You are on page 1of 16

MAKTAB RENDAH SAINS MARA FELDA

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

FOLIO :
PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
(SOFBOL)
NAMA :NUR IZMA AFIRA BINTI AMIR
NO.MAKTAB : 2009148
KELAS : 204
PENGENALAN
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan
berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol.
Permainan ini telah diperkenalkan oleh
seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada
tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola
(pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul
(batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali
sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang
iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai
pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan
markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk
potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga
menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.
SEJARAH
Sejarah permainan sofbal bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks
olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh
George Hancock.

Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan
pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat.
Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan
gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong
dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal
itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia
menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat
dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan
ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang
kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.

Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan
Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-
40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai
indoor baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya
menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang
digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor,
recreation ball, dan playground ball.

Di awal abad ke-20 sofbal mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk
permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States)
merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun
1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran
untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun
belum dirasmikan.

Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur
Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai
peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbal kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari
Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun
kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri
di wilayahnya.

Sejak tahun 1933 “softball” telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934,
pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal.
Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana
terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke
sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal
bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitcher’s
plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).

Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar
dan digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat
memainkan. Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di
Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun.
Ini tidak termasuk anggota lelaki mahupun wanita yang bertanding dalam pertandingan tidak
resmi. Di negara lain sofbal juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua
mahupun muda.

Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan
antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbal Amatur dan merupakan
pertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di
adakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia
memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965.
JENIS PERMAINAN SOFBOL
Terdapat tiga jenis permainan sofbal yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga
jenis tersebut ialah; fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis
permainan adalah seperti berikut.
Fast pitch softball
merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan
maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara
pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.
Modified pitch softball
Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan
peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa
dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di
sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan
lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi
dengan putaran lengan melebihi bahu.
Slow pitch softball
Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher
sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini
sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.
PADANG SOFBOL
Padang sofbal berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair
territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi
menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield.

Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan
dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate,
diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk
berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih
tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang
disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak
antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.
JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau
65 kaki (19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch
dengan home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah
18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki
(13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m)
40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching)
slow pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah
18 tahun bawah 15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki
(14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki
(14.02 m) 46 kaki (14.02 m)
PERALATAN
Bola sofbal

Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan
bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan
grip putih. Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara
first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).

Kayu pemukul
Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk
sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation
(SIF). Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam
padang permainan. Sementara itu, bagi seorang penangkap bola (catcher) mesti mengenakan pakaian pelindung
(protective gear)dan kasut pool (cleats).

Pakaian seragam
Yang terakhir adalah uniform atau seragam. Tiap pemain menggunakan baju, seluar, dan topi yang seragam atau
berwarna dasar sama. Semakin tinggi tingkat pertandingannya, semakin ketat dalam peraturan seragamnya.
Semua peralatan dan kelengkapan itu adalah wajib bagi setiap pasukan dalam melaksanakan pertandingan
rasmi.
PENGADIL
Dalam pertandingan sofbal terdapat minimal pertama orang hingga tujuh orang
hakim pertandingan yang disebut umpire. Terdapat seorang plate umpire dan
tiga base umpire yang menjaga pertandingan. Selebihnya umpire memantau
daerah outfield. Dalam pertandingan fast pitch, hakim adalah seramai empat
umpires (seorang plate umpire, tiga base umpire). Istilah untuk seorang umpire
adalah “blue”, disebabkan seragam mereka selalu berwarna biru. Posisi seorang
umpire adalah berdiri di belakang catcher dan batter. Berfungsi untuk melihat
arah datangnya bola yang dilempar pitcher ke catcher apakah itu strike atau ball.
Umpire juga mengawasi jalannya permainan dengan cermat untuk menentukan
peristiwa yang sebenarnya terjadi dan menjaga agar pemain mematuhi
peraturan. Sebagai pemimpin pertandingan adalah Umpire plate. Kerana
sifatnya sebagai pemimpin pertandingan, kekuasaan umpire plate dalam sebuah
pertandingan sofbal adalah mutlak, Walaupun dapat diprotes (appealed)
keputusannya tidak dapat diganggu gugat apabila protes yang dilakukan pemain
atau pelatih atau manager team menyangkut ajustment, tapi protes dapat
dilakukan dan dapat diterima apabila protes dilaukan terhadap salah penerapan
rules. Jadi ada permainan yang dapat dilanjutkan dengan protes (game under
protes, selengkapnya dapat dibaca pada Rules Permainan Softball yang
dikeluarkan oleh ISF. seorang Umpire dapat mengeluarkan siapa saja baik
pemain atau bahkan seorang pelatih (coach) keluar lapangan, jika menurut
umpire mengganggu jalannya pertandingan.
PERMAINAN
Sofbal dimainkan oleh dua pasukan di lapangan sofbal. Setiap pasukan minima memiliki 9 pemain
dan selebihnya merupakan simpanan. Permainan terdiri dari 9 babak yang disebut inning. Di dalam
satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting)
untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar
bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya
agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi
seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang
mendapat giliran memukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali
mati (out) sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan.

Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan
kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate
mendapat satu larian. Waktu permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliran
memukul sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning. Dalam tiap
pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung situasi, atau lama waktu 2 jam.
Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak dikira sebagai
pemenang.

Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan seri,
inning tambahan di lakukan sampai salah pertama pasukan keluar sebagai pemenang. Kondisi itu
disebut tie break atau seri. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home
team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.

Melempar bola (pitching)


Permainan dimulai pada saat umpire memulakan pertandingan dan menjerit kata “Play Ball”. Setelah
pemain bertahan (defense) memasuki kawasan jagaannya masing-masing, permainan antara pitcher di
pasukan bertahan dan batter di pasukan memukul dapat dimulakan. Seorang pitcher berdiri di atas
plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat tenaga ke mitt
catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana
hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang
dari lutut batter. Jika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan berteriak
“strike”. Manakal bola keluar dari zon strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan
berteriak “ball”. Zon strike adalah zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat
melempar, pitcher akan berusaha membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk
memukul bola walaupun bola berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah
melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.
Penangkap bola (catcher)
Dalam pertama pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan
kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher menggunakan helmet
(catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk melindungi kawasan badan
dan legguard untuk melindungi kawasab lutut ke bawah. Posisi catcher adalah berada di belakang
batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat untuk
bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher kadangkala adalah pengatur strategi yang
baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat seluruh situasi yang terjadi di depannya.

Penjaga (fielder)
Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4
penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian dalam
iaitu penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base kedua dan
ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Sedangkan penjaga luar terdapat di sebalah kiri
(left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder). Semua fielder (termasuk pitcher dan catcher)
berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run hanya dapat
dilakukan dalam posisi menyerang.
Memukul (batting)
Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat batter
mati “Strike Out”. apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base
pertama yang di namakan sebagai free walk.. Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari
sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh penjaga base
pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama menangkap bola
maka batter “safe”. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter “out”.
Terdapat berbagai cara memukul bola sofbal. Hit, Bunt, hit and run, Steal dan lain-lain. Tergantung
situasi yang terjadi saat itu. Berbagai-bagai jenis hit yang di gunakan sesuai dengan strategi yang akan
ditempuhi oleh pasukan penyerang.
INTERNATIONAL SOFTBALL FEDERATION
Badan inilah yang akhirnya membuat peraturan-peraturan berkaitan permainan
sofbal yang berlaku di seluruh dunia, termasuk Malaysia pada saat ini. Naskah
aslinya tertulis dalam bahasa Inggeris, dan diterjemahkan oleh negara-negara
anggotanya.
Terbentuknya International Softball Federation itu, maka memungkinkan
diadakannya pertandingan antara negara yang bersifat antarabangsa. Kemudian
diselenggarakan kejuaraan-kejuaraan peringkat tempatan, rantau dan dunia.
Kejuaraan sofbal antarabangsa paling besar saat ini adalah Kejuaraan Sofbal
Dunia (World Cup of Softball) yang diselenggarakan oleh Amateur Softball
Association dibawah naungan International Softball Federation. Negara-negara
anggota ISF yang memasuki babak kelayakkan setiap tahun menghantar
kontinjennya untuk bertanding. Setalah berjaya dalam kelayakkan, sejumlah 6
negara akan bertanding sesama mereka (5 pertandingan). Hanya 2 pasukan
terbaik sahaja akan bertanding untuk merebut posisi juara one-game-winner-
take-all championship. Juara terdahulu:

 2005- Jepun 3 Amerika Syarikat 1


 2006- Amerika Syarikat 5 Jepun 2
 2007- Amerika Syarikat 3 Jepun 0

PADANG SOFBOL
PERALATAN PERMAINAN SOFBOL

You might also like