UNIVERSITI MALAYA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KUPASAN KARYA KLASIK HIKAYAT PUTERA

JAYAPATI NAMA: SURINA CHEW KIM ZHUA NO MATRIK: JEA080145 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK NURUL

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek purba iaitu ‘philosophia’. ‘Philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ pula membawa erti hikmah atau kebijaksanaan. Istilah ini digunakan pada abad ke-7 oleh ahli falsafah Yunani iaitu Pythagoras. Secara umumnya, falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan mendalam dan berfikir secara falsafah. Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Hal ini kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderong kepada kebenaran. Daripada sudut bahasa, falsafah bermaksud ‘cinta akan hikmah’. Manakala daripada sudut praktis, falsafah membawa maksud ‘alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu’. Seterusnya, daripada sudut perbezaan falsafah

berbanding dengan ilmu lain ialah falsafah melihat alam sebagai satu kesatuan tetapi ilmu lain membataskan skop. Selain itu, falsafah menyelidik hakikat iaitu apa, dari mana dan ke mana, manakala ilmu lain pula mengkaji sebab dan akibat. Saya telah memilih sebuah cerita hikayat sebagai tugasan mengupas petikan dari segi falsafah. Hikayat dapat ditakrifkan sebagai salah satu bidang kesusasteraan melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau sesuatu kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan. Cerita hikayat menceritakan tentang kelahiran seorang putera dalam keadaan yang luar biasa. Seterusnya, putera tersebut mempunyai ilmu dan kuasa yang ajaib. Cerita hikayat biasanya ditamatkan dengan pertabalan putera tersebut sebagai sultan dan hidup bahagia dengan permaisurinya.

Hikayat Putera Jayapati yang tergolong dalam genre sastera hikayat telah menjadi tajuk pilihan kupasan saya. Hikayat ini mengisahkan seorang anak raja bernama Putera Jayapati yang dilarikan oleh seekor kuda emas, kemudian beliau berguru dengan Bagawan Narada dan mempelajari pelbagai ilmu sakti, berperang dan menewaskan jin, dewa dan raksasa. Putera Jayapati kemudian jatuh cinta dengan Puteri Cendera Nurlaila yang telah bertunang dengan anak raja peri. Walau bagaimanapun, tunang tuan puteri berjaya dikalahkan oleh Putera Jayapati yang kemudian mengahwini puteri tersebut. Hikayat ini berakhir dengan Putera Jayapati diangkat menjadi raja setelah kembali bertemu ayah bondanya. Petikan yang menjadi pilihan saya ialah petikan dari halaman lima hingga halaman enam. Petikan ini menceritakan tentang kesedihan yang dirasai oleh raja dan permaisuri apabila mengetahui bahawa putera yang baru dilahirkan tidak akan kekal berada di sisi mereka. Mereka tidak ingin perkara sedemikian berlaku kerana mereka masih belum sempat menyayangi putera tersebut. Kesedihan yang dialami oleh mereka dapat

ditunjukkan apabila mereka sentiasa bersedihan mengenang nasib mereka yang bakal ditinggalkan putera. Raja dan permaisuri turut bersedih apabila memikirkan nasib putera yang akan kehilangan kasih sayang dan lindungan daripada mereka pada usia yang kecil. Selain itu, petikan ini turut mengambarkan kepiluan dan kesengsaraan hati raja dan permaisuri yang terpaksa berpisah dengan putera kesayangannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila raja dan permaisuri amat sedih sekali setelah mengetahui bahawa putera tersebut tidak akan berada lama dengan mereka. Penderitaan dan kepiluan hati terasa setiap kali teringat akan perpisahan yang bakal tiba. Hal ini terbukti apabila

permaisuri pengsan serta tidak sedar diri setelah mendengar berita atau cerita buruk mengenai perpisahan yang bakal diterimanya. Permaisuri tersentak dengan cerita tersebut sehingga pengsan. Permaisuri tidak sanggup menerima hakikat bahawa mereka akan berpisah dengan putera mereka. Tambahan pula, permaisuri sedih apabila mengenangkan nasib putera yang terpaksa berpisah dengannya pada usia yang masih muda. Beliau berasa pilu apabila memikirkan waktunya bersama putera amat terhad. Berita sedemikian sememangnya mengejutkan permaisuri yang baru bersalin. Permaisuri tidak sangka yang beliau tidak dapat hidup dengan puteranya. Beliau berasa susah hati apabila mengenang nasib malang putera mereka yang tidak dapat membesar dalam jagaannya. Malah, putera juga tidak dapat merasakan kasih sayang seorang ibu serta bermanja dengan permaisuri. Kesayuan hati permaisuri dapat digambarkan dalam petikan ini apabila beliau menangis sambil menyatakan yang beliau tidak tahu akan hala tuju puteranya pada masa depan. Hal ini kerana kawasan-kawasan negeri adalah amat luas. Beliau tidak tahu cara hendak mencari puteranya yang akan meninggalkannya. Permaisuri juga menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengusahakan apa-apa kerana beliau hanya seorang wanita yang lemah. Permaisuri tidak sanggup berpisah dengan puteranya dan keadaan ini dapat ditunjukkan apabila permaisuri telah sedar dan terus memeluk dan mencium puteranya. Beliau tidak sanggup melepaskan anaknya itu dari dakapannya. Malah, putera yang berada di dalam dakapan permaisuri itu dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang. Keadaan permaisuri yang sayu dan bersedihan itu telah meyebabkan orang-orang yang datang menghadap mereka berasa sedih dan rasa belas kasihan terhadap permaisuri. Mereka turut merasakan kepiluan hati permaisuri dan rasa bersimpati dengan keadaan beliau.

Petikan ini juga mengambarkan masyarakat yang taksub dengan kepercayaan terhadap tilikan nasib seseorang bayi oleh ahli nujum. Perkara ini dapat ditunjukkan apabila raja memerintahkan ahli-ahli nujum dan sasterawan supaya menilik nasib putera yang baru dilahirkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan mereka bersedih atas tilikan ahli nujum dan sasterawan mengenai nasib yang bakal menimpa puteranya. Tilikan ahli nujum dan sasterawan telah mendukacitakan raja dan permaisuri. Ekoran daripada

kepercayaan yang kuat terhadap tilikan tersebut, raja dan permaisuri tidak menggunakan pemikiran yang rasional dan mempercayai tilikan ahli nujum. Akibatnya, mereka

terpaksa bersedih menerima berita yang disampaikan oleh ahli nujum dan sasterawan. Seterusnya, petikan tersebut juga mengambarkan hormat dan taat permaisuri terhadap raja. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila permaisuri tidak mengingkari

arahan raja. Setelah mengetahui hakikat bahawa putera akan meninggalkan mereka, permaisuri tidak bertindak melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan menghormati raja. Mereka sedar bahawa mereka tidak dapat menafikan kata-kata ahli nujum.

Walaupun permaisuri menangis kerana terpaksa berpisah dengan putera, namun beliau tetap tidak mampu mengubah kenyataan tersebut. Raja dan permaisuri terpaksa

menerima hakikat bahawa putera mereka tidak dapat hidup bersama mereka. Mereka terpaksa redha dengan takdir sedemikian walaupun terpaksa menanggung kesedihan dan kesakitan atas perpisahan yang tidak diingini. Permaisuri hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya yang tidak dapat berada di sampingannya.

Kesimpulannya, petikan tersebut menceritakan tentang kepiluan hati dan kesedihan hati ibu bapa apabila terpaksa berpisah dengan anak mereka. Perpisahan sering

mengundang kepiluan hati dan kesedihan. Apatah lagi perpisahan tersebut merupakan perpisahan yang tidak diingini. Raja dan permaisuri tidak ingin berpisah dengan putera mereka. Oleh itu, mereka sentiasa bersedihan dan menangis apabila memikirkan nasib mereka yang tidak dapat hidup bersama anak mereka. Selain itu, petikan tersebut menceritakan tentang kasih sayang yang mendalam oleh ibu bapa terhadap anak mereka. Kasih sayang yang lahir dari hati oleh ibu bapa terhadap anak adalah amat tulus dan ikhlas. Ibu bapa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak mereka walaupun berjauhan antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka ingin anak mereka berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan bahagia. Permaisuri amat

mengasihi tuan puteranya dan ingin menjaga puteranya dengan baik. Namun setelah mengetahui hakikat yang sebenar, permaisuri terpegun sehingga pengsan. Keadaan ini mengambarkan dalamnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Permaisuri juga menangisi perpisahan yang bakal menimpanya dan puteranya. Seterusnya, petikan hikayat tersebut turut mengambarkan kepercayaan manusia pada zaman dahulu. Mereka mempercayai tilikan ahli nujum mengenai nasib dan masa depan mereka. Malah berita yang disampaikan oleh ahli nujum juga dipercayai dan diamalkan oleh mereka. Hal yang sedemikian telah menyebabkan mereka terpaksa

bersedih apabila menerima berita yang buruk daripada ahli nujum. Raja dan permaisuri merupakan contoh dalam petikan ini apabila mereka mempercayai kata-kata yang disampaikan oleh ahli nujum mengenai nasib putera mereka. Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kesedihan dan penderitaan atas berita yang disampaikan oleh ahli nujum.

Bibliografi 1. Hikayat Putera Jayapati Wahyunah Abd. Gani(penyelenggara) 2. Takrifan ‘Falsafah’ dari Wikipedia Bahasa Melayu,Ensiklopedia Bebas.
3.

Falsafah dan Logika Melayu oleh Prof. Dr. Awang Sariyan

4. Takrifan ‘Hikayat’ dari Wikipedia Bahasa Melayu,Ensiklopedia Bebas

Lampiran
Hatta maka haripun malamlah.Maka baginda pun berangkatlah masuk ke dalam istana.Setelah sudah,maka segala ahlil nujum dan sa(s)terawan itu pun menyembah baginda seraya bermohon kembali ke rumahnya.Maka permaisuri pun bertanya kepada baginda, “Ya kekanda,sudahkah dinamai anak kita ini.” Maka titah baginda. “tiadalah kekanda namai lagi kerana kata segala ahlil nujum itu akan anak kita ini tiada kononnya berapa lamanya bersama-sama dengan kita.”Maka permaisuri pun serta mendengar khabar demikian itu,maka hatinya pun berdebar-debar seraya berkata, “Ya kekanda,bagaimana gerangan tiada lama dikata ahlil nujum itu?Khabarkanlah,boleh adinda tahu serta sedap adinda ini halnya tiada lama anakanda itu bersama-sama kita.”Maka baginda pun tercetera sekalian segala kata-kata ahlil nujum itu pada permaisuri. Setelah sudah didengarnya oleh/permaisuri kata demikian itu,maka permaisuri pun pengsanlah tiada khabarkan dirinya menengar anaknya tiada bersama-sama dengan dia itu.Maka segera ditolong oleh segala isi istana akan permaisuri itu.Maka permaisuri pun ingatlah akan dirinya daripada pengsan itu,lalu dipeluk dan dicium akan anakanda baginda itu serta ditangisinya. Demikian bunyinya, “Wah anakku dan buah hatiku dan cahaya mataku,di mana gerangan bonda hendak cahari tuan kelak dan di mana gerangan bonda tanyai tuan dan di laut mana geangan bonda renangi dan di pantai di mana gerangan bonda berjumpa dengan tuan.Ke mana gerangan bonda sampai kerana bonda ini percaya perempuan aduh!,biji mata bonda”.

Setelah sudah,maka lalu dipeluk dan diciumnya kepala anakanda baginda itu.Maka sagala orang yang menghadap semuanya itu pun belas dan kasihan hatinya melihat kelakuan permaisuri itu serta menengar perkataannya itu.Maka semuanya pun merataplah seperti baginda.