TENAGA ALTERNATIF

 TENAGA BERASAL DARIPADA PERKATAAN YUNANI IAITU KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN.  ALTERNATIF BERMAKSUD SATU PILIHAN ANTARA DUA KEMUNGKINAN.  MERUJUK KEPADA TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI TANPA MEMBERI KESAN KEPADA TENAGA YANG TIDAK DAPAT DIPERBAHARUI.  TERDAPAT BANYAK SPEKULASI TENTANG APAKAH ITU TENAGA ALTERNATIF KERANA MELIBATKAN SUMBER UTAMA TENAGA DAN TENAGA BARU SERTA TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN SAMADA BERKONSEP HIJAU ATAU TIDAK.APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TENAGA ALTERNATIF TELAH BERUBAH MENGIKUT MASA KERANA SUMBER TENAGA YANG TERLIBAT BERLAINAN.  MAKSUD TENAGA ALTERNATIF YANG DITERIMA UMUM IALAH SUMBER TENAGA YANG TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN BAKAR SEPERTI MINYAK MENTAH DAN JUGA TIDAK MENGGUNAKAN TENAGA NUKLEAR (MENURUT MICHIGAN NEXT ENERGY AUTHORITY ACT OF 2002).  SELAIN ITU, TENAGA ALTERNATIF JUGA DIGUNAKAN UNTUK MENGGANTIKAN SUMBER TENAGA YANG LAMA KERANA KESAN SAMPINGANNYA.

SEJARAH PENGENALAN TENAGA ALTERNATIF
 PADA ZAMAN PERTENGAHAN IAITU PADA TAHUN 1200AN-1500AN, ARANG BATU ADALAH SUMBER TENAGA ALTERNATIF YANG PERTAMA.  APABILA HUTAN MULA DITEROKAI UNTUK PEMODENAN, ARANG BATU DIPERKENALKAN SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF UNTUK PEMBAKARAN.  PADA ZAMAN RENAISSANCE IAITU 1800AN, PETROLEUM DIGUNAKAN UNTUK MINYAK LAMPU PELITA BAGI MENGGANTIKAN MINYAK IKAN PAUS YANG SEMAKIN BERKURANGAN.  PADA AWAL 1900AN, KERISAUAN MULA TIMBUL UNTUK MENGGANTIKAN ARANG BATU DAN MINYAK KERANA KEKURANGAN SUMBER TERSEBUT.  ALEXANDER GRAHAM BELL MULA MENGENALKAN MINYAK ETHANOL BERASASKAN JAGUNG PADA TAHUN 1917. SUMBER TENAGA INI MULA DIGUNAKAN PADA TAHUN 1950AN-1960AN DAN MUDAH DIDAPATI DI AMERIKA SYARIKAT DAN BRAZIL DAN MENJADI PENGGUNA UTAMA PADA TAHUN 2008.  PADA TAHUN 2000, TENAGA BIOMAS MENJADI SUMBER TENAGA ALTERNATIF BAGI MENGGANTIKAN MINYAK MENTAH YANG KURANG MENGHASILKAN KARBON MONOKSIDA.  DENGAN PENINGKATAN HARGA MINYAK MENTAH, SELURUH DUNIA TELAH MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MENCARI SUMBER ALTERNATIF BAGI MENGGANTIKAN MINYAK MENTAH. CONTOHNYA KERETA HIBRID TENAGA ELEKTRIK.

PENGENALAN TEKNOLOGI TENAGA
 MELIBATKAN SISTEM PEMBANGUNAN DALAM PENGHASILAN, MENGANGKUT DAN MENGHANTAR TENAGA DALM CARA YANG SELAMAT.  ILMU FIZIK DAN KIMIA PENTING UNTUK MEMAHAMI DAN MENDAPATI TENAGA.  PENTING UNTUK MEREKA SISTEM BAGI MEMPEROLEHI SUMBER TENAGA DAN SAINS PERSEKITARAN TENAGA UNTUK MENGKAJI KESAN KEPADA ALAM SEKITAR.  TEKNOLOGI TENAGA PERTAMA DIPERKENALKAN UNTUK MENGGUNA TENAGA BAHAN BAKAR CONTOHNYA ARANG BATU.  ARANG BATU DIBAKAR UNTUK MENGHASIL TENAGA HABA. TENAGA HABA MEMANASKAN AIR DAN MENGHASILKAN STIM. DALAM ENJIN STIM, STIM DIGUNAKAN UNTUK MENOLAK PISTON MENGGERAKKAN KRANKSHAF, IAITU TENAGA MEKANIKAL.  KEBANYAKAN PENGANGKUTAN TELAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TENAGA INI. KAPAL STIM CONTOHNYA TELAH MEREVOLUSIKAN CARA PENGHANTARAN DALAM ERA REVOLUSI PERINDUSTRIAN PERTAMA YANG MENGGANTIKAN KAPAL LAYAR.  MENGGUNAKAN ARANG BATU SEBAGAI SUMBER BAHAN API.  SEMASA ERA REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEDUA, TEKNOLOGI TENAGA DALAM PENGANGKUTAN MULA MENGGUNAKAN MINYAK SEBAGAI SUMBER BAHAN API YANG UTAMA.  PEMBAKARAN BAHAN API DALAM ENJIN SEKARANG MENGGUNAKAN MINYAK SEBAGAI SUMBER UTAMA DAN DIGUNAKAN OLEH SELURUH DUNIA.

TENAGA ELEKTRIK
 PADA TAHUN 1881, TENAGA ELEKTRIK DIHASILKAN DI PUSAT JANA KUASA DAN DIHANTAR KE STESEN LAIN. KUASA ELEKTRIK ADALAH PARTIKEL YANG DICAS DAN BOLEH MEMBAWA TENAGA.  JADI, MEMBAWA TENAGA KE TEMPAT YANG LAIN JUGA ADALAH FUNGSI ELEKTRIK. CONTOHNYA KILAT DAN PANAHAN PETIR YANG DAPAT MEMBAWA TENAGA KE BUMI MELALUI PARTIKEL YANG DICAS POSITIF DAN NEGATIF.  SEBARANG SUMBER TENAGA BOLEH DITUKARKAN KEPADA TENAGA ELEKTRIK MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TENAGA. DI EROPAH MENGGUNAKAN ARANG BATU, NUKLEAR, ANGIN DAN JUGA HIDRO(AIR).  PENJANAAN KUASA ELEKTRIK DAN PEMBAKARAN DALAM ENJIN MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA YANG BERBEZA KERANA KEPERLUAN YANG BERBEZA BAGI PENGGUNAAN DALAM MESIN.  PENJANA KUASA ELEKTRIK MESTI EFISIEN DALAM MENGHASILKAN KUASA ELEKTRIK SEBANYAK YANG MUNGKIN.  SISTEM KUASA PENGANGKUTAN PULA BERBEZA KERANA WALAUPUN ADA SEDIKIT KEKURANGAN DALM PEMBAKARAN YANG EFISIEN, SISTEM TERSEBUT HARUSLAH KECIL DAN MUDAH DIBAWA SUPAYA DAPAT MASUK DALAM KERETA.  BANYAK KERISAUAN TELAH TIMBUL DALAM PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF. ARANG BATU, MINYAK MENTAH DAN GAS SEMULA JADI ADALAH SUMBER YANG TIDAK DAPAT DIPERBAHARUI, BERMAKNA SUMBER TERSEBUT AKAN HABIS PADA MASA TERDEKAT.  TEKNOLOGI TENAGA SEDANG DIBANGUNKAN UNTUK MENGHASIL TENAGA YANG BERSIH, EFISIEN DAN BOLEH DIPERBAHARUI SEBAGAI SUMBER TENAGA ELEKTRIK DAN JUGA PENGANGKUTAN.

TENAGA ALTERNATIF DI NEGARA MEMBANGUN
 TENAGA KONVENSIONAL DI NEGARA MEMBANGUN SEMAKIN BERKURANGAN DAN KIAN HABIS. HAL INI AMAT MEMBIMBANGKAN PENDUDUK DI NEGARA-NEGARA SEDANG MENBANGUN.  OLEH SEBAB ITU, TENAGA ALTERNATIF PERLU DIEKSPLOITASI DENGAN LEBIH GIAT BAGI MENAMPUNG TENAGA KONVENSIONAL YANG SEMAKIN BERKURANGAN.  LAZIMNYA, TENAGA ALTERNATIF DAPAT DIEKSPLOITASI DI NEGARA MEMBANGUN KERANA NEGARA TERSEBUT MEMPUNYAI BANYAK SUMBER ALTERNATIF YANG BELUM DITEROKAI OLEH PENDUDUK.  TENAGA–TENAGA INI MAMPU MENAMPUNG PENDUDUK YANG ADA DISAMPING MENDATANGKAN PULANGAN KEPADA NEGARA-NEGARA TERSEBUT.  HAL INI KERANA STOK SUMBER ASLI YANG MASIH ADA DIJANGA TIDAK MAMPU MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK PADA MASA AKAN DATANG.  KEADAAN INI BERLAKU KERANA PERTAMBAHAN PENDUDUK YANG SEMAKIN MENINGKAT DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN.  SEBENARNYA, TENAGA ALTERNATIF MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN NAMUN TENAGA INI KURANG DITEROKAI DAN DIEKSPLOITASI MENYEBABKAN TENAGA ALTERNATIF KURANG POPULAR DI PERINGKAT DUNIA.  OLEH SEBAB ITU NEGARA MEMBANGUN TELAH MENGGUNAKAN TENAGA ALTERNATIF INI KERANA LAZIMNYA SUMBER-SUMBER TERSEBUT BANYAK TERDAPAT DISANA MISALNYA MALAYSIA PALING BANYAK MENJANA TENAGA HIDROELEKTRIK DI ASIA TENGGARA.

TENAGA HIDROELEKTRIK
 TENAGA INI MULA DIPERKENALKAN PADA TAHUN 1882 DI WISCONSIN, AS YANG MEMPUNYAI KELUARAN KECIL IAITU DAPAT MEMBEKAL TENAGA KEPADA 25 LAMPU MENTOL SAHAJA.  DIJALANKAN DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN KERANA MEMPUNYAI ALIRAN SUNGAI YANG DERAS.  ALIRAN YANG DERAS SEPERTI AIR TERJUN MEMBOLEHKAN TENAGA ELEKTRIK YANG BANYAK DAPAT DIHASILKAN.  BUKAN ITU SAHAJA, ISIPADU AIR YANG TETAP DAN BANYAK JUGA PENTING UNTUK PENJANAAN TENAGA HIDROELEKTRIK.  ISIPADU AIR SUNGAI YANG SEDIKIT MENYEBABKAN TURBIN DIGERAKKAN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENYEBABKAN TENAGA ELEKTRIK YANG DIHASILKAN ADALAH SEDIKIT.

 TENAGA HIDROELEKTRIK MERUPAKAN TENAGA KOMERSIAL YANG TERBESAR DI PERINGKAT GLOBAL SELEPAS MINYAK, ARANG BATU DAN GAS. KEBAIKAN TENAGA HIDROELEKTRIK  TENAGA INI MENGGUNAKAN KOS YANG RENDAH UNTUK DIJALANKAN.  MAMPU MEMBERIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN KERANA TENAGA INI MERUPAKAN SALAH SATU TENAGA KOMERSIAL DI DUNIA.  DIBEKALKAN SECARA BERTERUSAN.  PENGGUNAAN LEBIH SELESA DAN SELAMAT.  MERANSANG PERTUMBUHAN SEKTOR PERINDUSTRIAN. KELEMAHAN TENAGA ELEKTRIK  MEMERLUKAN SUNGAI YANG MEMPUNYAI ISIPADU YANG BANYAK.  KAWASAN YANG DIGUNAKAN HARUSLAH BESAR UNTUK TUJUAN MEMBINA EMPANGAN.  MODAL YANG BESAR UNTUUK MEMULAKAN PROJEK.  EKOSISTEM TERGANGGU. CONTOH TEMPAT/NEGARA MENGGUNAKAN TENAGA HIDROELEKTRIK • EMPANGAN BAKUN DI SARAWAK • EMPANGAN KENYIR DI TERENGGANU • EMPANGAN HOOVER DI NEVADA, AS.

TENAGA GEOTHERMAL
 TENAGA INI MERUPAKAN SALAH SATU TENAGA YANG RUMIT UNTUK DIJANA.  INI KERANA TENAGA INI BERASAL DARI DALAM BUMI.  OLEH SEBAB ITU, TENAGA GEOTHERMAL DIKATAKAN SEBAGAI PENGHASILAN HABA DARI DALAM BUMI UNTUK MENJANA TENAGA ELEKTRIK.  TENAGA INI DIJANA DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN DAN JUGA NEGARA MAJU KHUSUSNYA YANG BERADA DIKAWASAN ZON ‘PANAS’ DAN JUGA DI DALAM LINGKARAN API PASIFIK.  HAL INI KERANA HABA DIALIRKAN DIKAWASAN MATA AIR PANAS ATAU GUNUNG BERAPI INI ADALAH LEBIH CEPAT IAITU MELALUI PROSES PEROLAKAN.  PROSES PENGGUNAAN GEOTHERMAL BERBEZA DENGAN YANG LAIN KERANA MELIBATKAN KEKONDUKSIAN UNTUK PENGALIRAN HABA (MENGGUNAKAN STIM).  FAKTOR KEDALAMAN PUSAT BUMI JUGA AMAT MEMPENGARUHI SUHU ATAU KANDUNGAN HABA DI SESUATU KAWASAN DAN HABA YANG TERBENTUK HASIL DARIPADA PEREPUTAN BAHAN RADIOAKTIF DAN JUGA BATUAN PANAS YANG TERDAPAT DALAM LAPISAN BUMI.  PROSES PENGERUDIAN PULA DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN WAP DARI DALAM BUMI.  PROSES INI DILAKUKAN MENERUSI BATUAN PENUTUP DAN WAP BERTEKANAN TINGGI YANG TERHASIL AKAN MENGGERAKKAN TURBIN DAN SETERUSNYA MEMBOLEHKAN TENAGA ELEKTRIK YANG TERHASIL ADALAH TINGGI.  WALAUBAGAIMANAPUN, WAP AIR INI MASIH BOLEH HABIS AKIBAT PENURUNAN AIR DALAM TANAH.  HAL INI DEMIKIAN KERANA KADAR PENYERAPAN AIR KE DALAM TANAH ADALAH PERLAHAN DAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENJADI STABIL SEMULA. BUKAN ITU SAHAJA, HABA YANG TELAH DIGUNAKAN AKAN MEMERLUKAN MASA YANG LAMA UNTUK DIGANTIKAN.  INDIA MERUPAKAN CONTOH NEGARA MEMBANGUN YANG MENJANA TENAGA GEOTHERMAL DALAM KADAR YANG BANYAK.

TENAGA SURIA
 TENAGA SURIA JUGA DIKENALI SEBAGAI TENAGA SOLAR KERANA PUNCA TENAGA BAGI TENAGA SURIA ADALAH CAHAYA MATAHARI. TANPA TENAGA MATAHARI BUMI AKAN MATI.

 SUMBER TENAGA SURIA DIANGGAP BERSIH DAN TIDAK MENCEMARKAN ALAM KERANA TENAGA INI DIPEROLEHI SECARA SEMULA JADI DARI SINARAN MATAHARI DAN PENGGUNAAN TENAGA INI TIDAK TERHAD SERTA BERTERUSAN PENGGUNAANNYA.  SEL SURIA ATAU FOTOVOLTAIK (PV) ADALAH SEBUAH PERKAKAS YANG DAPAT MENUKARKAN CAHAYA MATAHARI MENJADI TENAGA ELEKTRIK MELALUI KESAN FOTOELEKTRIK.  MULA DIPERKENALKAN OLEH CHARLES FRITTS PADA TAHUN 1880AN. PADA TAHUN 1931, SEORANG JURUTERA JERMAN, DR. BRUNO LANGE MENCIPTA SATU SEL FOTO MENGGUNAKAN SELENID PERAK UNTUK MENGGANTIKAN TEMBAGA OKSIDA. WALAUPUN PROTOTAIP SEL PERAK SELENID DAPAT MENUKARKAN KURANG DARIPADA 1% CAHAYA YANG DITERIMA MENJADI ELEKTRIK, ERNST WERNER VON SIEMENS DAN JAMES CLERK MAXWELL TELAH MENGIKTIRAF PENEMUAN YANG TERPENTING INI.  SETELAH MENGIKUTI KERJA KAJIAN RUSSEL OHL PADA TAHUN 1940AN, GERALD PEARSON, CALVIN FULLER DAN DARYL CHAPIN TELAH MENCIPTA SEL SURIA SILIKON PADA TAHUN 1954. SEL SURIA YANG TERAWAL INI DIJUAL DENGAN HARGA 286 USD/WATT DAN TAHAP EFISIENNYA IALAH 4.5-6%.  ANTARA NEGARA YANG MENGGUNAKAN TENAGA SURIA IALAH AS, JERMAN, PORTUGAL, SEPANYOL, PERANCIS, KOREA DAN JEPUN.

TENAGA OMBAK
 TENAGA INI DIHASILKAN MELALUI TURBIN YANG DILETAKKAN DI TEPI PANTAI UNTUK MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK.  PUTARAN TURBIN DISAMBUNGKAN KE DINAMO DAN SETERUSNYA MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK.  TENAGA INI BELUM DIPRAKTIKKAN KERANA SEDANG DIKAJI DAN DIBANGUN.  MELIBATKAN KOS YANG TINGGI.

TENAGA ANGIN
ANGIN ADALAH SUMBER TENAGA SEMULA JADI. DIBANGUNKAN DI NEGARA YANG MEMPUNYAI HALAJU ANGIN YANG SETARA. CONTOHNYA DI AS DAN DENMARK. APABILA ANGIN BERTIUP, ANGIN TERSEBUT AKAN MEMUTARKAN KINCIR ANGIN. KINCIR ANGIN TERSEBUT AKAN MENGAHASILKAN TENAGA ELEKTRIK.  KINCIR ANGIN INI BIASANYA DIBINA DI PADANG KEBUN YANG LUAS. KINCIR ANGIN TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK MENJANA KUASA ELEKTRIK DI KAWASAN YANG KECIL CONTOHNYA DIRUMAH LADANG YANG TERDAPAT DI AS DAN NEGARA EROPAH. KEBAIKAN TENAGA ANGIN  TIDAK MENGHASILKAN PENCEMARAN UDARA ATAU ALAM SEKITAR.  TIADA HAD ANGIN.  DAPAT DITEMPATKAN DIKAWASAN BERANGIN DAN KAWASAN TEPI PANTAI. KELEMAHAN TENAGA ANGIN  KEHADIRAN ANGIN YANG TIDAK SEKATA.  BAGI SESETENGAH NEGARA, KINCIR ANGIN INI MENJEJASKAN PEMANDANGAN.  MENGUNDANG BAHAYA KEPADA KEHIDUPAN ALAM SEKITAR.    

TENAGA BIOMAS
 TENAGA TERTUA DIDUNIA.  MUDAH DIPEROLEHI KERANA SUMBER TENAGA YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALAM SEKITAR.  JUGA DIKENALI DENGAN NAMA TENAGA BIOJISIM ATAU BIOGAS.

 PADA MASA DAHULU MASYARAKAT MENGGUNAKAN TENAGA BIOMAS DENGAN MENGAMBIL KAYU-KAYAN SEBAGAI BAHAN BAKAR UTAMA UNYUK MENDAPATKAN TENAGA.  NAMUN KINI, EKORAN DARIPADA AKTIVITI PERTANIAN YANG GIAT DIJALANKAN HASIL HAMPAS DARIPADA SISA PERTANIAN INI BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER TENAGA BIOMAS.  CONTOHNYA BRAZIL, BANYAK MENGGUNAKAN HAMPAS TEBU UNTUK MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK DARIPADA SUMBER BIOMAS INI.  SUMBER TENAGA INI DIPEROLEHI DENGAN TERUS DARIPADA HASIL PEMBAKARAN BARANG BERKENAAN YANG BOLAH MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK SECARA BERTERUSAN.  HASIL DARIPADA PEMBAKARAN INI AKAN MENGELUARKAN GAS METANA YANG AKAN DIPROSES UNTUK MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK.  BAGI KEBANYAKAN NEGARA-NEGARA SEDANG MEMBANGUN TENAGA ALTERNATIF INI BANYAK DIGUNA PAKAI BAGI PROSES PEMANASAN AIR DAN UDARA  CONTONYA NEGARA INDIA DAN BRAZIL MERUPAKAN DUA BUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN YANG BANYAK MENGGUNAKAN TENAGA BIOMAS.  NEGARA INDIA BANYAK MENGHASILKAN SISA BUANGAN TUMBUHAN IAITU KIRA-KIRA 1,000 JUTA TAN BAHAN BUANGAN TUMBUHAN DAN KIRA-KIRA SEBANYAK 300 SEHINGGA 400 JUTA TAN BAHAN KUMBAHAN HAIWAN YANG BOLEH DIPEROLEHI SETIAP TAHUN.  JIKA KESELURUHAN BAHAN INI DIGUNA PAKAI, INDIA BERUPAYA MEMPROSES HAMPIR 50 PERATUS KEPERLUAN TENAGA ELEKTRIK BAGI KAWASAN LUAR BANDAR DI NEGARA BERKENAAN.  TENAGA ALTERNATIF BIOMAS INI JUGA BOLEH DIMAJUKAN DI NEGARA KITA. HAL INI ADALAH KERANA NEGARA KITA MEMPUNYAI INDUSTRI KELAPA SAWIT MALAYSIA YANG BANYAK MENGHASILKAN HAMPAS-HAMPAS KELAPA SAWIT YANG BOLEH DI PROSES UNTUK MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK.  NAMUN DEMIKIAN SAMBUTAN TENAGA ALTERNATIF BIOMAS INI KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN TIDAK DIMAJUKAN OLEH PIHAK PEMERINTAH NEGARA. 

TENAGA ALTERNATIF BAGI DUNIA SEJAGAT
 UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA, NEGARA TERSEBUT HARUSLAH MENGAMBIL RISIKO UNTUK MELABUR KE TENAGA ALTERNATIF.  WALAUPUN BERISIKO TETAPI BERBALOI SEPERTI AS YANG MAMPU MEMBINA STESEN JANA KUASA MENGGUNAKAN TENAGA SURIA YANG BEROPERASI PENUH.  KENAIKAN SAHAM DALAM HARGA MINYAK MENTAH MENYEBABKAN DUNIA HARUSLAH MENGAMBIL LANGKAH KE HADAPAN UNTUK MENCARI TENAGA ALTERNATIF.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful