You are on page 1of 3

CHEONG SAM

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini,
pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai
pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina
yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju
labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada
tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada
mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga
menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-
wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut
seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina di Malaysia.

DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja
kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada
juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh
golongan ceti.
SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai
sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari
pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali
untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada
musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka
bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk
menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang
menarik dan sesuai dengan si pemakai.

Pua Kumbu

Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu
dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti
berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibu bapa pengantin
perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'.
Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu
daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan
selain digunakan sebagai pakaian.

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu
Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa
menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan
Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-
majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping
dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia
dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya.
Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang
bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian
seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai
di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba)
dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya
panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah
bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai
ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau
yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak
kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil
dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di


Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang
lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai
leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian
hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan
kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi
pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera
(bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan
apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan
sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

You might also like