BOIKOT & Senarai Produk Gantian

JUN 2009

MUKA 1

MUKA 2

Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi 20 Muharram 1423 H 4 April 2002

MUKA 3

PENGENALAN

dan istiqamah dalam berjuang serta kekurangan maklumat tentang kewujudan jenama lain yang mampu untuk menggantikan produk yang ingin diboikot. Risalah ini diterbitkan untuk membantu anda mengubah gaya hidup sekaligus membebaskan diri serta keluarga anda daripada terus menggunakan produk Amerika/Israel dan beralih kepada Produk Muslim. Dalam risalah ini, syarikat yang berada dalam senarai boikot merupakan produk keluaran syarikat dari Amerika dan Israel, samada dimiliki oleh Yahudi atau tidak, dan/atau keluaran negara lain yang menyokong atau memberi sumbangan terhadap negara Israel, atau menyatakan sokongan terhadap keganasan yang dilakukan oleh Israel. Kami hanya memuatkan produk Amerika/Israel yang ada dijual di Malaysia sahaja untuk memudahkan anda. Jika anda mahukan senarai penuh, sila lawati laman InMinds.co.uk. Produk-produk ini dijual secara meluas di Malaysia dan memenuhi setiap rak jualan kedai runcit/pasaraya di sini, malah kemungkinan besarnya memenuhi juga setiap kabinet dapur dan peti sejuk anda. Manakala produk gantian yang tersenarai di sini pula adalah daripada 100% pengusaha Muslim, diyakini kesucian dan kebersihannya dan pastinya tidak menggunakan keuntungan mereka dengan membidik peluru ke dada umat Islam Palestin.

B

oikot. Kata keramat ini sering diucapkan dan membasahi bibir setiap umat Islam di negara ini. Namun keupayaan kita untuk menjayakan kempen boikot ini kadangkala diganggu gugat oleh tabiat lama yang sukar diubah, tiada tekad

MUKA 4

ANDA SEBAGAI PENGGUNA

pula produk/jenama lain dan gantikannya juga dengan produk Muslim. Tanpa anda sedari, sedikit demi sedikit anda telah membebaskan diri anda dari menghulurkan keuntungan kepada golongan yang menghancurkan umat Islam. Jika produk gantian tersebut tiada di kedai berhampiran anda, maka berikanlah senarai ini kepada peruncit tersebut dan beritahu kepadanya anda mahukan produk itu. Pergi semula ke kedai itu beberapa kali seminggu dan nyatakan sekali lagi kemahuan anda. Teruskan mendesak sehingga mereka menyediakan produk gantian dari jenama pengusaha Muslim yang jauh lebih halal dan suci.

M

ulakanlah sedikit demi sedikit secara berterusan. Lihat senarai di bawah, pilih lah mana-mana produk/jenama dan gantikannya dengan produk Muslim. Teruskan usaha ini dengan sabar dan istiqamah, kemudiannya lihat

ANDA SEBAGAI PERUNCIT/ RESTORAN

jumlah pesanan Milo setiap bulan, dan meletakkan jenama SmylQ dan mempromosikannya kepada pelanggan anda? Kami bukannya mahu anda buang semua jenama Amerika. Jika ada pilihan gantian (seperti dalam senarai ini), maka kurangkanlah jumlah jenama sedia ada dan lebihkan promosi terhadap produk gantian tersebut. Tahukah anda bahawa jenama Milo ini 90% keuntungannya datang dari pengguna Malaysia? Bayangkan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu adalah dari kita, rakyat Malaysia. Telah begitu lama Nestle mengaut keuntungan ini hasil jasa baik kita semua. Jika sebelum ini kita 'bersatu' membantu menaikkan Milo, telah tiba masanya untuk kita bersatu menjatuhkannya, begitu juga dengan jenama Amerika/Israel lain.

A

dakah anda akan rugi besar jika anda menjual produk Muslim di kedai anda? Mengapa masih takut untuk memenuhkan rak jualan anda dengan jenama dari pengusaha Muslim? Mengapa tidak, misalnya anda mengurangkan

MUKA 5

ANDA SEBAGAI PENGUSAHA / BAKAL USAHAWAN

menggantikan jenama dari syarikat Amerika/Israel. Cukuplah pengusaha kerepek yang ada, takkan lah anda masih juga mahu memasuki pasaran kerepek sedangkan sehingga artikel ini ditulis, masih tiada lagi penyembur racun serangga dari pengusaha Muslim! Usaha anda sememangnya nampak seperti mustahil, berhadapan dengan syarikat gergasi dunia yang telah berpuluh tahun menguasai pasaran. Namun begitu, anda juga perlu sedar bahawa ada golongan pengguna yang dahagakan produk Muslim, dan jumlahnya juga semakin meningkat dari hari ke hari. Tidak perlulah kami bersyarah panjang tentang kehendak pelanggan, sebagai usahawan semestinya anda lebih fasih dalam hal ini. Jagalah kualiti produk anda serta aspek pembungkusannya, jangan kerana anda membawa label 'Produk Muslim' tetapi mengabaikan kualiti yang akhirnya akan memburukkan reputasi seluruh pengusaha Muslim yang lain.

J

ika anda sedang atau bercita-cita untuk mengeluarkan produk Muslim, kami dahulukan dengan doa agar usaha anda berjaya. Apa yang diperlukan dalam pasaran hari ini adalah produk Muslim yang mampu atau berpotensi untuk

MUKA 6

PRODUK AMERIKA/ISRAEL vs PRODUK MUSLIM

MUKA 7

MUKA 8

100%. Jika tidak, maka kami syorkan seperti sebelum ini, iaitu mulakan lah sedikit demi sedikit.

A

nda fikir senarai ini terlalu pendek? Ya, ia masih lagi pendek, buat masa ini. Tapi adakah anda telah memenuhi 10% dari senarai di atas? Jika ya, tahniah dan teruskan sehingga produk Muslim memenuhi gaya hidup anda sehingga

BANTU SENARAI INI!

mengenainya, hantarkanlah maklumat tersebut kepada kami. Senarai ini akan dikemas kini dari masa ke semasa (jika ada maklumat tambahan). Anda juga boleh turut serta dalam perbincangan mengenai senarai ini di laman web DetikDaily.Net.

T

idak dinafikan, masih ramai lagi pengusaha Muslim yang mengeluarkan produk yang mampu menggantikan produk Amerika/Israel. Malangnya kehadiran jenama mereka tidak disedari oleh orang ramai. Jika anda mengetahui

MUKA 9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful