Tips kecantikan 1. Selepas solat Isyak 2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali 3.

Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 4. Tiup dalam air dan minum. 5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR - Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya. - Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) - Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil. - Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang. - Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks. - Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani.Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang).Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. AlMu'minum. darah tinggi (hyper-tension). Muhammad.Ayat-ayat dari Surah Fatah. Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek. Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid. Al-Furqaan. hepatitis dan lain lain penyakit. Fussilat.w. Surah Al-Qasas.Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah. Hud. ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness". penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain. penyakit kulit (psiorasis). hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Ayat-ayat dalam Surah Maryam. Rasanya lebih m ani s daripada madu. sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang . sakit buah pinggang (kidney failure).Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa'. ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan. Yunus. Al-A'raff. saya dapati penyakit seperti SLE. Toha. rasuk jin atau iblis.a. Selain dari penyakit yang disebut di atas. . Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes). ilmu pangasih. . sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik.. Az-Zumar. Ar-Ra'd. . Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s. Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser. dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir. Ash-Syu'aara. ilmu pelalau. sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. penyakit "learning disability". Ma'idah. Ash-Syura. santau. Di kalangan anak-anak.Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki. penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome. Surah Al-Ma'idah. .

mudah-mudahan Allah s. makbulkan doa kita.dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Insya'allah hilang dahaga. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir. 5) Jika membacanya 1.t. gatal. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Untuk mencegah kemarahan Allah. bacalah surah ini dan gosok di leher. 10 Surah Yang Baik Diamalkan 1. Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.t. 3) Jika sering sakit mata. bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu. bengkak.w. baca surah ini 10x. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata. sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. Allah s. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa.w. gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s. mudah-mudahan Allah s.w. seperti berair. 2) Jika kita kehausan dan tiada air. 6) Jika rajin membacanya. 7) Jika orang ter ani aya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x.000x rezeki kita akan bertambah. . perut.t. SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah AlIkhlas 3 kali.t. hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.w.

yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. SURAH YAASIN Telah bersabda Rasulullah s. dalam tidurnya..w. 3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Dalam hati.w. niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).w. mereka yang mengamalkan membaca Surah AlWaqi'ah pada tiap-tiap malam.(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r. ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali. insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s. nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar.2. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah. menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.w. SURAH AL-WAQI'AH Menurut beberapa hadis Rasulullah s. akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT. bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. maka Allah s..a.000 kali. nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. disamping terlepas dari syirik.000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur. Kami telah menciptakan isteriisteri mereka dengan ciptaan istimewa.Sebelum tidur. 5.Sesiapa yang membaca Surah Yaasin. Sesiapa yang membaca 1. dan hati AlQur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. 4. Selepas solat Isyak. insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. SURAH AT-DHUHAN Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). SURAH AL-KHAAFIRUUN Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. .a.a. 6. yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Mereka yang membacanya sebagai wirid. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum). Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya. SURAH AL-KHAUTHAR Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1. (Hadis riwayat Malik.a.Tiup dalam air dan minum. Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati.t. insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.a.w. Surah Yaasin ni juga jika diamalkan.) Rasulullah s.

antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku.a.w. "Sesiapa hendak pergi musafir.Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.a.Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari. 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Rasulullah s. " Dari Rasulullah s. kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. pada setiap malam apabila hendak tidur. ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali. 10. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas. saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu. dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut.7. mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini. takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia. akan terselamat dari azab kubur." Siti Aisyah lalu berkata. "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur. SURAH AN-NAS Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. insya'Allah. sebelum kamu tidur. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia." 9. Baginda membaca Surah Al-Ikhlas. akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r. 8. maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi. maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. SURAH AL-FALAQ Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s. khatamlah dulu Al-Qur'an. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda. SURAH AL-IKHLAS Rasulullah s. kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya.a." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut. SURAH AL-MULK Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas...w.a. dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat. Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. ertinya bersih atau lepas. .a. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.w.a. "Wahai suami ku. sambil tersenyum lalu menjawab. seolah-olah ia telah khatam AlQur'an keseluruhannya. Siti Aisyah.w. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia.

nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya. AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu. RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM By BISMILLAH (Dengan nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur. dan 1. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim. seorang yang miskin akan menjadi kaya. jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur. nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. nescaya Allah akan menghindar darinya 1. nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi. daripada kecurian dan kebakaran. . yang terkecil sekali ialah azab neraka. nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut. dan Allah sendiri yang mencabut rohnya. dan daripada kematian terkejut. nescaya permintaannya di perkenankan. kebakaran dan kekaraman. dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali. nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya. yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan.000 kesukaran duniawi.000 kesukaran ukhrawi.HIKMAT. serta bercahaya rohaninya.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu. Dengan membacanya. SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur. dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian.a. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu. dari bencana manusia dan jin. hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. Imam Jaafar Shadiq r. ia dikira mati syahid. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu. nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan. nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh. ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya. raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.

insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. SURAH AL. lalu beristighfar kepada Allah. nescaya akan terampun segala dosanya. nescaya akan maju perniagaannya itu. SURAH AN-NISSA¶ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini. selepas tiap-tiap sembahyang fardhu. nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi. SURAH AL-A¶RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini. nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini. nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.dibaca oleh penumpang kapal. keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta. . SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini.dikedai atau ditempat-tempat perniagaan.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini. ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. keatas Perempuan yang hamil. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini. SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini. SURAH AL-AN¶AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini. nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini. nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini. sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut. Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya.SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini. nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh. SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini. nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida¶ah. nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini. akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca. nescaya anak kandungannya itu akan terselamat. akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat. nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini. nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur. nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. ketika ia pulang dari perjalanan. ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini. sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang. pada setiap masa. SURAH AR-RA¶D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini. nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. SURAH AL-IIIJ¶R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini. SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya. ia akan terselamat dari petir. dari gugurnya. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini. nescaya akan mencapai ketetapan hati. SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya. SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini. . lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya.

nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya. SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih. nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. SURAH ASY-SYU A¶RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini. SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya.SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya. sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orangorang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali. Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini. . lalu air itu dipercikkan di dalam rumah. tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w. SURAH AL-MU¶MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air. lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini.pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar.t . nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini.

Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini. Nescaya otaknya akan cergas. SURAH YAASIIN (Hai Manusia) . nescaya akan terselamat dari bencana banjir. nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini. SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya. nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini. Barang siapa membacanya. nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya. SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini. SURAH SABAµ Sabaµ) ( Dengan membacanya. SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya. SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya. SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini. terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana. akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. nescaya demamnya akan sembuh.SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya. nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. ke atas kanak-kanak yang baru lahir. terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30. nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

w bersabda: ³Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut.nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. nescaya akan maju perniagaannya itu.´ Dalam satu hadith yang lain Baginda s.´ Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali.´ Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.´Berdoalah kepadaKu. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam.w bersabda : ³Aku ingin benar. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku. ketika ia hendak turun kemedan peperangan. nanti Aku perkenankan permintaanmu. nescaya akan mendapat kebahagian sejati. andaikata ia mati pada malam itu. mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina. Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan. Jika dibacanya oleh seorang askar. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku. SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini.. SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya. nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik. nescaya Allah s. serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. mesti ia mati syahid.w.w bersabda : ³Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin. nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.´ [Al-Mukmin: 60] .´ Yaasiin kerana Allah. pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.Nabi kita Muhammad s.a. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat. insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.a.a. Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya.