You are on page 1of 8

1001resepi

Kuey Teow Daging Halia

Saya mula-mula menikmati hidangan ini semasa lunch di Kelab Golf KGPA. Selepas itu
saya berusaha mencari resepi ini di majalah dan buku resepi koleksi saya. Akhirnya saya
menjumpai resepi ini dalam salah satu majalah masakan tempatan dan mencubanya.
Resepi ini mudah diikuti dan rasanya …….hmmm…
Bahan-bahan
1 bungkus kueh teow
4 mangkuk sup ayam
300g daging lembu, batang pinang. Dipotong nipis dan
lebar-lebar
Segenggam sawi, potong panjang
1 cawan halia dihiris nipis dan lebar-lebar
kicap manis dan kicap masin
serbuk lada putih
2 biji telur
garam secukup rasa
1 kiub perisa ayam
sedikit bancuhan tepung ubi dan air
Cara Membuat
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sebentar kueh teow dengan kicap
masin dan manis. Kuantiti kicap terpulang kepada selera anda. Angkat dan letakkan
kedalam mangkuk lebar dan dalam.
2) Dalam kuali yang sama tambahkan sedikit lagi minyak dan goreng daging dengan
halia sehingga daging garing dan masak. Angkat dan letakkan daging atas kueh teow tadi.
3) Sekarang buatkan kuahnya. Tuang sup ayam tadi kedalam kuali yang sama. Biar
mendidih. Masukkan sawi, kiub perisa, lada sulah garam secukup rasa. Pekatkan dengan
bancuhan tepung ubi.
4) Akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. Biarkan sebentar. Tuang kuah
keatas kueh teow tadi dan hidangkan panas-panas.
5) Jika anda suka pedas, potong cili padi atau cili hijau besar, rendamkan dalam cuka dan
sedikit kicap.

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

.
.
~ Pencuci Mulut ~

   

Bread & Butter Pudding

      Bahan-bahan:
← 200 g kepingan roti putih
← 4 sudu besar mentega
← 60 g buah-buahan campuran kering

     Sos kastad


← 600 ml susu segar
← 4 biji telur
← 60 g gula caster

      Cara membuat:


← Griskan acuan tahan oven yang bersaiz 1.2 liter.
← Roti di sapu dengan butter (dibuang tepinya jika suka) dan di potong 2
menjadi 3 segi.
← Susun separuh daripada roti di dalam acuan, bahagian yg disapu mentega
mengadap di atas. Taburkan separuh buah-buahan atas roti.
← Kemudian susun separuh lagi roti diatas buah-buahan kering tadi. Lepas
itu di tabur baki buah-buahan kering atas roti.
← Untuk membuat sos kastad, susu dipanaskan diatas api tetapi jgn sampai
mendidih.
← Pukul telur bersama gula, kemudian di masukkan ke dalam susu yang
masih suam sambil dikacau rata.
← Tapis sos kastad dan curahkan sos tadi ke atas roti sehingga sekata
← Biarkan selama 30 minit. Masukkan acuan ke dalam dulang pembakar
yang mengandungi air panas.
← Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama
40-45 minit atau sehingga masak.

Puding Jagung
      Bahan-bahan:

← 1 cawan tepung kastad


← 1 cawan jagung manis
← 3/4 cawan gula
← 3 cawan air
← 1 1/2 cawan susu cair

      Cara membuatnya:

← Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.


← Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
hingga sebati.
← Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias
dengan buah ceri dll.

Agar-Agar Taufu Fa

      Bahan-bahan:
← 15 g agar-agar (1/2 paket agar-agar 30 g)
← 10 cawan air
← 1 tin susu cair
← 1 cawan gula
← 2 tin laici

      Cara membuat:


← Masak agar-agar hingga larut kemudian masukkan susu cair serta gula.
← Tunggu hingga mendidih seketika bolehlah disejukkan dalam acuan
besar atau mangkuk kecil
← Semasa hendak dihidangkan, letakkan air laici serta buahnya di atas
agar-agar tadi.

     Nota:
← Agar-agar ni lembut ala-ala taufu fa, ianya tidak boleh dipotong. Bila
hendak makan sendukkan agar-agar bersama air laici dan kuahnya ke
dalam mangkuk hidangan.
← Sedap dimakan jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.

 
 

 
Puding Epal & Sultana Bakar
      Bahan-bahan:
← 450 g epal masakan } dibuang kulit serta empulur dan dipotong nipis
← 60 g gula perang
← 1 sudu besar jus lemon
← 50 g sultana (raisin)
← 75 g mentega
← 60 g gula caster
← 1 biji telur } dipukul
← 150 g tepung naik sendiri
← 3 sudu besar susu
← 25 g kepingan kacang almond
← single cream } bahan sampingan

      Cara membuat:


← Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
← Griskan acuan tahan oven yang bersaiz 850 ml
← Di dalam mangkuk, campurkan epal dengan gula perang, jus lemon dan
sultana, kacau sebati.
← Masukkan campuran epal tadi kedalam acuan bergris tadi.
← Di dalam mangkuk adunan lain dipukul mentega dan gula caster hingga
kembang.
← Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul.
← Masukkan tepung naik sendiri dan susu. Kacau sebati.
← Ambil acuan yg mengandungi campuran epal tadi dan di curahkan
adunan tepung di atasnya sama rata.
← Akhir sekali tabur dengan kepingan almond.
← Bakar didalam oven selama 30-40 minit atau sehingga perang.
← Hidangkan bersama curahan krim.

Puding Cocktail Berkuah


      Bahan untuk puding:

← 1 liter susu segar


← 100 gm tepung kastard
← 5 sudu besar gula pasir
← 1 sudu besar serbuk agar-agar
← secubit garam

      Cara membuat puding:

← Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.


← Masak di atas api (sederhana panas) hingga pekat.
← Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
← Potong mengikut saiz yang dikehendaki. 

      Bahan untuk kuah:

← 1 tin susu cair


← 400 ml air
← 2 sudu besar tepung kastard
← 6 sudu besar gula pasir
← secubit garam
← beberapa helai daun pandan - disiat-siat

       Cara membuah kuah:

← Satukan semua bahan. Gaul hingga sebati.


← Jerang di atas apai (sederhana panas) hingga mendidih sampil dikacau
supaya tidak berketul.
← Sejukkan sebentar dan buang bahagian kepala/atas yang beku.

      Bahan-bahan sampingan:  


← 1 tin buah-buahan cocktail
← 1 tin nata de cocoa
← 1 tin kiub nenas

      Semasa hendak dihidangkan, masukkan ke dalam gelas cocktail puding yg


telah dipotong bersama buah-buahan cocktail, nata de cocoa dan kiub nenas
kemudian curahlah kuah di atasnya. Sedia untuk dimakan

You might also like