You are on page 1of 5

APAKAH SKIZOFRENIA?

Skizofrenia merupakan satu keadaan kesihatan yang mana kebolehfungsian normal otak
terjejas. Ia mengganggu keupayaan seseorang pesakit itu untuk berfikir, bertindak dan
meluahkan perasaan.

Skizofrenia secara relatifnya adalah sejenis penyakit yang umum dan menyerang seorang
daripada setiap seratus orang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka.

Serangan pertama lazimnya berlaku pada usia belasan tahun atau hampir dewasa. Lelaki dan
wanita mempunyai kemungkinan yang sama untuk menghidap penyakit ini, namun lelaki
cenderung menghidapnya lebih awal berbanding wanita.

Sesetengah orang mungkin telah dilahirkan dengan pembawaan yang akan mengakibatkan
penyakit ini, sementara beberapa perkara tertentu seperti ganja dan ekstasi boleh
mencetuskan serangan pertama penyakit ini.

Sesetengah pesakit akan sembuh sepenuhnya, sementara yang lain pula akan menghidap
penyakit ini bagi seumur hidup. Dengan adanya sokongan serta ubat-ubatan dan rawatan
moden, kebanyakan daripada pesakit dapat meneruskan semula kehidupan mereka.

Walaupun skizofrenia ini tiada penawarnya, tetapi dengan diagnosis awal dan rawatan yang
berkesan untuk pesakit skizofrenia pada masa kini, keadaannya adalah jauh lebih baik
berbanding dahulu.

APAKAH GEJALA-GEJALA SKIZOFRENIA?

Gejala utama skizofrenia adalah melibatkan keadaan terputusnya hubungan dengan dunia
nyata apabila seseorang pesakit itu menghidap sakit yang akut:

 Halusinasi - biasanya melibatkan kejadian pesakit mendengar suara.  Gejala umum


yang lain, tetapi agak jarang dialami, termasuklah melihat, merasa, menyentuh atau
menghidu sesuatu yang difikirkan oleh seseorang pesakit itu wujud, tetapi pada
hakikatnya tidak.
 Kecelaruan pemikiran - dimana pertuturan mungkin sukar difahami.  Contohnya,
beralih daripada satu subjek kepada subjek yang lain tanpa urutan yang logik. 
Pemikiran dan pertuturan juga mungkin akan bercampur-aduk dan tidak teratur. 
Pesakit mungkin menganggap bahawa seseorang itu ingin mengganggu fikiran
mereka.  Ini akan mengakibatkan kesukaran untuk mereka berfikir dan berkomunikasi
dengan jelas.
 Delusi dan kepercayaan palsu - yang tidak dikongsi dengan orang lain yang
mempunyai latar belakang budaya yang sama dan yang mana adalah mustahil untuk
diubah dengan hujah yang logik.  Contohnya, seseorang pesakit itu mungkin percaya
bahawa sesuatu pemikiran sedang diserapkan ke dalam otak mereka, bahawa mereka
mempunyai kuasa istimewa atau mereka sedang diintip.

Gejala-gejala yang lain termasuklah:


 Motivasi yang rendah.
 Menyisihkan diri daripada orang lain.
 Kesukaran untuk meluahkan perasaan - contohnya menunjukkan rasa gembira atau
sedih yang tidak kena pada tempatnya.

Sesetengah pesakit pula didiagnos dengan keadaan kesihatan berkaitan yang digelar
kecelaruan skizoafektif. Selain daripada gejala-gejala yang disebut di atas, mereka juga
mengalami perubahan angin yang melampau, menjadi gila dan murung tanpa sebarang sebab.
Sama seperti skizofrenia, kecelaruan skizoafektif juga boleh dirawat.

APAKAH RAWATAN BAGI SKIZOFRENIA?

Rawatan adalah berpotensi untuk mengurangkan, malah boleh menghapuskan gejala-gejala


ini. Diagnosis biasanya akan dibuat oleh ahli psikiatri.

Rawatan yang paling berkesan untuk skizofrenia adalah melibatkan pengubatan, kaunseling
psikologi dan bantuan dari segi menguruskan kesannya dalam kehidupan seharian.

Perkembangan pengubatan antipsikosis telah membawa pembaharuan dalam rawatan untuk


skizofrenia. Pada masa kini, kebanyakan pesakit tidak perlu tinggal di hospital dan boleh
hidup bersama-sama dalam lingkungan masyarakat. Bukan semua pesakit yang menghidap
skizofrenia perlu pergi ke hospital, dan penjagaannya boleh dibuat dalam lingkungan
masyarakat.

Pengubatan

Pengubatan yang digunakan untuk merawat skizofrenia dikenali sebagai 'pengubatan


antipsikosis'. Pengubatan ini boleh membantu untuk memulihkan keseimbangan bahan kimia
semula jadi di dalam otak dan ianya tidak mendatangkan ketagihan.

'Pengubatan atipikal' yang baru adalah lebih berkesan dan mempunyai sedikit sahaja kesan
sampingan berbanding ubat lain yang konvensional.

Skizofrenia adalah sejenis penyakit seperti mana penyakit-penyakit fizikal yang lain.
Contohnya seperti mana insulin bagaikan nyawa kepada seseorang yang menghidap diabetes,
pengubatan antipsikosis pula umpama nyawa bagi pesakit skizofrenia. Seperti mana juga
penyakit diabetes, sesetengah pesakit skizofrenia perlu mengambil pengubatan untuk tempoh
yang tidak boleh dipastikan bagi mengelakkan penyakit tersebut berulang lagi dan bagi
memastikan gejala-gejalanya terkawal.

Rawatan dan sokongan lain


Walaupun penawar untuk skizofrenia belum lagi ditemui, pemeriksaan yang tetap oleh doktor
atau ahli psikiatri dan mungkin juga sekumpulan penjaga kesihatan dalam pelbagai bidang
seperti jururawat kesihatan mental, pekerja-pekerja kebajikan, ahli terapi pekerjaan dan ahli
psikologi boleh membantu para pesakit skizofrenia untuk menyelaras dan melakukan
perkara-perkara yang penting dalam kehidupan mereka.

Pendidikan, latihan dan sokongan daripada keluarga serta penjaga kesihatan yang lain
merupakan sebahagian yang penting dalam rawatan, seperti juga sifat saling memahami
daripada masyarakat.

MITOS, SALAH FAHAM DAN FAKTA

Mitos, salah faham, stereotaip dan sikap yang negatif sentiasa membelenggu isu penyakit
mental dan khususnya penyakit skizofrenia. Akibatnya, timbullah stigma, pengasingan dan
diskriminasi.

Adakah pesakit skizofrenia mempunyai dua personaliti?

Tidak. Skizofrenia adalah merujuk kepada perubahan dalam fungsi mental seseorang, yang
mana pemikiran dan persepsi boleh menjadi bercelaru.

Adakah pesakit skizofrenia kurang upaya dari segi intelek?

Tidak. Skizofrenia bukan merupakan masalah kekurangan upaya dari segi intelek.

Adakah pesakit skizofrenia terencat akal?

Tidak. Pesakit skizofrenia bukan terencat akal.

Adakah pesakit skizofrenia merbahaya?

Tidak. Pesakit skizofrenia biasanya tidak merbahaya jika menerima rawatan yang
bersesuaian. Walau bagaimanapun sekumpulan kecil pesakit kadang-kala menjadi agresif
apabila mereka mengalami serangan akut dengan tanpa menerima sebarang rawatan, kerana
rasa takut yang mereka alami. Keagresifan ini biasanya dilepaskan di kalangan keluarga dan
mereka yang dikenali - jarang sekali terhadap orang luar.

Adakah pesakit yang mengambil pengubatan skizofrenia akan mengalami ketagihan


pengubatan tersebut?

Tidak. Pengubatan ini membantu untuk mengurangkan keseriusan gejala-gejala yang timbul.
Pengubatan yang khusus untuk merawat skizofrenia tidak akan mendatangkan ketagihan.
Adakah skizofrenia merupakan penyakit mental seumur hidup?

Tidak semestinya. Melalui bantuan profesional dan sokongan sosial, kebanyakan pesakit
akan dapat belajar menangani gejala-gejala yang mereka alami dan menikmati kualiti
kehidupan yang memuaskan. Pada hakikatnya, lebih kurang 20-30 peratus daripada pesakit
skizofrenia ini hanya mengalami sekali atau dua kali sahaja serangan psikotik dalam hidup
mereka.

DI MANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN SOKONGAN?

Berbincanglah dengan doktor anda atau hospital tempatan ataupun dengan penyedia
perkhidmatan kesihatan mental masyarakat jika anda berasa bimbang tentang seseorang yang
menunjukkan gejala-gejala yang hampir sama dengan gejala-gejala yang dinyatakan dalam
info ini.

Sama ada anda berasa bimbang mengenai diri anda atau tentang orang lain, ia akan
membantu doktor jika anda dapat memberikan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan.

Sebelum itu, anda mungkin mendapati ia boleh membantu jika anda menulis segala
kebimbangan anda secara terperinci.

Jika didiagnoskan sebagai penghidap penyakit skizofrenia, adalah penting untuk memahami
tanda-tanda amaran tentang serangan yang akan berulang lagi, agar bantuan boleh diberikan
sebelum satu lagi serangan bermula. Hal ini perlu dibincangkan dengan doktor yang merawat,
pekerja-pekerja serta penjaga kesihatan mental yang lain.

Pemeriksaan yang tetap oleh doktor juga adalah penting bagi memastikan rawatan yang
berkesan dapat diberikan.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali menghidap skizofrenia, ada baiknya untuk
mendapatkan nombor telefon pusat krisis berdekatan. Ini berguna apabila bantuan segera
diperlukan.

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ciri-ciri umum skizofrenia

Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada keseluruhannya,
pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

# Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.


# Suka bercakap dan ketawa bersendirian.

# Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.

# Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.

# Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami
dirinya.

# Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin
mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.

# Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan
hilang keyakinan.

# Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli
keluarga.

# Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk
tidur lena.

Cadangan rawatan yang berkesan

# Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun
ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.

# Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.

# Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak
masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.

# Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

# Menerima rawatan pakar yang terlatih.

# Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

You might also like