You are on page 1of 5

• _.J \ \.) • L ~ . ~ .~:. ~ .

0' ~

,_jJ~V vz: ~v. ~.

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JALAN DATO' HAMZAH KARUNG BERKUNCI No, 6

70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tel: 06-7653100 Fax: 06-7639969

JPNS,SPPK,HEM-600, 17/2jld2(11)

25 JANUARI 2011

Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

PELAKSANAAN PEMBAYARAN KWAPM TAHUN 2011 MENGGUNAKAN DATA eKASIH DAN DATA SEDIA ADA MENGIKUT PELAN TINDAKAN AL TERNATIF

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan surat Bahagian Kewangan Bil. KP(BKEW/BT)1900-0jld.2(39) bertarikh 12 Januari 2011 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat perihatin tentang penurunan jumlah penerima KWAPM secara mendadak bermula tahun 2011 lantaran pelaksanaan penggunaan data eKASIH. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan (Bkew), KPM telah mengambil inisiatif mengadakan Pelan Tindakan Alternatif yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil.2 Tahun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' KSU dan telah dipersetujui oleh Y.AB Menteri Pelajaran. Pelan Tindakan Alternatif ini adalah jadual pelaksanaan pengagihan bantuan KWAPM yang menggunakan data eKASIH dan Data Sedia Ada (DSA) berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SMM) secara berperingkat sehingga tahun 2015,

Jadual 1 : Pelan Tindakan Alternatif

SMM+ eKASIH

*SMM=Sistem Maklumat Murid

SMM+ eKASIH

Secara umumnya, bagi tahun 2011, penerima KWAPM adalah seperti berikut

i. Murid Tahun 1, 2 dan Tingkata 1 menggunakan data eKASIH sepenuhnya

ii. Murid Tahun 3 hingga 6 dibuka untuk permohonan di bawah DSA di samping penggunaan data eKASIH.

Bagi murid miskin yang belum berdaftar dengan eKASIH, pihak sekolah disarankan untuk membantu keluarga murid membuat pendaftaran ringkas secara online ke dalam sistem tersebut. Cara membuat pendaftaran ringkas eKASIH adalah sepeti di Lampiran A.

3. Kadar untuk pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 adalah seperti jadual 2

berikut:

Jadual 2 : Kadar Pembayaran

BANTUANAM BANTUAN JUMLAH
KATEGORI PERSEKOLAHAN BULANAN (RM)
(RM) (RM)
Miskin Tegar Sek Ren = 200 Sek Ren = 500 Sek Ren = 700
eKASIH Sek Men = 300 Sek Men = 600 Sek Men = 900
Sek Ren - 200 Sek Ren = 250 Sek Ren - 450
Miskin Sek Men = 300 Sek Men = 300 Sek Men = 600
Data Sedia Ada (DSA) Sek Ren = 200 - Sek Ren = 200 4. Sehubungan dengan itu tuan diminta menguruskan permohonan KWAPM menggunakan Borang Permohonan Individu KWAPM, Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan Borang Selengkap (softcopy dilampirkan bersama). Pihak tuan dikehendaki menyelaras dan menghantar yang berkaitan ke PPD masingmasing dalam bentuk hardcopy (saiz A3) dan softcopy (disket atau CD) sebelum 14 Februari 2011

5. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Hayati binti Muhamad

Yatim - 7653157 / 013-3905353.

Sekian, kerjasama tuan amat dihargai. Terima kasih.

Saya yang menurut perietah,

(HAJI AMIR S

Ketua or Pengur Pembangunan Kemanusiaan

b.p. Pengarah Jabatan elajaran Negeri Sembilan

PROSEDUR PERMOHONAN KWAPM BAGI DATA SEDIA ADA

(Bagi murid tahun 3 hingga 6 pada 2011)

PERANAN JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

1. Sekolah men genal pasti pendapatan ibu bapa/penjaga murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berdasarkan Borang Maklumat Murid (BMM)

2. Borang Permohonan KWAPM hanya diberikan kepada murid yang pendapatan ibu bapa/penjaga mereka berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional.

3. Keluarga murid menqrsi borang permohonan individu KWAPM dan mengemukakan semula kepada pihak sekolah bersama dokumen sokongan seperti:

i) Salinan sijillahir/kad pengenalan murid yang disahkan;

Ii) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan

4. Bagi murid yang pernah menerima KWAPM DSA pada tahun sebelum, perlu menandakan pad a ruangan SAMBUNGAN manakala bagi murid yang baru kali pertama memohon DSA, perlu menandakan pada ruangan PERMOHONAN BARU.

5. Pihak sekolah membuat pemilihan rnurid . yang layak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah.

6. Pihak sekolah mengumpul semua borang permohonan dan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah menyaring setiap borang berdasarkan perkaraperkara berikut:

i) Murid tidak menerima Bantuan persekolahan dalam bentuk kewangan daripada pihak Yayasan, kerajaan negeri dan swasta atau apa-apa elaun seperti dinyatakan dalam SPK Bil 6 Tahun 2010 mengenai KWAPM.

Ii) Murid adalah daripada keluarga yang tidak berkemampuan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional.

iii) Bagi permohonan baru, Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah perlu melaksanakan pemantauan secara rawak ke rumah murid bagi mengesahkan status kemiskinan yang diisytiharkan oleh keluarga murid.

7. Pihak sekolah menyediakan Borang Rumusan' Permohonan (BRP) dan dikemukakan ke JPN/PPD dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

CARTA All RAN KERJA PERMOHONAN DAN KElUlUSAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAGI DATA SEDIA ADA (DSA) TAHUN 2011

CJ 1 CJ 1 CJ

Sekolah mengenalpasti pendapatan ibu bapa murid mengikut PGK Nasional berdasarkan Borang Maklumat Murid (BMM) Tahun 2011

Sekolah mengedar borang permohonan individu . KWAPM kepada murid yang terlibat sahaja berdasarkan pendapatan ibu bapa

Murid mengisi borang permohonan individu KWAPM dan mengemukakan ke sekolah. Murid pernah menerima KWAPM perlu menandakan " pada ruangan SAMBUNGAN manakala bagi murid baru tandakan v p ada ruangan PERMOHONAN BARU

Pihak Sekolah membuat pemilihan dan saringan murid yang layak melalui Mesyuarat lawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah

CJ 1

o

Pihak Sekolah menyediakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) untuk dihantar ke JPN/PPD secara hardcopy dan softcopy.

BRP yang tidak lengkap atau tidak mengikut presedur akan dikembalikan

ke sekolah

untuk pindaan

TIDAK

VA

PPO menerima dan mengumpul BRP dari sekolah

PPD membuat semakan dan tapisan kepada SOFTCOPY BRP seperti berikut:

i) memotong nama murid yang tidak layak

ii) TIDAK BOlEH menambah atau

menggantikan nama murid yang tidak layak dengan murid lain

PPD menyelaras dan menyatukan semua softcopy BRP bagi semua sekolah di bawah pentadbirannya dalam satu cakera padat (CD) dan diserahkan kepada JPN

JPN menyemak senarai BRP yang layak dan mengemukakan perkara berikut ke KPM selewat-Iewatnya 28 Februari 2011:

i) mengumpul dan menyatukan softcopy BRP mengikut PPO di bawah negeri masing. masing yang terlibat dalam satu (1) CD.

ii) mengemukakan borang SELENGKAP dalam bentuk softcopy pada CD yang sarna.

KPM menerima dan menyemak kelulusan senarai nama murid melalui CD yang dikemukakan dan dimuatnaik ke dalam SISKWAPM. Senarai nama murid yang layak KWAPM dimaklurnkan kepada JPN secara bersurat.

You might also like