PENDAHULUAN Pemerintahan tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana Islam bukan merupakan agama ritual atau

ibadah semata-mata. Terdapat banyak acuan pemerintahan dalam negara islam. Faktor-faktor wujudnya pelbagai sistem pemerintahan dalam negara islam ialah faktor penjajahan barat ke atas dunia islam seperti malaysia yang dipaksa menggunakan perlembagaan barat yang dikarang oleh Loar Reid untuk sistem pemerintahan demokrasi Malaysia dan juga faktor sejarah iaitu penukaran daripada pemilihan secara syura kepada sistem pemerintahan monarki seperti pemerintahan Umayyah dan Abbasiah. Apabila berbincang tentang ‘Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran’ ia mengingatkan kepada satu teori yang diketengahkan oleh Edward Weidner berhubungan dengan “Developmental Administration” (Pentadbiran Pembangunan) . Apa yang beliau maksudkan dengan Pentadbiran Pembangunan ialah: “ suatu aktiviti pengurusan kuasa pemerintahan yang secara langsung berkaitan dengan pengurusan yang bersifat ‘action oriented’ dan juga ‘goal oriented’. Dengan kata lain apa yang kita maksudkan dengan ‘Pentadbiran Pembangunan’ disini ialah “satu corak pengurusan kuasa pemerintahan yang mengutamakan perubahan yang dirancang akibat daripada keputusan untuk membaiki sistem sosial masyarakat dalam sesebuah negara”. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah “undang-undang Islam” dan istilah “pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undangundang itu sendiri. Secara umum, istilah “pentadbiran” undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai “kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi”. Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau masalah masyarakat yang mereka tadbir.

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM Pentadbiran Islam mula diasingkan daripada pemerintahan Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Umawi. Institusi pentadbiran kerajaan dinamakan dawawin atau jabatan-jabatan ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai urusan. Pengagihan kuasa kepada para menteri atau wazir dimulakan pada zaman kerajaan Umawi diikuti oleh kerajaan Abbasiyyah. Faktor-faktor yang menyebabkan pengasingan kuasa pentadbiran daripada kuasa pemerintahan ialah faktor jarak dan masa yang merupakan antara sebab penting mengapa pengasingan kuasa pentadbiran daripada kuasa pemerintahan berlaku dalam sejarah Islam. Baiah tidak dapat dilakukan pada masa Umawi dan Abasi kerana populasi umat Islam yang meningkat dan proses baiah memakan masa yang lama. Sistem demokrasi dan republik boleh disesuaikan dengan syariat Islam. Perkara penting adalah pemimpin hendaklah adil dan berjiwa Islam. Manakala pengisian kepada kepimpinan dan pentadbiran adalah pensyariatan Islam. Apabila syarat di atas dipenuhi umat Islam diharamkan memberontak atau berusaha menajatuhkan kerajaan tersebut. Bagi menjaga kesatuan Umat Islam, sebarang tindakan bertentangan dengan dasar pemerintah Islam dilarang walaupun pemerintah tersebut bersikap tidak adil. Setiap arahan pemerintah islam yang adil wajib dituruti sekiranya arahan tersebut tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-hadis. Pengagihan kuasa pemerintahan atau pentadbiran perlu dilakukan dengan baik dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, hanya individu Islam yang amanah dan berkemampuan untuk menjalankan tugas, perwakilan perlu bersifat menyeluruh atau mewakili seluruha kawasan perlantikan, individu yang layak dan berilmu pengetahuan serta mempunyai pelbagai kebolehan lain perlu diutamakan dalam pemilihan anggota pentadbiran.

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud ‘rakyat’ dan kratos bermaksud ‘kekuasaan’. Keseluruhan makna perkataan demokrasi bererti kekuasaan rakyat (Edward Hymas, 1973). Satu definisi demokrasi yang paling mudah disebut oleh ialah pemerintahan daripada rakyat (government by the people) (J. Roland Pennock, 1979). Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba (abad ke-4 M).Konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles. Sistem demokrasi bertentangan dengan sistem autokrasi. Demokrasi melambangkan kebebasan bersuara. Sistem ini sesuai dengan sistem pemerintahan Islam kerana ia melambangkan pemilihan pemimpin oleh mejoriti rakyat seperti berlaku dalam sejarah awal Islam. Pemimpin bebas dipilih oleh rakyat melalui pilhan raya seperti berlaku pilihanraya di Malaysia dan negara-negara lain. Pilihanraya boleh disamakan dengan konsep baiah yang menuntut pemimpin mendapat sokongan semua masyarakat bukan melalui paksaan. Islam merupakan agama demokrasi sebabnya Islam menjamin kebebasan rakyat daripada pelbagai latar belakang agama untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, Islam memperuntukkan undang-undang terhadap pesalah beragama Islam yang menceroboh hak-hak bukan Islam, bukan muslim boleh melakukan aktiviti harian, perniagaan dan sebagainya tanpa sekatan kecuali ia menyebabkan kepentingan umat Islam, tidak ada perbezaan layanan yang diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, orang yang dipandang mulia di sisi Islam adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan dan mengajar ilmu pengetahuan tersebut kepada masyarakat. Kesan-kesan demokrasi ke atas pemerintahan Islam ialah ia boleh mengelakkan uamt Islam daripada penindasan yang wujud apabila seseorang pemerintah terlalu lama berkuasa tanpa makenisme yang mencabar kedudukannya, boleh meningkatkan tahap ekonomi, boleh meningkatkan taraf pendidikan, boleh meningkatkan taraf kemajuan sains umat Islam. Demokrasi diasaskan oleh ideologi Barat dan ia perlu disesuaikan dengan Islam dari sudut amalan demokrasi seperti pemilihan pucuk pimpinan mestilah terdiri daripada orang Islam yang berkelayakan, jawatan dalam kepimpinan tidak mempengaruhi atau mengubah perubahan dasar Islam, perundangan perlu berasaskan pensyariatan Islam.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI MALAYSIA Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan sehingga hari ini. Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan. Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen RAJA BERPERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun. YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya. KETUA NEGERI Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri. Sebagaimana YDPA, sultan juga memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.Tugas sultan sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan ialah memanggil, menangguh, dan membubarkan Dewan Undangan Negeri tetapi tiada kuasa untuk mengisytiharkan darurat.Disamping itu Ketua Negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negerinya. PILIHAN RAYA Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan Negeri. Ia dijalankan setiap 5 tahun sekali. Pengundi mestilah berumur 21 tahun keatas dan bermastautin didalam suatu kawasan pilihan raya dan tidak seorang pun boleh mengundi lebih daripada satu bahagian pilihan raya dalam pilihan raya yang sama PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang terkandung segala peraturan dan prinsip kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir Negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16hb September 1963.

CORAK PEMERINTAHAN
Y A N G D IP E R T U A N A G O N G E K S E K U T IF PER D AN A M E N TER I JE M A A H M E N TE R I K E M E N T E R IA N P ER U N D A N G AN P A R L IM E N P E N G A D IL A N K E T U A H A K IM N E G A R A

D E W AN N EG AR A D E W AN R A KYA T R AK YAT

M AH KA M AH

JA B A TA N

KESEJAGATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN MALAYSIA Permuafakatan Pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia berasaskan sistem mesyuarat, pemuafakatan dan konsultasi. Dasar dan polisi negara diputuskan dalam mesyuarat berbagai peringkat, sama ada di peringkat Kabinet ataupun di peringkat Parlimen atau di peringkat Dewan Undangan Negeri. Ahli yang dipilih menjadi wakil setiap peringkat itu dipilih oleh rakyat secara bebas menerusi sistem pilihanraya. Mereka terdiri daripada beberapa golongan seperti ulama, ahli ekonomi, ahli sains, ahli sains sosial dan ahli dari bidang professional lain seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan. Mereka berbincang, bermuafakat, bermesyuarat dan membuat keputusan secara bersama bagi menentukan dasar dan polisi yang terbaik bagi Malaysia untuk kebajikan serta kebaikan semua rakyat yang terdiri daripada berbagai kaum, kepercayaan agama dan budaya. Keperluan bermesyuarat dalam Islam ditekankan oleh Quran dalam beberapa ayat antaranya ayat 159 surah Al ‘Imran yang bermaksud: “ … Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, seungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” (Quran, Surah al-Shura 42: 38). Kepentingan bermesyuarat dapat dilihat dalam konteks ayat ini apabila Quran menyebutkan kewajipan mendirikan solat dengan sempurna serta galakan supaya membelanjakan sebahagian daripada harta yang diperolehi. Amalan ini dilaksanakan dalam semua peringkat pentadbiran dan pemerintahan negara dari peringkat tertinggi hinggalah kepada peringkat paling bawah. Kejayaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia adalah hasil daripada mesyuarat dan pemuafakatan semua kaum pada peringkat awal kemerdekaan negara dahulu. Keharmonian hidup bermasyarakat, bernegara dan beragama pada waktu itu jelas terbukti menerusi pendekatan bekerja secara berunding dan bermesyuarat bagi mencapai persetujuan. Oleh itu, pendekatan dan nilai yang dibawa oleh Islam dalam bentuk

yang ada dapat diterima oleh semua dan tentunya kerana nilai dan pendekatan tersebut bersifat sejagat. Biasanya nilai yang bersifat sejagat itu dapat diterima oleh semua tanpa curiga. Adil Bersifat adil dalam semua perkara dan urusan adalah tuntutan Islam. Ciri keadilan inilah yang membezakan antara agama Islam dengan agama dan tamadun lain. Umat Islam dituntut supaya berlaku adil dalam urusan sesama manusia sepertimana yang disebutkan secara jelas oleh Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. …” (Quran, surah al-Nisa’ 4: 135). Dalam proses pentadbiran dan pemerintahan Malaysia, ciri keadilan dapat dilihat dalam semua aspek, bukan hanya terbatas kepada aspek perundangan, malahan mencakupi keadilan lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial, politik, kebudayaan dan keagamaan. Dari segi pendidikan sebagai contoh, setiap warga negara diberi peluang sama rata untuk mendapat pendidikan daripada peringkat asas hingga ke peringkat pengajian tinggi tanpa mengira jantina, keturunan dan agama. Kini, keadilan dalam mendapatkan peluang pengajian tinggi lebih terserlah lagi apabila kerajaan memperkenalkan sistem meritokrasi dalam pemilihan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut sistem ini, kecemerlangan akademik menjadi faktor utama menentukan merit bagi membolehkan seseorang untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi milik kerajaan. Bagi mencapai keadilan dalam bidang ekonomi, berbagai usaha dilakukan oleh pemerintah untuk mempastikan keadilan terlaksana. Antara langkah yang diambil ialah dengan memperkenalkan dasar ekonomi yang boleh merapatkan jurang ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia. Dasar-dasar tersebut seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Usaha lain termasuklah penubuhan Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Quran juga meminta supaya orang Islam berlaku adil dalam penghakiman sepertimana yang disebut oleh ayat 58 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “… dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil …” . Dalam ayat lain Quran menyebut: “ …dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu). …” (Quran, surah al-An’am 6: 152). Dalam konteks negara Malaysia proses perundangan dan penghakiman dilaksanakan dengan menggunakan prosedur dan sistem yang menjamin keadilan kepada semua. Ini termasuk proses

penyiasatan, pendakwaan, pembelaan, saksi, penghakiman dan penahanan serta pemulihan. Persamaan Islam meletakkan asas yang kukuh bagi isu persamaan seperti persamaan dari segi perundangan dan persamaan dari segi hak-hak yang lain. Dalam hal ini Quran menerusi ayat 13 surah al-Hujurat menyebut yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) ...” Di samping itu, dalam isu yang sama Rasulullah bersabda ketika berucap pada haji wida’ yang bermaksud: “wahai manusia, sesungguhnya tuhan kamu adalah satu, bapa kamu adalah satu, tidakkah kamu tahu bahawa tidak ada kelebihan antara orang Arab berbanding orang bukan Arab atau sebaliknya antara orang bukan Arab terhadap orang Arab, tidak juga orang berkulit hitam mengatasi orang berkulit merah atau sebaliknya, kecuali semuanya itu ditentukan oleh taqwa” (Hadith riwayat Imam Ahmad). Inilah asas persamaan yang diajar oleh Islam bagi menggantikan amalan masyarakat terdahulu sebelum Islam yang menjadikan warna kulit atau keturunan sebagai keutamaan dan kelebihan. Malahan bukan sahaja ia menjadi amalan masyarakat Arab sebelum Islam, ia pernah pun diamalkan oleh sesetengah bangsa yang pada satu masa dahulu menguasai sesuatu tanah jajahan dengan kekuatan ketenteraan serta ekonomi lalu memandang rendah keturunan dan warna kulit berbeza dengan mereka. Ini mendorong mereka mengamalkan dasar tertentu yang meletakkan warna kulit atau keturunan sebagai pemisah dan penghalang persamaan. Di Malaysia segala urusan berjalan menurut dasar persamaan yang sejajar dengan ajaran Islam. Keturunan dan warna kulit bukan menjadi asas utama dalam amalan pentadbiran dan pemerintahan negara ini. Semuanya berasaskan kepada kelayakan akademik, kemahiran, kebolehan, kepemimpinan, bakat, keterampilan dan penerimaan masyarakat terhadap seseorang. Di negara ini, sesiapa sahaja, tanpa mengira warna kulit atau keturunan, misalnya diberi peluang menganggotai kabinet, diberi hak bersuara yang serupa, diberi hak mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing, dilayan sama rata dalam semuaperkara dan tidak didiskriminasi. Toleransi Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, Malaysia berpegang kuat kepada prinsip toleransi dalam pentadbiran dan pemerintahan selagi mana ia tidak bercanggah dengan dasar akidah serta perlembagaan negara. Walaupun

Islam menjadi agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia) seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian di negara ini secara bebas dan aman (Lihat Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan). Namun agama-agama lain di Malaysia tidak boleh mengembangkan agama mereka kepada orang Islam. Dalam hubungan ini, pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk mengawal dan menghalang usaha pengembangan ajaran agama lain selain daripada agama Islam ke atas orang Islam di negeri-negeri berkenaan (Lihat Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan). Tahap toleransi keagamaan dalam pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia dapat dilihat menerusi aspek penghayatan keagamaan misalnya dalam acara sambutan perayaan keagamaan serta pembinaan rumah-rumah ibadat pelbagai agama. Semua penganut bersedia menghormati hak kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka masingmasing tanpa gangguan. Amalan ini tidak berlaku secara tabii tetapi ia didorong dan dikawal oleh dasar pemerintah yang meletakkan sikap toleransi sebagai prinsip penting untuk hidup bersama dalam sebuah negara majmuk. Prinsip toleransi ini tidak sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan malahan ia sebahagian daripada keistimewaan ajaran Islam yang menggalakkan sikap demikian dalam kehidupan masyarakat Islam di mana jua. Sebagai bukti pentingnya sifat toleransi dalam Islam, Islam memberikan kebebasan beragama kepada penganutnya. Ayat Quran ada menyebut yang maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). …” (Quran, surah alBaqarah 2: 256). Dalam ayat lain Quran menyebut yang maksudnya: “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Quran, surah Yunus 10: 99). Dua ayat yang dipetik di atas memberi pengajaran bahawa Allah tidak membebankan Nabi Muhammad dengan suruhan supaya mengislamkan seluruh manusia jika Allah tidak menghendaki, dan bukan juga tugas kerasulan baginda untuk mengimankan semua manusia di alam ini jika Allah tidak menghendakkinya. Toleransi beragama boleh wujud sekiranya kita bersedia untuk menerima hakikat bahawa manusia di dunia ini ada yang menganut agama yang benar (Islam) dan ada pula segolongan manusia yang menganut agama yang batil, iaitu orang kafir. Hakikat ini disebut oleh ayat Quran seperti berikut: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”

(Quran, surah al-Kafirun 109: 1-6). Ayat-ayat Quran ini menjelaskan hakikat wujudnya agama yang benar (Islam) dan agama yang sesat (agama bagi orang kafir). Apa yang boleh diambil iktibar daripada gambaran tersebut ialah bahawa wujud dua dua jenis agama bagi manusia dan untuk itu semua manusia digalakkan memiliki sifat toleransi yang tinggi hingga kepada urusan keimanan dengan harapan supaya manusia dapat hidup aman damai serta saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam negara Islam, orang Islam diharamkan meminum arak dan dikenakan hukuman kepada peminumnya, tetapi orang bukan Islam dibolehkan meminumnya jika tidak bertentangan dengan ajaran agama mereka. Begitu juga dengan pengharaman memakan khinzir kepada orang Islam, tetapi bagi orang bukan Islam dibenarkan selagi mana agama mereka membenarkan mereka berbuat demikian. Oleh itu tahap toleransi seperti ini wujud dan diamalkan secara harmoni dalam masyarakat majmuk di negara kita. Kebebasan Bermuamalah Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. membuktikan bahawa Baginda telah meletakkan asas yang tinggi bagi kebebasan bermuamalah antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Diriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah sendiri pernah menghadiri majlis perkahwinan orang bukan Islam, pernah menziarahi pesakit bukan Islam, pernah menerima kunjungan tetamu dari orang bukan Islam dan Baginda bersikap baik terhadap orang bukan Islam. Dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini amalan seperti itu tidak dilarang dan tidak bertentangan dengan dasar pentadbiran serta pemerintahan negara. Malahan, pentadbir dan pemerintah negara sentiasa memberi galakan supaya semua kaum, tanpa mengira kepercayaan agama, keturunan dan warna kulit, hendaklah bermuamalah secara aman damai, saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini lebih jelas lagi apabila pihak kerajaan sedia memberi kebenaran atau kemudahan mengadakan majlis-majlis perayaan yang boleh dihadiri oleh semua kaum dan semua penganut agama seperti rumah terbuka hariraya serta sempena perayaan-perayaan lain. Kedudukan Wanita Islam mengiktiraf hak seorang wanita untuk beragama dan memberi pengiktirafan kepada sumbangan yang dilakukan sama seperti apa yang diberikan kepada lelaki. Hal ini disebut oleh Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun” (Quran, surah al-Nisa’ 4: 124). Begitu juga dalam ayat lain seperti ayat 35 surah

al-Ahzab yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki yang taat serta orang perempuan yang taat, dan orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang lelaki yang berpuasa serta orang perempuan yang berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, - Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. Dasar pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia juga memberi kedudukan dan pengiktirafan yang serupa kepada golongan wanita dalam semua sektor. Kita lihat ada wanita dalam barisan kabinet negara, ada pegawai pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam kerajaan, ada wanita dalam sektor korporat, ada wanita dalam barisan pertahanan negara, tiada sekatan terhadap peluang wanita untuk mendapat pendidikan tinggi, tiada halangan kepada wanita untuk menceburi bidang yang sesuai dengan mereka dan malahan mereka menikmati kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang dinikmati oleh golongan lelaki di negara ini. Tawazun Menurut fahaman Islam, konsep al-tawazun bukan bermakna persamaan dari semua sudut atau persamaan dari semua aspek. Tetapi tawazun yang dimaksudkan ialah keseimbangan yang memenuhi keperluan sebenar sesuatu itu secara sempurna dalam bentuknya yang adil, iaitu dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Misalnya antara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat tidak sama kerana keperluan dunia bersifat sementara (jangka pendek) manakala keperluan akhirat bersifat kekal (jangka panjang). Oleh itu tidak mungkin kita mencapai persamaan, tetapi kita mungkin mencapai perseimbangan (al-tawazun) antara dua kehidupan tersebut. Dalam hubungan ini Quran menyebut dalam ayat 201 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Sebagai seorang Muslim, seseorang itu hendaklah berusaha mencapai kebaikan di dunia dengan sempurna dan di samping itu hendaklah berusaha juga mencapai kebaikan di akhirat secara sempurna. Namun, jenis kebaikan yang diperoleh tentulah tidak sama antara dunia dan akhirat. Usaha ke arah mencapai kesempurnaan itu hendaklah berada pada tahap yang seimbang. Dalam konteks pentadbiran dan pemerintahan Malaysia kita dapat saksikan ciri tawazun terlaksana dengan cara hikmah. Misalnya gagasan Islam

Hadari yang didokong oleh kerajaan Barisan Nasional menjadi bukti bahawa pelaksanaan ciri tawazun wujud secara kukuh di negara ini. Islam Hadari bukanlah satu agama baru atau ajaran baru, tetapi ia merupakan satu pendekatan berkesan untuk mengukuhkan atau memartabatkan pelaksanaan dasar Islam yang ada pada masa kini. Ia adalah satu usaha untuk mengembalikan kefahaman masyarakat terhadap tasawwur Islam sebenar bahawa tidak ada pertentangan atau pemisahan antara pembangunan dan kemajuan negara dengan ajaran Islam. Pembangunan pendidikan, social, ekonomi, politik dan kebudayaan adalah juga tuntutan Islam. Dalam bidang pendidikan pula misalnya, kita boleh lihat wawasan yang sangat jelas bagi mencapai keseimbangan. Ini boleh dilihat menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Intipati kepada falsafah pendidikan negara ini bertujuan melahirkan insan seimbang (tawazun) dan harmonis, iaitu seimbang dari segi rohani dan jasmani serta juga seimbang dari segi intelek dan emosi. Yang membantu dan mengawal matlamat tersebut ialah ilmu pengetahuan dan akhlak mulia. Dengan demikian, insan yang dihasilkan nanti akan menjadi insan yang bertanggungjawab dan insan yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat. Maka matlamat kepada falsafah tersebut adalah sejajar dengan fungsi manusia menurut pandangan Islam. Sebagai sokongan kepada falsafah pendidikkan kebangsaan tersebut, maka dibentuk pula dasar-dasar lain seperti Pelan Integriti Nasional (PIN) yang banyak memberi tumpuan kepada melahirkan sakhsiah yang berintegriti, iaitu individu yang berakhlak mulia, mengutamakan kebaikan dan nilai murni serta menjauhkan diri daripada kemungkaran dan salah laku secara syumul sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun tindakan. Oleh itu apa yang berlaku di negara ini sekarang ialah gambaran kepada ciri pelaksanaan Islam yang bersifat sejagat. Semua dasar berhubung dengan pembangunan dan kemajuan negara tidak terlepas daripada ikatan nilai-nilai Islam yang bersifat seimbang (tawazun) serta sejagat seperti dasar membasmi kemiskinan dan dasar berkaitan sosial. Ksederhanaan Islam meminta umatnya supaya mengamalkan kesederhanaan (alwasatiyyah) dalam kehidupan. Kesederhanaan bukan bererti ketidaksempurnaan, tetapi bermakna melakukan sesuatu dengan sempurna, cukup syarat-syaratnya,

mematuhi peraturan dan prosedur. Kesederhanaan merujuk kepada sikap atau perbuatan tidak melampau dalam sesuatu perkara atau sesuatu perbuatan. Sekiranya seseorang melakukan ibadat kepada Allah secara berterusan tanpa menunaikan tanggungjawab sebagai manusia untuk memenuhi keperluan hidup sehingga terpaksa mengharap kepada bantuan orang lain, maka ia dianggap melampau. Dasar dan kefahaman Islam yang sederhana yang diamalkan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara ini telah berjaya memartabatkan Islam bukan sahaja di peringkat negara, malahan peringkat antarabangsa. Ia berjaya meletakkan Islam sebagai satu cara hidup yang praktikal, sesuai dengan semua zaman dan keadaan. Kesederhanaan Islam di negara ini terbukti menerusi dasar kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran khususnya perkhidmatan awam. Langkah dan dasar tersebut diikuti pula pelaksanaannya oleh pihak lain dalam aktiviti kehidupan bermasyarakat, beragama, berpolitik, bersosial, berekonomi dan sebagainya. Kesannya lahirlah masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersatu padu, harmoni, saling faham memahami antara satu sama lain. Nilai Positif Islam percaya kepada konsep bahawa Allah dan makhluk adalah dua entiti yang berbeza dan kedua-duanya tidak akan sama dalam apa jua keadaan dan zaman. Jika dilihat dari segi perbuatan Allah selaku Pencipta, Pemilik, Pentadbir, Pemelihara dan Pemusnah alam semesta ini maka jelaslah bahawa perbuatan Allah adalah bersifat positif. Mustahil bagi Allah bersifat negatif kerana ia boleh membawa kepada kelemahan dan kelemahan adalah mustahil bagi Allah. Dari sudut manusia sebagai makhluk juga memiliki nilai positif kerana menurut faham Islam manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi. Sebagai Khalifah Allah, manusia hendaklah bersifat positif dengan bantuan kejituan akidahnya untuk memakmurkan alam ini menurut kemahiran dan keupayaan masing-masing. Kefahaman kepada nilai positif inilah maka pentadbiran negara dan pemerintahannya diurus secara berkesan supaya semua penghuni alam ini mendapat faedah daripada kewujudan mereka di dunia ini. Sebab itu, segala rancangan pembangunan negara yang disusun adalah bertujuan untuk melaksanakan fungsi manusia tersebut supaya matlamat kewujudan mereka di alam ini ternyata bersifat positif sepertimana yang direncanakan oleh Allah S.W.T.. Inilah yang membantu Malaysia mencapai pembangunan seimbang kerana nilai positif ini mendorong warganya bekerja kuat dan bersikap positif terhadap pembangunan dan kemajuan.

Waqi’iyyah Antara ciri kesejagatan Islam juga ialah waqi’iyyah, iaitu bersifat praktikal atau berpijak di alam nyata serta boleh dilaksanakan. Bermula dari konsep ketuhanan sehinggalah kepada konsep-konsep lain seperti kehidupan bermasyarakat dan bernegara semuanya berpandukan kepada ajaran Islam yang sentiasa relevan. Apa yang dilaksanakan kini mencerminkan ciri waqi’iyyah sistem pentadbiran dan pemerintahan negara ini. Dalam perkhidmatan awam negara misalnya pihak kerajaan telah memeprkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Dalam sistem pemerintahan negara, Islam menjadi tonggak pemerintahan apabila Perlembagaan Malaysia mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Kedua-dua contoh ini memperlihatkan bahawa fahaman dan amalan keislaman yang diamalkan di negara ini adalah bersifat sejagat, praktikal dan diterima oleh semua. Hasilnya kehidupan masyarakat menjadi harmoni walaupun penduduknya terdiri daripada berbagai keturunan dan berbagai kepercayaan agama. Oleh kerana nilai sejagat yang dimiliki oleh Islam itu maka pelaksanaannya di negara ini mudah diterima tanpa bantahan dari mana-mana pihak.