FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK : TOKOH FALSAFAH AL-GHAZALI

PENSYARAH NAMA NO.MATRIK

: PROF.DR.AMRAN MUHAMAD : MOHAMAD ADAM BIN MAHAT : JEA 080035

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Tokoh falsafah yang menjadi sumber ilham saya ialah tokoh falsafah Al-Ghazali ataupun nama sebenarnya ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad Al-Tusi Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa semenjak beliau kecil lagi iaitu dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi juga merupakan seorang ahli fikir islam yang terulung serta terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli ulama tasawuf dan akidah. Oleh yang demikian, sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan lagi. Selain itu, Al-Ghazali juga merupakan seorang ahli sufi yang bergelar “ Hujjatul Islam “.

Semasa beliau berada di Baghdad, beliau telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad. Oleh kerana tahap kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam, beliau sanggup mengembara dan merantau ke seluruh pelusuk dunia dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Itu membolehkan beliau memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dengan lebih meluas serta lebih mendalam lagi.

Di samping belajar dan mengkaji, Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah mula menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul quran, falsafah dan sebagainya. Walaubagaimanapun,

sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera moghul yang menyerang kota Baghdad suatu masa dahulu.

Banyak kitab-kitabnya yang telah musnah terbakar pada masa itu. Antara kitabkitab yang telah musnah itu termasuklah 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain ( Rahsia Dua Dunia ), dan Al Madhuuna Bihi Ala Qhairiha ( Ilmu Yang Harus disembunyikan Dari Orang-Orang Yang Bukan Ahlinya ). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm Al Dhalal ( Penyelamat kesesatan ), Tahafut AlFalsafah ( Penghancuran Falsafah ), Mizanul Amal ( Timbangan Amal ), Ihya

Ulumuddin ( Penghidupan Pengetahuan ), Mahkun Nazar ( Mengenai Ilmu Logik ), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah ( Tujuan Falsafah ).

Al-Ghazali tidak dianggap sebagai ahli falsafah meskipun beliau banyak menghasilkan buku-buku ataupun karya-karya mengenai falsafah. Malahan kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, AlGhazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan

menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa AlGhazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorangpun yang boleh menafikan kecaman beliau terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu, tetapi perlu diingatkan

bahawa sikap skeptis ( ragu ) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

Jikalau kita mengikuti ataupun mengkaji perjalanan hidup Al-Ghazali kita akan dapat mengetahui bahawa beliau merupakan seorang ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudiannya mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun AlGhazali kurang senang dengan falsafah dan ahli falsafah tetapi didalam bukunya yang berjudul Maqasid Al-Falasifah, beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk

menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan dan fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika. Bidang-bidang ini

kadangkala selari dengan agama dan kadangkalanya pula sangat bercanggah dengan agama.

Namun begitu, agama islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya memberikan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratan kepada sesiapa yang mempelajarinya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

Namun menurut pendapat ataupun pandangan Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurutnya lagi tidak salah berpegang pada logik tetapi yang menjadi

masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

Oleh kerana itulah beliau menentang golongan ahli falsafah islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi jelas terpengaruh dengan idea-idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu

bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.

Selain itu, terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik menurut Al-Ghazali amat bertentangan dangan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad dan jasmani.

Al-Ghazali juga tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Agama

Islam.

Jadi,

perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek persamaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan AlQuran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal sematamata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali boleh memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agam serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekaligus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya

merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dangan berpandukan AlQuran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan oleh ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada pandangan Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah Al-Quran itu sendiri.

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya falsafah yang diketengahkan oleh AlGhazali adalah berkaitan dengan Agama Islam. Al-Ghazali sangat menjaga dan

memelihara kesucian Agama Islam. Menurut Al-Ghazali, menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam di seluruh dunia ini. Oleh itu, seluruh umatIslam hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara Agama Islam dari semasa ke semasa agar Agama Islam terus unggul di mata dunia. Al-Ghazali juga selalu mengingatkan kepada seluruh umat Islam supaya sentiasa taat dan teguh dengan ajaran Islam serta jangan sesekali berpaling tadah terhadap Agama Islam dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyesatkan dan memudaratkan. Sebagai umat islam kita

semua haruslah sentiasa berjaga-jaga dengan tingkah laku serta perlakuan kita pada setiap masa agar ianya tidak mencemarkan kesucian Agama Islam.

Bibliografi

Abu Hamid Muhammad Ibn Al-Ghazali. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.

Abul Hasan Ali Al-Hasani Al-Nadwi. Penilaian Dan Kritikan AlGhazali terhadap keadaan sosial.

Al-Ghazali. Tokoh-Tokoh Islam.