P. 1
upsi

upsi

|Views: 2,538|Likes:
Published by tugasanpsa

More info:

Published by: tugasanpsa on May 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2013

pdf

text

original

Sections

  • PENGENALAN
  • Definisi kanak-kanak pintar cerdas
  • Definisi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah
  • Jenis-jenis kecerdasan & kebolehan (Dr. Gardner)
  • Teori dan Model
  • Model Isi Kandungan/Masteri
  • Model Proses – Produk
  • Epistemologi Model
  • Ciri –ciri kanak-kanak pintar cerdas
  • CIRI-CIRI
  • KAJIAN KES
  • Biodata responden
  • Kaedah kajian
  • Objektif kajian
  • Penyataan masalah
  • DAPATAN KAJIAN
  • Latar belakang responden
  • Aspek perkembangan
  • Perkembangan kognitif
  • Perkembangan fizikal
  • Perkembangan bahasa dan komunikasi
  • Perkembangan interaksi sosial dan emosi
  • STRATEGI
  • Strategi Keluarga
  • Strategi supportif
  • Strategi instrinsik
  • Strategi remedial
  • KESIMPULAN
  • BIBLIOGRAFI
  • RUJUKAN
  • Senarai Semak Kanak-Kanak Pintar Cerdas
  • Bil. Soalan Jawapan Keterangan

1

KURSUS TAJUK NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN

: PINTAR CERDAS, BERBAKAT & KREATIF : KAJIAN KES (INDIVIDU) : AZYAN SYUZANA BT CHE SUB : D20101037214 :A

NAMA PENSYARAH : DR. MD NASIR BIN MASRAN FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI SEMESTER : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : 2 2010/2011

2

ISI KANDUNGAN

BIL
1 PENGENALAN

TAJUK
 DEFINISI PINTAR CERDAS  JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN  TEORI DAN MODEL  CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

M/S
3-4 5-8 9-11

12-14 15-20

2

KAJIAN KES
 BIODATA RESPONDEN
 KAEDAH KAJIAN 

21 21-22 23-24 24-25 25

OBJEKTIF KAJIAN

 PENYATAAN MASALAH

3

DAPATAN KAJIAN
 LATAR BELAKANG RESPONDEN  ASPEK PERKEMBANGAN

26 26-27 27-29

4

STRATEGI UNTUK MEMBANTU RESPONDEN
30-34

5 6 7

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

35 36

3

PENGENALAN Kami iaitu pelajar semester 2 2010/2011 yang mengambil kursus KBC 3013 (Pintar cerdas berbakat dan kreatif) telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan individu „kajian kes‟ terhadap kanak-kanak biasa (responden) bagi mengenal pasti sama ada wujudnya ciri-ciri pintar cerdas dalam diri kanak-kanak terbabit. Secara umumnya, kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang memiliki potensi ataupun kemampuan yang tinggi dalam akademik, juga dapat memberi hasil usaha yang unik, kreatif dan mengagumkan. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat turut memerlukan pendekatan khas dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkannya berasa bosan dengan pengajaran guru. Mereka sering disalah anggapkan sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas, walhal mereka memahami dan menguasai dengan baik apa yang diajar oleh guru. Menurut Marland dalam Davis & Rimm, 1998, Profesional- profesional yang telah mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat adalah berdasarkan kemampuan luar biasa untuk mereka berprestasi tinggi. Kanak-kanak ini perlu dibezakan dengan program pendidikan dan perkhidmatan yang biasa yang disediakan di sekolah biasa dalam rangka untuk mewujudkan sumbangan mereka terhadap diri dan masyarakat. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan diatas, ia menekankan kepada dua perkara iaitu 1) kebolehan pencapaian kanak kanak pintar

4 cerdas yang tinggi dan 2) mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan prestasi mereka. Menurut Woitaszewski 2003, Individu yang pintar cerdas menunjukkan prestasi atau kebolehan yang lebih berbanding rakan sebayanya yang lain. Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia, perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka

Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek kretiviti. Ia adalah apa yang masyarakat mahukan. konstruk dan alat yang membimbing dalam amalan kita berkaitan kanak-kanak pintar cerdas. sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya.5 Definisi kanak-kanak pintar cerdas Menurut Ross (1993) . sama pengalaman atau persekitaran. 2)Keluarbiasaan (Rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. 3)Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat. Menurut Sternbeng dan Davidson (1986). Dengan perkataan lain definisi kita adalah politikaldan juga psikologikal. seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Kita memilih di mana untuk meletakkan individu pintar cerdas dan individu yang berkebolehan biasa. . pintar cerdas adalah sesuatu yang dicipta bukan yang dijumpai. kanak-kanak pintar cerdas (gifted and talented ) adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa pra sekolah. Oleh itu kita perlu sedar penilaian kita tentang kebolehan dan keperluan kanak-kanak dengan kesedaran akan limitasi. Sebagai seorang pengkaji kecerdasan Sternberg juga menggariskan 5 ciriciri konsep pintar cerdas:1)Kecemerlangan (Excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

These are children . ia diukur melalui hasil kerja bukannya potensi. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti.6 4)Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. Dari kerja. Definisi Marland. Di samping itu. 5)Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat. membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. ia bukan bebas dari nilai setempat atau semasa. boleh didefinisikan secara operasional. Dari 5 kriteria ini. 277) iaitu:“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. Definisi ini mesti produktif dari segi akademik. pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. kita dinilai. Amerika Syarikat pada tahun 1972. orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami. Lewis Terman (1916). (1972). dalam S. ia boleh dikaji.Deborah. Marland (1972). Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal atau falsafah semata-mata dan ia dicirikan faktor budaya. (1998: hal. hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi. kita boleh melanjutkannya kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza. telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara. Menurut Stanford Binet (1916).

melebihi . 2. 3. 5. Visual and performing arts General Specific Creative or Leadership intellectual academic productive aptitude aptitude thinking ability Lewis Terman (1916) memberi definasi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Kanakkanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza. (Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenalpasti oleh ahli profesional sebagai memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai kemajuan yang tinggi.7 who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by theregular school program in order to realize their contribution to self and society. These are children who require differentiated educational programs and/or services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society". Marland (1972) mendefinisikan kanakkanakberbakat itu sebagai berikut: "Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination: 1. 4.

Mereka cenderung menghabiskan kesempatannya. Dengan demikian. walau nampak jelas dan singkat. Mereka secara konsisten tidak menunjukkan usaha. namun telah memberikan sedikit harapan kepada ibu bapa dan guru yang berniat ingin menyelesaikan masalah ini dengan pelajar secara individual. bahkan mereka cenderung bekerja jauh di bawah potensinya. Definisi ini. masalahnya bukanlah terletak pada kemampuan. Mereka tidak dapat melihat atau membenarkan atau menerima bahwa ketidakmampuannya menyelesaikan tugas dan mengabaikan tanggung jawabnya akan dapat menimbulkan kegagalan di masa depannya. Goldberg. Mereka biasanya menolak. melalui tindakannya. Cara yang lebih baik . and Passow. sehingga melupakan masa depannya. bahwa apa yang mereka lakukan sekarang memiliki kesan kepada masa depannya. 1989) telah mendefinisikan (underachievement) berkenaan dengan suatu berprestasi kurang antara suatu kesenjangan performansi sekolah dan beberapa kemampuan yang sering diindikasikan dengan suatu indeks IQ. Definisi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah Secara umumnya. 1966) dan beberapa penulis mutakhir (Davis and Rimm. individu yang memiliki pencapaian rendah(underachiever) adalah individu yang tidak bermotivasi. melainkan terletak pada sikapnya.8 yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya dapat merealisasikan penglibatannya terhadap dirinya sendiri ataupun masyarakat). Para pengkaji (Raph.

LOGIK & MATEMATIK  Kebolehan menaakul.9 untuk mendefinisikan mengenai pelajar pencapaian rendah adalah mempertimbangkan berbagai komponen (underachievement) Jenis-jenis kecerdasan & kebolehan (Dr. kreatif mengguna warna. membuat perkaitan sepertit suka menyoal.kritis. Gardner) VERBAL-LINGUISTIK  Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan  Peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama kebolehannya meransang emosi. menyelesaikan masalah komplek. cekap buat pengiraan dan perbandingan. juga cekap dalam menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan komputer EXISTENTIAN  Berminat tentang hayat. ruang. . warna dan garisan.evolusi manusia & kematian VISUAL –RUANG  Kebolehan mengesan dan menggambar bentuk.membaca peta. dan m‟punyai daya imaginasi yang kuat. Berkebolehan dalam bidang seni. kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Boleh melakukan memori auditori. kepantasan dan keseimbangan. melodi termasuk kemahiran mengenakan lagu dan mengubah tempo/irama dlm melodi yg mudah.  Mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar . nada. Boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan. INTERPERSONAL  Kebolehan memahami perasaan.Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka aktiviti jenis tarian. tabiat serta hasrat orang lain. dan untuk menyelesaikan masalah termasuk fizikal seperti koordinasi. motivasi. perasaan. pengajaran dgn rakan sebaya dan penglibatan dalam perbincangan kelas  kebolehan menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis yang tinggi.  Murid yg tergolong dalam kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran koperatif. KENISTETIK  Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea.10 MUZIK  Kebolehan mengesan ritma. fleksibiliti.

11 NATURALIS  Kebolehan mengenal.  Berkebolehan melihat perhubungan dan pola yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan .mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan.

Apabila kaedah Diagnostik .Preskriptif (D – P) digunakan. Pendekatan D-P ini berkesan dalam keadaan yang terkawal. Oleh yang demikian kadangkala kepantasan isi kandungan mendominasi aplikasi model ini. Van Tassel Baska (1984) telah membuktikan keberkesanan model ini dalam pengajaran bahasa Latin. (iii) penilaian kuantitatif. Model Isi Kandungan/Masteri Model ini menitik berat kemahiran belajar dan (konsep domain inkuiri). Guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar sebagai Bahasa bahasa asing telah menggunakan model dalam pengajaran masteri Inggeris kepada pelajar-pelajar. . pelajar diuji dahulu kemudian baru diberi bahan pengajaran untuk dikuasai. (ii) pembinaan. Kurikulum kaedah ini disusun berdasarkan intelektual dan mengikut urutan dan secara bergandaan (kumulatif) menjurus kepada asas kecekapan yang memudahkan pencapaian. Pelajarpelajar pintar digalakkan bergerak pantas dalam bahagian isi kandungan.12 Teori dan Model Pembinaan Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM instrumen melibatkan langkah-langkah yang berurutan 5 Murphy dan Davishofer (2005) mencadangkan Pembinaan instrumen terbahagi kepada empat fasa iaitu (i) perancangan. dan (iv) pengesahan instrument dan menggunakan seperti dalam Rajah 1. Dalam kaedah D-P ini guru dan pembantu guru berperanan sebagai fasilitator.

Murid pintar cerdas digalakkan agar cepat menghabiskan kandungan sesuatu subjek atau secara ringkasnya ia lebih kepada pembelajaran pecutan.1)Memberikan pelajar dengan peningkatan kemahiran mengikut kemampuan pelajar. menguji/menilai profisiensi pelajar dengan memberi tugasan kerja berasaskan/berdasarkan (kemajuan/pencapaian peningkatan tahap) tahap pencapaian berperingkat. Dengan ini. Model isi kandungan ini dapat mengurangkan kemampuan mata pelajaran bacaan dan matematik kepada satu pertiga. Model Proses – Produk Model proses . akan membantu guru untuk menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan. Proses ini terjadi dengan dua kaedah memodifikasikan kurikulum iaitu. Penilaian kebelbagaian kecerdasan semasa di dalam kelas akan memberi gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar.produk lebih menekan kemahiran menyelidik dalam bidang saintifik .13 Model ini telah mewakili sebagai kaedah pengajaran kendiri kepada pelajar pintar yang merangkumi progresif yang sekolah boleh faham. dan 2)Menyusun semula kemahiran asas kepada kemahiran berkelompok tinggi untuk mengurangkan masa pembelajaran dan seterusnya menggalakkan pengalaman mencabar kepada pelajar-pelajar pintar. Guru-guru juga menyusun semula isi kandungan yang diajar mengikut kemahiran tinggi dan konsepkonsep supaya tugasan pelajar meningkat tinggi dimana memberi gambaran keseluruhan (holistik) topik yang diajar.

1983) dalam Van tassel-Baska (1986) . i) pra inkuiri /kemahiran level 1. Hayes-Jacob. Pelajar akan bekerja secara aktif dalam memulakan research topik. Model ini lebih memberi asas kepada murid untuk memahami kreativiti dan juga proses intelektual melalui analisa secara kritis terhadap produk. Murid pula akan memberi tumpuan kepada pembacaan. Epistemologi Model Model ini memfokus kepada pelajar berbakat dalam memahami dan menghargai ilmu pengetahuan dimana pelajar didedahkan kepada idea. 1982. memilih reka cipta. pelajar Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM dan orang yang mengguna model ini sebagai satu kumpulan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah (problem – based learning). Peranan guru dalam model ini adalah sebagai penyoal. tema dan prinsip yang merentasi domain pengetahuan. membentang dalam proposal mereka. Pelajar memberi fokus kpd kemahiran proses perkembangan Saintifik inkuiri dan cuba untuk mengembangkan produk yang berkualiti tinggi melalui tiga peringkat inkuiri iaitu. 1981. Model ini menggunakan kaedah kolaboratif yang melibatkan guru. membuat refleksi dan menulis. memilih corak ekperimental.14 dan sosial yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan produk yang berkualiti. menimbulkan isu untuk dibincangkan dan didebatkan. Tannenbaum. ii) kaedah inkuiri(kemahiran level 2). mereka menjalankan kajian literatur. Ramai penulis tentang pelajar pintar telah bersetuju tentang kaedah epistemologi dalam kurikulum untuk pelajar pintar (ward 1961. Maker. Ia juga memberi konteks untuk integrasi antara kognitif dan objektif afektif ke dalam kurikulum. dan iii) kemaharin mengintepritasikan.

 Kemahiran komunikasi   Deria yang peka semasa kecil.15 Ciri –ciri kanak-kanak pintar cerdas Aspek Perkembangan CIRI-CIRI .  Fizikal    Lebih cepat bercakap daripada bayi yang normal. Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi. Suka bertanya dengan lebih teliti Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami . Menangis dengan kuat semasa lahir. Pergerakan yang lebih cepat.

 Suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain. abstrak dan kompleks. .  Intelek  Kebolehan yang luar biasa. Suka bertanya dan berminat mandapatkan jawapan yang terkini.  Mampu memahami konsep yang canggih. contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan.16  Interaksi sosial  Mampu bersosial dengan cepat Mempunyai daya kepimpinan dan ketara lebih dominan serta „superior‟ di kalangan rakan sebaya  Mempunyai semangat inkiuri dan perasaan curiga yang tinggi. Ahli falsafah. Sangat kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran dan mampu menghasilkan sesuatu yang abstrak  Mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadangkala dianggap pelik.

. membaca secara senyap untuk masa yang panjang. prinsip asas yang penting. scrabble. Contohnya semasa melakukan hasil seni. silang kata.  Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. idea yang teras. catur dan permainan komputer yang tertentu. mereka mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik.17 Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). bukan kaedahnya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan. Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya. Tidak suka diganggu.  Tumpuan tinggi. Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting.  Dapat memahami manakah isu yang penting. menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.

 Menyedari nampaknya hubungan tidak antara berkaitan. menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Semasa penyelesaian masalah.  Dapat memahami persamaan dua konsep . Contohnya burung boleh terbang sebab terdapat sayap.  Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain.  Mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru. konsep yang Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan daya tarikan yang tidak boleh nampak. menganalisa. Contohnya mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. menaakul. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan yang digunakan olehnya.  Kebolehan membuat rumusan. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada sayap seperti burung. dia dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Contohnya pelajar yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang berbeza.18  Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju.

. psikologi dan sains sosial yang lain. Contohnya antara persamaan telur dan biji benih adalah kedua-duanya dilindungi untuk dan cengkerang. bentuk nutrien bujur Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. perbezaan Bolehkan makan anda dan menakrifkan Seorang minum? kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut. matematik. citacita dan sebagainya. fizik. falsafah. harapan. Antara bidang yang berkaitan dengan idea abstrak adalah seperti agama. Pada peringkat memahami kanak-kanak. perasaan. tumbesaran sebagainya. konsep seperti mereka cepat balasan.19 yang tidak diperhatikan oleh individu yang lain. Dapatkah anda membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya.  mengandungi bayi. keinsafan.  Tertarik kepada pemikiran abstrak.

membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Imkplikasinya: mengaplikasi konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru. saya akan lupa. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri.20  Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi). mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada! . Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari. Dengan kata lain. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri.

Adik-Beradik : 8 Orang .21 KAJIAN KES Biodata responden Nama Penuh : Nor Syuhadah Bt Arifin Nama Samaran : Odah Umur Kini : 12 Tahun Jantina : Perempuan Tarikh Lahir : 9 Jun 1999 Tempat Lahir : Kuala Lumpur Keturunan : Melayu Nama Bapa : Arifin Pekerjaan Bapa : Bekerja Sendiri Nama Ibu : Khatijah Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Tangga Bil.

22 Anak Ke Berapa : Ke 6 Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Methodist Cita-cita : Pensyarah Hobi : Melukis Impian : Memiliki kehidupan yang hampir sempurna .

23 Kaedah kajian Empat kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa menjalani kajian kes saya adalah dengan menggunakan kaedah temuramah. Kaedah temuramah ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat diri responden di samping menyelami kehidupan beliau.pemerhatian dan senarai semak. saya turut mengumpul maklumat yang berkaitan melalui kaedah rujukan. Melalui kaedah temuramah. Saya telah dilayan dengan baik dan mereka sedia memberi kerjasama semasa sesi soal jawab. rujukan ilmiah. Saya telah ke perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan kanak-kanak pintar cerdas terutamanya yang berkaitan dengan fokus kajian saya terhadap responden pada kali ini iaitu kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah (underachieving gifted student). Melalui kaedah ini saya telah mencatat sedikit sebanyak mengenai tingkah laku respoden termasuklah menilai tingkahlaku respoden terhadap keluaganya serta reaksi semasa diajukan soalan. Bagi menyempurnakan tugasan individu kajian kes ini. Kaedah pemerhatian juga telah saya lakukan terhadap responden. Saya telah menggunakan pelbagai buku ilmiah yang berkaitan tentang pintar cerdas bertujuan bagi menguatkan lagi idea yang ingin saya sampaikan melalui penulisan . Saya telah bertemu muka dengan responden itu sendiri dan berkenalan dengan keluarga responden. Selain itu juga. saya telah membuat pemerhatian dan kesimpulan sendiri mengenai hubungan kekeluargaan antara mereka dan persekitaran tempat tinggal. saya telah meluangkan masa saya untuk pergi sendiri ke rumah responden yang terletak di Tanjung Malim.

Objektif kajian Kajian kes ini dijalankan bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai kanak-kanak bermasalah pembelajaran iaitu kanak-kanak pintar cerdas. Kajian ini juga bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai ciri-ciri seorang kanak-kanak pintar cerdas dalam kalangan kanak-kanak normal. Maklumat yang saya perolehi merangkumi pendapat tokoh dari luar dan dalam negara. Ini juga merupakan salah satu kaedah kajian yang turut saya gunakan selain kaedah temuramah. Dengan adanya senarai semak. dan kaedah pemerhatian. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas. kita perlu memahami beberapa konsep yang lain lagi. . kaedah rujukan yang saya gunakan juga adalah melalui media elektronik iaitu dengan melayari internet. Sekaligus dapat membantu setiap kekurangan yang dikenalpasti. Senarai semak yang telah saya gunakan adalah lebih kepada untuk mengesan ciri-ciri pintar cerdas yang ada pada responden. rujukan ilmiah. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita. Sebelum bertandang ke rumah responden. Oleh itu. melalui kajian kes yang dilaksanakan ini juga kita dapat memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Selain itu juga.24 dalam kajian kes saya. saya dapat mengetahui tahap dan masalah yang terdapat dalam diri responden. rakan kita. keluarga kita ataupun mana-mana individu. saya turut menyediakan satu borang senarai semak terhadap responden dan ibu bapa responden..

sepadu dan optimum . Mereka tidak mendapat galakan secukupnya dari keluarga untuk mengembangkan potensinya. Antara masalah ini termasuklah keperluan kepada cabaran intelek yang tidak dapat dipenuhi. Kalau dia terlalu berbeza dengan ibubapa dan keluarga.Namun begitu terdapat juga sesetengah individu yang memiliki cirri-ciri pintar cerdas tidak berpeluang untuk mengembangkan potensi mereka. bermakna mereka menghadapi masalah tambahan selain masalah sebagai kanakkanak yang miskin. ia akan membawa kepada konflik keluarga sebab tingkah lakunya tidak boleh difahami oleh orang lain. saya tertarik dan berminat untuk mengetengahkan seorang responden yang menurut pandangan saya responden memiliki ciri-ciri pintar cerdas namun dalam kategori pintar cerdas jenis pencapaian rendah (underachieving gifted student). Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh suasana persekitaran mereka. Satu kategori kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian para pendidik dan pekerja sosial adalah kanak-kanak pintar cerdas yang tertindas secara sosial.25 Menerusi kajian kes individu yang saya jalankan. . Sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang miskin. Penyataan masalah Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk tumbuh dan sekolah berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat.menyeluruh. Ibu bapa dan bertanggungjawab untukmembimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan potensi mereka secara seimbang.

Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. bahasa. masalah inferioriti yang menghantui responden mungkin memberi kesan yang berpanjangan terhadap (perkembangan) diri responden kelak. Responden dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah di mana bapanya bekerja sendiri sebagai pemandu kereta angkut. Responden merupakan anak ke enam daripada lapan orang adik beradik. Ia bukan setakat . Kakaknya yang sulung berusia 19 tahun manakala adik lelakinya yang bongsu berusia 2 tahun.26 DAPATAN KAJIAN Latar belakang responden Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang individu biasa yang memiliki ciri-ciri pintar cerdas pencapaian rendah. mereka sering menghadapi masalah dari segi kewangan. Keadaan menjadi semakin rumit apabila keluarga ini memiliki ahli keluarga yang ramai dan masing-masing masih bersekolah. Zaman kanak-kanak dianggap zaman optimal. muzik tetapi bukan dalam bidang seperti matematik dan fizik di mana banyak ahli matematik mencapai zaman kemuncak mereka pada umur dua-puluhan dan tigapuluhan. kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi sematamata. Keadaan ini terutamanya benar bagi domain seperti kesenian. Memandangkan bapanya merupakan satu-satunya individu yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Bagi golongan yang tertindas secara sosial dalam perspektif responden ini.manakala ibunya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Dalam sejarah mencatatkan banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan.

Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. senaman dan . idea yang teras. Melalui pemerhatian hasil kerja yang ditunjukkan saya mendapati responden mampu memikirkan sesuatu perkara dengan terperinci. Contohnya semasa melakukan hasil seni. Aspek perkembangan Perkembangan kognitif Melalui kaedah pemerhatian saya mendapati responden dapat memahami manakah isu yang penting. walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh saya(mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). yang lebih teruk lagi ia menjejaskan motivasi untuk belajar dan berubah langsung.27 menjejaskan motivasi untuk mencapai lebih tinggi. Sebagai contoh apabila responden melukis perahu yang memperincikan pandangan di dalam perahu. responden mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik. iklim. prinsip asas yang penting. bukan kaedahnya. Perkembangan fizikal Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan. Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya.

beradiknya yang lain. saya mendapati semasa usia kecilnya. namun kurang memuaskan dalam subjek matematik. Keadaan ini . Responden juga berhasrat untuk dapat bekerja setelah selesai sekolah. responden lebih cepat belajar bercakap berbanding adik. namun baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Walau bagaimanapun apabila meningkat dewasa. Responden mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan. Walaubagaimanapun. responden juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti olahraga terutamanya dalam sukan lumba lari. Warna kulit. dan bahasa inggeris. Namun bapanya tidak membenarkan kerana usaha responden yang masih muda di samping bimbang akan keselamatan responden. responden mampu memberikan tindak balas kepada orang sekelilingnya dengan senyum dan menarik tangan. Ini terbukti apanila ibu bapa mengatakan responden kurang keluar rumah untuk berkawan. Responden adalah berbadan kecil. dalam akademik responden sangat menguasai subjek teras iaitu bahasa Malaysia.28 juga pekerjaan. Pendidikan Islam. warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip iaitu lebih mengikut ibunya. responden menjadi semakin pendiam dan sukar untuk diajak bergurau. Pada umur 2 bulan juga. Perkembangan bahasa dan komunikasi Walaubagaimanapun melalui kaedah temu bual dan soal selidik bersama ibu bapa responden . Responden kurang menyerlah di sekolah namun responden aktif dan Berjaya meningkatkan prestasi beliau dalam seni mempertahankan diri „Tae Kwan Do‟ .

responden juga menghadapi masalah mengenai ketidakmampuan menumpukan perhatian ketika guru mengajar di hadapan. Responden telah menanam sayur di belakang rumahnya secara kecil-kecilan. Selain itu. Walau bagaimanapun responden seorang yang sangat mencintai binatang dan alam semula jadi. sehingga melupakan akademiknya. Responden juga sering bercakap sendirian di hadapan cermin dan kucing yang merupakan haiwan peliharaannya yang bernama tomok. Keadaan ini mengundang rasa dan sikap negatif terhadap diri sendiri responden dan orang lain. Cenderung untuk minat yang kuat terhadap suatu bidang tertentu.29 sememangnya akan member i kerugian kepada responden kerana kesannya responden akan kurang bersosial. Hal ini disebabkan rasa kurang minat terhadap subjek berkenaan. Responden sering tidur di dalam kelas dan berkhayal. Dalam aspek emosi pula. Perkembangan interaksi sosial dan emosi Responden juga memiliki kebiasaan kerja yang kurang baik. . harga dirinya rendah dan responden sering membeza-bezakan kelebihan orang lain yang tiada dalam dirinya. Responden juga k urang berusaha dalam menjalankan tugas. Responden juga seorang yang sangat sensitif terutamanya apabila diejek dan dikacau oleh rakan sekelas. Sebagai contoh apabila responden sering gagal menyiapkan kerja rumah matematik yang telah dinerikan oleh guru.

Teknik dan susunan kelas yang memungkinkan pelajar merasa menjadi sebahagian dari “keluarga”. Strategi supportif. Strategi ini menekankan idea bahwa konsep diri pelajar sebagai pelajar sangat berkait rapat dengan keinginannya yang kuat untuk berprestasi secara . dan memungkinkan pelajar untuk menghentikan tugas-tugas tentang berbagai mata pelajaran yang telah mampu mereka tunjukkan kompetensinya. yaitu: mengendalikan pertemuan kelas untuk membincangkan kepekaan pelajar. Strategi intrinsik. bukan pabrik. Strategi sekolah Menurut Whitmore (1980) . Adalah penting untuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk mereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dapat memberi manfaat kepada negara suatu masa nanti. Gaya pembelajaran bagi pelajar pintar cerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang biasa. merancang kegiatan kurikulum berdasarkan keperluan dan minat pelajar.30 STRATEGI Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak langsung melahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. intrinsik. terdapat tiga jenis strategi berkesan bagi mengatasi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah iaitu melalui stategi supportif. yang mencakup metode. dan remedial.

3) Memperbaiki keterampilan meniru dokumen. Selain daripada itu. Ford dan Thomas (1997) juga memberikan pendapat bahawa penekanan perlu diberikan kepada pelajar pntar cerdas pencapaian rendah . suatu lingkungan di mana kesilapan merupakan sebahagian pengajaran dipelajari setiap orang. Dengan demikian. bukan hanya sekadar berjaya. sementara itu peluang diberikan untuk bidang-bidang spesifik yang dianggap sukar untuk dikuasai. Guru yang berjaya dalam mengatasi perilaku pelajar pintar cerdas pencapaian rendah underachiever tahu bahwa pelajar adalah tidak sempurna – sekiranya setiap pelajar memiliki kekuatan dan kelemahan baik berkenaan dengan keperluan sosial. maupun intelektual. pelajar diberikan peluang untuk mempercepat dalam bidang-bidang yang menjadi kekuatannya dan minatnya. di antaranya: 1)Penyesuaian kurikulum untuk promosi kejayaan dan prestasi. Remediasi ini dilakukan dalam suatu lingkungan yang baik.31 akademik. 4)Memperbaiki pencapaian . emosional. Dalam kelas seumpama ini. 2)Pengajaran remedial untuk memperbaiki pencapaian akademik. mereka menghargai pelajar melibatkan diri dalam membuat aturan kelas dan wujud tanggung jawab mereka. Dengan strategi remedial. guru mendorong untuk berusaha. serta mereka memungkinkan pelajar untuk mengevaluasi tugas mereka sendiri sebelum menerima suatu penilaian dari guru. termasuk guru. sebuah kelas yang mengundang sikap positif adalah memungkinkan kita untuk mendorong mereka berprestasi. Strategi remedial.

1986). iaitu: Strategi supportif. “pelajar pintar cerdas intelektual tidak akan bahagia dan merasa cukup sehingga mereka menggunakan kemampuan mereka sehingga pada tahap yang optimal. . dan bantuan untuk menerima beberapa halangan.(underachiever). Apakah anak-anak berbakat menggunakan kemampuannnya yang luar biasa dengan cara-cara yang konstruktif sebahagian bergantung kepada kepercayaan diri dan konsep dirinya. sama ada dari mereka sendiri atau orang lain (Rimm. dapatkan kembali sikap yang positif yang konsisten. Oleh itu. Menurut Halsted (1988). Memberikan suatu lingkungan pendidikan yang sesuai dapat menstimulasi suatu rasa minat sejak awal terhadap belajar. Strategi instrinsik. 6)Meningkatkan keyakinan diri (self esteem). Mereka memerlukan aturan dan pedoman yang rasional. jika lingkungan pendidikan tidak menstimulasi. sokongan dan dorongan yang kuat.5)Memperbaiki pengurusan diri pelajar (self-management). Sebaliknya individu yang memiliki naluri ingin tahu yang tinggi dengan mudahnya akan terpesong. Pelajar pencapaian rendah hidup dalam suasana yang saling menghargai. fleksibel. Strategi Keluarga Terdapat beberapa strategi untuk mencegah dan mengatasi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah. ibu bapa dan guru perlu melihat dan memahami perkembangan intelektual. di samping perlu memberikan bantuan yang sesuai. dan bertanya. tidak berkuasa.32 pembelajaran.

menekankan pada usaha.33 penempatan kelas dan pendekatan pengajaran tidak sesuai. Dinkmeyer and Losoncy (1980) mendapati ibu bapa yang menolak kemampuan anak-anaknya dengan dominasi. Praise versus encouragement.. (Kaufmann. Manakala melalui dorongan (encouragement). Strategi remedial. Kompetisi yang berlangsung secara . misalnya: Jika kamu seorang yang pintar. proses yang digunakan untuk pencapaian. keterlibatan. dan dorongan untuk belajar tentang topik yang menjadi minat mereka adalah merupakan suatu strategi ibu bapa secara umum. Penekanan yang berlebihan terhadap prestasi atau hasil belajar daripada usaha. atau tugas yang secara konsisten terlalu sulit atau mudah. Langkah ini perlu yang diambil untuk mencapai tujuan. mendiamkan. 1987)... atau intimidasi.. Untuk pelajar yang telah berjaya memenuhi harapan ibu bapa berkenaanmereka berhak mendapatkan penghargaan yang sangat tinggi..... mengapa kamu dapat D dalam pelajaran .?” atau “Saya telah memberikan kamu sesuatu. tetapi cenderung menolak penghargaan yang artifisial atau tidak tulus. dan kemajuan.? tidak akan pernah berkesan.. inensitivikasi. Tekanan untuk memperolehi kemenangan seperti menang piala dan mendapatkan A dalam pelajaran... mengapa kamu demikian . tetapi penting. Garis antara tekanan (pressure) dan dorongan (encouragement) adalah halus.. pelajar akan berhadapan dengan guru yang tidak mampu membimbingnya.. Langkah ini memberikan penilaian kepada pelajar yang merupakan individu yang berpencapaian rendah yang memerlukan dorongan.

atau tutorial khusus mungkin tidak akan berkesan sekirannya pelajar itu telah lama mengalami gejala berprestasi kurang.34 konstan mungkin mengarahkan ke pencapaian rendah (underachievement) terutama ketika seorang merasa apakah seperti seorang berjaya atau gagal. Sebaliknya tutorial khusus mungkin sangat membantu bagi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah yang mengalami masalah akademik dalam jangka masa singkat. Kemahiran tentang kemajuan pembelajaran.. kemahiran tentang pengurusan masa. Kemahiran cara belajar yang bersifat luas atau pembelajaran yang tidak difahami oleh pelajar pencapaian rendah lebih cenderung bersifat kurang positif. . Umumnya. pembelajaran kemahiran bagi seorang pelajar pintar cerdas sangat membantu ketika seorang guru dipilih secara bijak untuk menyesuaikan dengan gaya belajar pelajar.

stabil emosi dan bersopan. azam yang tekad dan memahami hala tuju sendiri. Individu pintar cerdas yang sihat dan sejahtera akan mengembangkan potensi dengan lebih baik. Pada masa yang sama mereka juga tidak lemah sangat sehingga dianggap perlu diberi bantuan tambahan oleh guru. Mereka yang merupakan kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah juga jenis yang lebih matang. Walaupun mereka yang kreatif suka bertindak berdasarkan impuls. Ia menjadi satu cabaran yang besar sebab golongan ini selalunya diabaikan. melaksanakan idea tersebut adalah lebih penting. Kecerdasan semata-mata tidak menjamin kejayaan di mana-mana pun. Tanpa usaha. sesiapapun susah mendapat kejayaan .35 KESIMPULAN Masalah pintar cerdas pencapaian rendah menjadi satu masalah besar kepada pendidikan kita sebab ia mendatangkan kerugian besar kepada negara dan ia menjejaskan kesejahteraan individu pintar cerdas tersebut. Ada idea yang baik semata-mata adalah tidak cukup. tambahan pula mereka tidak menonjol sangat dan menarik perhatian guru. Pelajar yang pintar cerdas baik pencapaian rendah mahupun tinggi perlu diajar dengan cara atau tabiat yang produktif supaya mereka boleh menyumbang lebih kepada masyarakat. kegigihan. mereka menunjukkan tumpuan tinggi dan berpanjangan dalam melaksanakan idea.

com/blogs/index.Dijumpai pada 05/01/2011.Bhd Fakulti Pendidikan.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Dijumpai pada 05/01/2011 .36 BIBLIOGRAFI Jamila K.edu.sksenai. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Sastera dan Sains Sosial (2006) Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran : Open University Malaysia „Definisi Pelajar Pintar Cerdas‟ http://www. „ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas‟ http://ppdlms.php/2008/07/12/pintar-cerdas?blog=6 .my/pk/?p=1180.

Adakah anak anda bagus dalam kosa kata? 7. Adakah anak anda menunjukkan menunjukkan kebolehan yang . Adakah anak anda ingin tahu tentang dunia.37 RUJUKAN Senarai Semak Kanak-Kanak Pintar Cerdas Bil. Adakah anak anda melebihi tahap umur dalam kebolehan dan juga pembelajaran sendiri? 5. 1. dan berminat untuk menjelajah dan mencari maknanya? 4. Adakah terhadap anak anda dan berminat dimana mengapa serta bagaimana? 6. Adakah anak anda menunjukkan kemajuan dalam kemahiran motor dan adakah anak anda bagus Jawapan Keterangan terhadap aktiviti fizikal? 3. Soalan Adakah anak anda belajar untuk bercakap dan berjalan lebih awal? 2.

muzik atau matematik? 8.38 istimewa menyelesaikan seperti masalah. Adakah anak anda mempedulikan dan asyik memikirkan isu dan soalan yang kanak-kanak lain tidak fikirkannya? 9. dapat seni. Adakah anak anda gembira dalam keadaan yang tidak diharapkan? Rujukan 1 : Soalan untuk ibu bapa dan guru kepada responden .

39 Rujikan : keputusan peperiksaan responden .

40 Rujukan 3 : gambar yang dilukis oleh responden .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->