You are on page 1of 11

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH

NAMA : NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

NOMBOR MATRIK : JEA 080103

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN

Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang

bermaksud philosophia yang bermaksud cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan.

Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi (S.M.) oleh ahli falsafah

Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif

dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda

atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati

pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung

kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya.

Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan

pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara

keseluruhan. Ilmu falsafah juga mengambil kira data dan bahan kajian daripada semua aspek

alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmu sains misalnya sains

kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, dan lain-lain. Dalam bidang

falsafah terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu

pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat falsafah juga falsafah amali iaitu praktis atau

teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh

terkemuka yang telah melahirkan ideologi atau pelbagai fahaman yang berbeza mengikut

pendirian tersendiri. Antara tokoh tersebut adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia

falsafah yang telah dianggap sebagai pencentus idea atau nota kaki falsafah Barat.

2
Plato dilahirkan di Athens pada tahun 427 sebelum masihi dan meninggal dunia pada

tahun 347 sebelum masihi ketika berumur 80 tahun. Plato berasal dari keluarga aristokrat

Athens yang memiliki peranan penting di Athens sejak turun-temurun. Bapa beliau bernama

Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja Kordus yang sangat dikagumi oleh rakyatnya

disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah Athens. Ibu beliau pula bernama

Periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di Athens.

Nama sebenar plato adalah aristokles dan beliau mendapat gelaran Plato oleh jurulatih

senamannya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar. Gelaran yang diberikan itu menjadi

popular dan telah melekat menjadi pangilan harian dalam kalangan masyarakat setempat ketika

itu. Ketika beliau masih kecil lagi bapanya telah meninggal dan ibunya telah berkahwin

dengan Pyrilampes iaitu seorang ahli politik di Athens. Lantaran itu, Plato telah dididik

dan dibesarkan oleh Pyrilampes .

Seperti kanak-kanak yang lain, Plato telah mendapat didikan dari pelbagai guru

falsafah dan diantaranya adalah Socrates. Sejak berumur 20 tahun, Plato telah menjadi anak

didik Socrates dan Socrates telah memberi banyak pengaruh dalam kehidupan Plato terutama

dalam bidang falsafah. Malah, Plato juga sangat mengagumi Socrates dalam setiap penghasikan

karyanya dan ini terbukti apabila Plato seperti kehilangan segala-galanya apabila Socrates telah

ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah atas tuduhan menghasut golongan muda agar tidak

percaya kepada dewa-dewa.

Kematian Socrates menjadi titik tolak dalam kahidupan Plato terutama dalam

penghasilan karyanya. Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang kebanyakannya

dalam bentuk dialog dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat indah dan menarik.

3
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Plato telah menghasilkan sebanyak 34 buah karya

sepanjang hidupnya yang merangkumi dialog dan puisi. Melalui karya yang dihasilkan, Plato

bukan sahaja dikenali sebagai seorang ahli falsafasah agung malah seorang sasterawan yang

terkemuka. Antara hasil penulisan beliau ialah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras

dan pelbagai lagi.

Dalam kebanyakkan karya yang dihasilkan oleh Plato, beliau menggunakan kaedah

Sokrat iaitu kaedah yang dikembangkan oleh gurunya iaitu Socrates. Kaedah ini wujud

dalam satu bentuk soal jawab atau dialog sebagai usaha meraih kebenaran dan pengetahuan.

Plato telah berhasil menyempurnakan kaedah Sokrat ini dengan menulis dialog-dialognya

dalam bentuk kesusasteraan yang mampu mengagumkan semua orang dari abad ke abad.

Dalam seluruh karya falsafah Plato, beliau telah meletakkan Socrates sebagai pelaku utama

dalam karyanya. Hal ini membuktikan bahawa Plato sangat mengagumi, menghormati dan

mencintai Socrates sehingga nama Socrates diabadikan di dalam hampir kesemua karya beliau.

Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang menjadi pegangan atau

panduan dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap seni yang

dianggap sebagai tiruan. Plato menegaskan bahawa seni sama ada catan, lukisan, muzik, puisi

atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun,beliau menggunakan istilah mimesis iaitu

menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato,

mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan

seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang

lain serta mewakili aksi-aksi manusia.

4
Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan dan

maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa seorang

pelukis dan ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Hal ini

kerana benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang

yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat

catan tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri

seseorang terdapat dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang

penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang

telah dihasilkan oleh penyair tersebut.

Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan ,lukisan

dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seorang penyair

atau pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi

permasalahannya ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan

kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman

iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul.

Selain itu, Plato juga menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang

tiruan daripada objek yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.

Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri sebuah

kerusi adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu.

Hal ini kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita . Sebagai contoh, seorang

kanak-kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka sedang berhadapan

dengan kerusi apabila mereka sedang berhadapan dengan catan sebuah kerusi.

5
Plato mempunyai teorinya yang tersendiri mengenai manusia, idea dan pengetahuan.

Plato telah membuat suatu perumpamaan yang sangat menarik tentang orang tahanan yang

tinggal di dalam sebuah gua dalam karyanya yang berjudul Republik. Plato menyatakan

kononnya di dalam sebuah gua di bawah tanah ditempatkan tahanan yang kaki dan leher mereka

diikat menghadap ke dinding gua. Malah dikatakan mereka dikehendaki duduk membelakangi

pintu masuk gua dan pintu ini dibiarkan terbuka bagi membolehkan cahaya dari luar dapat masuk

ke dalam gua pada waktu siang. Namun terdapat juga sumber cahaya yang berasal dari unggun

api yang diletakkan di atas pintu masuk gua dan di antara unggun api dan tahanan itu terdapat

sebuah jalan yang terletak lebih rendah daripada unggun api tetapi lebih tinggi daripada tempat

tahanan itu di tahan. Selain itu, jalan tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang yang mundar-mandir

yang membawa pelbagai jenis barangan dan disebabkan terdapat unggun api dipintu masuk gua

tersebut maka terpantul bayangan orang yang lalu lalang di situ.

Oleh disebabkan hampir seluruh hidup tawanan itu melihat bayang-bayang di hadapan

pintu gua itu, mereka semakin percaya bahawa bayangan itu adalah realiti kehidupan mereka

yang sebenarnya. Plato menegaskan bahawa gua yang berada di bawah tanah itu tidak ubah

seperti dunia yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia dan setiap bayangan yang mereka

lihat itu adalah hakikat atau realiti dalam kehidupan. Selain itu, Plato turut menggambarkan

perkara yang mungkin akan terjadi atau berlaku sekiranya salah seorang daripada tahanan dalam

gua itu dilepaskan keluar. Tahanan itu mungkin akan menyangkan bahawa dia telah keluar dari

dunia nyata dan memasuki dunia bayangan atau impian. Namun lambat laun dia akan menyedari

bahawa sebenarnya apa yang dilihatnya di dalam gua hanya bayangan dan segala yang berlaku di

luar gua adalah kenyataan yang sebenarnya. Plato juga menegaskan bahawa hanya orang yang

6
terlepas daripada belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua

itu bukan realiti yang sebenarnya.

Hampir kebanyakkan falsafah Plato tertumpu kepada ajaranya tentang idea. Plato

percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya daripada sesuatu yang dapat diketahui

melalui pancaindera manusia. Hal ini kerana idea tidak akan berubah tetapi hidupan seperti

bunga, pokok , manusia dan haiwan akan mati. Oleh kerana idea adalah realiti yang sebenarnya,

maka menurut Plato idea bukan sekadar gambaran yang berada di dalam pemikiran manusia.

Bagi Plato idea bersifat objektif kerana idea tidak bergantung kepada daya pemikiran manusia,

sempurna dan tidak berubah. Plato menegaskan idea merupakan realiti kehidupan yang

sebenarnya manakala alam indera bukan realiti kehidupan yang sebenarnya kerana alam indera

hanya bayangan atau gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna dari dunia idea. Sebagai

contoh, pelbagai jenis kerusi yang terdapat dalam alam indera merupakan bayangan yang tidak

lengkap berbanding kerusi yang sempurna dalam alam idea.

Plato berpendapat kerusi yang ada dalam alam idea itu hanya satu manakala terdapat

pelbagai kerusi yang terdapat dalam alam indera yang dianggap sebagai bayangan atau gambaran

yang tidak sempurna. Namun, demikian, kerusi dalam alam indera itu mengambarkan kerusi

yang sempura dan pelbagai bentuk serta rupa. Plato tidak menolak bahawa alam indera

merupakan satu alam realiti namun beliau berpendapat alam itu bukanlah alam realiti yang

sebenarnya. Hal ini kerana alam indera adalah alam tiruan yang diibaratkan sementara yang

lahir dari alam idea dan ini menyebabkan Plato menyatakan alam idea adalah alam yang utama

bagi dirinya. Namun demikian, Plato mengakui kedua-dua alam ini mempunyai realiti yang

tersendiri. Bagi Plato terdapat dua cara untuk mengenal pasti kedua-dua alam ini kerana alam

indera dikenalpasti melalui pancaindera sedangkan alam idea dikenali melalui akal budi.

7
Sebagai contoh, melalui pancaindera manusia mengenali kerusi yang pelbagai seperti yang bulat,

kecil atau besar.

Sehubungan dengan itu, Plato berpendapat manusia memasuki alam idea dan mengenali

tentang kerusi yang sempurna dan tunggal melalui akal budi. Walaupun bagaimanapun, terdapat

pandangan yang menyatakan bahawa alam idea tidak beraneka tetapi ini tidak bermakna alam

idea hanya mempunyai satu idea sahaja. Hal ini kerana pada alam idea itu sebenarnya terdapat

banyak idea namun idea tersebut hanya ada satu. Sebagai contoh hanya ada satu idea tentang

kerusi dan manusia tetapi terdapat idea yang saling berkait antara satu sama lain dengan idea

yang lain dan idea ini kemudian bersatu dalam satu realiti. Misalnya idea tentang manusia

bersatu dengan idea tentang wanita dan penyatuan idea ke dalam realiti berkenaan disebut

sebagai persekutuan. Selain daripada idea yang menyatu dalam persekutuan idea, idea juga

memiliki susunan atau hireaki. Bagi Plato, idea yang berada dalam hireaki teratas adalah idea

yang menerangi seluruh idea yang ada di alam idea.

Manusia dapat mengetahui bahawa apa yang ada dalam alam adalah gambaran dan

bayangan daripada alam idea. Dalam hal ini jiwa berperanan sebagai penghubung yang

menghubungkan alam idea dengan alam indera. Menurut Plato sebelum jiwa manusia di penjara

oleh tubuh, jiwa berada dalam alam idea dan jiwa itu mengenal sesuatu yang ada dalam alam

idea dan apabila jiwa masuk ke dalam alam indera dan terpenjara oleh tubuh, jiwa akan teringat

tentang idea. Oleh itu bagi Plato, pengetahuan adalah ingatan dan keupayaan untuk memperoleh

pengetahuan bererti keupayaan untuk kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan.

8
Secara kesimpulannya, Plato merupakan seoarang pemikir falsafah yang paling unggul

dan berwibawa. Hal ini kerana karya-karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang

tersirat dan memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara

yang ingin disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah

yang terkemuka karana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog

mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan

sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan

sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan

sebagai pencetus idea kepada mereka.

9
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Selangor : Synergymate

Hashim Musa . 2001 . Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan .
Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu

J.H.Rapar . 1993. Falsafah Politik Plato . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Johan Jacob, Schmid . 1895 . Ahli-ahli Pemikir Besar tentang Negara dan Hukum .
Jakarta : Pembangunan

Lok Chong Hoe . 1997 . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains
Malaysia

Mohammad Hatta . 1982 . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

10
11

You might also like