You are on page 1of 8

Pengurusan Persekitaran Fizikal

Pengenalan

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid-murid
dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Konsep pengurusan fizikal harus
ditekankan bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal
malah hasil dari pengurusan persekitaran fizikal itu akan dapat mewujudkan satu
suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan dengan mengambil kira
aspek latar belakang budaya dan etnik masing-masing. Konsep pengurusan fizikal
bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun
hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim
pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai
latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang
yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah
semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan
penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran
yang produktif.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, persekitaran fizikal merujuk kepada


persekitaran yang menjurus kepada perkara yang bukan kebendaan dan boleh dilihat
secara terus. Suasana fizikal bilik darjah menjadi rangka yang akan menentukan
keadaan pembelajaran, iaitu samada menggalakkan atau mengganggu pembelajaran.
Oleh sebab itu. guru haruslah bijak mengawal dan mengendalikan kelas mereka.
Perancangan dan penyusunan fizikal bilik darjah melibatkan proses mengorganisasi,
merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyusunan
kerusi meja, tempat duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang dengar, sudut-
sudut aktiviti dan pemeran, papan tulis dan pelbagai perabot lain dengan sempurna.
Guru perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas mereka supaya ia dapat
menggalakkan suasana yang kondusif dan mesra budaya.
Secara asasnya sesebuah bilik darjah itu perlulah mempunyai pelan lantai untuk
bilik darjah, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan adalah di tahap yang sesuai.
Selain itu keselamatan murid juga mestilah terjamin semasa berada di dalam bilik
darjah. Manakala ruang-ruang tambahan di dalam bilik darjah seperti ruang bacaan,
ruang multimedia dan ruang-ruang hiasan adalah sebagai tambahan supaya sesebuah
bilik darjah itu menjadi lebih selesa dan ceria.
Pelan lantai
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah membuat satu pelan
lantai. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru untuk membuat susun atur perabot
dan peralatan dalam bilik darjah. Melalui pelan lantai tersebut, guru akan mendapat
gambaran awal tentang apa yang perlu ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk
membuat susun atur yang sesuai. Sebagai contoh, guru perlu membina satu bilik darjah
yang mempunyai susun atur yang sesuai dengan keperluan semua murid dan mata
lh
e
n
s
ia
rp
u
t
pelajaran. Selain itu, semasa merancang, guru mestilah mengambil kira unsur-unsur
hubungan sosial murid dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara
pelbagai kaum.
Aspek kebersihan, pengudaraan dan pencahayaan
Aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan dalam bilik darjah. Jika sesebuah
bilik darjah itu bersih, ia akan dapat memberikan ketenangan kepada murid yang
berada di dalam kelas. Kebersihan menjadi faktor utama kepada murid untuk berasa
seronok dan selesa ketika mengikuti sesi pembelajaran. Guru boleh mendidik supaya
murid- murid di dalam kelasnya menjaga kebersihan dengan membuat jadual giliran
bertugas harian. Dengan itu, budaya menjaga kebersihan dapat diterapkan dalam diri
murid-muridnya. Di kebanyakan sekolah, pertandingan bilik darjah bersih merupakan
satu usaha yang baik untuk menggalakkan murid menjaga kebersihan bilik darjah
masing-masing. Selain kebersihan, aspek pencahayaan dan juga pengudaraan juga
memainkan peranan penting dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah tidak
mempunyai tingkap dan kipas, murid akan berasa tidak selesa berada di dalamnya.
Secara tidak langsung mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar.
Guru perlu memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan yang paling selesa
seperti tidak terlalu gelap atau terang dan pengudaraan yang segar dapat dinikmati oleh
murid-muridnya.
Susun atur tempat duduk
Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan
tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada
perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri
dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam
satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu
suasana mesra budaya. Sebagai contoh, guru menyusun tempat duduk antara murid
melayu dengan murid yang berbangsa cina. Oleh itu, murid melayu dapat belajar adat
dan budaya masyarakat cina dan begitu juga sebaliknya. Sebagai cadangan guru boleh
menyusun atur kedudukan tempat duduk murid seperti yang telah dicadangkan dalam
pelan bilik darjah KBSR yang mana murid diletakkan dalam satu kumpulan. Oleh itu
guru boleh mempelbagaikan kelompok kumpulan tersebut dengan murid yang pelbagai.
Pada masa yang sama, semasa menyusun tempat duduk murid, guru juga perlu
mengambil kira keperluan murid. Guru perlu memastikan semua murid di bawah
perhatiannya. Hal ini supaya mudah untuk guru bertindak sekiranya murid memerlukan
bantuan daripadanya. Penyusunan kerusi juga perlu sesuai dengan jenis aktiviti yang
akan dijalankan dan fleksibel. Dalam bilik darjah yang bercampur murid lelaki dan
perempuan, penyusunan kerusi meja perlu mengelakkan daripada berlakunya
kenakalan. Oleh itu, dicadangkan supaya kedudukan murid lelaki dan perempuan
dicampur adukkan supaya masalah disiplin dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun
kedudukan murid-murid hendaklah menggalakkan mereka dapat berinteraksi bersama
dalam sesuatu aktiviti kumpulan, bekerjasama serta dapat bertolernsi semasa proses
pembelajaran berlaku. Susunan perabot dan peralatan pengajaran pembelajaran juga
perlu disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak menyempitkan
ruang. Di samping itu, ruang penyimpanan barang yang disediakan memudahkan murid
untuk menyimpan barang-barang peribadi mereka.
Ruang multimedia
Selain itu, alat-alat ICT serta alat pandang dengar disediakan di dalam bilik
darjah. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelbagai latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. Guru perlu
menggalakkan murid-murid berkongsi menggunakanya serta menggalakkan
murid meneroka dengan sendiri. Ia menggalakkan murid untuk menjadi lebih kretif dan
berinovasi.
Ruang hiasan
Guru boleh memberikan tanggungjawab menghias kelas kepada murid-murid.
Murid diberikan kebebasan untuk menghias kelas mengikut kreativiti mereka sendiri.
Murid akan bekerjasama untuk memberikan yang terbaik. Mereka akan berkongsi idea
untuk menghias dan bekerjasama sesama mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
adalah aktiviti mengecat dinding dengan melukis lukisan mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan
perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Dengan itu murid-murid didedahkan dengan
kebudayaan masyarakat lain secara tidak langsung. Selain itu, hiasan-hiasan dinding
dan ruangan bilik darjah untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah boleh mencorakkan
daya kreatif, inovatif dan menjadikan bilik darjah tempat belajar yang menarik minat
murid. Meja pelajar yang kelihatan usang umpamanya boleh dihiasi untuk menjadikan
ia lebih menarik dan tidak lagi kelihatan usang dan buruk. Murid juga akan berasa lebih
selesa untuk menjalani proses belajar seharian di sekolah. Antara kebebasan yang
boleh diberikan kepada murid untuk menghias kelas adalah seperti menyediakan
sendiri jadual bertugas, menggantung langsir, menghias dinding dan papan kenyataan
dengan info-info yang menarik dan lain-lain. Boleh juga disediakan ruangan hasil kerja
murid agar murid rasa dihargai dan menjadi pemangkin untuk mereka berusaha lebih
baik pada msa yang akan datang.
Ruang bacaan
Ruang-ruang di dalam kelas boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya sekiranya
guru tahu untuk memanipulasikan ruangan tersebut dengan pengisian yang bermakna.
Sebagai contoh mengadakan satu ruang bagi sudut bacaan. Guru boleh menyediakan
beberapa bahan bacaan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan tempatan yang
merangkumi semua kaum. Selain itu, guru boleh memberi kebebasan kepada murid
untuk membawa bahan bacaan yang ilmiah untuk diletak di bahagian sudut bacaan.
Selain itu juga, banyak lagi sudut-sudut pembelajaran yang boleh dibuat seperti sudut
sejarah dan geografi. Melalui sudut-sudut ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni
seperti semangat cintakan tanah air, dan menghargai keamanan negara. Guru boleh
memberi kesedaran kepada murid bahawa pentingnya untuk bersatu padu antara satu
sama lain untuk membentuk negara yang aman dan sejahtera
Selain aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi cara
yang boleh digunakan oleh guru untuk memanipulasikan persekitaran fizikal bilik darjah
agar dapat membentuk budaya yang positif. Bagi memupuk iklim bilk darjah yang
progresif dan dinamis, nilai bilik darjah seperti kerajinan, ketekunan, daya usaha,
menghargai masa, kecekapan belajar, kebersihan, tanggungjawab, kerjasama perlu
dipupuk dan diamalkan di dalam bilik darjah.
Cadangan pelan bilik darjah berdasarkan kriteria yang dinyatakan.

1 2 3

4 T
I
N
G
K
A
p

11

10

6
9
8

Rajah 1: Pelan lantai fizikal bilik darjah.


Petunjuk Penerangan
1 Papan lembut- untuk menampalkan info-info terkini tentang kelas.
Contohnya rekod ujian bulanan. Maklumat di bahagian ini akan sentiasa
berubah dari semasa ke semasa
2 Papan putih- untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berada di
hadapan kelas.
3 Papan kenyataan – menampal maklumat kelas seperti jadual bertugas,
peraturan kelas, biodata murid dan lain-lain.
4 Meja guru- berada di hadapan kelas supaya guru dapat melihat
keseluruhan kelas dan mengawal pergerakan murid.
5 Ruang pembelajaran – meliputi ruangan sudut-sudut ilmiah seperti
sudut sejarah dan geografi, matematik dan lain-lain. Di ruangan ini,
ditampal nota-nota berkaitan dengan mata pelajaran. Selain itu, murid
diberi kebebasan untuk akses kendiri bahan dan nota yang disediakan.
Murid akan diberi tugas secara bergilir untuk mengemaskini bahagian
ini.
6 Sudut bacaan- disediakan dengan rak buku dan juga beberapa bacaan
yang sesuai seperti buku-buku sejarah, buku cerita dan majalah-
majalah. Tujuan ruangan ini untuk menggalakkan budaya membaca di
kalangan murid.
7 Circle time- kawasan untuk bermain. Sesi pembelajaran bebas. Di
kawasan ini murid diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti mereka
secara bebas. Contohnya aktiviti mewarna semasa pendidikan seni
ataupun tempat belajar sendiri. Kawsan ini juga sesuai untuk melakukan
aktiviti permainan ataupun pergerakan.
8 Hiasan kelas: hasil kerja murid akan dipamerkan di ruangan ini. ini akan
memberi rasa penghargaan kepada murid.
9 Almari : disediakan untuk murid menyimpan barang-barang peribadi
mereka
10 Pusat ICT: murid boleh mengakses maklumat di ruangan ini. juga
terdapat peralatan lain seperti radio, layat lcd dan lcd. Guru boleh
gunakan sebagai alat bantu mengajar.
11 Tempat duduk murid secara kumpulan iaitu enam orang satu kumpulan.
Setiap kumpulan akan bercampur lelaki dan perempuan selain tidak kira
bangsa dan agama. Susunan meja dan kerusi memudahkan guru
bergerak antara meja dan kerusi itu.

Dilengkapi dengan dua pintu, depan dan belakang dan tingkap di


bahgaian kiri dan kanan kelas.

You might also like