P. 1
SOALAN PSIKOLOGI 1-4

SOALAN PSIKOLOGI 1-4

5.0

|Views: 2,525|Likes:
Published by inazak

More info:

Published by: inazak on Sep 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

1PSIKOLOGI Soalan Bab 1 BAHAGIAN A ARAHAN:- Terdapat LIMA (10) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1 Guru perlu mempelajari ilmu Psikologi Pendidikan supaya dia dapat memahami perkembangan pelajar-pelajarnya. Jelaskan definisi psikologi pendidikan. [3 markah] SOALAN 2 Salah satu faktor endogen ialah faktor Rh darah. Terangkan apakah mungkin berlaku kepada bayi dalam kandungan seorang perempuan berdarah Rh negatif dan suaminya berdarah Rh positif. [3 markah] SOALAN 3 Aliran Strukturalisme telah timbul di Jerman dan dipelopori oleh Wilhelm Wundt (18321920). Jelaskan fahaman aliran Strukturalisme. [3 markah] SOALAN 4 Freud telah mengemukakan Teori Personaliti yang mengatakan personaliti manusia terdiri daripada tiga subsistem iaitu id, ego dan superego. Terangkan satu daripada subsistem personaliti tersebut. [3 markah] SOALAN 5 Ekologi Bronfenbrenner telah menghasilkan lima sistem. Salah satu daripadanya adalah sistem krono. Terangkan apakah dimaksudkan dengan sistem krono tersebut. (3 markah) BAHAGIAN B ARAHAN:- Terdapat DUA (2) soalan dalam Bahagian B. Jawab SEMUA soalan. SOALAN 1 (a) Jean Piaget mengatakan minda memproses maklumat melalui proses asimilasi dan akomodasi. Jelaskan pengertian akomodasi. [2 markah] (b) Terdapat empat tahap perkembangan kognitif dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Jelaskan EMPAT (4) ciri pemikiran kanak-kanak pada tahap praoperasi (preoperational). [8 markah) SOALAN 2

1

lekzabaei@yahoo.com

2PSIKOLOGI (a) Pemakanan merupakan faktor endogen penting yang mempengaruhi fetus dalam kandungan ibu. Jelaskan dengan menggunakan contoh bagaimana pemakanan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fetus. [4 markah] (b) Havighurst telah mengemukakan Teori Tugas Perkembangan. Terangkan TIGA (3) tugas perkembangan remaja pada umur 13 - 21 tahun. [6 markah] SOALAN TAMAT Posted 4 days ago JAWAPAN Bahagian A Soalan 1. Psikologi pendidikan adalah satu ilmu yang mengkaji tentang perlakuan dan tingkah laku individu (murid) dalam proses Pembelajaran di bilik darjah. Ilmu ini amat berguna kepada para guru untuk memudahkan proses P&P dan dapat dijalankan dengan lancar. Soalan 2 Bayi tersebut mempunyai peratusan yang besar akan keguguran terutamanya pada kehamilan ke2 dan seterusnya akibat serangan penyakit kurang sel darah merah yang dialami oleh si ibu jika tidak menerima rawatan. Soalan 3 Aliran ini menumpukan kajian terhadap pengalaman sedar seseorang individu dan afeksi. Aliran ini mengenal pasti dan mengkaji tiga komponen utama pengalaman sedar seperti perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu. Soalan 4 Anatara subsistem tersebut adalah superego yang merupakan sistem terakhir yang berfungsi sebagai penguasa dan mengawal tindakan id dan ego. Bertindak secara matang dan lahir mengikut perkembangan individu untuk membezakan antara baik dan buruk, positif atau negatif serta benar atau salah. Ia juga merupakan suara awal hati dalam proses membuat sesuatu keputusan. Soalan 5 Sistem krono adalah merujuk kepada sosio dan sejarah perkembangan seseorang kanakkanak. Sebagai contoh kanak-kanak sekarang lahir dan dibesarkan dalam zaman ICT dan teknologi elektonik berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu. Bahagian B

2

lekzabaei@yahoo.com

3PSIKOLOGI

Soalan 1 a) Akomodasi ialah satu proses mengubah skemata atau maklumat sedia ada untuk memahami maklumat baru. Perlu ada keseimbangan. Jika tidak ada keseimbangan lakukan proses adaptasi dan organisasi. b)Empat ciri pemikiran kanak-kanak pada tahap pra operasi ialah: i. Berfikir menggunakan simbolik untuk menyelesaikan masalah ii. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini masih bercelaru dan tidak logik iii. Pemikiran pada tahap ini masih bercelaru dan mudah diperdaya. iv. wujud pelbagai persepsi terdahap sesuatu atau keadaan. Soalan 2 a) Amalan pemakanan mempunyai pengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan fetus (janin). Sebagai contoh, Ibu yang mengamalkan pemakanan yang kurang mengandungi zat, vitamin serta galian semasa hamil akan menyebabkan kadar perkembangan sel otak janin menjadi lambat.Saiz otak mungkin kecil dan membantutkan intelek. b) Tiga tugas perkembangan remaja mengikut Havighurst ialah : i. Membentuk satu hubungan baru apabila mencapai akil baligh. Hubungan yang mengambil kira jantina dan bertingkah laku sebagai seorang dewasa. ii. Bersedia untuk memikul tanggungjawab dan berminat untuk mendapatkan pekerjaan atau pendapatan sendiri iii. Semakin matang dan bersedia untuk mempunyai sebuah keluarga dan menguruskan hal ehwal rumah tangga. Posted 4 days ago

3

lekzabaei@yahoo.com

4PSIKOLOGI BAB 3 1. Jelaskan beberapa aspek perbezaan individu yang perlu diberi perhatian oleh oleh seseorang guru kelas. Berikan sebab dan contoh. 2. Bagaimanakah Teori Ekologi Bronfenbrenner dapat menjelaskan perbezaan individu? 3. Jelaskan 3 daripada tingkah laku yang terhasil daripada perbezaan individu di dalam bilik darjah. 4. Jelaskan 3 daripada strategi pengajaran dapat memenuhi keperluan pelajar yang berbeza-beza. Posted 5 days ago JAWAPAN Soalan 1 Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan dari segi minat, kebolehan, sikap, bakat, fizikal dan sebagainya. Oleh itu, seorang guru harus memberi perhatian terhadap beberapa aspek perbezaan ini semasa di dalam kelas. a. Jantina – murid lelaki biasanya lebih baik dari segi kecerdasan ruang seperti bersifat nakal, manakala murid perempuan baik dari segi kecerdasan lisan & bahasa b. Fizikal – yang melibatkan baka, rupa, bangsa dan bentuk iaitu Endomorf / Mesomorf / Ektomorf ) seperti suka bergaul atau relak, aktif bersukan atau agresif serta pendiam atau selalu cemas. c. Kognisi – perbezaan dalam kebolehan kognitif seperti menaakul, berfikiran logis, berbahasa, mengira dan berimaginasi (antara kecerdasan dan kreativiti) d. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar –cara pelajar mempersepsi maklumat ( P & P ) yang diperolehi dan merujuk kepada persekitaran yang digemari. e. Personaliti - melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang pelajar seperti peramah, pandai berkawan, popular dan disukai. Soalan 2 Terdapat pengaruh persekitaran dan sosial terhadap perkembangan dan perbezaan individu mengikutTeori Ekologi Bronfenbrenner. Terdiri dari 5 Sistem iaitu : 1. Sistem Mikro - Bergaul dengan ibu bapa, rakan, jiran serta persekitaran terdekat 2. Sistem Meso - Adaptasikan pengalaman (keluarga dengan pengalaman di sekolah) 3. Sistem Ekso - Pengalaman dalam sesuatu “setting” (keadaan) memberi pengaruh terhadap sesuatu tindakan 4. Sistem Makro - Sistem budaya setempat mempengaruhi tindakan 5. Sistem Krono

4

lekzabaei@yahoo.com

5PSIKOLOGI - Merangkumi keadaan sosio budaya yang diamalkan masa kini. Soalan 3 Tiga tingkah laku yang terhasil daripada perbezaan individu a. Kesediaan belajar – guru harus peka dan tahu kemampuan murid b. Tingkah Laku Mengganggu pembelajaran- pelajar bermasalah dan ganggu pelajar lain perlu ditangani dengan bijak c. Perbezaan Personaliti – tahu akan sikap dan personality pelajar seperti pendiam tetapi bijak, pintar dan ramai kawan, berfikiran terbuka dan sebagainya. Soalan 4 Tiga strategi Pengajaran yang boleh dipilih : i. Kaedah kumpulan – guru bentuk kumpulan murid mengikut tahap keupayaan murid ii. P&P Koperatif – Guru bentuk kumpulan yang teriri dari pelajar lemah dan cergas. Pelajar lemah akan dibimbing dan dibantu oleh pelajar cergas. iii. Program Pengayaan & Pemulihan – Pelajar cergas diberi pengayaan sementara pelajar lemah diberi bahan umtuk pemulihan BAB 2 1) Berdasarkan faktor-faktor endogen dan eksogen, manakah pengaruh yang lebih kuat ke atas perkembangan anda. Berikan contoh. 2) Perhatikan kanak-kanak pada peringkat umur seperti yang diterangkan oleh Piaget, kemudian huraikan perbezaan yang dikemukakan oleh Piaget pada setiap peringkat. (sertakan nama dan kumpulan anda pada jawapan yang dikemukakan) soalan 1 Faktor eksogen. Perkembangan diri saya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor ini kerana proses perkembangan diri saya lebih banyak berlaku selepas tamat sekolah rendah seperti cara hidup, pergaulan serta hubungan dengan pencipta, masyarakat dan alam sekitar. soalan 2 Menurut Piaget, terdapat 4 tahap perkembangan kanak-kanak : i . Peringkat Deria Motor (0-2 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak hanya menggunakan deria semulajadi untuk mengenal dan memahami serta meninjau persekitarannya seperti sentuhan dan pendengaran ii. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Peringkat ini kanak-kanak mula berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi masih bercelaru, mudah diperdaya, tidak logik dan mempunyai pelbagai persepsi.

5

lekzabaei@yahoo.com

6PSIKOLOGI iii. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Peringkat ini merupakan peringkat awal alam persekolahan. Kanak-kanak mula berkembang dengan memperolehi keyakinan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya seperti masalah matematik. Mereka juga dapat berfikir secara logik dan konkrit. iv. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas) Kanak-kanak mulai matang dan berubah pada peringkat ini. Berfikir secara lebih abstrak atau atau mengambil kira akibat jangka masa panjang terhadap sesuatu aksi. BAB 1 1. Bincangkan perbezaan pendapat antara aliran behaviorisme dan kognitivisme. 2. Jelaskan perbezaan antara id, ego dan superego. (Setiap jawapan hendaklah di respon pada ruangan diskusi ini. Sila sertakan nama anda bersama jawapan. TQ) Posted 28 days ago Soalan 1 Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang memberi penekanan terhadap peranan pengalaman individu dalam mengawal tingkah laku. Asas teori ini adalah berasaskan perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Secara umumnya, teori behaviourisme memfokuskan kepada kajian tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur. Ia melihat minda sebagai ‘kotak hitam’ yang bertindak balas terhadap rangsangan yang boleh di perhati dan di ukur. Teori ini tidak mengambil kira proses pemikiran yang mungkin berlaku dalam minda. Manakala aliran kognitivisme adalah pendekatan yang memberi khusus perhatian berkaitan proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain. Soalan 2 Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti. Ego bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego secara perlahan-lahan mengambil tanggungjawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika masyarakat.

6

lekzabaei@yahoo.com

7PSIKOLOGI

Superego merupakan sumber awal suara hati, iaitu kebolehan kita membezakan yang baik daripada yang buruk. Ia muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat.

7

lekzabaei@yahoo.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->