Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara

individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah : "Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun". (Al-Baqarah: 263) "Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28) "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu". (Al-'Imran : 159) "Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya«.." (An-Nahl : 125) Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang. 2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. secara umumnya. Tan Sri Dr. seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Dalam proses komunikasi. Jelas di sini. individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Rahman. Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan datang. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata. (Rosli Abd. berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim. Hamachek (1990). Ketua Pengarah Pendidikan. menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. 1997). ISU 2 Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. bekerjasama. Menurut beliau. Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa aspek seperti : . Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah. cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan.ISU 1 Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman. 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. 1997). Melalui interaksi. aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Ekoran dari faktor ini. Brooks dan Emmert (1976). Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya.

Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. idea. khususnya dalam bilik darjah. kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff. pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 4. tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan. 3. 1988). Dalam keadaan persekolahan sekarang ini. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Kegagalan guru . kekaburan dan salah faham. 4. sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. 1988). ilmu pengetahuan. Oleh itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. maklumat.kepentingan komunikasi bilik darjah ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan halangan-halangan komunikasi bilik darjah cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi. Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff. Menurut Dewey.

malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai. maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. bijaksana. menyoal soalan-soalan. samada lisan atau bertulis. nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. menghampiri dan mendampingi murid. cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa. serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes". guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif. malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. apabila berhadapan dengan murid-murid.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej. Dalam situasi berkenaan. waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. 4. seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera. maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. meneguh dan menegur. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid . guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap. mengenakan denda dan sebagainya. Semasa waktu mengajar. 1994). Anderson dan Brewer's. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai. Dalam konteks bilik darjah. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima. 1970 (Edward dan Westergate. komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis. memberi isyarat. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid. Oleh kerana itu. memberi penjelasan. tetapi mesti sabar. mengarah. berbincang.(Ee Ah Meng. 1946 (Dalam Amir Sharifudin. memberi arahan dan mengkritik. Flanders. saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru. iaitu jenis dominatif dan intergratif.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor. 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. 1962 dan Hollis. mesra. mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka . Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati. Evan.Enggan menerima langsung cadangan dari murid Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid Selalu memberi amaran Gagal menyediakan kemudahan kepada murid Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah Bersimpati dengan masalah murid Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. 1990). 1962.

berseloroh. 1984) (dalam Classroom Life. peramah dan baik hati. rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik. diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. 1990 (Prof. antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid.(Wlodkowski. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka. ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood. Dr. Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas. Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. bersikap adil. terutama dalam tahun-tahun 1980-an. antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan. banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 1996). Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa.(Mok Soon Sang. antaranya ialah : . perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran. beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap. 1994).

Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. hormat menghormati. sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s. pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan.a. kasih sayang. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka.Mempunyai sifat penyabar.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani) .w. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. penyayang serta suka akan murid-muridnya. lemah lembut.

0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi. menurut Ab. 6. ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru. malu dan sebagainya serta faktor masa. kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja. seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rahman Abu Bakar (1992). Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah. ragu-ragu. terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. Walaubagaimanapun. 7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU . marah.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986). Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut. antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas. eksperimen dan sebagainya. terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan. dinding bilik dan kecacatan tubuh badan Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut.5.

Rahman. Dengan senyuman. 1992). manakala doa adalah pendidikan. Rahman Abu Bakar. Menurut Ab. (Ab. dari permulaan hingga penutup. penggunaan sumber. 'kamu'. Rahman Abu Bakar. 1992). 1994). aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rahman Abu Bakar. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak'. Dalam sesuatu sesi pengajaran. lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur. yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. jelas. lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. (Wlodkowski. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan.Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. 1984 (classroom Life. kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt). 'anda' dan sebagainya. 1992).(Ab. Di dalam Islam. Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Namun demikian. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi. dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. hasil kajian Wlodkowski. 1991) (dalam Rosli Abd. ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady. Sebagai contoh.1997). Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi. sebutan yang tepat. Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum . Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga. saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang. dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya. berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid. apabila salam atau ucap selamat dilafazkan.(Ab. 1984)(dalam Classroom Life. satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : .

pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga. bengkel dan seumpamanya. sekolah. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik. .0 KESIMPULAN Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat. rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. seminar. guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran. 8. mengikuti kursus.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful