You are on page 1of 10

ADAT PERKAHWINAN

KAUM MURUT
MURUT

Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali


di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan
sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup
mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu
Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak
persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan
penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum,
dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan
oleh masyarakat Murut di Sabah.
Pengenalan
 Mengikut tradisi masyarakat Murut, anak-anak mereka
berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun
bagi anak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak
lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan
hidup anak-anak mereka Dalam adat perkahwinan
masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati
atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini
dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali
persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah
berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat
Murut merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang
dan majlis perkahwinan.
Merisik
Merisik Adat ini sama seperti adat merisik yang diamalkan
oleh masyarakat lain. Ia bertujuan untuk mempastikan
perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih
belum berpunya atau belum dirisik oleh orang lain. Ibu
bapa pihak lelaki terlebih dahulu akan menyampaikan
hasrat mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini
keluarga pihak perempuan akan memutuskan samada
risikan itu diterima atau sebaliknya berdasarkan kepada
persetujuan anak perempuan mereka. Seterusnya adat
meminang dan bertunang pula akan menyusul.
Meminang
Walaupun tidak dinyatakan adat meminang
yang khusus, namum pada dasarnya adat
meminang yang diamalkan oleh Masyarakat
Murut menyerupai adat meminang yang
dijalankan oleh masyarakat lain. Ini
termasuklah dari segi penghantaran wakil
sebagai meminang dan barangan tertentu
yang dibawa semasa meminang.
Bertunang
 Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan peminangan tersebut, adat
pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan biasanya berlangsung selama
sepuluh hari. Semasa perbincangan dijalankan, beberapa orang saudara daripada
pihak lelaki akan dijemput di samping ketua kampungnya dan ketua kampung
daripada pihak isteri sebagai saksi utama. Perbincangan akan berkisar tentang
mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan perkahwinan. Antara mas kahwin yang
biasa diminta oleh ibu bapa pihak perempuan ialah dua ekor kerbau atau lembu,
satu tajau jenis Tiluan, satu tajau jenis Minukul, satu tajau jenis Belayung, satu
tajau jenis Malalair, sebuah gong dan sebatang sumpitan. Sebelum menjelang
hari perkahwinan, kedua-dua pihak mula sibuk membuat persiapan. Kaum
perempuan membuat pelbagai jenis kuih-muih. Umpamanya tapai daripada
beras dan ubi kayu. Kaum lelaki pula ditugaskan pergi ke hutan untuk memburu
rusa, babi, kijang, atau pelanduk untuk dibuat jeruk ataupun disalai.
Majlis Perkahwinan
 Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari
yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya
dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli
gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut. Sekumpulan gadis yang dikenali sebagai
tambuloi dipertanggungjawabkan untuk menghias pengantin perempuan. Setelah bersiap,
pengantin perempuan duduk di dalam sebuah bilik khas yang ditabiri beberapa helai kain
dari jenis yang mahal. Seterusnya, ibu bapa pengantin lelaki akan masuk untuk membawa
menantu mereka keluar. Tetapi sebelum itu, mereka perlu membayar harga kain yang
menabiri pintu bilik tersebut dengan nilai yang telah dibuat dengan ibu bapa pengantin
perempuan dahulu. Setelah selesai, pengantin perempuan dibawa keluar dan dipersilakan
menjamah seberapa banyak tapai yang disukainya. Kemudian pengantin perempuan dibawa
keluar dan rumahnya untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki. Ketika itu pukulan 'egal' iaitu
pukulan gong besar dan gong kecil akan didendangkan. Pukulan istimewa ini dipalu untuk
memberi semangat selamat jalan kepada pengantin perempuan. Pada masa inilah berlaku
tangis-tangisan di pihak pengantin perempuan kerana sedih dengan perpisahan itu. Terdapat
beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah
pengantin lelaki.
 Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga
cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinannya
akan mudah dihinggapi penyakit.
Menziarahi keluarga
Setelah genap seminggu berada di rumah suaminya, si isteri
akan kembali ke rumah ibu bapanya untuk mengambil barang-
barang kepunyaannya yang masih belum dibawa. Kunjungan
dibuat atas persetujuan suami dan mentuanya. Ketibaan
kedua-dua mempelai di rumah ibu bapa perempuan itu
diraikan dengan majlis minum tapai. Kedua-dua pasangan itu
dikehendaki pulang pada hari itu juga. Selang sebulan,
pasangan itu akan kembali ke rumah ibu bapa perempuan dan
sebagaimana biasa, lawatan itu akan diraikan dengan majlis
minum tapai. Mereka akan berada di situ selama empat hari.
Kemudian pasangan itu akan balik semula ke rumah ibu bapa
lelaki untuk menetap di sana buat selama-lamanya.
TERIMA
KASIH…

You might also like