You are on page 1of 22

1 BAHAS ALA PARLIMEN

KONSEP BAHAS ALA PARLIMEN Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Dalam situasi sebenar di Parlimen, Pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada Pihak Pembangkang pula akan mencadangkan pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya Pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya. Dalam Perbahasan Ala Parlimen, perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model atau contohnya. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul ( cadangan ) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, Pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul ( melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :

2 Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima @ Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak

SYARAT, PERATURAN & FORMAT BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 1. OBJEKTIF : 1.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada para pelajar sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan. 1.2 Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan. 1.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran mengutarakan hujahhujah yang bernas dan teratur. 2. RASIONAL 2.1 Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah menengah berkaitan dengan ketrampilan diri. Menyedari hakikat itu, usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi membina ketrampilan diri murid sebagai seorang yang berani mengemuka dan mempertahankan pendapat tersebut. 2.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif , kreati,f dan kritis.

manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. dan YB Pembangkang Kelima. manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. 2.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah.3 SYARAT-SYARAT & PERATURAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 1. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang. . YB Pembangkang Keempat.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut : 1 3 5 8 KERAJAAN Pertama Kedua Ketiga Keempat Ucapan Menggulung Pertama/Kedua 2 4 6 7 PEMBANGKANG Pertama Kedua Ketiga Keempat Ucapan Menggulung Pertama/Kedua MASA 8-10 minit 8-10 minit 8-10 minit 1 minit celahan 4 minit 2.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri. YB Menteri Ketiga. YB Menteri Keempat.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang. 2.YB Pembangkang Ketiga.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang pembahas daripada sekolah yang sama. 2. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. dan YB Menteri Kelima. . Masa yang diperuntukan untuk celahan ini maksimum satu minit sahaja. Tugas pembahas keempat atau kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang sedang berhujah. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu 2. FORMAT 2. manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua.

4. Pembahas boleh menerima dua izin laluan 2.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri.6 Semasa satu pihak berhujah. ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. 3.7 Selepas semua pembahas berhujah.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula. pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan. 4.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh pelajar yang sedang belajar di sekolah tersebut. 4. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim .4 2. 3. 3.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim. sekolah-sekolah menengah harian yang berumur tidak melebihi 18 tahun pada tahun pertadingan tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh. PENGHAKIMAN 4. Lima orang hakim diwajibkan di peringkat kebangsaan. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. 4. 4. KELAYAKAN 3.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya sendiri.

2 Peranan Yang Dipertuan Dewan.6 Selepas selesai perbahasan. pihak kerajaan dan pembangkang dan lawan masing-masing sebelum pertandingan. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang. 5.1. Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai. 5.7 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti. . TATACARA PERBAHASAN 5. 5. ketua hakim akan menentukan pembahas terbaik.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. 5. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan usul.4 Hanya para pelajar dalam pasukan itu yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. 4.1.1.1. 5. pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masingmasing selama 1 jam. ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan. 4.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad.5 Bahan cetak dan komputer sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kuarantin.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka. 4.1 Pengendalian Perbahasan 5.5 dipilih sebagai pemenang.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan. 5. 5. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan. 5.

Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.5 Peranan Pembahas .3 5.2. Yang Dipertua Dewan tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding. Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit kedua dan akhir minit kelapan untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan dan celahan. Bagi ucapan penggulungan.3 5. penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan. Pada minit ketiga masa penggulungan.3.3.2. 5. 5.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan hingga 10 minit diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan.2 5.6 5.2. perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.4.3. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah.2. Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan pertandingan.4 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa.1 5.3.3 Peranan penjaga masa 5. penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.4.4 Larangan 5.2 5. dan pembahas-pembahas.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 5. 5.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama. panel hakim.4 5.

10. Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.5.11.5. 5.5. . 5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 5.5. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan. 5. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang.5. 5.7. mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka.12. 5. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut. Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau nenolak definisi tersebut. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan).6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. 5.8. Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.5.5.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.5.5. 5.7 Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) – 10 Minit Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut. 5.5. 5.10 Minit 5.1 Pembahas Pertama Pembangkang ( Ketua Pembangkang ).5.9.

15 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh ketua pembangkang.5.19 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.. Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.10 Minit 5.18.5.21 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. 5.5. 5.5. Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga). Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang.22 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibbentangkan oleh kerajaan.13.5.10 Minit 5.5. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.5. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. 5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 5.5. 5.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. 5.10 Minit . 5. Pembahas Kedua Kerajaan ( Menteri Kedua).23.8 5.14 Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. 5. Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua).5.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk .28 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua).6. 5. 5.5. 5. 5.5.9 5.6.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.29 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.6. 5.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut.5. Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. 5.4 Minit 5.5. 5. 5.5.10 Minit 5. 5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.5.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.5. Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga).32.4 Minit 5. 5.6.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.5.6 Peranan Penggulung Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua).

6. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.4 . Izin laluan haruslah padat dan bernas.4. 6.10 menutup hujah dibentangkan. • • • • Kerajaan dalam menyokong usul yang telah 6.4.2 Etika izin laluan. 6. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan. Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan.4.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan. ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan semasa pembahas sedang berhujah. bersiul. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk : soalan.4. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. 6.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah.3 6. 6. fakta. Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.1 6. melambailambai. memetik jari. pihak lawan dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah. IZIN LALUAN 6. kenyataan. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

adab dan budaya yang tinggi. marah-marah. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan. Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi peluang kepada pihak lawan.5. Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut.5 Memohon dan menerima izin laluan 6. Menerima izin laluan tersebut ketika itu.5.3 6. Celahan . • • 6. Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh: • • • Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat. Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan. Menjerit. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya. • Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran.4 7. Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi. 6. • Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas.2 6.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan.4.11 6.5.6 6.5. dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.5 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila.4.

Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah.4 Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan. . d.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan. memberi penjelasan. 7. Namun begitu bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting. dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan. Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dan kemantapan bidasan. 7. Hakim dinasihati menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. 7. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi. b. 7. pihak lawan tersebut telah melakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah tersebut.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja.5 Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah.1 ISI a. c. Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah. Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut : ISI STRATEGI GAYA BAHASA 1.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-dua pihak.3 Masa celahan hanyalah satu minit sahaja. 7. pasukan tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan 7. membetulkan fakta dan bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan.7 Yang Dipertua Dewan berhak menangguh sementara celahan untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan. RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN 1.12 7.

Secara umumnya adalah lebih baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu / hujah. c. prejudis atau pengetahuan sedia ada masingmasing. Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kepercayaan. Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan. STRATEGI a. Strategi meliputi dua konsep: i) ii) Struktur dan tempoh masa penghujahan . sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. Memberi tempoh masa yang secukupnya penghujahan. Pemahaman tentang isu Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. Oleh itu. tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu. huraian. Membazir masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. e. Oleh itu. ii. f. g.13 e. Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. untuk isu d. Bayangkan dalam sesuatu situasi. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan. Sebaliknya. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting. Terdapat dua aspek berkenaan dengan hal ini : i. gaya penyampaian hujah merupakan salah satu komponen strategi. adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula. hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja. seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang rendah bagi isi . Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Hal ini kerana. dan penutup yang jelas. kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Semasa penghujahan diberi. b.

14 kerana bidasannya lemah.Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan. hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul.1. Oleh itu. iaitu: i) ii) sebutan bahasa gerak badan ( ‘body language’ ) Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh pembahas. b. c.Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas.1 GAYA a. Gaya termasuk cara pembahas berhujah. Walau bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut. d.1. Hal ini juga termasuk: i) ii) iii) iv) sebutan baku kelancaran nada intonasi Penggunaan sebutan baku diwajibkan.2 BAHASA a. . 1. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i) ii) Gaya bahasa Struktur ayat iii) Tatabahasa b. 1.

Dengan adanya izin laluan.15 c. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima.1. b. bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah msing-masing.1. Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan. Jika izin laluan itu diterima. tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan itu.sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian bahasa. b. Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi pandangannya.3 BIDASAN a. peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi.4 PENGGULUNGAN a. Oleh itu. pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu. pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas tentang isu yang dibahaskan. . Misalnya. 1. Malah pembahas yang tidak memberi / menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah dalam bahagian isi dan strategi. 1.5 IZIN LALUAN a.1. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan. 1. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. pihak lawan boleh membetulkan maklumat perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang diutarakan dalam perbahasan itu. Selain itu. jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas tidak perlu membidas setiap contoh. pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut. c.

Pembahas itu wajib menerima celahan dengan memberi penjelasan semula tentang isu yang dikemukakan. Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika pembahas sedang berhujah. Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah.16 1. akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan. b. c. .7 CELAHAN a. Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas menyampaikan hujahnya.

3 ISI a. . Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah. b.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut: (a) Isi (b) Strategi (c) Gaya (d) Bahasa (e) Kerjasama = = = = = 30 markah 30 markah 20 markah 20 markah 10 markah GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN) NO MUTU/TAHAP 1 2 3 4 5 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Lemah ISI (30 ) 2630 21 – 25 16 – 20 11 – 15 6– 10 STRATEGI GAYA BAHASA KERJASAMA JUMLAH (30) (20) (20) (110) 26 – 30 21 – 25 16 – 20 11 – 15 6 – 10 18 – 20 15 -17 12 – 14 9– 11 6–8 18 – 20 15 – 17 12 – 14 9 -11 6–8 8-10 6-7 4-5 2-3 0-1 96 – 110 78 – 95 64 -77 42 – 63 24 – 41 1. PERTIMBANGAN PEMARKAHAN Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan: ketetapan hujah kemantapan hujah Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan. HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) – MASA – 10 MINIT 1. c.17 BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA SISTEM PEMARKAHAN 1.

Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan. g.amalan dan tingkah laku .Masalah setinggan .18 d. ii. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang.Masalah jenayah – perogol bersiri .ganggu gadis .Mengganggu ketenteraman masyarakat . . Contohnya: USUL: Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di Malaysia Hujah Pembankang : Pekerja asing telah menimbulkan pelbagai masalah sosial. f.pembunuh upahan . Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah / isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. b. Perkara-perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas. Struktur e. Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi.rompakan . i. Begitulah sebaliknya. justeru pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Strategi meliputi dua konsep: i. Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi. Struktur dan tempoh masa penghujahan. . Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh. STRATEGI a.Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para remaja Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas. h.

pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak lawan.19 Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan. pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. h. f. Penglibatan pembahas dalam memberi / menerima izin landuan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi. Isi-isi yang penting perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting. seorang pembahas cuba membidas isu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. bahasa gerak badan (body language) . kata kunci diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Semasa penghujahan. Susunan isi perlu dititikberatkan. Bayangkan dalam satu situasi . Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan. iaitu:daripada segi sebutan – suara yang jelas. Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah strategi. huraian dan penutup yang jelas. Persoalan penting perlu dibidas. c. i. Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan isu. Walau bagaimanapun. Daripada segi strategi. Pemahaman tentang isu. Berhujah dalam masa yang dibenarkan. Sebaliknya. Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek: i. i. adalah lebih wajar pembahas mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan hujah / fakta. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspekaspek penghujahan. d. Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. GAYA a. ii. e. Gaya termasuk cara pembahas berhujah. Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. g. ii.

sebutan (baku) kelancaran nada intonasi Penggunaan sebutan baku diwajibkan. ii. Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan. iii.20 . iv. Gaya yang berjaya menarik / memikat hati penonton perlu diberi pertimbangan. b. peribahasa dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi.dipelbagaikan . sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian bahasa. c. . b. gaya bahasa strtuktur ayat tatabahasa Aspek bahasa yang lain termasuklah: i. e. Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang berbeza oleh para pembahas. d.bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan. BAHASA a. c. Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan atau melampaui batas. iii. ii. Hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul. Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan. f. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i. Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu banyak bergantung pada nota atau membaca daripada nota.

21 2. ii. Strategi = 15 markah c. Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi. Kemampuan pembahas merumus dan membidas hujah pihak lawan. Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah pasukan. Isi = 15 markah b. c. Isi dinilai daripada aspek: i. Bahasa = 10 markah -------------------------------------------------Jumlah 50 markah ============================== 1.3 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Lemah Pertimbangan Pemarkahan ISI a. . Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi. b. UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT 2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut: a. Gaya = 10 markah d.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN) ISI (15) 14 – 15 12 – 13 10 – 11 8–9 6 -7 STRATEGI (15) 14 – 15 12 – 13 10 -11 8–9 6 -7 GAYA (10) 9 – 10 7–8 5–6 4 3 BAHASA (10) 9 – 10 7–8 5–6 4 3 JUMLAH (50) 46 – 50 38 – 42 30 – 35 24 – 29 18 – 23 NO MUTU/TAHAP 1 2 3 4 5 1.

*** GAYA / BAHASA a. Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan. b. . Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markah strategi. Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian penghujahan. Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambil kira oleh hakim. c. Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan penggulungan. Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian markah strategi semasa sesi penggulungan.22 STRATEGI a. d.