You are on page 1of 3

ECM3 Label produk dan kepentingannya kepada pengguna.

Label produk boleh didefinisikan sebagai cetakan kecil yang terdapat di belakang

hampir setiap produk makanan mehupun minuman yang terdapat di pasaran. Sama

seperti yang diperkatakan dalam insurans atau kontrak-kontrak lain, cetakan kecil itulah

yang diambil kira. Begitu juga dengan label pada produk makanan. Cetakan kecil pada

belakang label sering memberitahu kita apa yang terkandung dalam makanan dan

minuman.Lazimnya label produk mempunyai beberapa maklumat seperti kandungan

makanan yang terdiri daripada jumlah gula , lemak , karbohidrat dan sebagainya.

Namun label ini yang boleh memberitahu banyak perkara mengenai apa yang kita

makan. Label tersebut boleh membantu anda membandingkan mutu dan nilai

pemakanan sesuatu produk seterusnya membantu anda memilih produk yang anda

kehendaki. Malah ia juga membantu anda mengelakkan daripada produk yang

menimbulkan kesan alahan atau yang anda cuba elakkan atas alasan kesihatan atau

diet. Bagi pengguna biasa yang memeriksa senarai ramuan, mereka sering keliru

kerana seseorang itu perlu menjadi ahli kimia atau pakar makanan untuk mentafsirkan

makna nama bahan kimia atau nombor kod terutamanya yang didapati pada produk

import. Namun jika kita sering mengambil tahu tentang cara membaca label produk

makanan , sudah tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Dengan adanya label

produk tersebut , pengguna dapat memilih produk yang bersesuaian dengan mereka

dan berpuas hati dengan apa yang mereka pilih bak kata pepatah “Alah membeli

menang memakai”. Namun apakah kepentingannya kepada pengguna? . Persoalan ini

sering menjadi tanda tanya dalam benak para cendikiawan.


Kepentingannya yang pertama ialah seperti yang diperkatakan diatas tadi, salah satu

daripada kepentingan label makanan kepada pengguna ialah membantu pengguna

memilih makanan sesuai dengan kehendak ataupun selera mereka melalui kandungan

makanan yang terdapat pada label makanan yang terdapat pada belakang

produk.Selain itu, label tersebut membantu golongan muslim khususnya di Malaysia

bagi mengelakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi unsur-unsur yang

tidak halal.Hal ini berikutan daripada tersebarnya khabar angin mengatakan bahawa

terdapat beberapa produk makanan yang terdapat di pasaran yang mengandungi unsur

lemak khinzir yang secara umumnya tidak boleh diambil oleh golongan muslim.

Penyebabaran fitnah ini ibarat menangguk di air keruh kerana mereka mengambil

kesempatan dengan mempromosikan produk mereka yang kononnya tidak mempunyai

unsur tersebut.Namun begitu terdapat segelintir pengguna bijak melaporkan hal

tersebut kepada pihak berkenaan iaitu Persatuan Pengguna Malaysia. Sehubungan itu,

Persatuan Pengguna Malaysia telah mengeluarkan beberapa kod makanan yang

mengandungi unsur haram tersebut sebagai rujukan kepada orang muslim dalam

memilih produk makanan.Hal ini kerana makanan yang sihat menjana minda yang

cerdas.Jelaslah disini bahawa label produk membantu pengguna memilih produk

dengan lebih bijak.

Bukan itu sahaja bahkan pula, label produk juga memudahkan pengguna membuat

pembandingan antara produk. Seperti yang diketahui umum bahawa terdapat banyak

jenama produk bagi setiap jenis makanan contohnya terdapat lebih daripada 30 jenama

produk bagi makanan berkramel ataupun coklat.Jesteru itu, pengguna memerlukan

label produk untuk membuat perbandingan dalam usaha untuk mencari kualiti yang
terbaik bagi keluarga mereka ataupun untuk mereka sendiri.Sesetengah pengguna

menghendaki kandungan lemak ataupun unsur lain yang sedikit dalam makanan

mereka tetapi bukan semua citarasa menusia sama kerana “Banyak udang banyak

garam, Ramai orang banyak ragam”

You might also like