You are on page 1of 4

BAHAGIAN A (20 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.

1. Kecergasan fizikal ialah ……………………


A. Kemampuan kita melakukan aktiviti harian tanpa cepat berasa letih.
B. Bentuk tubuh badan yang tegap dan sasa.
C. Cara hidup kita yang sentiasa menjaga kesihatan.
D. Kita sentiasa dapat melakukan setiap tugas dengan jayanya.

2. Senaman yang kita lakukan dapat memperbaiki …………………….


A. Postur badan.
B. Otot kaki dan tangan.
C. Bentuk tulang ketinggian.
D. Bentuk tulang.

3. Di antara berikut, yang manakah merupakan acara balapan?


A. Lompat tinggi.
B. Lompat Jauh.
C. Lontar Peluru.
D. Lari Berpagar.

4. Jumlah pemain yang terdapat dalam gelanggang pada suatu masa permainan bola baling
ialah ………………….
A. 14 orang.
B. 12 orang.
C. 7 orang.
D. 6 orang.

5. Nama otot-otot yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang paha ialah ……………..
A. Kuadriseps dan hamstring.
B. Biseps dan triseps.
C. Gastroknemius dan deltoid.
D. Rektus abdomenius dan pektoralis major.

6. Fasa ke tiga dalam lompat tinggi ialah ……………………


A. Pendaratan.
B. Layangan.
C. Lonjakan.
D. Lari landas.

7. Siapakah yang bertanggungjawab melatih sesebuah pasukan?


A. Guru sukan.
B. Ketua pasukan.
C. Jurulatih pasukan.
D. Pengurus pasukan.

8. Faktor kecuaian semasa melakukan aktiviti olahraga boleh menyebabkan ……………….


kepada peserta.
i. Kemalangan.
ii. Kemerosotan pencapaian.
iii. Kerosakan peralatan.
iv. Kecederaan.

A. i dan ii sahaja.
B. i, ii dan iii sahaja.
C. i, iii dan iv sahaja.
D. i, ii dan iv sahaja.

9. Sukan olahraga terdiri daripada dua acara utama iaitu acara …………. dan ………….......
A. Trek…gelanggang.
B. Lompatan…larian.
C. Balapan…padang.
D. Padang…gelanggang.

10. Manakah antara aktiviti berikut yang dapat meningkatkan masa tindak balas?
A. Timbang garam.
B. Galah panjang.
C. Tolak patung.
D. Belalang belatuk.

Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah.


# Pertumbuhan bulu ketiak dan sekitar alat kelamin.
# Suara menjadi garau.
# Kelenjar peluh menjadi lebih aktif.
# Pembesaran otot-otot.

11. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan ……………………


A. Perubahan fizikal remaja.
B. Perubahan fizikal remaja lelaki.
C. Perubahan fizikal lelaki dewasa.
D. Perubahan fizikal perempuan semasa akil baligh.

12. Bahagian yang mengendalikan ubat-ubatan di hospital dinamakan ………………..


A. Unit Farmasi.
B. Unit Radiologi.
C. Unit Fisioterapi.
D. Unit Kecemasan.
13. Manakah antara berikut yang merupakan penyakit bawaan vektor?
A. Migrain.
B. Taun.
C. Rubella.
D. Senggugut.

14. Perkara utama yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan jalan raya ialah
………………
A. Menghubungi Ambulan.
B. Menghubungi Polis.
C. Menghubungi Bomba.
D. Menghubungi Paramedik.

15. Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV-AIDS) tidak akan berjangkit melalui
………………
A. Perpindahan darah di hospital.
B. Perkongsian jarum suntikan.
C. Hubungan seksual.
D. Bersalaman di hari raya.

16. Arman telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah kemungkinan yang
menyebabkan Arman sakit?
i. Arman tidak membasuh tangan sebelum makan.
ii. Arman memakan makanan yang telah basi.
iii. Arman memakan makanan yang sangat segar.
iv. Arman makan menggunakan tangan kiri.

A. i dan ii sahaja.
B. i dan iv sahaja.
C. ii dan iv sahaja.
D. ii, iii dan iv sahaja.

17. Darah kotor yang keluar dari rahim wanita yang telah akil baligh diistilahkan sebagai
…………………
A. Darah nifas.
B. Darah haid.
C. Darah keguguran.
D. Darah luka dalaman.

18. Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai perasaan negatif?


A. Marah.
B. Sayang.
C. Gembira.
D. Teruja.
Soalan 19 berdasarkan pernyataan di bawah.
# Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit.
# Menerbitkan bahan pendidikan kesihatan kepada pesakit.
# Memberi pengurusan rawatan terbaik kepada pesakit.

19. Program-program di atas telah dilancarkan oleh …………………..


A. Kementerian Pelajaran.
B. Kementerian Kesihatan.
C. Kementerian Kewangan.
D. Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

20. Manakah antara berikut merupakan tindakan yang tidak perlu dilakukan apabila
menghadapi banjir?
A. Menyelamatkan dokumen-dokumen penting.
B. Meraung-raung meminta tolong.
C. Menutup semua suis punca elektrik.
D. Berpindah-pindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

You might also like