Pengenalan Kepada Kenegaraan|1

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Mengaitkan konsep asas Kenegaraan dengan pembentukan negara. Menghuraikan ciri-ciri sesebuah kerajaan dan negara. Mentakrif maksud kerajaan dan negara. Mengaitkan konsep tamadun, budaya, ras, etnik dan bangsa dengan Kenegaraan.

PENGENALAN
Sebelum kita mulakan kuliah pada hari ini, eloklah kita mengimbas kembali pengetahuan sedia ada terhadap beberapa persoalan yang akan kita pelajari dalam kursus ini. Sila lihat laman web berikut http//www.vietnam.un.org.

Gambar 1.1: Peta Negara ASEAN (sumber: http//www.vietnam.un.org) a. Senaraikan nama negara yang tertera dalam peta tersebut? b. Adakah pulau Kalimantan itu merupakan sebuah negara? c. Bolehkah Pulau Pinang kita golongkan sebagai sebuah negara?

Pengenalan Kepada Kenegaraan|2 Berdasarkan soalan-soalan diatas, kita dapati bahawa sebuah negara itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut: abcdSempadan yang tertentu; Penduduk; Sebuah kerajaan yang teratur dan dapat mengawal hal-ehwal dalam negeri; dan Kedaulatan iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan sebuah negara?

Pada pendapat anda, pulau seperti Kalimantan itu bolehkah diiktiraf sebagai sebuah negara? Jelaskan.

Idea utama pembentukan sebuah negara berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi dan sejarah negara berkenaan misalnya Malaysia. Istilah ”kenegaraan” secara umum adalah membincangkan berkaitan dengan hal-ehwal sesebuah negara. Oleh itu bolehlah kita katakan bahawa Kenegaraan Malaysia adalah satu usaha untuk memberikan bukan sahaja kefahaman tentang latar belakang sejarah negara tetapi ia juga merangkumi:   pembinaan negara bangsa Malaysia itu sendiri; dan penghayatan yang wajib ada dalam diri dan sanubari rakyat Malaysia yang akan digunakan sebagai pedoman dan amalan hidup setiap warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, kursus ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah Malaysia, sistem pemerintahan Malaysia, pembangunan negara dan pembinaan negara bangsa. Ia merupakan satu kursus yang penting dan perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia.

Pengenalan Kepada Kenegaraan|3

ISI KANDUNGAN
1. Konsep-konsep Asas
Terdapat beberapa konsep penting yang perlu diberikan perhatian dalam kursus ini sebagaimana dibincangkan di bawah.

Konsep Kenegaraan

Huraian Kenegaraan adalah mengambil konsep dari kata akar negara atau konsep negara Konsep negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik atau negeri layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciriciri seperti berikut: a. Sempadan tertentu,

Contoh

yang Malaysia dan Thailand daripada Perlis hingga Kelantan.

b. Penduduk,

Jumlah penduduk 27 juta orang.

c. Sebuah kerajaan yang Dipilih melalui pilihanraya. teratur Diiktiraf oleh semua negara dunia d. Kedaulatan dan menjadi ahli ASEAN dan PBB. Kerajaan Konsep kerajaan dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah negara. Pada peringkat Persekutuan terdapat 3 badan kerajaan, iaitu: a. Badan Pemerintahan (Eksekutif) Kabinet yang terdiri daripada menteri-menteri yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pengenalan Kepada Kenegaraan|4 b. Badan Perundangan (Legislatif) Parlimen yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret.

c. Badan Kehakiman (Judisiari)

Sistem Kerajaan

Sistem kerajaan merangkumi institusiinstitusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sistem-sistem kerajaan yang terdapat di dunia pada hari ini boleh dibahagiakan berasaskan:

a. Pembahagian

kuasa kerajaan antara kerajaan pusat dengan Contoh-contoh institusi dan agensi kerajaan-kerajaan negeri atau ini ialah Parlimen, Kabinet, Majlis tempatan; dan Raja-raja, Mahkamah-mahkamah Atasan dan Rendah, Kementerian dan Jabatan.

b. Kewujudan atau ketidakwujudan
raja. Raja Berperlembagaan Negara bangsa Halangan yang paling besar dalam Rusuhan kaum. konteks Malaysia ialah membentuk perhubungan kaum tanpa mengira bangsa Dharurat 1948-1960. Peristiwa 13 dan akhirnya kelahiran satu bangsa iaitu Mei 1969. bangsa Malaysia. Istilah ras adalah merujuk kepada keturunan atau fizikal seseorang. Jika seseorang itu Melayu maka dia akan mempunyai ciri-ciri kemelayuan dari segi ras nya seperti berkulit sawa matang, sederhana tinggi, berambut hitam dan sebagainya. Keadaan yang berbeza pula jika dia dari keturunan lain seperti Cina, India dan kadang-kadang kacukan antara ras tersebut.

Ras

Etnik

Dapat dilihat daripada perbezaan budaya Budaya etnik Cina tidak sama

Pengenalan Kepada Kenegaraan|5 dan adat resam. Menurut Ting Chew Peh, etnisiti atau rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu bermakna wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai sikap dan tingkah laku yang sama. Masyarakat Masyarakat secara definisi nya adalah satu kelompok manusia yang berbeza dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama, dan mengamalkan budaya yang sama. Konsep masyarakat mempunyai ciri-ciri sebagaimana berikut: • • Majmuk Tinggal di negeri wilayah tertentu. Berkongsi budaya. atau Sebagai satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah negeri atau wilayah, dan mempunyai adat resam, undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama misalnya Malaysia. dengan budaya etnik Tamil.

Masyarakat dikatakan majmuk apabila ia Menurut Van Den Berghe terdiri daripada pelbagai kelompok ras masyarakat majmuk mempunyai atau etnik yang berlainan daripada di ciri-ciri berikut: bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri - Ketiadaan konsensus nilai. utama dalam masyarakat ini ialah konflik, - Kepelbagaian Kebudayaan. percanggahan dan paksaan. Menurut - Wujudnya konflik di antara Furnivall, masyarakat majmuk terdiri kelompok yang berlainan. daripada pelbagai kaum yang mempunyai - Wujudnya autonomi atau kebudayaan, agama, bahasa dan adat kebebasan di antara bahagian dalam sistem sosial. resam yang tersendiri. - Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi sebagai dasar Hubungan di antara kelompok lebih integrasi. - Dominasi politik oleh satu bercorak secondary, segmental, utilitarian, golongan tertentu. manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

Pengenalan Kepada Kenegaraan|6 Kebudayaan Definisi kebudayaan ialah keseluruhan ciri-ciri kebudayaan yang dapat yang kompleks yang terkandung di dikenal pasti adalah: dalamnya pengetahuan, kepercayaan, - Diperturunkan dari kesenian, undang-undang, akhlak, adat generasi ke generasi. resam, dan lain-lain keupayaan serta - Dikongsi bersama (shared). kebiasaan yang diperolehi oleh manusia - Dipelajari (learned). sebagai anggota masyarakat. - Menggambarkan nilai dan identiti kelompok. - Menyediakan kerangka rujukan bagi satu-satu masyarakat . - Bersifat dinamis serta kreatif. Ideologi membawa maksud idea-idea Misalnya nasionalisme, yang disusun secara teratur untuk kapitalisme, komunisme, mewujudkan satu sistem kehidupan. Di sosialisme dan fasisme. Malaysia ideologi yang diamalkan adalah Rukun Negara yang dibentuk bagi melahirkan semangat perpaduan ke arah pembinaan negara bangsa. Politik memainkan peranan penting dan dalam konteks kenegaraan, politik adalah berhubung dengan pemerintahan, pentadbiran dan kuasa. Pilihanraya adalah sebahagian daripada proses pemilihan yang akan menentukan pihak yang berkuasa dan membentuk kerajaan.

Ideologi

Politik

Jadual 1.1: Konsep-konsep Asas Kenegaraan

2.

Konsep dan teori Peradaban

Tamadun atau peradaban manusia itu merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi atau maju. Budaya mempunyai perhubungan yang rapat dengan tamadun kerana budaya yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Untuk melihat tahap pencapaian tersebut biasanya dilihat dari dua aspek, iaitu: i. budaya kebendaan (materialism) ii. budaya bukan kebendaan (non-material)

Pengenalan Kepada Kenegaraan|7

Senaraikan tiga ciri budaya tinggi (kebendaan) dan tiga ciri budaya rendah (bukan kebendaan).

Budaya Kebendaan (material)
Merupakan peralatan yang dihasilkan oleh anggota masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh. Ia mencerminkan paras pencapaian peradaban atau tamadun bagi sesuatu masyarakat. Budaya kebendaan tersebut berasaskan: i. ii. iii. kepada sumber-sumber yang boleh didapati daripada alam sekelilingnya; peralatan yang dihasilkan itu bersesuaian dengan kehendak hidupnya; dan menggambarkan tahap pencapaian teknologi, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang merupakan usaha manusia bagi mengisi kehidupan.

Budaya Bukan Kebendaan (non-material)
Merupakan segala sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang tetapi dapat dilihat dan dirasa (Rohana Yusof, 1997: 77). Bentuk atau elemen budaya jenis ini ialah seperti pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga, nilai, undang-undang, akhlak dan sebagainya. Al-Marbawi mendefinisikan tamadun dengan kehalusan adat (Ahmad Zaki, 1995:5). Ini kerana tamadun berasal dari kata madana yang bererti berkelakuan seperti kelakuan orang pekan, halus perangai dan kelakuan (ibid:5). Tamadun yang dimaksudkan oleh beliau bercirikan Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah tentu mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima. Manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama.

Perubahan adalah unsur penting dalam tamadun
Seperti yang kita sedia maklum, tidak akan ada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak berubah. Perubahan bukanlah hanya merujuk kepada kemajuan tetapi juga dari aspek kemunduran atau kemerosotan keseluruhan atau dalam bidang-bidang tertentu.

Pengenalan Kepada Kenegaraan|8 Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap budaya kebendaan dan bukan kebendaan boleh kita lihat hasil daripada peninggalan bangunan dan barangan tamadun silam. Sebagai contoh, masjid adalah gambaran tahap tamadun kebendaan yang tinggi dan pada masa yang sama ianya menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

Gambar 1.2: Masjid di Kampong Duyung, Melaka

Menara masjid pada gambar 1.2 di atas menggambarkan kemajuan teknologi dan seni bina hasil daripada interaksi pelbagai budaya. Jelaskan.

Bagaimanakah cara kita mengukur dan menilai perubahan yang berlaku? Bagi pihak yang berpegang kepada kebendaan maka ukuran perubahan itu dilihat daripada benda. Umpamanya, Kuala Lumpur yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi hutan belantara berubah menjadi sebuah kota raya yang besar. Namun begitu dari perspektif agama Islam, perubahanperubahan tidak meletakkan ukuran kepada benda, kehidupan duniawi atau akal manusia, tetapi pada nilai Rabbani, nilai yang ditentukan oleh Allah (Sidi Gazalba,1983:115).

Pengenalan Kepada Kenegaraan|9

Berdasarkan gambar 1.2 di atas, berikan bukti-bukti yang boleh dijadikan alat untuk mengukur tahap pencapaian tamadun?

Selain itu ada 2 faktor penting yang menyebabkan berlaku perubahan (Sidi Gazalba, 1983:116117); a. Faktor dalaman: - kerana bertambahnya penduduk; - penemuan baru; - perselisihan dalam masyarakat; dan - terjadinya pemberontakan atau revolusi dalam masyarakat. b. Faktor luaran: - kerana lingkungan alam fizik di sekitar manusia; - peperangan; - pengaruh daripada kebudayaan masyarakat lain; dan - perpindahan agama.

Pandangan Sarjana-sarjana Barat terhadap Islam-Timur
Kita sedia maklum, orang-orang Barat cenderung untuk memikirkan bahawa masyarakat Islam sebagai kumpulan manusia yang memandang ke belakang, ditindas oleh agama dan diperintah secara tidak berperikemanusiaan. Mereka beranggapan demikian dengan membandingkan tamadun Barat-Islam di mana sistem demokrasi-sekular menjadi landasan kemajuan tamadun Barat. Seorang pemikir serta penulis terkenal Barat, David Ignatius menggambarkan bahawa: ‘It’s big, it’s scary, it’s anti-western, it feeds on poverty and discontent … Islam spreads across the globe that can be colored green on the television map in the same way that the communist countries used to be colored red’. (dalam PEMIKIR April-Jun 1998: 82). Manakala Peter Rodman, Pengarah Program Keselamatan Amerika Syarikat pula membuat tanggapan yang begitu negatif terhadap Islam, iaitu:

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 10 ‘Islamist radicalism is profoundly anti-Western…It rejects not only the bad things about the West but the good things…’(Ibid:83). Pandangan negatif ini pada anggapan pengkaji Barat adalah: i. ii. akibat daripada ideoligical vacuum yang ditinggalkan oleh kejatuhan ideologi Marxism dengan tamatnya Perang Dingin. akibat social frustration yang berkait dengan kesempitan hidup dan kejatuhan ekonomi di kebanyakan dunia Islam.

Samuel Huntington berpendapat budaya Barat merupakan budaya dunia yang terjelma dalam dua bentuk (Pemikir, April-Jun, 1977): a. Melalui tesis ‘coca-colonization, mendakwa bahawa budaya popular Barat, terutamanya budaya popular Amerika, sudah tersebar ke seluruh dunia: makanan, pakaian, muzik pop, wayang gambar, dan barangan konsumer Amerika semakin lama semakin diminati dengan penuh ghairah oleh penduduk setiap negeri. b. Barat bukan sahaja telah memimpin dunia menjadi masyarakat moden, malah apabila para anggota peradaban-peradaban lain itu dimodenkan maka mereka juga sekali gus telah dibaratkan, lalu meninggalkan nilai, institusi dan adat resam tradisional mereka dan menerapkan unsur-unsur yang terdapat di Barat.

TAMADUN ADA HAYATNYA
Sarjana-sarjana Islam dan Barat bersetuju bahawa sesebuah tamadun itu ada hayatnya. Samuel Huntington menyatakan sebanyak lebih 20 buah tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Namun hanya lapan buah sahaja yang masih tinggal pada masa kini. Oleh kerana itu beliau bersetuju dengan pendapat lain-lain sarjana bahawa tamadun juga boleh diibaratkan sebagai benda bernyawa, iaitu lahir, remaja, dewasa, tua dan mati. Kemunculan sesebuah tamadun itu dirangsang oleh beberapa faktor antaranya: 1. Ibn Khaldun bermula dengan semangat assabiyah lalu berkembang sampai ke puncak. Pada tahap tersebut tamadun sedang mengalami kehidupan mewah, berseronok, rasuah dan meninggalkan ajaran agama. Itulah mulanya kemerosotan dan membawa kepada kehancuran tamadun. 2. Spencer pula menjelaskan kelahiran tamadun itu juga sama seperti kehidupan manusia yang berakhir dengan tua dan kematian. 3. Arnold Toynbee pula melihat faktor cabaran merupakan faktor penting yang membawa kepada pembinaan tamadun. Namun cabaran-cabaran yang melampau yang tidak dapat diatasi oleh manusia akan menghalang kewujudan tamadun, misalnya Kutub Utara dan Kutub Selatan yang terpaksa menghadapi tahap suhu beku yang tinggi. Beliau juga bersetuju tamadun akan melalui tahap-tahap yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dan Spencer.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 11 Pada masyarakat China, mereka mempercayai wujudnya konsep kitaran dinasti yang dapat menggambarkan tamadun lahir, puncak dan jatuh. Tetapi kejatuhannya itu diganti oleh dinasti yang baru dan meneruskan pembinaan tamadun sebelumnya. Ibn Khaldun yang menulis Muqaddimah pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan.

Kemuncak

Tahap Awal Kemerosotan

Rajah 1.2. Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun

Hubungan antara tamadun dan kenegaraan
Tahukah anda, sebelum sesebuah negara itu wujud, ia harus melalui beberapa proses utama iaitu:

1. Perubahan daripada nomad kepada menetap dan seterusnya kemunculan teknologi pertanian
Pada awal abad pertama Masihi, Alam Melayu telah mulai mengalami pertembungan dengan tamadun India dan China. Namun begitu pengaruh tamadun India lebih tinggi dan menurut G.Coedes berlakulah ”pengindiaan” atau ”penghinduan”. Kewujudan negara-negara kota Melayu pada ketika itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iuaitu maritim dan agraria. Contoh negara kota maritim ialah Srivijaya dan Melaka. Manakala contoh negara kota agraria ialah Angkor dan Ayuthia. Kemunculan tamadun India dan China lalu berinteraksi dengan Alam Melayu telah membawa perubahan di negara-negara kota dan maritim tersebut. Teknologi pelayaran yang canggih pada masa itu dikuasai oleh orang-orang China dan India mampu belayar lebih jauh dan membawa kargo dan tentera dalam jumlah yang besar.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 12 Laksamana Cheng He telah membawa armadanya ke Melaka, kerajaan Melayu Melaka bebas daripada ancaman Siam. telah membantu

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh seorang sarjana Barat, terangkan kehebatan teknologi kapal-kapal pengangkut yang pernah dibina oleh China pada abad ke-15?

Agama Islam turut sampai ke Alam Melayu pada kira-kira abad ke-13 Masihi. Melaka menjadi pusat utama penyebaran agama Islam. Negara kota Melaka yang merupakan pelabuhan entreport utama di sebelah Timur. Para pedagang India, China, Jawa, Bugis dan para pedagang Islam yang menaungi pelabuhan Melaka. Portugis mencemburui kehebatan pelabuhan Melaka tambahan pula Melaka adalah negara Islam. Portugis menakluk Melaka pada 1511. Sejak itu Alam Melayu telah menjadi rebutan penjajah-penjajah Barat antaranya Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Lebih 400 tahun lamanya Alam Melayu dijajah oleh Barat dan Jepun. Tamadun Melayu turut mengalami perubahan.

Penjajahan Barat bukan sahaja membantutkan pembinaan tamadun Melayu, malah telah menyekat penyebaran agama Islam dan bahasa Melayu ke seluruh Alam Melayu. Beri pandangan anda.

2. Pertambahan penduduk menyebabkan manusia menjadi kreatif bagi memenuhi keperluan masing-masing. Teknologi yang simple seperti membajak menggunakan kerbau diganti oleh traktor. Ini berlaku melalui revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah
Kesan daripada revolusi perindustrian tersebut, maka negara-negara Barat berlumbalumba mencari tanah jajahan terutamanya di Timur. Alam Melayu turut dijajah dan pada tahun 1824, melalui perjanjian Inggeris-Belanda, maka Alam Melayu dibahagi kepada kawasan masing-masing. Inggeris terutamanya mengeksploitasi komoditi utama Malaysia iaitu bijih timah, kelapa dan kemudiannya getah. Oleh kerana mereka perlu mengeluarkan komoditi tersebut pada paras yang maksimum, lalu mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India. Maka bermulalah pembentukan masyarakat majmuk di Alam Melayu. Tamadun Melayu-Islam mulailah mengalami proses transformasi hasil daripada interaksi dengan lain-lain kaum yang berasal dari tamadun India, tamadun China dan tamadun Barat.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 13 Bagi mempercepatkan pengeluaran, pihak penjajah telah membawa masuk jentera dan teknologi pertanian dan perindustrian. Proses pemodenan dan pembandaran mulai berlaku di Alam Melayu. Bandar-bandar baru wujud dan diikuti oleh pembinaan jalan-jalan raya dan jalan keretapi bagi mempercepatkan penghantaran bahan komoditi tersebut keluar negara. Dari segi ekonomi diperkenalkan pula ekonomi sara diri dan ekonomi laissez faire. Malaysia khususnya mewarisi kemajuan dan pembangunan yang ditinggalkan oleh Inggeris. Inggeris juga mewariskan sebuah masyarakat yang sangat kompleks iatu masyarakat majmuk.

3. Perubahan berikutnya ialah teknologi moden
Melalui dasar-dasar pembangunan yang positif, Malaysia muncul sebagai sebuah negara industri dan diharapkan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Kemajuan yang cepat berlaku kerana Malaysia tidak menolak pembangunan, pembandaran dan pemodenan. Pembangunan dan teknologi yang dibawa dari negaranegara maju dapat digunapakai kerana melalui dasar pembangunan insaniahnya teknologi-teknologi yang dibawa masuk itu telah diadaptasi sesuai dengan keperluan Malaysia. Peluang pendidikan yang terbuka luas dan rakyat yang rajin berusaha, akan membolehkan Malaysia mencapai wawasan yang telah dirangka oleh para pemimpin kita. Berdasarkan perbincangan tadi, unsur utama untuk membina sebuah tamadun dan juga negara bangsa adalah semangat assabiyah seperti yang diperkatakan oleh Ibn Khaldun. Semangat inilah yang telah menyatukan rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia membebaskan negara daripada penjajahan Inggeris. Beberapa usaha pembebasan tanah air daripada penjajah telah gagal kerana tidak adanya semangat assabiyah. Semangat yang ada sebelum kita merdeka adalah kedaerahan, kenegerian, perkauman dan diskriminasi. Sehubungan itu adalah sukar untuk menyatukan semua rakyat menentang penjajah pada masa itu. Semangat nasionalisme dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik itu. Ketika Malaysia diancam oleh Indonesia, rakyat Malaysia telah bersatu dan akhirnya kita berjaya menentang ancaman tersebut. Begitu juga apabila unsur perkauman menjadi mainan pembangkang hingga tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, semangat assabiyahlah yang berjaya menyatukan rakyat untuk memulihkan negara daripada kemusnahan. Justeru, isu-isu ketamadunan dan kenegaraan sebenarnya tidak banyak perbezaan. Malah kedua-dua aspek boleh dibincang sekaligus.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 14

RUMUSAN
Unit ini merupakan unit yang penting dan telah memberikan gambaran khas tentang kursus yang akan dijalankan nanti. Unit ini memperkatakan konsep-konsep penting dalam melihat dan memahami kursus Kenegaran Malaysia seperti konsep kenegaraan, sistem kerajaan, negara bangsa, ras, etnik dan bangsa, masyarakat dan masyarakat majmuk, kebudayaan, ideologi dan politik. Bab ini juga cuba melihat dari perspektif ketamadunan dan melihat bagaimana proses pembangunan negara ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam pembinaan sebuah tamadun yang cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

KATA KUNCI
1. Kenegaraan 2. Tamadun 3. Perubahan 4. Budaya 5. Bangsa 6. Etnik 7. Teknologi 6. Teori Kitaran 7. Interaksi 8. Ras

LATIHAN
1. Bincangkan secara mendalam kebaikan dan kekurangan negara bangsa. 2. Dengan mengambil contoh Malaysia, huraikan ciri-ciri sesebuah negara yang anda faham. 3. Dengan memilih sebuah negara yang anda minat, buatkan perbandingannya dengannya dengan merujuk kepada ciri-ciri Kenegaraan tersebut. 4. Kaitkan tamadun dan teori kitaran dalam pembinaan tamadun. 5. Bincangkan konsep pembinaan negara bangsa negara Malaysia. 6. Pada pandangan anda bagaimanakah negara Malaysia akan dapat diperkuatkan? Bincangkan. 7. Jika merujuk kepada teori kitaran, negara Malaysia berada pada tahap mana dalam kitaran Tamadun? Pada penilaian anda apakah akan berlaku kepada Malaysia dalam 50 tahun lagi?

RUJUKAN
Abdul Rahman Embong. (2006). Negara-bangsa Proses dan Perbahasan. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 15 Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andy (1983). Sejarah Malaysia. Selangor: Macmillan Pub (M) Sdn. Bhd. Lotfi Ismail (1975). Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (editor). (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Samuel Huntington (terjemahan). (2007). Pertembungan Tamadun dan Order Baru. Kuala Lumpur: ITNMB. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1996). Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.