P. 1
TOPIK_2_PENGENALAN_KEPADA_KBSR_DAN_KSSR_2_

TOPIK_2_PENGENALAN_KEPADA_KBSR_DAN_KSSR_2_

|Views: 14,819|Likes:
Published by John Chong

More info:

Published by: John Chong on May 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2014

pdf

text

original

TZ10103

TOPIK 2:

PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR __________________________________________________
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum Lama Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum. 3. Menghuraikan implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid murid sejajar dengan perkembangan globalisasi.

PENGENALAN
Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. "…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." (Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] UMS

TZ10103 Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dan kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang kurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistem masyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap yang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individu serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yang tinggi. Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan kurikulum kepada para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan di negara kita.

2.1 SEJARAH RENDAH

KURIKULUM

PENDIDIKAN

SEKOLAH

Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). UMS

TZ10103 Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. Januari 2011 yang

2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak (1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. 2. Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah – sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. 7. 8. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan

2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960) Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan UMS

TZ10103 dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran (1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971) " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah- sekolah aliran Inggeris”. (Laporan Hussein Onn, 1971)

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.

UMS

TZ10103 “ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga halehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua”. (Laporan Hussein Onn, 1971) Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

UMS

TZ10103 2.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979) Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialah Menteri Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti berikut;

1. 2.

Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

3. 4. 5. 6.

Penegasan

kepada

kurikulum

ala

Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu

UMS

TZ10103 sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.

UMS

TZ10103 Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut: (a) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni (b) (c) (d) Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik) Kadar pemgembangan murid adalah mengikut individu Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira.

2.1.5 Akta Pendidikan (1996) Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1989.

UMS

TZ10103

REKA BENTUK KURIKULUM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira)

MURID

MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA Kerohanian, Nilai dan Sikap Kemanusiaan dan Persekitaran Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Sivik &

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi Muzik Seni Visual Pendidikan Jasmani Kemahiran Hidup

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

UMS

TZ10103 Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-guru memahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Antara modul tersebut ialah (a) (b) (c) Modul Akses Pembelajaran Kendiri Belajar Cara Belajar Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (d) (e) (f) (g) (h) (i) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran Secara Kontruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Masteri Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi semua mata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian Sukatan Pelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiap Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). UMS

TZ10103 Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaan KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah; (a) (b) (c) penerapan penguasaan nilai dan dalam aplikasi pengajaran asas dan dalam pembelajaran aktiviti harian

kemahiran

menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

(d)

mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat

(e)

mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan

(f)

pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah.

(g)

pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid .

UMS

TZ10103 2.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan ” Proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolahsekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010) Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan keperluan semasa. Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas implikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini

UMS

TZ10103 TRANSFORMASI PENDIDIKAN (ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR)

BENTUK

BAHAN

ORGANISASI

PENGURUSAN KURIKULUM

KSSR

KANDUNGAN

PERUNTUKAN PENTAKSIRAN MASA PEDAGOGI

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan

modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. UMS

TZ10103 Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan
seimbang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri imaginasi, Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010) UMS

TZ10103 Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, UMS

TZ10103 kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual da muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan UMS

TZ10103 ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. INSANKSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor seperti; ;

a) b) c) d) e)

Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan dengan buku teks. UMS

TZ10103 Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran (Exemplar)turut

disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guruguru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Fokus utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

2.2 RUMUSAN
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

UMS

TZ10103

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek; a) b) c) d) e) f) g) h) bentuk organisasi kandungan peruntukan masa pedagogi pentaksiran pengurusan kurikulum bahan

UMS

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->