You are on page 1of 17

Pengajiaan am-bahagian

sastera
Tajuk: Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar
utama mutakhir ini adalah disebabkan oleh pelbagai
faktor.Oleh itu konsep bandar selamat adalah wajar
dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan
awam.Bincangkan.
Pengenalan
Jenayah merupakan produk negatif sosial
yang berkembang dalam sesuatu sistem dan
persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem
dan persekitaran sosial yang wujud tidak
sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan
akhirnya menjurus kepada peningkatan
kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat.
Kategori jenayah
• Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori (yang bertindan):
• Jenayah berat
• Jenayah komputer dan jenayah siber
• Jenayah terhadap manusia
• Jenayah ke atas harta benda
• Jenayah terhadap keselamatan negara
• Jenayah hakcipta dan paten
• Jenayah dadah
• Jenayah seksual
• Jenayah senjata
• Jenayah perang
• Jenayah juvana
Faktor-faktor jenayah
berleluasa
• Persekitaran
• Ekonomi
• Etika dan peraturan sosial
• Pendatang asing khasnya haram
Faktor persekitaran
• Kemudahan asas yang tidak mencukupi serta
persekitaran kediaman yang sempit dikenal pasti menjadi
punca berlakunya kegiatan jenayah di kawasan
penempatan setinggan.
• Persekitaran tempat tinggal yang kurang selamat
contohnya kawasan rumah pangsa yang membenarkan
sesiapa memasuki tanpa kawalan atau tidak mempunyai
pengawal menjaga keselamatan akan menyumbang
kepada peningkatan kes jenayah
Faktor ekonomi
• Pergolakan serta kejatuhan ekonomi yang sedang dihadapi dunia
hari ini menjadi punca jenayah semakin ganas dan canggih .
• Kegawatan ekonomi menjadikan seseorang terdesak melakukan
jenayah. Hilang pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak
menyebabkan seseorang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti
merompak, peras ugut, atau membunuh.
• Faktor ekonomi juga menyebabkan meningkatnya penjenayah
kolar putih yang melakukan penyelewengan dan penipuan atau
rasuah yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan
negara.
Faktor etika sosial
• Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden
berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial.
• Lunas etika yang lemah boleh menyebabkan
wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana
kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan
jenayah pastilah sukar dibendung
• Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih
kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang
pembinaan masyarakat dan negara.
Faktor pendatang haram
• Kemasukan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial di
negara kita. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan
bebas di tempat asal mereka akan menular dalam
kalangan penduduk tempatan.
• Selain itu, mereka yang gagal dalam mencapai impian
untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini,
mudah terjerumus ke kancah jenayah.
• Jumlah pendatang asing yang semakin
meningkatmendatangkan pelbagai masalah sosial,
termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak.
Bandar konsep selamat untuk
meningkatkan keselamatan awam
• Secara amnya, “Bandar Selamat” adalah bandar yang
bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental.
Persekitaran pula sentiasa berada dalam keadaan
terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh
menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang
mengugat jentera kesejahteraan setempat.
• Selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan yang
paling selamat, sejahtera, sihat, ceria dan dapat
menjalankan hidup dengan penuh keyakinan
4 komponen bandar selamat
• Bandar yang bebas daripada keganasan
• Bandar yang bebas daripada bencana alam
• Bandar yang bebas daripada kemerosotan
sosial dan moral
• Bandar yang bebas daripada segala jenis
kemalangan dalam dan luar bangunan
Langkah-langkah yang diambil bagi
mengurangkan indeks jenayah
rekabentuk/infrastruktur bandar
selamat
• Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor.
• Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Yang Selamat
(CPTED).
• Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di
kawasan perniagaan dan tempat awam.
• Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan yang
terdedah dengan jenayah.
• Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan.
• Penyediaan balai polis tetap atau bergerak.
• Pencahayaan dilaksanakan di kawasan sasaran
iaitu di tepi, hadapan dan belakang rumah atau
bangunan dan di kaki lima premis perniagaan,
tempat awam dan kawasan perumahan.
• Penyediaan penggera keselamatan.
Pemantauan oleh pihak berkuasa
• Rondaan oleh pihak polis
• Pemeriksaan secara berkala oleh pihak polis

• Rela,AADK
Pendidikan Kepada Masyarakat
• Ceramah ,kempen
• Aktiviti yang sihat spt pertandingan
• Seni bela diri
kesimpulan
• Dengan melaksanakan konsep bandar
selamat.Bandar yang bebas dari semua
ancaman sentiasa dalam keadaan paling
terpelihara dapat diwujudkan. Masalah
jenayah berleluasa dapat diatasi dan rakyat
akan sentiasa berada dalam keadaan yang
selamat, sejahtera dan sihat.

You might also like