Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan para pembangkang, guru besar, guru -guru, dan rakan-rakan sekalian.Tajuk perbahasan saya pada pagi ini ialah 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah'. Hadirin sekalian, Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana mengajar murid-murid berdikari. Para pelajar perlu melakukan kerja -kerja harian seperti membasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain -lain lagi tanpa bantuan daripada sesiapa. Oleh itu, para pelajar lebih cepat matang dan berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan. Kehidupan di asrama dapat memberikan peluang kepada para pela jar untuk memupuk nilai-nilai persahabatan yang kukuh. Para pelajar dapat bergaul dengan rakan -rakan, berkongsi masalah, saling bantu -membantu dan lain-lain lagi. Hadiri sekalian, Para pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara berkumpulan. Oleh itu, para pelajar dapat berbincang, bertukar -tukar pendapat, dan tidak mudah rasa bosan dalam pelajaran. Oleh itu, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagai peraturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan, menghormati ketua dan lain -lain lagi. Kesimpulannya saya bagi pihak pencadang tetap menyatakan bahawa tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah. Sekian, terima kasih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful