Tugasan 1a: Ujian 1 (72 markah

)
Arahan: Jawab kedua-dua soalan. Anda diberi masa selama 3 ½ hari mulai jam 8.00 malam hari Jumaat, 29 April 2011 sehingga 11.59 malam hari Isnin, 2 Mei 2011. Sila muat naik jawapan anda sebagai dokumen Word melalui sistem MyGuru2. Klik pada “Assignment” dan pilih “Tugasan 1a Kumpulan EL-...” mengikut kumpulan EL masing-masing atau “Ujian 1”. Anda dibenarkan berbincang dan merujuk mana-mana rujukan tetapi tidak dibenarkan berkongsi jawapan yang ditaip pada dokumen Word.

1.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimana langkahlangkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian tersebut. [20 markah]

2.

Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a. Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktviti tersebut di atas. [6 markah] b. Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya melalui kaedah ini? [6 markah] c. Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea) mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih kurang 30 minit. [28 markah] d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing?

[4 markah] e. Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah. [8 markah]

SOALAN TAMAT

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful