You are on page 1of 4

Tarbiah (1

)
Oleh : Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Dari Muaz bin Jabal r.a. katanya : Aku bersama-sama dengan Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Pada suatu pagi, aku bangun berdekatan dengannya dan ketika itu kami sedang bermusafir, lalu aku berkata : “ Wahai Rasulullah, khabarkan kepada aku suatu amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka”. Lalu Baginda bersabda : “Sesungguhnya engkau telah bertanya akan soalan yang besar. Ianya menjadi mudah bagi sesiapa yang dipermudahkan oleh Allah swt ke atasnya. Hendaklah engkau menyembah Allah swt dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun, dirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menunaikan haji di Baitullah”. Kemudian Baginda berkata : “Tidakkah engkau mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan?” “Puasa itu perisai, sadaqah memadam kejahatan, dan solat seorang lelaki pada waktu malam”. Lalu Baginda membaca firman Allah swt :

ََ َ ََ‫تََ َ َى َنَوبَ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َو َ َربَ َ َ َ َوَا َو َ َ َا َوَ َا َرزق‬ ‫تجاف َج َ هم عن المضاجع يدع َن َ هم خ َف َطمع َمم ََ ناهم‬ َ‫يََ َ َو َ َ(16) ََ َ َتَ ََ َ َنَ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ َقَرَ ََ ََ َ َ َز َ ََ َ َانَوا‬ َ ‫فل علم فس ماَأخفي لهم من َة أعين جَاء بماَك‬ ‫نفق َن‬ َ )61(ََ ‫يَ َ ََو‬ ‫ع م ل َن‬
Maksudnya : Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah
_________________________
(1)

Telah terbit di dalam surat khabar Al-Ikhwan Al-Muslimun pada tahun kedua penerbitannya, bil 312, pada hari Jumaat 18 Jamadil Al-Akhir tahu 1366 H bersamaan 9 Mei 1947.

dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.(2) Sabda Baginda lagi : “Tidakkah engkau mahu aku tunjukkan kepada bagi setiap perkara, tiangnya dan puncak yang paling tinggi?” Lalu aku menjawab : “Bahkan ya Rasulullah”. Sabda Baginda saw : “Kepala bagi setiap perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncak yang tinggi adalah jihad.” Tanya Baginda saw lagi : “Tidakkah engkau mahu aku beritahu kemuncak bagi kesemuanya tadi?”. Jawabku : “Bahkan ya Rasulullah”. Sabda Baginda : “Hendaklah engkau menjaga ini – sambil menunjukkan kepada lidahnya”. Kataku : “Wahai Nabi Allah, adakah kita akan diperkirakan di atas segala apa yang kita cakapkan?”. Sabda Baginda : “Celakalah ibumu (3), berapa ramai manusia yang ditelangkupkan mukanya ke api neraka disebabkan lidah mereka” (4).

Diriwayatkan dari Abi Zar r.a. katanya : “Aku menuju kepada Rasulullah saw, lalu aku berkata : Wahai Rasulullah, berilah peringatan kepada aku”. Sabda Baginda : “Aku ingatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya ia adalah perhiasan bagi setiap perkara yang engkau lakukan”. Kataku : “Lagi wahai Rasulullah”. Sabdanya : “Hendaklah engkau membaca Al-Quran, dan mengingati Allah swt. Maka Dia akan menyebut nama engkau di langit, dan cahaya di dunia”. Kataku : “Lagi wahai Rasulullah”. Sabdanya : “Hendaklah engkau selalu membisu (diam). Sesungguhnya ia dan menjauhkan engkau dari syaitan, dan membantu engkau di dalam urusan agama engkau”. Kataku : “Lagi wahai Rasulullah”. Sabdanya : “Hendaklah engkau menjauhi dari banyak ketawa. Sesungguhnya ia mematikan hati dan menghilangkan cahaya dari wajah engkau”. Kataku : “Lagi wahai Rasulullah”. Sabdanya : “Janganlah takut jika engkau melakukan sesuatu kerana Allah walau seketika”.
_________________________ Surah As-Sajadah : 16-17. Bukan bermaksud kecelakaan yang sebenar, tapi ia hanya lafaz yang menunjukkan kepada betapa pentingnya kata-kata yang akan disebutkan selepas itu. (4) Diriwayatkan oleh Ahmad (6/305), Baihaqi dalam Asy-Sya’b (2806), Nasaie dalam Al-Kubro (11394) dan AtTobroni dalam Al-Kabir (20/130,147)
(3) (2)

Kataku : “Lagi wahai Rasulullah”. Sabdanya : “Hendaklah engkau menyembunyikan apa yang ada pada diri engkau (sembunyi keaiban diri) dari manusia lain” (5).

Dari Abi Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Hendaklah engkau menjauhi prasangka kerana ia adalah perkara yang dusta. Janganlah mencari-cari kehidupannya, menyelidiknya, bersaing-saing, berhasad dengki, saling membenci, berpaling muka. Jadilah kamu seperti saudara wahai hamba Allah. Muslim itu dengam muslim yang lain adalah saudara, tidak menzaliminya, meninggalkanya dan menghinanya. Taqwa itu di sini, taqwa itu di sini, taqwa itu di sini – sambil menunjukkan kepada dadanya – cukuplah kejahatan bagi seseorang itu dengan dia memandang rendah saudara muslimnya. Setiap muslim dengan muslim yang lainnya, haram darahnya, maruahnya dan hartanya” (6).

Dari Asma‟ binti Yazid r.a. katanya : Aku bertanya kepada Rasulullah saw : “Wahai Rasulullah, jika seseorang dari kalangan kami berkata sesuatu yang dia suka tetapi aku tidak menyukainya, adakah ia dikira sebagai dusta?”. Jawab baginda : “Sesungguhnya orang berdusta, dia akan ditulis sebagai pendusta. Malah orang yang hanya berdusta sedikit, juga akan ditulis sebagai pendusta yang sedikit” (7).

Dan dari Abdullah bin „Amir r.a. katanya : “Ibuku memanggilku pada suatu hari sedangkan ketika itu Rasulullah berada di rumah aku”. Kata ibuku : “Datang sini, aku ingin bagi sesuatu kepada engkau”. Baginda saw bertanya : “Apakah yang engkau ingin berikan kepadanya?” Jawab ibuku : “Aku ingin berikan tamar kepadanya”. Lalu Baginda saw berkata kepadanya : “Adapun jika engkau tidak memberi apa-apa kepadanya, maka engkau akan ditulis sebagai penipu” (8).
_________________________ Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Asy-Sya’b (4942), dan Ibnu Hibban (361) Diriwayatkan oleh Ahmad (2/541) dan (3/45), Muslim (2564), Al-Baihaqi di dalam As-Sunan (8/487) dan (12/497) juga di dalam Asy-Sya’b (6660) dan (11151) dari Abi Hurairah r.a. Diriwayatkan dari Ahmad (4/546) dari Wathilah bin Al-Asyqa‟ r.a. (7) Diriwayatkan oleh Ahmad (7/591), Al-Tobroni di dalam Al-Kabir (24/155), Al-Baihaqi di dalam Asy-Sya’b (4821), Ibnu Abi Dunya di dalam Makarim Al-Akhlaq (149), Dzam Al-Kazib (56) dan Ash-Shamt (520) dari Asma‟ binti „Amis r.a., dan bukanlah Asma‟ binti Yazid sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Banna. (8) Diriwayatkan oleh Abi Daud (4991), Ibn Abi Syaibah (6/124) dan Al-Baihaqi di dalam As-Sunan (15/269).
(6) (5)

Sabda Baginda saw : “Tidaklah seseorang itu mengatakan sesuatu perkataan kecuali untuk menyebabkan orang di dalam suatu majlis ketawa (kerana perkataan yang dikeluarkannya), maka dia akan dijauhkan sejauh jarak antara langit dan bumi. Sesungguhnya seseorang lelaki (9) itu lebih banyak tergelincir lidahnya berbanding kakinya” (10).

Di dalam hadis-hadis yang disebutkan tadi, terdapat contoh bagaimana Rasulullah saw mentarbiah dan mendidik para sahabat r.a., sedang Baginda diajarkan adab oleh Allah swt dengan sebaik-baik adab. Adakah proses tarbiah nabawiyyah yang mulia ini memberi kesan kepada orang yang memisahkan antara haq dan bathil di dalam kata-katanya. Dia membawa „pen‟ supaya di„tulis‟ oleh Allah swt sedangkan manusia menganggapnya penakut. Dia tidak mempunyai adab yang baik dan selari dengan agama. Mereka menisbahkan diri mereka kepada islam. Kita katakan kepada mereka ini : “Mereka adalah pengikut Nabi Muhammad saw ? Atau di dalam hati mereka ada penutup yang menutupinya?”

‫اللهم اجعلنا مـمن تأدبوا بآداب دينك ، وتـمسكوا بـهدي نبيك ، ومن الذين يستمعون القول‬ . ‫فيتبعون أحسنه ، أولئك الذين هداهم الل ، وأولئك أولو األلباب‬
Wahai tuhanku, jadikanlah kami dari kalangan orang yang beradab dengan adab agamaMu, berpegang dengan petunjuk dari Nabi-Mu dan orang yang mendengar sesuatu perkataan dan mengamalkannya dengan sebaiknya. Mereka adalah orang yang diberika petunjuk oleh Allah dan mereka adalah orang-orang yang berfikir.

~ Wallahu‟alam ~

* Dipetik dari buku Ahadis Al-Jum’ah Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna oleh „Isham Talimah m/s 149 - 151. * Diterjemah oleh Muhammad Naqib bin Hamdan, mahasiswa Al-Azhar tahun 3.

_________________________ Juga melibatkan perempuan, kerana jika disebutkan lelaki selalunya ia melibatkan perempuan kecuali dalam beberapa keadaan. Namun jika disebutkan perempuan, maka ia hanya melibatkan perempuan sahaja, tidak lelaki. (10) Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Asy-Sya’b (4832) dari Abi Hurairah r.a.
(9)