You are on page 1of 52

MINGGU 1

KONSEP, DEFINISI, CIRI-CIRI DAN OBJEKTIF TAMADUN

Maksud tamadun/ Civilization:

1.process of civilizing, state of being civilized;

2.advanced stage of human development

3 keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkanpd taraf kemajuan


kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi,
peradaban;

4 negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta


perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban

5 budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman)
tertentu, peradaban

6 mempunyai pemikiran (budayadanmoral) yg halus, berperadaban, beradab: kita


mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg~; mentamadunkan menjadikan
bertamadun: dlmproses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu
mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala)
ygberkaitandgntamadun: malahdrama sendiri merupakan sbg kpd dan
kebijaksanaan sesuatu bangsa

Konsep Tamadun
Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana
bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula
berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek
kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian
lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah
pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud
tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti
pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed
Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Ciri – ciri asas tamadun

1 Penempatan

2.Kualitikehidupan

3.Orgtanisasi

4.Bahasa

5.Perundangan

6.Teknologi

7.Kreativiti
MINGGU 2

DEFINISI TAMADUN ISLAM DAN PRINSIP-PRINSIPNYA.

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM


TAKRIF TAMADUN ISLAM
Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah
Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan
sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan
ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-
masing….
Firman Allah SWT….surah Al Baqarah 
“tiada paksaan dalam beragama”
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan
larangan…

2. Memelihara nyawa atau jiwa


Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman Allah…Surah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan
atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh
manusia seluruhnya….
3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90
Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk
berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan
syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.

4. Memelihara maruah dan keturunan


Mensyariatkan perkahwinan….
Poligami
Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan Dan janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada
mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang
besar. 
( Surah al-Israa’ 17:31 ) 

5. Memelihara harta
Firman Allah SWT Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu
untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik
sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan
kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melakukan kerosakan.( Al-Qasas 28:77) Untuk memelihara keselamatan harta benda
yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang
bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-
besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : 
Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai
pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. 
( Surah al-Maa’idah 5:38 ) 

6. Memelihara hak kebebasan


Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan
Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama

SUMBER-SUMBER TI
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia  yang diamanahkan oleh
Allah SWT sebagai khalifah bagi  membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan
kehendak Allah SWT

2. HADIS
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah  Dan larangan Allah SWT di
dalam Al-Quran

3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN…
4. AKAL FIKIRAN
5. PENEMUAN BARU

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


1. Hubungan manusia dengan Allah SWT
Rukun Islam dan Rukun Iman
Ibadah umum dan ibadah khusus
Mematuhi syariat yang telah ditetapkan

2. Hubungan manusia dengan manusia


Sistem muamalah dan kemasyarakatan. Berdasarkan konsep manusia yang paling
mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya.

3. Hubungan manusia dengan alam sekitar


Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di
muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada.Tidak melakukan perkara yang
merosakkan alam sekitar
MINGGU 3

KEPENTINGAN WUJUDNYA INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIVE ANTARA

PELBAGAI TAMADUN

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan
masyarakat berbilang ras atau etnik. 
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara
tamadun. 

Interaksi Tamadun India dan China


- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2
S.M. 
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi 
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting
yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun
India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.
Kesan:

1.Penyebaran Agama Buddha


- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran 
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme 
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 
2. Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas 
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu
astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah
berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru 
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian


- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari
melalui ajaran Buddhisme 
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada
kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. 
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN INDIA 

- Bermula seawal abad ke-3 SM


- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan
emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan:
1.Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan
yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. 
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran
Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 
2.Sistem Pemerintahan
- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan
agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta
status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja 
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi
Hindu-Buddha. 

3.Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat
pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan
rakyat biasa. 
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam
kehidupan masyarakat Melayu 

4.Adat resam dan Budaya


- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat
Melayu:- amalan jampi & mentera 
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik
telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, 
- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 

5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit 
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684
M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M)
buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu 
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari
bahasa Sanskrit
6.Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata 
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa,
H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan,
keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan
diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China 
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat
Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M 
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting
agar Melaka selamat dr ancaman musuh 
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah
kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur
Syah. 
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali
sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri
Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan
dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese 

Kesan:

1. Penyebaran Agama 
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China
ekoran hbg perdagangan 
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan
dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa
(1082).

2. Warisan Cina Peranakan 


- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. 
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien 
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi
mereka makan guna tangan 
- Pakaian kebaya dan kain sarong 

3. Kebudayaan 
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil
(kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin,
tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. 
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

4. Perubatan dan Teknologi


- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti
asma, anemia dan kanser. 
- Teh Cina ataupun ‘green tea’ 
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan 
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan
letupan, lilin 
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.


- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:

1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.


2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi
membincangkannya dlm buku masing-masing 
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistic
MINGGU 4
NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN
Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam
Tamadun Barat dikatakan bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh
masyarakat Timur. Antaranya seperti kesopanan, kasih sayang, sederhana,
menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati keluarga dan orang yang lebih
tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue, Konsky & Drager: 2000)

Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan


UNESCO, nilai universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ;
• Nilai kedamaian
• Nilai kebebasan dan hak asasi manusia
• Nilai demokrasi
• Nilai pembangunan

Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu
diwar-warkan oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia
kerana dianggap cuba melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil
kira kelainan budaya yang terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan
Barat yang mahukan dunia bukan Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan,
maka lahirlah konsep Nilai Asia.

Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan
retorik oleh pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain.
Menurut Kishore Mahbubani (1998), Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran
moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-
negara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah “attachment to
the family as an institution, deference to societal interest, thrift, conservatism in social
mores, respect for authority”.
Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara
kritikan yang kerap dikemukakan ialah ”Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata
budaya yang menolak liberalisme Barat, malah membawa kepada menghalalkan
ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan kuku besi.” Ini menjadikan Nilai Asia
nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang
autoritarian. Namun, kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai
antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat.

Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan
ajaran Konfusius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan
politik Asia kerana konsep “Demokrasi Konfusian” mencadangkan penerimaan hierarki
dalam masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga
dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran
kepada autoriti pemerintah untuk mendapat “kebaikan bersama” sehingga menjadikan
rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah.

Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya


terjurus kepada nilai ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius
dijadikan sandaran dan disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai
Asia. Hasilnya, nilai etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan
nilai-nilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula
dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai
kekuatan masing-masing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik
dan lain-lain.

Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia

Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran


keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan
kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal
dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti
berikut;

• Berlandaskan idea keagamaan


• Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan
• Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan
• Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan
• Menghargai alam sekitar
• Mementingkan ilmu dan orang berilmu
MINGGU 5

TEORI KEDATANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU


PENGENALAN
Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara
iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan
Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang
mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara
dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam
Melayu adalah seperti berikut:

Islam Datang Dari Tanah Arab


Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa
secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja
Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh
Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab
yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di
Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi
bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke
Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas
menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan
konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur
Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165).
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab
sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran
Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai
pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di
Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk
mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.
Islam Datang Dari India
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje
berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam
penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin
Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa,
sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam
Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti
iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke
India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan
kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan
Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).
Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja
Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat
berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut
(D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah
bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah
sebagai buktinya.

Islam Datang Dari China


Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti
Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para
pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong
kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang
ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat
ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di
pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72).

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang
menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah
menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan
Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh
pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).
Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan
antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum
kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti
mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China
secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu.
Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun
datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti
Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65)
MINGGU 6

KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu.
Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu.
Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan
dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.
Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-
Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,
hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara
kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal
dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk
dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.
Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai
semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau
penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang
lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi
penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).

Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat
dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-
nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal
ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.
Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan
sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.
Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana
masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripada
zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan
masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid
yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).

Pendidikan

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam


golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam
seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah
mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.
Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama
Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara
tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan
Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah
banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
Bahasa clan Kesusasteraan

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan
agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.
Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan
penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu
Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang
mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan
(abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).

Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai
dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat
memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.

Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa
Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera
semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal
dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan
lain-lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Perundangan

Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.


Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam
Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh
menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan


masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka
mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah
jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua
kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga
hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan


Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan
negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu
persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah
dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah
syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan
keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-
undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh
tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang
sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping
berpegang kepada hukum akal dan hukum adat.
Politik dan Pemerintahan

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama
Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa
institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan
Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain
itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan
masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi
melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran
masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja
bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan
dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur
kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh
mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan
dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin
yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan
kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh
orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.

Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada
orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna
berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan
adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja.
Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti
dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah
diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda,
kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid,
2003: 54).

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang
mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan
sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab
mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di
zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil.

Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi
perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam
bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-
15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya
Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar
luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu
seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta
memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu
Yazid, 2003: 3).

Sistem Kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.


Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk, III
beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen
sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu
untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya
ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota
masyarakat yang baik.

Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi
seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.
Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan
bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk
memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah
syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-


unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsep-
konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke
atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka
juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam menjalani kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat


Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang
besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara
yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi
pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara
ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-
wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).

Adat dan Cara Hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia.
Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau
bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat
Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau
bangs a yang berkenaaf. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-
undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan
bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan
akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup
masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan
masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan


nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-
adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan
ajaran Islam.
MINGGU 7

PILIH BEBERAPA ORANG TOKOH TAMADUN ISLAM DAN NYATAKAN


SUMBANGAN MEREKA KEPADA TAMADUN ISLAM

A. ILMU PERUBATAN:

IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS

Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama
beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-
karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang
perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini
termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan


Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah
dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih
bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke
Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan
karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah
terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi
Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan
pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku
tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak
16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad
ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai
100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa
Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.

 
Selain daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya
yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai
perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara
untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

Teori-teori dan Pendapat

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana


beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga
pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau
sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya.
Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan
dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan
psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan
perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup.
Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis)
untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor
yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para
hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan
ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para
hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan
jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah.


b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui


dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam
alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia
untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu,
manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan
kesihatan dan proses penyembuhan.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit


mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh
mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu
jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau
hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan
cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata
Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit
dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan).
2.2.3 Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit
paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit
(contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis
dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai
kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga
telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang
menyebabkan penyakit kuning (jaundice).
ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM

Sumbangan dan Pencapaian

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu


pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim
telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan
cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh
darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu
Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan
peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman
‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan
pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang
boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau
menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk,
penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan
pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan
dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian
penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang
terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam
bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di
Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik
adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih
daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat
latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam
bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa
buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah,
beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi
seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di
Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab al-
Masnur.

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam


bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya
yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine
Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan
Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh
M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku
Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898.

AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL

Sumbangan

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau


menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu
perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau
dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa
Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk
mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti
penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab:
Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan
orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga
menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil
pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu
sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput
mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan
mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi
tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya.

Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya
adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan
tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau
hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-
Judari wa al-Hasabah.

B. SENI BINA

Khalifah al-Walid bin ‘Abdul Malik (86-87H)

Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang


dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah
diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin, 2004). Menurut pengarang ini lagi,
pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan
masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara, selain tiang dan dinding serta
atap. Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa
pemerintahannya sehingga beliau digelar ‘Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah’
(Mahayudin, 2004).

Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa


bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di
Madinah, Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-’Aqsa di Bayt al-Maqdis. Beliau juga
telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah.
(Mahayudin, 2004).
Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri

Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut
Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha
menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.

Khalifah Abdul Rahman II

Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah
membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk
memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus (Mahayudin,
2004).

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur

Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas
telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar, 1993). Hasan Ibrahim (dalam
Mohd Mokhtar, 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang
kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Beliau telah mendirikan sebuah istana yang
bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan
kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannya ’Qasr al-
Khuldi’ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami’ al-
Mansur di hadapanIstana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota
Baghdad (Mahayudin,
2004).

C. SENI MUZIK
Al-Farabi

Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad


Ibn  Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di
Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan
buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik.
Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil
karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat
muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula
menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada
alat rabah dan qanun.
Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim
dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi
karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On
The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya
bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi
sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

Al-Kindi

Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau
dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetikhttp://www.muslimheritage.htm ). Beliau
merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan
bukubuku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada
bahasabahasa Eropah antaranya,Essentials of Knowledge in Music, On The
Melodies dan TheNecessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).
Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang
terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan
(Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik
termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik
dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi

Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya


banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau
menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan.

Safi al-Din Abd al-Mu’min

Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan,
beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus
Muzik (Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik Barat
yang mengagumi hasil karya seninya.

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din

Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang
muzik yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan
seperti TheJewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies(Mahayudin, 2004).
D. SENI KHAT DAN KALIGRAFI

Ibn Muqlah

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Ibn Ali Ibn Muqlah (Kamil al-
Baba, 1992). Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di
antara ahlikaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Ibn Muqlah
dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan tempat khat
kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba, 1992).
Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam sejarah
kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan satu sistem ukuran dalam
menulis satu-satu huruf. Misalnya huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7
titik) (Kamil al-Baba, 1992).

Ibn Bawwab

Ibn Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Hilal Ibn al-Bawwab dilahirkan di
Baghdad (Seyyed Hossein Nasr, 1987). Beliau digelar Ibn Bawwab kerana ayahnya
adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada’ (bilik pengadilan) di Baghdad.
Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan Muhammad Ibn Asad
dan Muhammad al-Simsimani (Kamil al-Baba, 1992). Beliau yang merupakan ahli
kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap sebagai pencipta kepada khat
rayhanidan muhaqqaq (dipetik di http://www.muslim.org ). Terdapat sebanyak 64 buah
al-Qur’an ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat
rayhani (Kamil al-Baba, 1992).

Yaqut al-Musta’simi

Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Musta’simi al-Thawusyi


al-Baghdadi (Kamil al-Baba, 1992). Selain daripada menjadi ketua di Perpustakaan al-
Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli pujangga. Tulisannya
dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn Bawwab. Beliau pernah digelar
sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis khat Kamil al-Baba, 1992).
Beliau juga dikatakan pengasas kepada ”Sittah”enam jenis tulisan yang terkenal ketika
itu (Ghazali, 2001).

E. SENI SASTERA
Firdawsi

Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang berjudul Hikayat 1001 Malam
(dipetik dihttp://www.muslimphilosophy.com ). Ceritanya telah banyak memberi kesan
kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia
telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan karya
bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan
judul Epic Kings (Ghazali, 2001).

Ibn Tufayl

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn
Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi (dipetik
di http://www.muslimheritage.com ). Di dalamkaryanya, beliau menceritakan tentang
bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan
apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl
dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh
mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah
mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin
oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671
(Dipetik di http://www.members.tripod.com/man 999/ sumbangan_Islam_2.htm ). Orang
Eropah bukan setakat menterjemah malahan mereka juga menghayatinya melalui
penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut.
Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).
MINGGU 8
CIRI-CIRI PEMODENAN YANG BERJAYA DILAKUKAN OLEH MAHARAJA MEIJI DI
ZAMAN PEMERINTAHANNYA(1897-1912) 

PENGENALAN

Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse
of the rising sun”. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon.
Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu
kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). Ia meliputi kawasan
seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri
daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku
dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum
munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan
Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara
feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik,
ekonomi dan sosial.

Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’.Jepun mengamalkan dasar


tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasa-
kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada
kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke
Jepun. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang
menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama.

ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )Pemerintah Meiji setelah mengambil


tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha
untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa
digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di
tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif
utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang
berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang
selaras dengan kuasa barat.

Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti


Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh
Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji
mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan
ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya
pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu
dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan
penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN


Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun
untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan
ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang
Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk


mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor
militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.

i. Fukoku Kyohei- ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’.


ii. Bunmei Kaika- ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’.
iii. Shokusan Kogyo- ‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’.
iv. Kokusai- Kankei - ‘Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat
Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju
ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan


masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara
mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi.
Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia,
yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah
ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan


rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan
Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji
adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang
bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:- 

i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan


Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah
pemikiran yang kritis.
ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai
(semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan
hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal
diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat

iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu.
Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu
sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu 
1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877,
Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda
1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun
yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.

iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke
dalam bahasa Jepun diambil.

ASPEK EKONOMI
Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun
Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan
dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu
usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk
kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-
kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai
sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji
telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah
dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji,


berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun.
Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi
pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal.
Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan
perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk
terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian
Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-
mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran,
perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan.

Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya
pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi).
Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara
meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan
(tanaman padi).

POLITIK
Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb
Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf
negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji
mengandungi lima usul iaitu :-
i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara
tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang
secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang
moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah
satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada
sistem pemerintahan secara demokrasi.

Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini


membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan
rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah
pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system ‘class’. Lapisan
masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan
pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-
keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan
pendidikan.
MINGGU 9

HURAIKAN PERANAN AGAMA ISLAM DALAM MEMBANTU PEMBINAAN


TAMADUN CINA

GERAKAN ISLAM DI CHINA

Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu.
Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan
beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan
adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan
Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta
umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada
jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang
dibuat apda tahun 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta
orang sahaja. 

Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam
membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian,
Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai
tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang
menerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China
dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain. 

Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah,
Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa
ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum
arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap
di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang
mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara  mereka dan penduduk di
kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan
Islam di sana. 
PERMULAAN GERAKAN ISLAM

Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah
selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para
pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan
kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik  dan
perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada
ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan
perlindungan apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan
berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat
Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu
komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya
sendiri. 

ISLAM DAN PERADABAN CHINA

Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau.
Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah
Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung
Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman
mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak
berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam
dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China
digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. 

Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima
sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap
bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan
keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh
masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara
yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina, membangun serta
mewarnai peradaban China.
Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara
yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China.
Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting
dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh
Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin
atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup
besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi
memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di
China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. 

Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan
mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya,
pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai
yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan
hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh  pihak kastam banyak
diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. 

Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran
tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains,
astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini
diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka
mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun
berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan
oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat. 

Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan
kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat
diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki
oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera.
Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah
lama  telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari.
Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang
sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.
Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya
falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah  Shih Ching atau
Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat
pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya
besardalam bahasa Cina. 

Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai
peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran
orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh
ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang.
Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari
Parsi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina.
Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan
Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar
yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang
undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada
warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.
MINGGU 10

TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN AGAMA


DENGAN CONTOH-CONTOH JELAS. BINCANGKAN KENYATAAN INI
PENDIDIKAN

Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan


pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya.
Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada
masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula
memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit
merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang
digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

          Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk


menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah
agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna
dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di
Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang
harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan
ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

FALSAFAH

          Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang
bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada
Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan
Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.
Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan
Buddhisme.

SAINS DAN TEKNOLOGI

       Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan


tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud dalam
tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah
mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu
angka Brahmin dan angka Kharosti. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun
Yunani, iaitu herodianicdan ionic. Ilmu perubatan berkembang disebabkan
kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. 
SENI BINA

        Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal ini
dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat
erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang
berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan
Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua
Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua
Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad
kelapan Masihi.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang
berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti
Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah
bahasa Sanskrit.

        Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya
termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan
peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah
cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka
yang melarikan isterinya, Sita.

SISTEM SOSIAL

        Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan
dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah
institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang
lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan
Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem
kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan
ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini
wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta
yang berbeza.
MINGGU 13

DENGAN MELAYARI INTERNET SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU


SEMASA MENGENAI TAMADUN ISLAM DAN BARAT 

Multaqa’ Staf ABIM Dan Agensi

Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis
multaqa’ membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach
ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.Multaqa’ ini diadakan untuk
menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah
mencurahkan segala keringat,  idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM
di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar, di samping
memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun
Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta
majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.

Pertemuan Peguam Pembela Islam

Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro
undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela
Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap
pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin, Exco Undang-undang
ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang peguam.  Sepanjang pertemuan ini,
mereka yang hadir telah sama-sama berbincang serta berkongsi pengalaman
berkenaan dengan isu-isu semasa seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta
beberapa isu muktahir berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam
dalam konteks perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah
memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk menangani
isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan Peguam Muda Pembela Islam
mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam muda Islam. Sebarang
pertanyaan boleh diajukan kepada webmaster@abim.org.my

ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin

14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani
Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). Bengkel tertutup tersebut telah
dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri.
Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka
panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di
peringkat antarabangsa, selain memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-
Zionis. Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi
Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.
MINGGU 14 & 15

GARISKAN 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DAN HURAIKAN 5 PRINSIP


DARIPADANYA. 

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah

i. Keimanan yang mantap


ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang teguh
iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni
v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah

i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat


ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat elak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka

i. Semangat jati diri


ii. Berfikiran terbuka
iii. Kreatif dan inovatif
iv. Mampu bersaing
v. Berdaya maju
vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan
4. Penguasaan ilmu pengetahuan

i. Umat yang cintakan ilmu


ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan
masysarakat

5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah


ii. Umat yang maju dibidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta
ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti

i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti


ii. Tempat tinggal yang selesa
iii. Persekitaran yang selamat
iv. Kehidupan yang sihat
v. Keluarga yang harmoni
vi. Pemakanan yang berkualiti
vii. Masyarakat yang penyayang
viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna
7. Pembelaan hak minoriti dan wanita

i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor


ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita
iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
iv. Member perhatian kepada OKU

8. Keutuhan budaya dan moral

i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama


ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

9. Pemeliharaan alam sekitar

i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah


ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10. Kekuatan pertahanan


i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara
iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

You might also like