You are on page 1of 6

Nota A1 Pendidikan Moral

1. Nyatakan maksud ‘Bersih’, ‘Cekap’ dan ‘Amanah’.


a. Bersih – moral yang tinggi, bertatatertib, berdisiplin. tidak menyelewengkan kewajipannya dan tidak rasuah.
b. Cekap – berani, cepat membuat keputusan. mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
c. Amanah – rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa, jujur kepada diri
sendiri dan orang lain.

2. Nyatakan kesan rasuah terhadap sesebuah Negara


a. Imej negara terjejas c. Pelabur hilang keyakinan untuk melabur
b. Sistem pentadbiran Negara menjadi lemah

3. Nyatakan empat aspek insan seimbang dan harmonis yang dapat dilahirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4. Jelaskan aktiviti yang dapat dijalankan oleh setiap kelas untuk merapatkan buhungan antara anggota kelas.
a. Aktiviti kerja amal – gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas
b. Lawatan sambil belajar – lawatan ke Pusat Sains dan sebagainaya.
c. Kem Akademik – gabungan kem Pendidikan Moral dengan Pendidikan Islam

5. Nyatakan cara kita dapat melayani pelanggan dengan mesra.


a. Senyum selalu. b. Memberi salam / ucapan hormat

6. Nyatakan cara dapat mengamalkan budi bahasa di sekolah.


a. saling menghormati guru. c. bertutur dalam bahasa yang sopan.
b. memberi salam kepada semua warga sekolah yang ditemui.

7. Nyatakan prasarana Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terdapat di negara kita serta kepentingannya.
Putrajaya - Pentadbiran, Menara Kuala Lumpur - Telekomunikasi, KLIA - Pengangkutan, Universiti Multimedia - Pendidikan

8. Nyatakan contoh seni bina moden dan fungsinya di negara kita.


a. Menara Kembar Petronas (Petronas Twin Tower) – mercu kemajuan ICT.
b. Menara Kuala Lumpur (KL Tower) – memajukan sistem perhubungan.

9. Nyatakan agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan serta peranannya dalam mengekalkan kebudayaan nasional.
a. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan – memartabatkan kebudayaan, kesenian dan warisan bangsa.
b. Kelab Kebudayaan – Mempertingkatkan budaya dan corak hidup keluarga masyarakat timur dan Malaysia

10. Huraikan cara seseorang anak dapat menjaga ibu bapa dan anggota keluarga yang tua dan uzur.
a. menjaga kesihatan mereka – berjumpa doctor, memberi makanan seimbang.
b. menjaga keselamatan mereka – mengawasi pergerakan mereka.
c. menjaga perasaan mereka – tidak menyakiti hati mereka.

11. Nyatakan usaha kerajaan memuliakan warga emas di negara kita.


a. Menyambut Hari Warga Emas b. Mendirikan Rumah Warga Tua

12. Nyatakan sambutan hari istimewa keluarga yang dapat mengintimkan hubungan anggota keluarga.
a. Hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa c. Hari kelahiran ibu bapa
b. Hari perayaan keagamaan d. Hari graduasi anggota keluarga

13. Jelaskan hobi untuk menambah ilmu


amalan budaya membaca – majalah ilmiah

14. Jelaskan hobi untuk mencintai alam sekitar


amalkan program hijaukan bumi – menanam pokok

15. Bincangkan hobi yang harus anda amalkan untuk membina insan berperibadi mulia.
a. Melayari internet – menambah ilmu pengetahuan seperti isu semasa dan ICT
b. Beriadah dan bersukan – membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental

16. Nyatakan tarian yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu, Cina dan India.
a. Melayu – kuda kepang b. Cina – tarian singa c. India – Bharatanitiyam
17. Bincangkan cara seseorang remaja dapat menggunakan komputer secara hemah.
a. melayari internet untuk kepentingan ilmu pengetahuan
b. menggunakan komputer mempermudah perlaksanaan kerja kursus dan tugasan harian

18. Nyatakan cara ibu bapa dapat mengawasi anak-anaknya ketika melayari internet.
a. meletakkan komputer di ruang yang terbuka. b. memantau penggunaan internet anak-anak.
b. menyekat pelayaran internet yang berunsur negatif.

19. Nyatakan program untuk mengekalkan keseimbangan ekologi setempat.


a. Program Bandar Lestari c. Program Hijaukan Bumi
b. Program Bandar dalam Taman

20. Berikan sambutan sedunia untuk menyedarkan kita menyelamatkan bumi daripada terus terancam.
a. Hari Bumi – 22 April c. Hari Alam Sekitar Sedunia – 5 Jun
b. Hari Hutan Sedunia – 21 Mac

21. Nyatakan agensi kerajaan yang dapat membantu menjayakan program kitar semula di sekolah.
a. Jabatan Alam Sekitar c. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
b. Pihak Berkuasa Tempatan

22. Nyatakan contoh pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab menguruskan sampah di kawasan perumahan.
Majlis Perbandaran

23. Nyatakan pihak berkuasa yang memantau kualiti air sungai.


a. Jabatan Pengairan dan Saliran b. Jabatan Alam Sekitar

24. Berikan agensi kerajaan dan agensi swasta yang menjadikan sungai sebagai sumber bekalan air kepada penduduk sekitarnya.
a. Jabatan Bekalan Air b. Syarikat Air (SYABAS, SAJ)

25. Huraikan punca pencemaran sungai di negara kita.


a. Kegiatan perindustrian – pembuangan sisa toksik
b. Kegiatan pertanian – penggunaan racun serangga dan baja kimia
c. Petempatan setinggan – pembuangan sisa kumbahan

26. Huraikan kesan air sungai terus tercemar.


a. Kepupusan hidupan akuatik – sumber ikan terjejas. b. Tiada lagi sungai yang bersih – krisis bekalan air bersih.

27. Cadangkan cara anda dapat menjimatkan air


a. Memastikan sistem saluran air sempurna dan tidak bocor.
b. Guna semula air

28. Huraikan projek yang perlu mendapat kelulusan Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA)
a. Projek perumahan – lereng bukit b. Infrastruktur – lebuh raya

29. Huraikan akta yang dikuatkuasakan dalam EIA.


Akta Kualiti Alam Sekitar – memperuntukkan kuasa kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengubal
peraturannya.

30. Nyatakan cara kita dapat menguruskan pembuangan tayar dengan bijak.
a. menjadikan tukun tiruan b. digunaakan sebagai bahan landskap

31. Huraikan kepentingan hidupan akuatik terhadap kita.


a. Sumber makanan laut – sumber protein c. Sumber pendapatan negara – industri perikanan
b. Sumber kerjaya – penduduk pesisiran pantai

32. Huraikan peranan agensi kerajaan Jabatan Alam Sekiar dan PERHILITAN.
a. Jabatan Alam Sekitar – mengawal dan mencegah pencemaran – menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
b. PERHILITAN – menguatkuasakan Akta Hidupan Liar

33. Namakan pertubuhan sedunia untuk memelihara flora dan fauna.


a. World Wildlife Fund (WWF) b. Greenpeace
34. Jelaskan kebaikan rakyat Malaysia melakukan aktiviti mencabar terhadap diri dan negara.
a. membuktikan keupayaan diri untuk menghadapi sesuatu cabaran hidup – berasa bangga dan dikenali
b. mengharumkan nama negara – membuktikan “Malaysia Boleh”

35. Nyatakan aktiviti mencabar yang telah dilakukan oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina.
Menjelajah ke Antartika (Kutub Selatan) secara solo.

36. Nyatakan cara anda dapat membantu menyemarakkan sembutan Hari Kemerdekaan.
a. Menyertai program sambutan Bulan Kemerdekaan b. Mengibarkan Jalur Gemilang

37. Nyatakan nama dan jasa Bapa Kemerdekaan terhadap negara.


a. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj b. Berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

38. Nyatakan nama lagu patriotik.


a. Perajurit Tanah Air c. Keranamu Malaysia
b. Jalur Gemilang

39. Nyatakan semangat patriotisme yang dapat anda tunjukkan jika negara dilanda kegawatan ekonomi.
a. Beli barang buatan Malaysia b. Menderma untuk Dana Nasional

40. Nyatakan wira negara yang telah membantu negara menentang penjajah British.
a. Mat Salleh (Sabah) c. Mat Kilau (Pahang)
b. Rentap (Sarawak) d. Datuk Bahaman (Pahang)

41. Huraikan peranan anda sebagai wakil pelajar ke negara lain untuk mengharumkan nama baik negara kita.
a. belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar cemerlang.
b. mengekalkan jati diri dan berkelakuan sopan.

42. Namakan negarawan yang mengetuai rombongan pakatan murni ke London dan gelaran yang diberikan kepadanya.
a. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj b. Bapa Kemerdekaan Malaysia

43. Berikan sebab rakyat harus mengibarkan Jalur Gemilang ketika menyambut Bulan Kemerdekaan.
menunjukkan semangat patriotisme.

44. Berikan cara rakyat negara kita dapat membuktikan semangat patriotisme terhadap negara kita.
a. mengutamakan barang buatan tempatan b. sedia berkhidmat dalam negara untuk memajukan negara kita.

45. Jelaskan cara anda dapat membantu memajukan ekonomi negara kita.
a. mendalami ilmu ekonomi – menyumbang kepakaran ekonomi kepada negara
b. menjadi usahawan – penjana pertumbuhan ekonomi nasional

46. Nyatakan contoh aplikasi perdana yang akan membawa kemajuan Koridor Raya Multimedia (MSC) .
a. Kerajaan elektronik (E-kerajaan) b. Tele-kesihatan

47. Terangkan jenis perayaan bagi kaum Dayak dan Kaum Iban.
a. Dayak – Hari Dayak – dirayakan oleh Kaum Dayak di Sarawak.
b. Iban – Pesta Keamatan – meraikan musim menuai di Sabah.

48. Nyatakan contoh makanan tradisional bagi kaum Melayu dan India untuk diperkenalkan kepada pelancong asing sempena
sambutan Cita Rasa
a. Melayu – Sate / nasi lemak b. India – Tose / capati

49. Huraikan peranan warga istemewa dalam pembangunan negara.


a. Bidang sosial – pendidik c. Bidang ekonomi – penganalisis ekonomi
b. Bidang sukan – mewakili negara ke pertandingan Paralimpik

50. Berikan contoh kemudahan awam yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU).
a. Tempat letak kereta OKU c. Tempat duduk khas OKU dalam bas
b. Tandas awam OKU d. Tandas khas OKU

51. Huraikan akta yang menjamin kesejahteraan hidup kanak-kanak.


Akta Perlindungan Kanak-kanak
52. Huraikan matlamat Dasar Wanita Negara.
a. mendapatkan hak sama rata antara lelaki dengan wanita – melalui perkongsian saksama dalam semua bidang.
b. mengintegrasi wanita dalam semua sektor pembangunan – selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita.

53. Nyatakan pencapaian Datin Paduka Sharifah Mazlina yang meningkatkan martabat kaum wanita.
Wanita Malaysia pertama menjejaki Antartika.

54. Nyatakan fungsi Kementerian Sumber Manusia.


a. memelihara kepentingan pekerja untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi negara.
b. membangunkan sumber tenaga manusia yang cekap dan mahir untuk memenuhi keperluan negara.

55. Jelaskan aspek yang perlu dititikberatkan oleh majikan untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
a. Kebajikan pekerja – kesihatan dan keselesaan tempat kerja.
b. Keselamatan pekerja – tempat kerja yang selamat.
c. Pengurusan masa bekerja – ketepatan masa dan produktif.

56. Jelaskan usaha kerajaan mengiktiraf OKU di negara kita.


a. Misi Obor Kuala Lumpur 2006 – mendapat sokongan hak dan aspirasi OKU dalam sukan dan kehidupan.
b. Majlis Anugerah OKU Cemerlang – Guru OKU Cemerlang sempena Hari Guru
c. Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah – menyediakan kemahiran vokasional dan pekerjaan bagi OKU.

57. Cadangkan cara anda dapat meringankan beban pelajar OKU di kelas anda.
a. meminta pihak sekolah menempatkan pelajar OKU di tingkat bawah.
b. memberi bantuan pergerakan yang sewajarnya.

58. Nyatakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjamin kepentingan dan kebajikan wanita.
a. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
b. Jabatan Hal-ehwal Wanita (HAWA)

59. Berikan dasar yang melindungi hak wanita di Malaysia.


Dasar Wanita Negara
60. Huraikan peranan agensi kerajaan yang dapat menyelesaikan masalah pertikaian antara pekerja dengan majikan.
Mahkamah Perusahaan

61. Nyatakan perkara yang termaktub dalam Akata Kerja 1995.


a. Pembayaran gaji c. Perlindungan bersalin
b. Cuti sakit

62. Huraikan akta yang dapat menangani pelbagai jenayah siber di peringkat global.
a. Akta Tandatangan Digital 1997 – tandatangan digital diterima sebagai bersamaan dengan tandatangan bertulis atau cap jari
bagi pengesahan sesuatu transaksi
b. Akta Jenayah Komputer 1997 – kesalahan yang dilakukan oleh rakyat tempatan walaupun di luar negara disifatkan sebagai
dilakukan di Malaysia

63. Nyatakan peranan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


a. menyelesaikan masalah perundangan yang wujud di antara dua buah negara.
b. menjamin kebajikan negara kecil.

64. Nyatakan batasan dalam nilai kebebasan berucap.


a. tidak menyentuh isu sensitif seperti isu perkauman b. tidak menganggu ketenteraman awam

65. Terangkan fungsi Kementerian Penerangan Malaysia.


meningkatkan mutu sistem maklumat negara – menyelia bahan siaran melalui radio dan televisyen.

66. Nyatakan nama Program Rakan Muda.


a. Rakan Sukan c. Rakan Waja Diri
b. Rakan Rekreasi

67. Berikan perayaan penganut agama Sikh, Hindu, Islam, Buddha, Kristian.
a. Sikh – Visakhi d. Hindu – Deepavali
b. Islam – Maulud Nabi, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Awal Muharam, Hari Nuzul Al-Quran
c. Buddha – Hari Wesak e. Kristian – Hari Natal (Christmas)
68. Sarankan langkah yang dapat mengatasi pembuangan bahan kitar semula secara sewenang-wenang.
a. memberi ceramah tentang pengisi tong kitar semula
b. mengadakan kempen kesedaran tentang perlunya kitar semula

69. Nyatakan sambutan perayaan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.


a. Sabah - Pesta Keamatan b. Sarawak – Hari Gawai

70. Tuliskan matlamt Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB – United Nation).


a. menjamin keamanan dunia b. bekerjasama untuk mengatasi masalah antarabangsa

71. Berikan peranan kerajaan dan swasta dalam merealisasikan Dasar Telekomunikasi Nasional.
a. Kerajaan – membangunkan ICT dan multimedia, menganjurkan kursus kemantapan ICT.
b. swasta – mempermudahkan pembelian komputer, memantapkan perkhidmatan ICT.

72. Jelaskan usaha yang dapat dijalankan untuk memupuk semangat kejiranan.
a. Hari keluarga taman perumahan – sukaneka
b. Program gotong-royong – kebersihan dan keceriaan taman perumahan
c. Jemputan sambutan hari-hari istimewa – majlis perkahwinan

73. Nyatakan kesan jika semangat kejiranan gagal dipupuk di kalangan generasi muda.
a. Masalah sosial setempat kian meningkat c. Semangat muhibah kian lenyap
b. Jiran tidak akan mengenali sesama mereka

74. Jelaskan peranan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).


Memperjuangkan prinsip menghormati hak asasi manusia dan piagam PBB.
- kedaulatan dan keutuhan wilayah
- persamaan antara semua bangsa dan negara
- mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
- menyelesaikan pertikaian secara aman

75. Huraikan cabaran Wawasan 2020 yang membolehkan kita mencapai kemajuan dari segi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
Cabaran keenam – mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif – celik ICT

76. Nyatakan usaha kerajaan untuk memastikan rakyat celik ICT.


a. Menganjurkan kursus komputer di semua peringkat
b. melancarkan kempen sebuah rumah sebuah komputer
c. memberikan potongan cukai pendapatan bagi setiap pembelian komputer

77. Berikan isu serantau yang memerlukan kerjasama negara jiran.


a. kawalan kegiatan lanun c. kawalan kegiatan penyeludupan
b. usaha menangani isu keganasan

78. Nyatakan bantuan yang dapat diberikan oleh Komanwel kepada negara anggota yang membangun.
a. bantuan kewangan b. bantuan pendidikan

79. Berikan aktiviti yang dapat memupuk hubungan sosioekonomi antara negara-negara Komanwel.
a. Sukan Komanwel b. Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM)

80. Nyatakan negara yang pernah menerima tentara pengaman PBB dari Malaysia.
a. Timor Timur c. Acheh
b. Namibia d. Congo

81. Nyatkan kesalahan trafik.


a. menyalahi undang-undang trafik. c. memandu tanpa lesen
b. lumba haram

82. Nyatakan contoh ketagihan.


a. merokok b. menagih dadah

83. Nyatakan kesan vandalisme.


a. merosakkan harta benda sekolah b. merosakkan harta benda awam
84. Nyatakan contoh kegiatan melepak yang selalu dilakukan oleh remaja.
a. ponteng sekolah b. ke pusat tumpuan negatif

85. Nyatakan contoh jenayah Siber.


a. menyebarkan maklumat palsu b. cetak rompak c. penyebaran virus

86. Nyatakan contoh jenayah Juvana.


a. ganterisme / pergaduahan b. buli / mencederakan / membunuh

87. Nyatakan kesan pergaulan bebas.


a. kelahiran luar nikah b. pelacuran

88. Nyatakan contoh kegiatan antinasional.


a. merosakkan kepentingan awam b. memburuk-burukkan nama negara

89. Nyatakan sasaran pengangguran.


a. lepasan sekolah (PMR, SPM) b. keciciran (TP-T5)

90. Nyatakan Hari Istemewa Keluarga.


a. Hari Ibu (Ahad Minggu ke-2 Mei) d. Ulangtahun perkahwinan
b. Hari Bapa (Ahad Minggu ke-3 Jun) e. sambutan perayaan (Tahun Baru Cina, Deepavali dll)
c. Hari Kelahiran (Hari Jadi)

91. Nyatakan kriteria anugerah Ibu/Bapa Mithali


a. Melaksanakan kewajipan sosial, kewajipan agama dan kewajipan ekonomi.
b. bersifat penyayang.

92. Nyatakan contoh kewajipan sosial.


a. keperluan asas c. pendidikan
b. keselamatan d. kesihatan

93. Nyatakan contoh kewajipan agama.


a. didikan agama

94. Nyatakan contoh kewajipan ekonomi.


a. perbelanjaan berhemat b. rezeki halal

95. Nyatakan contoh amalan kebudayaan Melayu, Cina dan India.


a. Melayu – Mah Yong b. Cina – Tung Zhi c. India – Thaiponggal

96. Nyatakan contoh keganasan dan kekejaman terhadap anggota keluaraga.


a. Penderaan kanak-kanak (abang / kakak buli adik)
b. Suami pukul isteri c. pergaduhan antara anggota keluarga

97. Nyatakan contoh kerjasama Malaysia dengan serantau dan sedunia.


a. Pertukaran Pelajar c. Anjuran bersama program – Tahun Melawat ASEAN
b. Menaja pelajar d. Kerjasama ekonomi – AFTA – Perjanjian Perdagangan Bebas

98. Nyatakan kebaikan kerjasama serantau dan sejagat.


a. mengeratkan hubungan diplomatik c. mempelajari teknologi
b. memajukan ekonomi d. mengekalkan keamanan

99. Nyatakan contoh kesan amalan rasuah.


a. negara – imej negara terjejas c. keluarga – imej keluarga terjejas
b. masyarakat – imej masyarakat terjejas d. diri – imej diri terjejas

100. Nyatakan langkah menangani rasuah.


a. kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang (Akta Pencegahan Rasuah)
b. melancarkan kempen Antirasuah
c. Pejawat awam harus mengamalkan sikap integriti dalam kerja.
d. Orang awam harus sentiasa mematuhi undang-undang negara.

You might also like