P. 1
1~42-LAPORAN AR LENGKAP

1~42-LAPORAN AR LENGKAP

|Views: 2,002|Likes:
Published by Amira Asri

More info:

Published by: Amira Asri on May 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENDAHULUAN
  • 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
  • 1.2 Sorotan Literatur
  • 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
  • 2.1 Tinjauan Masalah
  • 2.2 Analisis Tinjauan Masalah
  • 3.0 OBJEKTIF KAJIAN
  • 3.1.1 Objektif Umum
  • 3.1.2 Objektif Khusus
  • 3.2.1 Apakah faktor-faktor murid-murid gagal mengingat “Life Processes of
  • 3.2.2 Adakah akronim yang digunakan boleh membantu murid menghafal
  • 3.2.3 Bagaimanakah tingkah laku yang ditunjukkan murid dalam kelas
  • 5.0 TINDAKAN
  • 5.1 Prosedur Tindakan
  • 5.2.1 Temubual
  • 5.2.2 Ujian Lisan-Pasca
  • 5.2.3 Pemerhatian
  • 6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
  • 6.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal mengingat “Life Processes
  • 6.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang
  • 6.3 Untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim
  • 7.0 DAPATAN
  • 7.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal mengingat Life Processes of
  • 7.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang
  • 7.3 Mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang
  • 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

1.

0

PENDAHULUAN

Menurut Isaac Asimov dalam Nani Menon dan Rohani Abdullah (2003), sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Sains telah mula diperkenalkan di Malaysia pada lewat abad ke19. Sejak itu, subjek Sains di Malaysia telah mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku telah menjadikan subjek Sains antara subjek yang susah baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Setiap perubahan yang berlaku adalah sejajar dengan keperluan dunia semasa. Justeru, pelbagai strategi dan teknik telah diperkenalkan bagi membantu murid menangani setiap masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Sains samada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Salah satu teknik yang telah diperkenalkan adalah akronim.

Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan seawal abad pertama. Christy Rakoczy (n.d.) telah memberikan contoh penggunaan AM dan PM yang mana setiap satunya mewakili waktu sebelum tengahari dan selepas tengahari.

1

Guru-guru telah mula menggunakan akronim dalam sesi pengajaran dan pembelajaran samada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan mengingat murid. Azri Aziz (1994) telah menjelaskan bahawa kebiasaannya, kita mengingat maklumat dengan membaca berulang-ulang kali supaya akiviti ini dapat meninggalkan kesan ingatan yang kukuh.

1.1

Refleksi pengajaran dan pe mbelajaran lalu

Sepanjang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Terengganu, Terengganu, penyelidik telah dipertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4. Terdapat dua buah kelas tahun 4 di sekolah tersebut iaitu 4 Amanah dan 4 Siddiq. Penyelidik telah ditugaskan untuk mengajar Tahun 4 Siddiq iaitu kelas berpencapaian rendah. Sebagai makluman, kelas 4 Siddiq terdiri daripada 24 orang pelajar di kawasan sekitar. sepuluh orang daripada 24 murid tidak dapat membaca dan menulis dengan baik serta telah dikategorikan sebagai murid pemulihan.

Sepanjang masa tiga bulan berpraktikum, penyelidik telah mengenalpasti bahawa majoriti murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta- fakta penting dan juga isi kandungan pembelajaran yang lepas. Murid-murid gagal untuk mengingat kembali pembelajaran lepas walaupun ianya baru sahaja diajar sehari sebelum itu. Murid- murid sangat lemah dalam proses mengingat semula fakta-fakta dan isi pelajaran contohnya bagi tajuk basic needs of animals and plants dan life processes that living things undergo. Ini menimbulkan kebimbangan kepada penyelidik.

2

Penyelidik juga dapati bahawa murid- murid menunjukkan reaksi kurang berminat untuk belajar Sains. Malah, murid- murid mengakui bahawa mereka merasakan subjek Sains adalah susah apabila diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini sebenarnya tidak menghairankan penyelidik lantaran penyelidik sudah sedia maklum mereka menghadapi masalah untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. Walhal mereka sebenarnya masih mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan bahawa murid- murid menghadapi masalah apabila medium pengantara yang digunakan untuk mengajar subjek Sains ialah Bahasa Inggeris. Keadaan ini amat merisaukan penyelidik. Oleh itu, penyelidik harus mengenalpasti satu pendekatan yang sesuai dalam tempoh segera. Di samping itu, penyelidik juga mengharapkan murid- murid gembira sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apa yang menjadi fokus utama penyelidik adalah, murid mengingat faktafakta yang penting.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid- murid Tahun 4 Siddiq keliru dan tidak boleh membezakan proses-proses hidup manusia, haiwan dan tumbuhan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah dirangka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, di akhir pembelajaran murid-murid akan dapat menganalisis proses-proses hidup manusia, proses-proses hidup haiwan dan proses-proses hidup bagi tumbuhan. Manusia, tumbuhan dan haiwan mempunyai proses-proses hidup yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya, manusia menjalankan lima proses hidup untuk memastikan mereka terus hidup, haiwan menjalankan empat proses untuk terus hidup manakala tumbuhan menjalankan tiga proses untuk hidup. Semasa penyelidik mengajar tajuk ini, penyelidik dapati bahawa murid- murid gembira dan seronok sepanjang sesi pengajaran 3

dan pembelajaran berlangsung, ini mungkin disebabkan oleh penggunaan ICT dalam pembelajaran. Untuk makluman, sepanjang mengajar topik ini, penyelidik banyak menggunakan video dan pembentangan powerpoint bertujuan untuk menarik minat murid- murid.

Di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah bertanya beberapa soalan bagi mendapatkan tahap pemahaman murid dan menilai pencapaian objektif. Hasil dari soalan yang penyelidik utarakan, murid- murid dapat menjawab dengan betul. Ini bermakna sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu telah berjaya dan telah mencapai objektif. Pada keesokan harinya, penyelidik telah bertanya soalan yang sama kepada murid- murid. Namun apa yang mendukacitakan penyelidik ialah, murid- murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan dengan tepat. Ada antara murid- murid menjawab “tidak tahu”, “tak ingat”, malah ada antara murid yang

menundukkan kepala, tidak kurang juga yang menggeleng kepala. Selebihnya membisu.

Situasi ini amat menyedihkan penyelidik. Mengapa murid- murid tidak boleh mengingat isi kandungan pelajaran lepas? Apakah punca murid- murid tidak dapat mengingat fakta- fakta yang telah dipelajari? Apakah yang dapat penyelidik lakukan untuk membantu murid- murid menangani masalah ini? Bagaimanakah caranya untuk penyelidik membantu murid- murid menangani masalah lupa fakta ini? Apakah cara dan strategi yang sesuai yang boleh diaplikasikan kepada murid- murid? Sejauh manakah tindakan yang diambil dapat menangani masalah ini? Adakah tingkah laku murid- murid akan berubah setelah tindakan yang dirancang dilaksanakan? Hal ini berlaku berulang kali sehinggakan penyelidik merasakan, penyelidik sangat perlu mencari satu alternatif 4

pengajaran akan berjaya mengukuhkan pembelajaran”.murid dengan segera. 1. tugas utama guru adalah unuk menguruskan bilik darjah. 1994) 5 . Sebagai pengurus pembelajaran.2 Sorotan Literatur Harlen dan Qualter (2004) telah menyatakan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam bilik darjah adalah dalam etos dan persekitaran sosial yang telah dicipta oleh guru. Ini kerana hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana pembelajaran yang menarik” (Syed Ismail dan Ahmad Subki. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran “Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa. Ini menyokong pandangan Loris Malaquzzi (1994) dalam Choong (2008) yang menyatakan “Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh ‘berdiri’ bertentangan sebuah sungai sambil ‘melihat’ air mengalir. 2010) Sudah jelas menunjukkan perkaitan langsung antara pengajaran dan pembelajaran. Melalui permuafakatan yang kukuh. Penyelidik mengharapkan agar tindakan yang diambil berjaya. namun perlu ‘berjalan’ bersama-sama untuk mengharungi arus sungai tadi.baru untuk membantu murid. adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seseorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (Terjemahan) (Loris Malaquzzi.

Selama mana ia disimpan. 1997) Secara umumnya. Proses ingatan melalui tiga peringkat. 6 .Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen berbeza yang pelu bergerak seiringan bagi mencapai objektif tertentu. iaitu peringkat rakaman. Pada peringkat ini. ia boleh diingat kembali bergantung pada sama ada maklumat disusun dengan teratur atau tidak. pembelajaran adalah satu proses yang lebih rumit berbanding kemahiran mengingat. iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. peringkat penyimpanan dan peringkat mengingat kembali. Pengajaran dan pembelajaran juga berkait rapat dengan proses mengingat atau menghafal fakta dan figurasi. Hilgard dan Atkinson (1979) dalam Ee Ah Meng (1997) menyatakan ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis. maklumat dan pengalaman yang disimpan dalam otak diingat kembali untuk membantu individu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Walaubagaimanapun. Peringkat terakhir ialah peringkat mengingat kembali. memori bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna. iaitu hanya cukup untuk diproses. Manakala ingatan jangka panjang adalah kemudahan penyimpanan yang kekal. Ingatan jangka pendek adalah untuk menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja. Ingatan adalah penting bagi semua pengetahuan. Walaubagaimanapun. murid belajar menerusi proses mengingat fakta. proses mengingat semula sering terbatas oleh lupaan. menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. (Kamarudin Husin. Menurut Sharifah Alwiyah (1986).

” (Ee Ah Meng. lupaan gangguan dan lupaan terdesak. Satu daripadanya ialah teknik gabungan huruf pertama. Lupaan gangguan merupakan lupaan yang disebabkan oleh gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Ee Ah Meng (1997) telah mencadangkan cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan adalah mnemonik. (2007) telah mencadangkan beberapa teknik yang biasa digunakan untuk diamalkan dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. 7 . Oleh itu. 1997) Tajul Ariffin Nordin et al.“Lupaan boleh difaham sebagai kegagalan kita untuk mengingat kembali apa yang telah kita alami atau pelajari. “Penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan kita. penyelidik dapat mengkategorikan murid. sama ada untuk sementara waktu sahaja atau untuk selama-lamanya. 1997) Ee Ah Meng (1997) telah mengelaskan lupaan kepada tiga jenis. Manakala lupaan terdesak ialah lupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang mendesaknya melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.murid sebagai lupaan gangguan di mana isi pembelajaran yang lepas telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak kerap digunakan. Lupaan keusangan merujuk kepada lupaan yang disebabkan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang jarang digunakan atau diingat kembali. lupaan keusangan.” (Ee Ah Meng. Berdasarkan jenis-jenis lupaan yang dikelaskan oleh Ee Ah Meng itu.

Breitsprecher’s Edition.murid menengah. 2005). 1990) menyatakan. mereka masih terlibat di dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan mnemonik. (Mohd. 2005) Walaupun murid di peringkat sekolah rendah tidak perlu mempelajari dan mengingati fakta sebagaimana murid.huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. pegwords. Yunus Noor. (Mr.huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenal. terdapat lima cara lain yang boleh digunakan untuk membantu proses mengingat maklumat: abbreviations. Akronim ialah sesuatu yang mudah disebut walaupun ianya tidak mempunyai maksud (Mr. “susunkan huruf. Hal ini disebabkan oleh murid peringkat pendidikan rendah tidak dapat mengingat fakta sebaik murid pendidikan menengah. 2007) Teknik gabungan huruf pertama ini dinamakan akronim.“Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna. (2005) yang menyatakan bahawa murid secara umumnya menegaskan bahawa mereka merasakan Sains adalah rumit. (The Access Center. rhyme and keywords.” Selain daripada akronim. Oleh yang demikian. 8 . Breitsprecher’s Edition. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan dengan jelas bahawa akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf.. Ini menyokong Bucks County Community College (1997) yang menyatakan bahawa akronim ialah satu gabungan huruf yang dibentuk sebagai satu simbol kepada idea yang perlu diingat. Ini disokong oleh Hellen Ward et al. Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya. 2005) Mnemonik adalah satu strategi yang dicipta untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menghafal maklumat baru. acronymic sentences.” (Tajul Ariffin Nordin et al.

dalam Atkinson. Mohd Ismail bin Mustari.” Kemudian.mnemonik adalah satu alat yang berguna bagi membantu murid-murid mengingat faktafakta. adalah lebih baik guru menyediakan mnemonik tertentu kepada murid. Strategi mnemonik ini mula digunakan di dalam pendidikan umum oleh pelajar jurursan bahasa (Uberti. Sementara menghafal sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafalan adalah cara yang paling baik untuk megekalkan ingatan dan kecerdasan otak. guru sepatutnya menunjukkan langkah yang jelas untuk menggunakan mnemonik bagi memperoleh maklumat yang disimpan. Fatah Hasan (1994) menyatakan menghafal adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Ajmain bin Safar. Langkah-langkah tersebut dipraktikkan dan diulang bersama murid sehingga murid jelas dan boleh menggunakannya dengan betul. & Mastropieri. Oleh itu.murid menghadapi masalah menggunakan strategi mnemonik secara efektif sekiranya tiada bantuan dari guru. 1992. (The Access Center. Menghafal memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. 2007) Pendapat ini adalah selari dengan Hwang dan Levin (2002) yang mengatakan murid. Scruggs. 1992) Ab. 1975).murid. (King-Sears et al. contohnya “Ini adalah satu cara yang baik untuk membantu kamu mengingat. 2003) 9 . 2003. guru yang baik bukan sahaja menjelaskan apa yang perlu diingat. Azhar bin Muhammad dan Idris bin Ismail. malah mereka menyediakan cara untuk mengingat. Guru sepatutnya mencipta mnemonik dan kemudiannya menjelaskan kepada murid. Scruggs dan Mastropieri. Semasa mengajar tajuk baru.. (Abdul Hafiz bin Abdullah.

Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini penting kerana muridmurid berpencapaian rendah kebiasaannya memang berhadapan dengan masalah untuk belajar dan mengingat apa yang dipelajari mereka. maka penyelidik telah menjalankan tinjauan awal untuk mengumpul data bagi mencari punca kepada masalah ini khususnya yang disebabkan oleh kelemahan penyelidik dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. penyelidik telah memperkenalkan satu cara untuk membantu murid menangani masalah ini. 2. Contohnya Basic needs dan Life Processes of Living Things. Keupayaan mengingat ini adalah amat penting bagi semua lapisan usia. Penyelidik ingin membaiki situasi di mana murid tidak yakin untuk menjawab soalan berasaskan fakta. murid. Selepas mengajar tajuk 10 . akronim. oleh itu.1 Tinjauan Masalah Penyelidik telah mengajar topik Living Things Undergo Life Processes dalam Minggu kedua dan Minggu ketiga. Bagi tajuk Life Processes of Living Things terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu proses hidup haiwan. Berdasarkan pengalaman penyelidik.murid selalunya keliru antara ketigatiga kelas ini. Penyelidik telah mengenalpasti terdapat masalah lupaan yang berlaku dalam kelas penyelidik terutama bagi tajuk yang memerlukan mereka mengingat.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Kajian ini berfokus kepada keupayaan mengingat murid.2. manusia dan tumbuhan.murid kelas berpencapaian rendah.

penyelidik telah membuat satu rancangan yang mendalam untuk memperincikan kebimbangan penyelidik. merangsang pemikiran analitik dan juga mengenalpasti masalah murid.murid tidak dapat menjawab soalan disebabkan tidak mengingati fakta. Ujian OTI 1 Semasa penyelidik menjalani praktikum di sekolah tersebut. apa yang dapat penyelidik simpulkan ialah murid. satu ujian Operational Target Incremental (OTI) telah dijalankan. Ada antara murid yang berkata “tidak ingat” sebagai respon daripada soalan penyelidik. Reaksi yang mereka tunjukkan ialah kurang yakin dan teragak-agak untuk menjawab.masalah yang timbul kepada murid-murid. Ujian Lisan-Pra Brain (1996) dalam Faridah (2007) menyatakan bahawa soalan membantu guru memperkenalkan tajuk. Penyelidik telah menggunakan beberapa cara bagi meninjau masalah yang dihadapi: 1. Ujian ini dijalankan serentak di semua sekolah di Negeri Terengganu. Mereka memberikan jawapan yang salah. penyelidik telah membuat analisis markah ujian bagi mengenalpasti masalah. Oleh itu.murid dalam usaha untuk memahami konsep-konsep tertentu.ini. Berdasarkan ujian OTI 1 yang dijalankan.fakta atau isi kandungan pelajaran yang lepas. penyelidik 11 . Oleh itu. kurang berkeyakinan sewaktu menjawab soalan yang penyelidik utarakan. 2.

2008) Atas sebab itu. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Setiap kali penyelidik masuk ke kelas. Pemerhatian Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. pemerhatian yang penyelidik jalankan adalah pada waktu pertama penyelidik mengajar tajuk tersebut. 3. penyelidik akan memperuntukkan masa untuk bertanya soalan kepada responden berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran lepas. Kaedah menyoal secara lisan ini sangat sesuai dipraktikkan kepada murid Tahun 4 Siddiq memandangkan mereka terdiri daripada murid berpencapaian rendah yang lemah dalam kemahiran asas menulis dan membaca. Pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik adalah pemerhatian tidak berstruktur. Penyelidik telah menentukan fokus pemerhatian bagi mengenalpasti masalah. 12 . Fokus penyelidik adalah tingkah laku dan respon murid terhadap tajuk yang diajar. penyelidik telah melakukan pemerhatian ke atas murid kelas 4 Siddiq. (Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya penyelidik mengajar tajuk analysing the life processes in animals.telah mengemukakan Ujian Lisan kepada responden bagi mengenalpasti kelemahan responden dalam memahami konsep Animals’ Life Processes.

penyelidik dapati tajuk yang menjadi tumpuan ialah tajuk Life Processes of Living Things iaitu sebanyak 62%. penyelidik telah mengenalpasti responden kajian.murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan ujian.2. Purata ini adalah sangat rendah. 13 . Hasil daripada pengamatan penyelidik. Purata markah keseluruhan murid adalah 18%. Analisis hasil dar tinjauan masalah adalah seperti berikut: 1 Ujian OTI 1 Penyelidik telah mengkaji spesifikasi ujian yang telah ditetapkan dalam OTI 1. Ini menunjukkan murid. Keputusan ujian OTI 1 (Lampiran C) yang diperoleh murid menunjukkan murid mendapat markah rendah.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan instrumen tinjauan masalah. masalah lain yang dihadapi murid ialah murid tidak memahami kehendak soalan. Rentetan daripada keputusan ujian OTI 1. penyelidik telah melakukan analisis. Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian OTI 1 (Lampiran B) tersebut. penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa murid berhadapan dengan masalah mengingat kembali fakta bagi menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan tentang fakta Selain itu. Ini disebabkan oleh soalan yang diberikan adalah dalam Bahasa Inggeris dan tiada terjemahan dalam Bahasa Melayu disediakan.

Pemerhatian terhadap tingkah laku yang telah direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Ujian Lisan-Pra ini dilakukan bertujuan memperhalus masalah yang dihadapi responden. Jawapan yang diberi tidak tepat dan salah. 3 Pemerhatian Penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon murid terhadap topik Life Processes of Animal. sifat dan sikap juga diberi penekanan. penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan-Pra kepada responden. Melalui soalan lisan yang penyelidik utarakan . Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. penyelidik dapati bahawa tingkah laku murid adalah negatif dan perlu diperbaiki bagi memastikan berlakunya perubahan tingkah laku sesuai dengan konsep pendidikan. kerjasama kepada penyelidik yang diberikan oleh responden. Ujian lisan ini merupakan ujian penentuan kepada masalah yang dihadapi murid sebelum tindakan susulan di ambil. 14 . Selain itu.fakta yang telah dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. penyelidik telah mengenalpasti bahawa murid-murid tidak boleh memanggil balik fakta. perhatian kepada penyelidik. Ini menunjukkan murid mengalami lupaan fakta lepas.2 Ujian Lisan-Pra Hasil daripada analisis Ujian OTI 1. Hasil yang diperoleh menunjukkan murid menghadapi masalah apabila penyelidik bertanyakan soalan berkaitan topik yang dipelajari sebelum itu.

3.murid menghafal empat proses hidup haiwan: Defecation. Reproduction.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Kajian Penyelidik telah menentukan objektif umum serta objektif khusus bagi kajian tindakan ini.murid gagal mengingat Life Processes of Animal 2 membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang digunakan 3 mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan 15 .2 Objektif Khusus Objektif khusus kajian tindakan ini ialah untuk: 1 mengenalpasti faktor.1. kajian ini dilakukan untuk membantu murid.1 Objektif Umum Secara umumnya.faktor murid. Excretion dan Breathing menggunakan kaedah Akronim iaitu DREBA.1.3. Antara objektif yang telah ditentukan ialah: 3.0 3.

1 Apakah faktor.murid gagal mengingat “Life Processes of Animal”? 3.2 Soalan Kajian Terdapat beberapa persoalan yang timbul sepanjang penyelidik menjalankan kajian tindakan ini. Penyelidik memilih responden ini kerana responden telah melepasi fasa asas di mana tumpuan utama adalah kepada kemahiran membaca dan menulis.faktor murid.2.2. Purata markah responden bagi ujian OTI 1 yang mereka peroleh adalah 22% dan dikategorikan sebagai rendah.2. Antaranya ialah: 3. Responden yang dipilih memiliki kemahiran membaca dan menulis yang sedikit baik berbanding murid lain dalam kelas tersebut.3 Bagaimanakah tingkah akronim yang dijalankan? laku yang ditunjukkan murid dalam kelas 3.3. 16 .2 Adakah akronim yang digunakan boleh membantu murid menghafal secara lisan? 3.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq Sekolah Kebangsaan Padang Air. Empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan telah dipilih.

Penyelidik telah memilih John Elliot Process Model sebagai rujukan sepanjang kajian tindakan ini dijalankan.1 TINDAKAN Prosedur Tindakan Terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah digunapakai dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. including failure Third Level 17 .0 5. including failure Survey: Reflection on the result of research. Rajah 1: Model Proses John Elliot First Level Second Level Identification of education problem Revision on preliminary s urvey Observation: Look for facts and make analysis Improvement of plan By modification Preparation of a General Plan Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3 Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3 Monitoring: Implementation and effects Monitoring: Implementation and effects Survey: Reflection on the result of research.5.

Penyelidik telah 18 . Pemerhatian juga dibuat secara umum bagi mendapatkan fakta. Ini adalah bertepatan dengan cadangan John Elliott di mana beliau mencadangkan langkah kedua ialah melakukan pemerhatian bagi mencari fakta-fakta dan membuat analisis.murid tidak dapat mengingat semula fakta. Bagi mengesahkan dapatan awal penyelidik. (Lampiran A) Antara instrumen yang telah penyelidik guna untuk mendapatkan maklumat awal ialah OTI 1. Berdasarkan keputusan ujian tersebut serta spesifikasi ujian. penyelidik terlebih dahulu memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.John Elliott.masalah yang dihadapi oleh murid. telah mencadangkan satu lagi model kajian tindakan yang diadaptasi daripada Stephen Kemmis Model.fakta pembelajaran lepas. penyelidik telah menjalankan satu Ujian Lisan. CARN (1985).fakta serta menambah pemahaman penyelidik terhadap punca masalah. seorang Profesor Pendidikan di East Anglia University dan juga Coordinator of Classroom Action Research. Sebelum kajian tindakan ini dilakukan. Selain itu.murid. penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid. 2005) Langkah pertama yang dilakukan dalam Fasa Pertama dalam Model Proses John Elliott ialah mengenalpasti masalah pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun.murid Tahun 4 Siddiq. penyelidik dapati bahawa murid. Model Proses lebih spesifik dan praktikal di dalam proses pelaksanaan. Berdasarkan kedua-dua instrumen. penyelidik telah mengenalpasti wujudnya masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik telah melakukan tinjauan awal bagi mengenalpasti masalah. Pemerhatian dijalankan terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden. (Mok Soon Sang.

penyelidik mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh murid.fakta lepas yang berlaku kepada murid-murid. Langkah empat dalam Model Proses John Elliot ialah pelaksanaan tindakan. Muridmurid tidak menunjukkan minat kepada subjek Sains.mencari punca berlakunya masalah tidak boleh mengingat fakta.murid tersebut berpunca daripada sikap mereka terhadap subjek Sains dan juga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).murid juga merasakan bahawa Sains adalah rumit. Penyelidik telah menyiapkan satu kertas cadangan atau proposal bagi memberi gambaran awal mengenai rancangan penyelidik dan juga persediaan yang akan penyelidik jalankan dalam mendalami masalah tersebut. Bertitik tolak dari itulah maka murid. Setelah penyelidik selesai menyiapkan kertas cadangan. Rangka kerja ini penting sebagai panduan kepada penyelidik untuk menjalankan tindakan. penyelidik mula melaksanakan 19 . Hasil daripada pemerhatian dan analisis yang telah penyelidik buat. Penyelidik telah merancang satu tindakan dalam usaha menangani masalah yang timbul. Akibat daripada pelaksanaan PPSMI. penyelidik mula membina satu rangka kerja bagi menyelesaikan masalah. Rangka kerja tersebut merupakan persediaan rancangan yang telah penyelidik tetapkan. Murid. John Elliott menekankan tentang persediaan rancangan dalam langkah seterusnya. Setelah dianalisis.murid menolak untuk mengulangkaji dan menghafal terma-terma dan fakta. murid-murid telah menghadapi masalah untuk mengingat terma-terma penting.fakta penting berkaitan pembelajaran. Seterusnya.

Hasil daripada tindakan yang telah dilaksanakan. pada kali ini penyelidik telah menggunakan Akronim bagi membantu murid. penyelidik telah mengajar semula topik Life Processes of Living Things.murid menghafal terma-terma dan fakta. E untuk Excretion. penyelidik telah memantau perkembangan dan perubahan tingkah laku setiap murid.fakta penting. Sepanjang minggu tersebut. Penyelidik juga memerhati kesan daripada tindakan yang telah dijalankan.tindakan yang telah dirancang. Walaubagaimanapun. Penyelidik telah menggunakan borang pemerhatian tingkah laku murid bagi merekod perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas responden. penyelidik telah mengkaji hasilnya.murid menghafal proses-proses hidup haiwan. Penyelidik telah mencipta satu akronim yang mudah bagi membolehkan murid. R untuk Reproduction. Sepanjang tempoh tindakan tersebut dilaksanakan. B untuk Breathing manakala A untuk Animal. menilai keberkesanan penggunaan Akronim serta menilai penerimaan responden terhadap Akronim yang penyelidik perkenalkan. Ini 20 . Langkah ini merupakan langkah terakhir dalam Model Proses John Elliot bagi gelung pertama. Akronim tersebut ialah DREBA.murid mudah menghafal terma-terma proses hidup haiwan. Setelah penyelidik memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan. Perlaksanaan tindakan yang telah penyelidik rancang mengambil masa selama seminggu untuk dilaksanakan. D untuk Defecation. Akronim ini direka bertujuan membantu murid. Ini bersesuaian dengan model kajian tindakan yang disarankan oleh John Elliot dimana pada langkah lima. beliau menekankan proses memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan. tingkah laku responden telah berubah dari negatif kepada positif.

responden dikehendaki mengisi petak dalam rajah dengan perkataan dan ejaan yang betul. penyelidik menggunakan rajah di mana responden dikehendaki mengisi rajah tersebut dengan perkataan dengan ejaan yang betul. penyelidik telah memantau pelaksanaan dan kesan penggunaannya. (Lampiran D) Setiap kali responden menyebut DREBA. Responden telah berjaya menyatakan dengan jelas dan tepat setiap proses hidup haiwan iaitu D untuk defecation. Hal ini disebabkan tindakan pada gelung pertama membuahkan hasil kurang memberangsangkan. Hasilnya. Setelah melaksanakan langkah terakhir dalam gelung pertama. Penyelidik dapati. Walaubagaimanapun.dibuktikan melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. responden lemah menyebut dan tidak tahu mengeja defecation. E untuk excretion. Setelah tindakan Rajah DREBA dilaksanakan. B untuk breathing. Ini merupakan langkah ketiga bagi gelung kedua dalam Model John Elliot. Responden menyebut berdasarkan apa yang mereka dengar serta mengeja secara tidak betul. penyelidik telah membaiki kelemahan tindakan terdahulu dengan cara mengubahsuai tindakan. Responden tidak menghadapi masalah mengeja setiap proses hidup tersebut. reproduction. R untuk reproduction. 21 . penyelidik terpaksa meneruskan gelung kedua bagi Model Proses John Elliot. Pada gelung kedua ini. excretion dan breathing. Dapatan daripada Ujian Lisan menunjukkan bahawa tindakan Rajah DREBA adalah berjaya dan lebih baik daripada tindakan DREBA yang terdahulu. Penyelidik telah membuat semakan terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. terdapat kelemahan pada tindakan yang penyelidik jalankan.

Tujuan penyelidik menemubual mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas serta menyokong pemerhatian penyelidik. ujian lisan dan pemerhatian. Tinjauan tersebut penting kerana melalui tinjauan tersebut.2 Cara Mengumpul Data Setelah melaksanakan tindakan. Oleh itu gelung kajian tindakan tidak perlu diteruskan lagi. 22 . 5. penyelidik dapati bahawa Rajah DREBA yang telah penyelidik perkenalkan berjaya dilaksanakan kepada kumpulan sasaran.Seterusnya bagi melengkapkan kitaran kajian tindakan yang telah penyelidik jalankan.2. Instrumen yang digunakan ialah temubual. penyelidik boleh membuat refleksi mengenai keberhasilan tindakan yang telah penyelidik jalankan. Melalui tinjauan yang telah dilakukan. Penyelidik dalam kajian tindakan ini telah mengadakan sesi temubual (Lampiran E) bersama sampel yang terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq. 5.1 Temubual Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi semuka antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemubual. penyelidik telah menyediakan tiga instrumen penilaian bagi menilai keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) temubual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. penyelidik telah membuat tinjauan ke atas pelaksanaan tindakan.

2 Ujian Lisan-Pasca Ujian Lisan-Pasca dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai keupayaan responden menghafal secara lisan Life Processes of Animal menggunakan akronim. (Lampiran F) Ujian Lisan ini dilakukan dengan cara menguji sejauh manakah responden telah berjaya menghafal secara lisan.5. Senarai semak pemerhatian adalah satu cara yang berguna bagi menentukan tingkah laku murid (Ridzuan Ismail.murid.2. Penyelidik mengambil inisiatif untuk melakukan Ujian Lisan di akhir setiap sesi bagi mengenalpasti perubahan yang berlalu kepada responden secara lebih terperinci. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pembolehubah atau aspek yang dikenalpasti. penyelidik telah memilih pemerhatian sebagai satu cara untuk mengumpul data. (Lampiran F1) 5. 2009). Bagi menguji keupayaan responden menghafal. Keputusan ujian telah direkodkan di dalam Borang Ujian Lisan Murid.3 Pemerhatian Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. instrumen yang paling sesuai digunakan adalah Ujian Lisan. (Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian terhadap murid. Penyelidik memfokuskan tingkah laku kerana konsep pendidikan menekankan perubahan tingkah laku dengan cara mengkelaskan murid kepada tingkah laku tertentu semasa proses 23 . Oleh itu. Ujian Lisan ini dijalankan secara berterusan bermula daripada sesi pertama hingga ke sesi kesepuluh. 2008).2.

Baris 16-20) 24 . (M4. (M4. Baris 10). (M5. Baris 16). Baris 26-27) Malas cikgu. Antara faktor yang menyebabkan murid gagal mengingat adalah kerana perasaan malas: Saya malas cikgu. (Lampiran G) 6. Berdasarkan temubual yang dijalankan. Ini bertujuan supaya. Baris 10). (M1. Pemerhatian tersebut telah direkod dalam borang. (M2. Baris 6). (M1. Tak de masa. Baris 7). Baris 3). penyelidik boleh membanding beza perubahan tingkah laku responden. Saya tak minat Sains cikgu. Baris 5). Rasa malas nak baca buku Sains. Baris 9).1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal me ngingat “Life Processes of Animal” Penyelidik telah melakukan temubual separa berstruktur bagi mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid gagal mengingat Life Processes of Animal. Kesemua responden memberikan respon tidak mengingati tajuk tersebut. (M8. (M6. (M3.pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya tak hafal pun lepas cikgu ajar hari tu. penyelidik mendapati bahawa kesemua responden mengalami lupaan.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 6. (M7. Pemerhatian dilakukan pada dua sesi iaitu sesi pertama dan sesi terakhir.

Balik sekolah petang dah. Baris 26-27) Faktor-faktor lain yang diberikan oleh responden ialah: Sebab tak baca buku. (M3. Baris 20) 25 . Baris 20-21) Saya tak hafal pun cikgu. Letih. Tak hafal.Selain daripada faktor di atas. Kerja sekolah banyak. saya tak ulangkaji dah tajuk tu. Baris 19-21) Sokmo saya tidur awal cikgu. (M7. (M8. responden juga menyatakan bahawa mereka ketiadaan masa untuk mengulangkaji dan menghafal: Tak de masa cikgu. Kerja rumah yang cikgu lain bagi banyak. Baris 21-22) Usaha sikit-sikit jah cikgu. Lepas cikgu ajar hari tu. (M6. Baris 12-13) Saya penat cikgu. (M5. (M2. Balik petang dah. Sebab tak masuk ujian.

Kesemua 26 . samada guru penolong atau guru pelatih. (M7. faktor lain yang menjadi punca murid tidak menghafal juga adalah faktor guru. Saya tidak pandai Bahasa Inggeris. Baris 26) Bahasa Inggeris cikgu. Baris 15-16) Payahnya cikgu nak hafal kut orang putih. Saya tak pandai Bahasa Inggeris cikgu. Dalam Bahasa Melayu takde ke? (M5. Baris 24-25) Tambah pula dalam Bahasa Inggeris. Baris 21) Dalam Bahasa Melayu takde ke cikgu? Susah la nak hafal Bahasa Inggeris ni.Secara umumnya. Baris 14-19) Selain daripada dua faktor di atas. responden juga menyatakan bahawa faktor bahasa pengantara menimbulkan kekangan kepada mereka: Sebab dalam Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Inggeris. (M3. Saya tak pandai Bahasa Inggeris cikgu. (M1. Payah nak sebut nama dia. perkara yang disebut di atas boleh dikategorikan sebagai faktor diri sendiri. Selain faktor diri sendiri. Baris 17-18) Nama pelik cikgu. (M6. (M2.

Responden juga menyatakan rakan sebaya tidak membantu mereka mengingat. Dalam ujian lisan ini. Walaubagaimanapun.2 Membolehkan digunakan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang Bagi membuktikan murid. Contohnya. Data dianalisis seperti di dalam jadual yang berikut: 27 . setiap responden dikehendaki menyatakan huruf akronim DREBA dan seterusnya menjelaskan apakah perkataan yang diwakili oleh huruf tersebut. faktor bahasa pengantar. kesemua responden tidak berjaya menghafal akronim DREBA secara lisan. penyelidik telah membuat satu ujian lisan di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan akronim. Setiap responden dikira berjaya menghafal setelah berjaya menyebut huruf dan perkataan. antara faktor yang menjadi halangan kepada mereka adalah faktor diri sendiri.murid telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang digunakan. huruf D mewakili Defecation.responden telah menyatakan bahawa guru tidak membantu mereka untuk menghafal Life Processes of Animal. faktor guru dan juga faktor rakan sebaya. faktor utama yang menjadi kekangan kepada mereka untuk menghafal adalah faktor diri sendiri. 6. Ini menunjukkan. Pada sesi pertama.

lima orang responden telah berjaya menghafal huruf pertama akronim iaitu ‘D’ yang mewakili Defecation. Enam orang responden sudah berjaya menghafal perkataan ‘A’ yang mewakili Animal.Jadual 1: Keputusan Ujian Lisan Sesi 1 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 D X X X X X X X X R X X X X X X X X E X X X X X X X X B X X X X X X X X A X X X X X X X X Begitu juga dengan sesi kedua. 28 . Semua responden tidak berjaya menghafal DREBa secara lisan. M2. Jadual 2: Keputusan Ujian Lisan Sesi 2 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 D X X X X X X X X R X X X X X X X X E X X X X X X X X B X X X X X X X X A X X X X X X X X Pada sesi ketiga. M1. M5. M7 dan M8.

Jadual 4: Keputusan Ujian Lisan Sesi 4 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X X X D R E X X X X X X X X B X X X X X X X X A Pada sesi kelima. Tiga responden berjaya menghafal huruf kedua iaitu R untuk Reproduction. responden M2 berjaya menghafal dua daripada lima Life 29 .Jadual 3: Keputusan Ujian Lisan Sesi 3 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X D R X X X X X X X X E X X X X X X X X B X X X X X X X X X X A Pada sesi keempat. Semua responden berjaya menghafal ‘A’ untuk Animal. responden M1 telah berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal. semua responden telah berjaya menghafal D untuk Defecation.

responden M6. responden M3. responden M3 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal. responden M8 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal. responden M6 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal. Ini dapat disimpulkan dalam Jadual 5: Jadual 5: Keputusan Ujian Lisan Sesi 5 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X X X D R E X X X X X X X X X X X B A Pada sesi keenam. Namun. responden M5 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of Animal. responden M4 dan responden M5 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal pada sesi keenam. responden M4 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of Animal. Begitu juga dengan responden M2. Responden M1 hanya berjaya menghafal empat daripada enam Life Processes of Animal. didapati responden M1 masih belum berjaya menghafal kesemua Life Processes of Animal.Processes of Animal. Data ini diringkaskan seperti berikut: 30 . responden M7 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal. responden M7 dan responden M8.

semua responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animal yang pertama iaitu ‘D’ untuk defecation. Bagi akronim ketiga iaitu ‘E’. hanya empat daripada lapan responden yang telah berjaya menghafal iaitu responden M2. dan juga Life Processes of Animal yang kedua iaitu ‘R’ untuk reproduction. M5 dan M6. M4. Data yang diperoleh adalah seperti berikut: Jadual 7: Keputusan Ujian Lisan Sesi 7 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X X X D R E X X B A 31 . Manakala lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal akronim keempat iaitu ‘B’.Jadual 6: Keputusan Ujian Lisan Sesi 6 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X X X X X X X D R E X X B A Pada sesi ketujuh.

reproduction. excretion. breathing dan animal. Jadual 8 menunjukkan masih terdapat tiga responden yang belum berjaya menghafal akronim DREBA pada sesi kelapan. Data ini direkodkan dalam Jadual 9 seperti yang ditunjukkan berikut: 32 . Jadual 8: Keputusan Ujian Lisan Sesi 8 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 X X X D R E B A Walaubagaimanapun. Namun. terdapat lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal kesemua akronim iaitu DREBA. pada sesi kesembilan penyelidik telah mendapati bahawa semua responden telah berjaya menghafal akronim DREBA beserta dengan setiap perkataan yang diwakilinya iaitu defecation. begitu juga dengan responden M5 yang tidak berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing. Responden M4 tidak berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing.Sesi kelapan kelas pengajaran dan pembelajaran akronim telah menunjukkan dapatan seperti dalam jadual.

penyelidik mendapati bahawa kesemua responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animal iaitu defecation.Jadual 9: Keputusan Ujian Lisan Sesi 9 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 D R E B A Pada sesi kesepuluh. Berdasarkan Ujian Lisan itu. Data diringkaskan ke dalam Jadual 10 di bawah: Jadual 10: Keputusan Ujian Lisan Sesi 10 RESPONDEN M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 D R E B A 33 . penyelidik telah melakukan Ujian Lisan yang terakhir kepada semua responden. reproduction. excretion dan breathing menggunakan teknik akronim Rajah DREBA.

Di akhir sesi kela akronim. penyelidik mendapati bahawa responden telah berjaya menghafal kesemua Life Processes of Animal menggunakan akronim yang dicipta penyelidik. Kemampuan responden menghafal meningkat dari hari ke hari dengan bantuan akromin DREBA. Pada sesi pertama. Selain itu. responden juga memberikan respon yang baik. Pemerhatian dibuat pada sesi pertama dan juga terakhir menggunakan borang pemerhatian tingkah laku (Lampiran F). responden menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran. semua responden memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung. Tujuan pemerhatian dilakukan pada dua sesi ini ialah bagi mengenalpasti perbezaan sikap murid di awal sesi dan juga sikap murid di akhir sesi. 6.Jika dibandingkan pencapaian responden bermula daripada sesi pertama hingga sesi kesepuluh. data menunjukkan berlaku peningkatan dalam proses mengingat atau menghafal responden.3 Untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan Bagi mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang dijalankan. penyelidik telah melakukan pemerhatian kepada responden. Pada sesi pertama. tiada responden yang berjaya menghafal Life Processes of Animal. sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kelas akronim sesi 34 . namun di akhir sesi kesepuluh. Namun. Ini menunjukkan tingkah laku positif masih dikekalkan. Responden juga menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung.

semua responden tidak berjaya menjawab Ujian Lisan yang telah disediakan oleh penyelidik. Di akhir sesi kesepuluh. Penyelidik telah membuat satu lagi pemerhatian pada sesi kesepuluh. Masing. Berlaku komunikasi dua hala yang sangat aktif antara guru dan responden pada sesi kesepuluh. Hasilnya responden telah berjaya menjawab soalan yang dikemukan secara lisan.lumba untuk menjawab setiap soalan dan latihan yang dikemukan oleh guru. penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan.masing saling tuding menuding. 35 . Responden juga saling berlumba. respon yang diberikan oleh responden adalah baik sepanjang kelas berlangsung. semua responden menolak untuk menjawab. Komunikasi antara guru dan murid adalah terhad dan pasif. Responden telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Responden juga tidak menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi. Responden tidak menunjukkan keyakinan untuk boleh menjawab.pertama ini. Responden menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Responden telah menunjukkan sifat yakin boleh sepanjang sesi kesepuluh berjalan. Tiada lagi riak wajah yang cemas dan takut seperti di sesi pertama. Responden juga tidak menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah penyelidik mengemukakan soalan. Pemerhatian yang dilakukan adalah menggunakan borang yang sama. komunikasi dua hala tidak berlaku secara aktif antara guru dan responden. (Lampiran F) Pada sesi kesepuluh. Responden kelihatan ‘takut’ dan ‘risau’ sepanjang kelas berlangsung.

Berikut adalah dapatan kepada kajian.lumba untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru Murid menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang P&P Murid gembira sepanjang kelas berlangsung Murid berjaya menjawab Ujian Lisan di akhir sesi P&P 8 8 8 8 8 8 0 8 0 8 0 0 8 8 7. Ketiga-tiga instrumen tersebut digunakan untuk mendapatkan data bagi mencapai objektif tertentu.0 DAPATAN Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sepanjang kajian adalah temubual. ujian lisan dan pemerhatian. 36 .Ringkasan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik dapat ditunjukkan dalam jadual: Jadual 11: Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Murid Tingkah Laku Murid Sesi Pertama Sesi Kesepuluh Murid memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung Murid menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung Murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan P&P Murid berlumba.

antaranya ialah diri sendiri. murid mestilah belajar bersungguh-sungguh. Pelaksanaan PPSMI di sekolah juga menjejaskan keupayaan murid menghafal. Yunus Noor (1990) menyatakan dengan jelas bahawa dalam pembelajaran. responden menyatakan mereka merasakan PPSMI adalah masalah besar bagi mereka untuk memahami dan seterusnya menghafal isi kandungan pelajaran. Berdasarkan temubual semuka yang telah penyelidik jalankan. Faktor diri sendiri ialah faktor utama responden gagal menghafal.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal me ngingat Life Processes of Animal Melalui temubual semuka yang telah penyelidik jalankan. (Gay. Orang lain. 1992) Dalam hal ini. Perbezaan antara struktur. Snow. bahasa pengantar. penyelidik mendapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan responden menghafal. seperti ibu bapa dan guru hanya boleh membantu. Mohd.7. guru sepatutnya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Dalam proses bimbingan. Faktor bahasa pengantar juga merupakan penyumbang kepada kegagalan murid untuk menghafal. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) menyatakan murid yang memerlukan bimbingan adalah murid yang mengahdapi masalah dari segi iintelek. emosi ataupun sosial. member tunjuk ajar atau member petua-petua sahaja. guru dan rakan sebaya. murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang 37 . rohani. 1988. nilai dan tanggapan terhadap bahasa ibunda dan bahasa kedua menyebabkan murid mengalami masalah untuk berjaya.

2 Membolehkan digunakan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang Keupayaan menghafal inidividu adalah berbeza antara satu sama lain. guru perlu membimbing murid menghadapi masalah yang melibatkan akademik. Kesimpulannya. rakan sebaya. terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan tersebut.boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perkembangan kanak-kanak. guru-guru serta alam persekitaran. guru dan rakan sebaya. guru perlu membantu murid menyediakan panduan untuk mengingat. Ini jelas menunjukkan. Namun di akhir sesi kesepuluh. Ini dapat dilihat berdasarkan Ujian Lisan yang telah penyelidik jalankan pada akhir setiap sesi kelas akronim. faktor utama yang menyebabkan murid gagal menghafal adalah faktor diri murid sendiri. Pendapat ini adalah selari dengan Ee Ah 38 . Teori Ekologi Bronfenbrenner dalam Mok Soon Sang (2008) menjelaskan perkaitan murid dengan persekitaran mereka yang mana kebanyakan murid berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa. semua responden telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang digunakan. Setelah menyelesaikan satu tajuk. 7. Walaubagaimanapun. Ini menunjukkan akronim berjaya membantu responden menghafal isi kandungan lepas. antaranya ialah bahasa pengantar.

Ingatan jangka panjang pula memerlukan latihan berulang-ulang. Melalui dapatan ini. Latihan yang berulang.ulang telah membina jaringan ingatan jangka panjang dalam minda responden. Atkinson dan Shiffrin (1971) dalam Mok Soon Sang (2008) telah mengelaskan ingatan kepada tiga komponen utama. penyelidik merumuskan bahawa menerusi penggunaan akronim. Sebahagian kecil maklumat seterusnya dipindahkan kepada ingatan jangka pendek. ingatan sensori hanya dapat menyimpan maklumat dalam masa yang singkat.ulang sepanjang sepuluh sesi kelas akronim. penyelidik mendapati bahawa responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animals. Ini adalah selari dengan pendapat penyelidik di mana penyelidik telah membuat latihan berulang.Meng (1997) yang menyatakan penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan murid. Pendapat penyelidik juga selari dengan The Access Center (2007) yang menyatakan mnemonik dicipta untuk meningkatkan ingatan terhadap maklumat kunci. penyelidik telah berjaya membantu responden untuk menghafal Life Processes of Animal. Ingatan jenis ini hanya dapat menyimpan maklumat secara otomatik dalam tempoh 20 hingga 30 saat sahaja. ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. iaitu stor ingatan sensori. Setelah menggunakan akronim. Mengikut Model Ingatan Pemerosesan Maklumat Atkinson dan Shiffrin. 39 .

Perubahan tingkah laku responden dari negatif kepada positif telah menunjukkan bahawa kelas akronim yang dijalankan telah berjaya. tokoh pendidikan Islam di Indonesia juga menyatakan pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik.3 Mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan. Responden menjadi lebih berani apabila pada sesi kesepuluh.7. Hasrat penyelidik untuk melihat perubahan tingkah laku dari negatif kepada positif serta mengekalkan tingkah laku positif dalam diri responden telah tercapai. Responden juga lebih gembira ketika berada dalam kelas akronim yang dijalankan berbanding ketika sesi pertama. Dapatan ini selari dengan Mok Soon Sang (2008) yang menyatakan bahawa peranan utama pendidikan ialah untuk membina tingkah laku manusia. penyelidik telah mengenalpasti perubahan tingkah laku responden sepanjang sepuluh sesi kelas akronim yang dijalankan. Hamka dalam Mok Soon Sang (2008). Antara perubahan tingkah laku yang telah dicapai oleh responden ialah peningkatan tahap keyakinan diri responden untuk mejawab soalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Pendapat ini juga telah menyokong hujah beberapa tokoh-tokoh pendidikan timur contohnya Confucius (551 – 479 SM) dalam Mok Soon Sang (2008) yang menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Menerusi instrumen pemerhatian yang telah penyelidik jalankan.lumba untuk menjawab berbanding dengan pada sesi pertama. mereka berlumba. 40 .

Ini seperti dinyatakan dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) yang menjelaskan bahawa tanggungjawab guru adalah untuk membentuk tingkah laku murid. sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran. Antara cadangannya ialah: 1. kebolehan. perubahan tingkah laku murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon Sang (2008) di mana beliau berpendapat pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal. Contoh instrumen penilaian lain yang mungkin boleh digunakan dalam kajian seterusnya ialah analisis dokumen. 41 . penyelidik telah berjaya mengubah tingkah laku responden dari negatif kepada positif dan dalam masa yang sama mengekalkan tingkah laku positif yang sedia ada sepanjang kelas akronim berjalan. 8. pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Melalui kajian tindakan yang telah penyelidik jalankan. terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penyelidik seterusnya sebagai kesinambungan dari kajian ini. Hujah ini bersesuaian dengan tugas penyelidik sebagai pembentuk tingkah laku sepanjang kelas akronim berjalan. Guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembentuk tingkah laku. Menggunakan instrumen penilaian selain daripada instrumen yang digunakan penyelidik dalam kajian ini. Kesimpulannya.Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan. intelek. manfaat dan kemajuan dalam kehidupannya.

penyelidik seterusnya harus mencipta akronim baru untuk kegunaan murid mereka. Tempoh masa yang diambil untuk melaksanakan Rajah DREBA juga mungkin lebih singkat. Penggunaan akronim ini juga boleh digunakan untuk mengajar tajuk lain dalam Sains. Teknik Rajah DREBA ini juga boleh diaplikasi kepada golongan murid berpencapaian tinggi dalam akademik. Contoh mnemonik lain yang mungkin boleh digunakan ialah ayat akronimik dan kata kunci. 5. Selain daripada penggunaan akronim. Guru tersebut boleh diminta menilai perubahan yang belaku setelah tindakan dijalankan. Namun. Selain itu.2. 42 . 4. 3. penyelidik seterusnya boleh mencipta mnemonik lain bagi membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. penyelidik menyarankan agar kajian seterusnya melibatkan guru sebagai responden.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->