FALSAFAH & LOGIKA MELAYU JXEA1104

ADAT PERKAHWINAN MELAYU
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.

PENGENALAN
 Masyarakat Melayu amat berpegang teguh dengan adat resam kerana dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan.  masy terdahulu amat menitikberatkan adat resam dalam perkahwinan ini  kebanyakan masy sekarang tidak mementingkan adat resam dalam perkahwinan.  terbahagi kepada 3 peringkat yang terdiri daripada 8 langkah upacara.  Peringkat 1  adat merisik/menengok  adat meminang/bertunang  menghantar belanja & akad nikah  Peringkat 2  berandam  berasah gigi  berinai  Peringkat 3  bersanding  mandi limau  menyambut menantu /menjemput menantu

ADAT MERISIK
 Adat merisik meninjau/menengok oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.  Tujuan adat ini dilaksanakan adalah untuk memastikan gadis yang menjadi pilihan pihak lelaki bukanlah tunangan orang dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri. Adat ini penting kerana dalam Islam, di mana seseorang itu dilarang meminang tunangan orang.  Ibu bapa akan memainkan peranan penting dalam mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri kepada anak lelaki mereka. Namun, sebilangan besar masyarakat Melayu pada masa ini membiarkan anak-anak mereka memilih calon isteri sendiri tetapi mestilah sesuai dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki.

 Mereka akan memilih beberapa orang anak dara yang sesuai dan selepas itu, mereka akan bertanya tentang latar belakang gadis tersebut kepada kawan-kawannya dan saudara mara si gadis tersebut.  Dalam pemilihan calon isteri, ibu bapa pihak lelaki akan menitikberatkan soal keperibadian yang baik iaitu bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara tersebut tetapi kemahiran rumah tangga yang dimiliki seperti memasak, menjahit serta fasih membaca Al-Quran. Perkara seperti inilah yang merupakan ciri-ciri sesuai yang telah disebutkan tadi.  Setelah memperoleh maklumat tentang si gadis dan keluarga, mereka akan menghantar rombongan untuk pergi meminang anak gadis tersebut tanpa memberitahu keluarga si gadis. Menurut kepercayaan mereka lagi, tanpa persediaan oleh pihak perempuan mempunyai makna di sebaliknya.

 Menurut kepercayaan, semasa kunjungan daripada pihak lelaki tiba di rumah si gadis dan pada masa itu, dia sedang mandi atau mencuci dan ini merupakan satu petanda yang baik untuk masa depan kedua-duanya.  Sebaliknya, jika si gadis sedang memasak semasa kunjungan pihak lelaki tiba, ia merupakan satu petanda yang kurang baik selain itu, mereka turut mempercayai sekiranya terdapat halangan atau kemalangan dalam perjalanan ke rumah pihak perempuan, ia merupakan satu petanda bahawa masa depan perkahwinan yang bakal dibina tidak begitu bahagia.  Namun begitu, kepercayaan ini tidak lagi diambil berat malah dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat pada masa sekarang termasuklah mereka yang tinggal di luar bandar.

 Bagi pihak si gadis pula, mereka perlu mengambil berat soal latar belakang agama, kelakuan calon suami, pekerjaan yang baik dan sebagainya.  Pada akhir penilaian keluarga pihak lelaki ke atas si gadis dan keluarganya, pihak keluarga lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara kedua-dua pihak disertai oleh saudara-saudara yang rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang anak gadis mereka.

 Dalam adat resam perkahwinan ini turut terdapat falsafah Islam, pihak lelaki tidak boleh meminang tunangan orang lain. Hal ini amatlah dilarang keras dalam Islam kerana, si gadis tersebut sudah dimiliki orang lain dan hanya menunggu masa untuk disatukan sahaja.  Adat merisik ini turut memerihalkan falsafah kepatuhan anakanak terhadap ibu bapa. Malah, sebahagian besar golongan muda menyerahkan soal perkahwinan kepada ibu bapa dan keluarga. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihan keluarga, namun anak-anak patuh dan akur dengan pilihan tersebut. Mereka menganggap pilihan keluarga adalah yang terbaik kerana pengalaman yang ada pada mereka.  Selain itu, adat merisik ini juga memerihalkan falsafah amalan adat resam dan warisan daripada generasi terdahulu. Kebanyakan mereka yang masih meneruskan adat resam dalam perkahwinan ini mempunyai matlamat mereka tersendiri iaitu ingin merasai sendiri pengalaman berkahwin mengikut adat dan mahu meneruskan adat resam tersebut.

ADAT MEMINANG
 Wakil daripada pihak lelaki yang terdiri daripada kalangan orang tua-tua akan datang meminang anak dara yang dipilih.  Kebiasannya ibu bapa pihak perempuan tidak akan memberikan jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang.  Falsafah yang terdapat melalui adat bertangguh ini akan mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.  Telah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang telah ditetapkan.

ADAT BERTUNANG
 Setelah tamat tempoh yang diberikan, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan.  Sekiranya pinangan diterima pada pertemuan itu, mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.  Konsep menghantar tanda adalah bermaksud “putus cakap” . Ini bermakna pinangan daripada pihak lelaki telah diterima.  Falsafah daripada konsep penghantaran tanda daripada pihak lelaki kepada anak dara membawa maksud anak dara tersebut telah dimiliki dan telah menjadi tunangan orang.

 Dalam konsep Islam pula, anak dara yang telah menjdi tunangan orang adalah haram untuk dipinang oleh orang lain.  Majlis bertunang ini juga kebiasannya akan disertai dengan majlis kenduri.  Falsafah disebalik majlis kenduri ini diadakan adalah mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua belah keluarga.

MENGHANTAR BELANJA
 adat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari sebelum akad nikah tetapi kini dilakukan bersama-sama upacara akad nikah untuk menjimatkan perbelanjaan .  Beberapa barangan yang dibuat hantaran :  Cincin yang bertatahkan batu permata  Falsafah yang terdapat pada cincin yang bertatahkan permata ini untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan pengantin lelaki di samping menunjukkan perasaan kasih sayang kepada pasangannya. Cincin yang diberi dan dipakai juga melambangkan tanda seseorang wanita sudah dimiliki atau sudah bersuami.

Kain sutera Falsafah yang terdapat di sebalik kain sutera ialah melambangkan kehalusan budi pekerti seorang wanita. Kain sutera merupakan lambang kekayaan kerana mempunyai nilai dan estetika yang tinggi. Tepak sirih Falsafah di sebalik tepak sirih ialah salah satu ketamadunan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh masyarakat India. Tepak sirih yang diberikan adalah diperbuat daripada logam perak dan gangsa. Perak dan gangsa menunjukkan kekayaan masyarakat pada zaman dahulu. Terdapat juga tepak sirih yang berwarna emas yang biasa diberikan oleh pihak lelaki yang berharta seperti kerabat diraja.

AKAD NIKAH
 Pada zaman silam, upacara akad nikah dilakukan oleh pihak pengantin lelaki dalam pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu.  Falsafah yang terdapat dalam upacara akad nikah iaitu merupakan satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untuk menghalalkan sesebuah perkahwinan. Namun begitu, terdapat juga upacara-upacara amal yang lain mengikut adat resam masing-masing.  Upacara akad nikah dimulakan dengan perarakan pihak lelaki ke rumah pihak perempuan. Mereka seterusnya dipersilakan masuk. Pengantin lelaki duduk di atas tikar sila di bahagian ibu rumah, berdekatan dengan Imam. Barang-barang hantaran yang dibawa dibariskan di tengah ibu rumah.

 Kemudian Imam memilih dua orang antara tetamu yang hadir untuk menyemak barang hantaran dan menjadi saksi untuk upacara akad nikah. Falsafah yang terdapat dalam adat ini untuk memastikan perkahwinan yang dilakukan sah dan mengikut syariat yang betul bersesuaian dengan hukum syara’. Selepas semua barangan disemak, barangan tersebut dihantar kepada kaum perempuan. Setelah itu, Imam mendaftarkan nama pengantin lelaki di dalam sebuah buku dan ditandatangani oleh pengantin lelaki dan dua orang saksi tersebut. Kemudian, Imam akan membacakan upacara perkahwinan dalam Bahasa Arab yang kini biasanya dibacakan dalam Bahasa Melayu. Pada akhir upacara akad nikah, Imam akan memegang tangan kanan pengantin lelaki sambil mengisytiharkan kenyataan akad. Falsafah yang terdapat pada adat ini ialah kepentingan saksi dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah ‘hidup tanpa kawan seperti mati tanpa saksi’.

Contohnya : “Muhammad Bin Ahmad, aku nikahkan dikau dengan Fatimah Binti Abdullah yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai dan belanja RM80.” Selepas itu, pengantin lelaki pula akan menjawab akad nikah tersebut : Contohnya : “Aku terima nikahnya Fatimah Binti Abdullah dengan mas kahwin RM1000 tunai dan belanja RM80.

ADAT BERINAI
   Adat berinai memerlukan perbelanjaan yang besar dan agak rumit, menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Falsafah yang terdapat dalam adat berinai ialah bekerjasama. Hal ini kerana adat ini dilakukan secara beramai-ramai. Dilakukan dalam 3 peringkat : i) Berinai curi – dilakukan 3 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja. ii) Berinai kecil - dilakukan 2 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. iii) Berinai besar – dilakukan 1 malam sebelum hari langsung untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Upacara berinai akan dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding.

ADAT BERSANDING
 Falsafah yang terdapat dalam adat bersanding ialah masyarakat yang berpegang teguh kepada adat. Hal ini dapat dikenalpasti melalui langkah demi langkah yang dituruti oleh pengantin yang disuruh oleh mak andam dan saudara-mara.  Hari langsung atau hari bersanding merupakan kemuncak istiadat perkahwinan.  Pengantin perempuan akan bersalin-salin pakaian sebelum bersanding.  Adat duduk di atas pelamin ialah pengantin lelaki duduk di sebelah kanan dan pengantin perempuan duduk di sebelah kiri.  Selain itu, ada juga acara menyuap antara pengantin dan acara masuk ke bilik.  Selepas bersanding, kedua-dua mempelai akan turun ke halaman rumah untuk upacara makan damai.

ADAT MENJEMPUT MENANTU
 Majlis jemput menantu atau sambut menantu akan diadakan di rumah pengantin lelaki untuk menyambut kedatangan pengantin perempuan beserta rombongannya.  Majlis ini diadakan selepas pengantin lelaki tinggal seketika di rumah pihak perempuan dan biasanya diadakan pada hari yang ganjil seperti hari ke tiga, lima atau hari ke tujuh.  Dalam adat perkahwinan Melayu, pengantin perempuan tidak akan ke rumah mentuanya selagi keluarga pengantin lelaki tidak menjemput.

 Adat ini bertujuan merapatkan hubungan di antara pihak perempuan dan pihak lelak  Melalui adat ini pihak perempuan dapat mengenali budaya dan cara hidup pihak pengantin lelaki yang mungkin berbeza dengan adat dan tradisi mereka.  Hal ini kerana,masyarakat di Malaysia mengamalkan adat yang berbeza mengikut kepercayaan agama masing-masing dan kelazimannya masyarakat mengamalkan adat temenggung dan adat perpatih. 

 Adat jemput menantu juga dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama atau bantu-membantu.  Pihak lelaki akan mengadakan kenduri sebagai tanda untuk menyambut pihak pengantin perempuan bersama rombongannya.  Melalui majlis kenduri yang diadakan akan dapat mewujudkan semangat kerjasama untuk memastikan majlis kenduri berjalan lancar seperti yang dirancang.  Semangat kerjasama ini dapat dipupuk semasa masyarakat sekeliling menyediakan makanan dan buah tangan untuk pihak pengantin perempuan dan para jemputan.

 Walau bagaimanapun, adat jemput menantu ini semakin dilupakan oleh masyarakat kini.  Mereka beranggapan bahawa adat ini tidak perlu diadakan kerana majlis kenduri secara besar-besaran untuk meraikan pasangan pengantin telah diadakan di rumah pengantin perempuan.  Oleh itu, diharapkan majlis sambut menantu ini dapat diteruskan agar dapat merapatkan hubungan dalam masyarakat kini.

PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, adat resam perkahwinan Melayu yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu sudah semakin hilang ditelan zaman. Kebanyakan adat ini telah banyak ditinggalkan dan sudah kurang dilakukan pada masa sekarang. Upacara perkahwinan yang berperingkat memerlukan sejumlah wang yang banyak dan ada sesetengah adat yang bertentangan dengan agama Islam. Dalam setiap peringkat upacara perkahwinan menerapkan nilai-nilai falsafahnya tersendiri seperti yang dijelaskan sebelumnya.

LAMPIRAN

PELAMIN PENGANTIN

HANTARAN PERKAHWINAN

TEPAK SIRIH

SIRIH JUNJUNG

KAD PERKAHWINAN

PERSANDINGAN

AHLI KUMPULAN • • • • • NURUL AIN NORAIN NURUL HUSNA ZAINUN NORAZILA JEA080103 JEA080081 JEA080106 JEA080157 JEA080086

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful