You are on page 1of 4

Aku Seekor Anjing

Aku seekor anjing. Nama aku Bobi. Aku dilahirkan oleh ibuku.

Aku berumur 1 tahun. Bulu badan aku berwarna hitam.

Aku dipelihara oleh Ah Fei. Tuan aku sangat sayang akan aku.

Setiap hari, aku diberi makan. Badan aku kian membesar.

Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia menjaga aku dengan baik.

Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku akan
sentiasa sihat bersamanya.

Orang Yang Paling Saya Sayangi : Bapa Saya

Orang yang paling saya sayangi ialah bapa saya. Nama bapa saya ialah _______. Dia
seorang peniaga. Dia bekerja di kedainya.

Bapa saya berumur 46 tahun. Dia rajin membaca. Dia suka membaca surat khabar dan
majalah.

Pada waktu petang, bapa dan saya akan bermain badminton di halaman rumah.
Kadangkala, saya dan bapa juga berjoging di taman.

Bapa sentiasa menasihati saya agar belajar dengan rajin. Saya akan mematuhi nasihatnya.

Keluarga Saya

Nama saya _______. Keluarga saya terdiri daripada 4 orang iaitu ayah, ibu, abang dan
saya sendiri.

Nama ayah saya _______. Ayah saya seorang nelayan. Dia menjala ikan di laut.

Nama ibu saya _______. Dia seorang suri rumah tangga. Ibu sangat rajin membuat kerja
rumah seperti mencuci pakaian dan memasak.

Abang saya berumur 14 tahun. Dia seeorang pelajar yang pandai. Saya dan abang selalu
membantu ibu dan ayah pada masa lapang.
Jiran Saya

Saya dan keluarga saya tinggal di Pulau Ketam. Kami berjiran dengan Encik Tan.

Encik Tan bekerja sebagai nelayan. Beliau selalu menjala ikan di laut. Isterinya pula
bekerja sebagai suri rumah tangga. Encik Tan ada seorang anak, iaitu, Siang Wei.

Saya dan Siang Wei bersekolah di sekolah yang sama. Kami belajar dan bermain
bersama-sama.

Encik Tan sangat baik dengan jiran-jirannya. Dia selalu membantu jiran yang berada
dalam kesusahan jika terdaya.

Kepentingan Hutan

Hutan banyak mempunyai kepentingan kepada manusia.

Hutan membekalkan oksigen kepada kepada manusia dan haiwan. Tanpa oksigen,
manusia dan haiwan akan mati. Hutan juga dapat mengawal suhu permukaan bumi.

Hutan merupakan sumber pendapatan kepada rakyat menerusi kegiatan pembalakan.


Kayu-kayan yang terdapat di hutan digunakan untuk membuat rumah dan perabot.

Hutan juga dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan hakisan tanah. Hutan juga
merupakan kawasan tadahan air yang berupaya menyalurkan air bersih kepada manusia.

Hutan menjadi habitat flora dan fauna. Penerokaan hutan yang berleluasa akan
menyebabkan hidupan liar semakin pupus.

Hutan sangat penting kepada manusia. Oleh itu, manusia perlulah memelihara hutan.

Faedah / Kebaikan Membaca

Membaca jambatan ilmu. Orang yang suka membaca akan mendapat banyak kebaikan.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. kita dapat menjawab soalan guru
dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat menulis karangan dengan baik.

Membaca buku dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, saya suka mengisi masa
lapang saya dengan membaca buku cerita, majalah, dan sebagainya.

Rajin membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita perlu memilih bahan bacaan
yang sesuai.
Perhimpunan Sekolah Saya

Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan sekolah
diadakan di dewan sekolah.

Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid-murid berdiri tegak semasa


lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan.

Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru bertugas akan mengumumkan
beberapa perkara penting kepada murid-murid.

Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan, murid-murid
masuk ke kelas masing-masing.

Sekolah Saya

Nama sekolah saya _________. Saya ialah murid Tahun 6 Merah.

Sekolah saya dibina pada tahun 1930. Semenjak itu, bangunan sekolah saya banyak
berubah. Bilangan murid juga semakin bertambah.

Sekolah saya mempunyai kantin, perpustakaan, pejabat guru, taman dan 12 buah bilik
darjah. Keadaan di sekolah saya bersih dan selamat.

Selain itu, sekolah saya mempunyai 372 orang murid dan 25 orang guru. Semua gurunya
baik dan tekun bekerja.

Persiapan Ke Sekolah

Saya bangun pada pukul 6 pagi. Saya mengemas bilik tidur saya selepas bangun.

Saya menggosok gigi sebelum mandi. Selepas itu, saya membersihkan diri dengan
menggunakan sabun. Saya mengelap badan saya dengan menggunakan tuala yang bersih.

Kemudian, saya memakai baju sekolah. Saya menyikat rambut dengan kemas. Setelah
siap, saya bersarapan bersama keluarga.

Bapa menghantar saya ke sekolah pada pukul 6:50 pagi. Ayah menghantar saya dengan
menaiki basikal.
Jenis-jenis Pencemaran Alam

Pencemaran alam ialah perbuatan mengotorkan alam sekitar. Pencemaran alam terbahagi
kepada beberapa jenis, iaitu air , udara dan bunyi.

Pencemaran air berpunca daripada pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa toksik ke


dalam sungai dan laut. Air yang tercemar menyebabkan ikan mati.

Pencemaran udara disebabkan pembakaran secara terbuka dan pelepasan asap dari kilang
dan kenderaan. Udara yang kotor boleh menjejaskan penglihatan.

Pencemaran bunyi disebabkan bunyi bising daripada kenderaan dan alat hiburan. Bunyi
yang bising boleh menyakitkan telinga kita.

Pencemaran alam boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kita perlu menyayangi alam
sekitar kita.

You might also like