P. 1
pantun budi

pantun budi

3.8

|Views: 3,072|Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
pantun budi
SITI SARIZAH BINTI MD ISMAIL
falsafah dan logika melayu
pantun budi
SITI SARIZAH BINTI MD ISMAIL

More info:

Published by: Firda on Sep 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA SEMESTER 1 ( 2008/2009

)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TAJUK: PANTUN BUDI
NAMA: SITI SARIZAH BINTI MD. ISMAIL NO MATRIKS: JEA 080137 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BT. ABD. RAHMAN

1

PANTUN BUDI
Buah nanas dibawa belayar, Dimakan sebiji di Tanjung Jati; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. ( Pantun Melayu Sastera Rakyat, halaman 13) Yang kurik hanya kundi, Yang merah hanya saga; Yang baik itu budi, Yang indah hanya bahasa. (Mastika, halaman 8-9) Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi hilanglah bangsa. ( Kumpulan Pantun Melayu, 1983)

Cahaya redup menyegar pagi, Ayam berkokoh mengikut tuah; Jikalau hidup tidak berbudi, Umpama pokok tidak berbuah. (Kumpulan Pantun Melayu, 1983)

Bunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. (Pantun Melayu Sastera Rakyat, halaman 13) Buah cempedak di hutan duri, Jatuh sebiji dimakan ulat; Jikalau tidak bahasa dan budi, Apa guna kaya berdaulat. (Kumpulan Pantun Melayu,1983)

2

PENGENALAN
Pantun boleh dikonsepsikan sebagai satu pengucapan kemelayuan yang terkandung di dalamnya seluruh kebijaksanaan, jiwa, seni, budi bahasa dan pandangan Melayu. Menurut Dr Mohd Taib Osman, 1978 pantun juga termasuk dalam puisi Melayu tradisional. Sebagai puisi ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah yang berperanan untuk berfalsafah terhadap hidup manusia, menyatakan isi hati, mengutarakan nasihat atau sekadar menyerikan majlis. Pantun dianggap sesuatu yang konservatif kerana ia menggambarkan ketajaman keintelektualan dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Sebagai salah satu bentuk puisi yang wujud dalam situasi kelisanan, pantun memanifestasikan pemikiran, norma, dan puitika lisan. Kesinambungan pantun telah mendorong masyarakat Melayu menelusuri pantun untuk menjadi wadah luahan rasa hati dalam menyampaikan sesuatu mesej. Pantun mempunyai pelbagai variasi seperti pantun budi, jenaka, dan nasihat. Dalam hal ini, saya hanya memfokuskan kepada pantun budi. Persoalan yang timbul adalah apakah yang dimaksudkan dengan budi dan mengapa masyarakat Melayu menjadikan budi sebagai tradisi budayanya. Pengertian budi kepada orang Melayu meliputi suatu ruang yang amat luas bagi menyatakan unsur-unsur kebaikan dan kehalusan mengikut nilai-nilai yang dipupuknya. Nilai budi lahir dari akal pemikiran, hati dan perasaan yang mahukan sesuatu kebaikan dari seseorang. Masyarakat Melayu menganggap orang yang banyak berbudi akan dikenang sampai mati. Budi tidak hanya tertumpu pada budi pekerti sahaja malahan mencakupi budi bicara atau bahasa dan hati budi atau akal budi. Dalam pantun budi terkandung nasihat dan pengajaran kepada manusia agar hidup berbudi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.

3

KUPASAN PANTUN BUDI DARI SUDUT FALSAFAH

Apakah yang dimaksudkan dengan budi dan mengapa budi begitu dijunjung tinggi dalam masyarakat Melayu. Manusia mempunyai perspektif yang tersendiri dalam memperlihatkan nilai budi dalam hidup. Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Konsep budi sebagai ‘alam jiwa’ terdapat dalam lingkuangan budaya. Budi adalah alam jiwa dan daya adalah gerak laku fizikal. Masyarakat Melayu tradisional menganggap konsep budi bukan sekadar sebagai struktur dalaman bahkan juga dapat digunakan di dalam hubungan social mereka. Menurut Zainal Kling (1995), beliau berpendapat bahawa manusia Melayu melihat rupa berbentuk budi iaitu sifat peribadi yang mengandungi pemikiran dan rasa.

Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa, dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual. Manusia berbudi kepada Tuhan, bangsa dan tanah air, alam,masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Manusia mengukur keperibadian seseorang berdasarkan budinya sehinggakan mengenang orang yang berbudi sampai mati. Persoalan budi dibawa mati pada rangkap pertama pantun Melayu Sastera Rakyat bukan sekadar membawa maksud budi bahasa dan budi pekerti sahaja tetapi keseluruhan konsep budi yang berpaksikan ketuhanan kerana budi merupakan

4

pancaran dalaman(batiniah). Orang Melayu sering diingatkan agar melakukan kebaikan sama ada menerusi amal ibadat, amal jariah, doa dan pembacaan talkin.

Dalam tradisi masyarakat Melayu, budi dilihat sebagai sesuatu yang amat tinggi nilainya sehingga tidak mampu ditandingi dengan kemewahan material semata-mata. Penerapan nilai budi untuk melahirkan masyarakat Melayu yang berhati mulia, beradab, bijaksana dan tahu membalas budi adalah satu aspek yang amat penting. Budi dan budiman merupakan teras humanisme, moraliti dan etika Melayu yang bertunjangkan akidah yang mampu meletakkan manusia ke darjat tertinggi. Manusia yang berbudi akan menjaga segala adab dalam pertuturan dan percakapan. Seperi yang dilihat dalam Pantun Mastika halaman 8-9 rangkap pertama iaitu yang baik hanya budi, yang indah hanya bahasa. Di sini budi bahasa ialah di antara aspek peribadi sesorang yang dinilai tinggi oleh masyarakat. Kehalusan peribadi tersebut dapat di lihat dalam pertuturan dan pemilihan kata-kata yang digunakan. Orang yang berbudi bahasa akan menggunakan ganti nama yang sesuai apabila berbicara dan bahasa yang diucapkan penuh dengan keindahan, benar dan baik.

Selain itu, budi juga menjadi struktur yang menjadi penghubung dan pembimbing kepada masyarakat, bangsa dan negara. Seperi yang dipaparkan dalam pantun budi Kumpulan Pantun Melayu (1983) iaitu tegak bangsa kerana budi, runtuh budi hilanglah bangsa. Menerusi baris pantun ini, budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa. Budi dan bangsa sering dikaitkan bersama ibarat isi dengan kuku. Hal ini disebabkan manusia menilai kekuatan sesuatu bangsa berdasarkan budi anggota

5

masyarakatnya. Tanpa orientasi nilai ini, keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh. Aspek kehidupan berbudi begitu penting di dalam kehidupan seperti yang diungkapkan dalam dalam pantun ini dan jelas menunjukkan bahawa budi adalah antara aspek utama dalam mewujudkan interaksi serta hubungan sesame manusia.

Pantun budi Melayu dipetik daripada Kumpulan Pantun Melayu memaparkan kepada kita bahawa di dalam kehidupan ini manusia yang tidak mempunyai nilai budi bahasa atau budi pekerti yang tinggi ibarat pokok yang tidak berbuah. Dalam konteks ini berbudi dalam kehidupan umpama pokok kerana pokok yang berguna adalah pokok yang berbuah. Manusia yang berbudi akan disanjung tinggi oleh masyarakat sekelilingnya dan mereka yang tidak berbudi dianggap sebagai satu penghinaan. Hal ini disebabkan hidup berbudi sudah menjadi suatu yang fitrah atau semulajadi yang tidak dapat dielakkan dan perrlu dilaksanakan. R.O Winstedt menamakan ini sebagai intelligent common sense dan merupakan satu-satunya asas yang harus dimiliki oleh setiap orang. Perasaan kasih, cinta dan sayang akan terbit daripada ketulusan hati manusia yang berbudi. Di sini, keperibadian seseorang dapat diukur melalui kehalusan budi yang dimiliki.

Walaupun nilai budi tidak kelihatan namun perkara yang nyata ialah budi tidak lagi ditempatkan pada tahap tertinggi di dalam hirarki nilai orang Melayu pada masa kini. Apabila jasa dan tenaga telah dijualbeli, konsep budi masyarakat Melayu turut mangalami banyak perubahan. Status seseorang itu kini dinilai dari segi harta, wang ringgit dan pangkat. Mereka yang berharta itulah dianggap tinggi martabatnya dan budi pekerti akan ditolak ke tepi. Lambang perubahan itu ditunjukkan dalam baris Pantun

6

Melayu Sastera Rakyat halaman 13 iaitu sebab emas budi terbuang. Dalam konteks perbincangan ini, penjelasan diberikan bahawa sungguhpun masyarakat Melayu mementingkan kolektisme dalam kehidupan, namun terserlah jua bahawa materialisme begitu penting sehingga mampu mengatasi nilai-nilai murni. Walaupun harta itu perlu di dalam kehidupan, tetapi jika kesemua ini diberikan perhatian yang lebih hingga mengabaikan budi juga boleh merosakkan kehidupan manusia.

Persoalan kebudian juga dinyatakan dalm pantun budi dalam rangkap enam yang dipetik daripada Kumpukan Pantun Melayu (1983). Peribadi yang terpancar daripada gugusan budi tidak hanya menuntut manusia untuk berbudi dan berjasa bahkan juga memiliki satu sifat merendah diri. Sikap merendah diri dalam masyarakat Melayu haruslah menunjukkan kehalusan peribadi yang telah diterapkan oleh adab dan adat. Persoalan jikalau tidak bahasa dan budi, apa guna kaya berdaulat ini menyatakan mengenai orang yang kaya dan berkuasa turut tidak terlepas daripada memiliki budi. Mereka yang berkuasa juga perlu memiliki sikap merendah diri sesuai dengan kedudukan mereka sebagai orang yang berkuasa dan kaya-raya.

7

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, saya memilih pantun budi kerana terdapat elemen yang dikemukakan. Pantun ini mengandungi nilai-nilai sepeti pengajaran, nasihat dan adab berbudi mengikut cara Melayu. Masyarakat Melayu tradisional menganggap orang yang memiliki nilai etika dan moral yang tinggi akan digelar sebagai orang yang budiman. Dalam erti kata ini, manusia yang budiman ialah manusia yang sebenarnya yang tahu mengenali dirinya, tahu menjaga harga diri dan memiliki kekuatan diri sehingga menjadi role model yang selalu diidamkan. Sehingga kini, pantun budi masih lagi digunakan untuk mengapresiasi mereka yang banyak berbudi kepada masyarakat.

8

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate Sdn. Bhd. Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ). 1996. Kula Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Mohemed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Ab. Kadir Wan Yusoff. 1996. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. http:// melayuonline.com/ bookreview/

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->