keselarasan huruf vokal.

Salah - Bolih - Pereksa - Hurmat - Penoh -Kaseh

Betul - Boleh -Periksa - Hormat - Penuh - Kasih

Penggunaan ejaan yang menyalahi perauran kekecualian keselaranan vokal. Salah - Calun - Lapuran - Menggembeling - Anih - Anika E2 – Kesilapan ejaan kata pinjaman. Salah - Plan - Letrik - Nasionalisma - Faktur - Setor Betul - Pelan - Elektrik - Nasionallisme - Faktor - Stor Betul - Calon - Laporan - Menggembleng - Aneh - Aneka

15

E3 – Kesilapan ejaan kata terbitan. Contoh: Salah - Kedudukkan - Kebaikkan - Memilikki - Membaikki - Menggalakkan Betul - Kedudukan - kebaikan - Memiliki - Membaiki - Menggalakan

E4 – Kesilapan penulisan kata depan’di’, dan ’ke’ Salah - Ku ambil - Bidang-nya - Di asuh - Ke sepuluh - Dimaktab Betul - Kuambil - Bidangnya - Diasuh - Kesepuluh - Di maktab

Kesemua kesilapan yang ditemu dalam hasil penulisan kerangan sample kajian ditanda dengan menggunakan symbol E1, E2, E3, dan E4 mengikut jenis kesilapan yang dilakukan. Kesilapan ejaan itu dianalisis mengikut jenis kesilapan ejaan dan data kesilapan ejaan untuk setiap jenis diperoleh dengan menghitung kekerapan kesilapan yang dilakukan.

3.7

Kesimpulan

Kesimpulannya dalam bab ini menerangkan cara pengumpulan data. Ia menerangkan beberapa cara untuk mendapatkan data serta bidang kesilapan yang dikumpulkan sebagai bahan kajian.

16