TUGASAN 2 Huraikan lima aspek ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

PENGENALAN Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifatsifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

Secara ringkasnya. yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. berorientasikan pelanggan. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. profesional.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. Sebagai ahli akademik dan guru. Segala pemikiran. oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Hindari segala keburukan. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. INTEGRITI Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. unggul. maksiat. semangat berpasukan. tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain.NILAI-NILAI BITARA Bitara membawa maksud unik. personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan . 1. ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten Sebagai contoh. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa. kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.T. amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.

Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. amanah. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk ³mencuri tulang´ atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.yang cemerlang di UPSI. akauntabiliti dan telus. Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Dengan demikian. Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan. . Dalam membentuk personaliti Bitara ini.

Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika. anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Sebagai contoh.2. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Berdasarkan konteks ini. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan muridmurid juga mesti dijaga. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. PROFESIONAL Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. cinta ilmu dan kompeten. iltizam. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat . Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. organisasi adalah sekolah kita. anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki.

Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid. Berdasarkan cara ini. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurangkurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan muridmurid. anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat.dipupuk dan direalisasikan. Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. .

Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan. Terdapat empat ciri guru yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas. SEMANGAT BERPASUKAN Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan.3. budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan. bangsa dan budaya supaya persefahaman. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. haruslah . ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama. fokus matlamat. Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri. salah faham dan prasangka dapat dielakkan. hormatmenghormati. anda sebagai guru boleh membantu muridmurid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan.

Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga. tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. . harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai. seniority dan tahun pengajian. Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan.

Antara . rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. kaunseling. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. Sebagai sebuah kerjaya keguruan. Dewasa ini. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar. Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Media juga turut melaporkan keskes lain seperti guru memukul murid. perubatan. ibu bapa pelajar. kejuruteraan.TUGASAN 3 1(a) huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan. akauntan. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. berketerampilan. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin. Sama ada kita sedar atau tidak. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. perniagaan dan sebagainya. perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti.

Guru juga adalah seorang yang profesional.bidang profesional yang terlibat adalah keguruan.30 pagi hingga 1. berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak . waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah. Oleh itu. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus. Di Malaysia. perubatan. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. konsep profesional merujuk kepada ciri ± ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. perundangan dan lainlain. sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993). esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang.15. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Walau bagaimanapun. Sepanjang tempoh ini. kejuruteraan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan. murid ± murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub.

Apabila sikap ini wujud. berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. melepak di kantin. maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. dan etika kerja yang lemah. kurang komitmen dalam kerja. kurang nilai dalam kehidupan. maka guru-guru menjadi lebih berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin . Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah.menepati masa memasuki kelas. bergosip. guru tidak menepati masa keluar daripada kelas. guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguhsungguh. Pertama. indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook. ber¶chatting¶. guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian.

guru ± guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. rakan sejawat. Akhirnya. pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Pertama.dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Selain itu. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. maka semua pihak termasuk pihak pentadbir. Dengan cara ini. individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat . Jika pihak pentadbir tidak mampu. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung. Dengan cara ini. Seterusnya. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.sifat yang ideal sebagai . maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan adanya pemantauan secara berterusan. segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya.

Sejak akhir-akhir ini. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. . mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu. guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya. guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri. Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar. semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian. melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian. Sebagai contoh. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri. Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang.seorang guru. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. 2008). Akhir sekali. Akhir sekali.

Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Pertama. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah. pekeliling-pekeliling dan arahan . Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan .arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan.Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Menyedari hakikat ini.undang. peraturan kewangan. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang . Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah. pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. 18 September 2008).yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan µTatasusila Profesion Perguruan¶. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Oleh yang demikian. bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Secara kesimpulannya. pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Jelasnya. Seterusnya. guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan . Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri.

Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Kebiasaannya. guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di dalam kelas. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua . Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik.memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Selain itu juga. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan.

³Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan. . jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Semalam. Justeru itu. Lok Yim Peng. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya. masyarakat. oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa. berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar. Semua golongan termasuk ibu bapa. kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia. bukan sebaliknya. bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.´ katanya.aspek kehidupan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani. sifatsifat (kelakuan. sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. perasaan. Manakala. Menurut Abdul Jalil (1998). pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas. boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. jasmani. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger. tingkah laku devian. dapat mengawal perasaan diri. seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya.1(b) huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. sahsiah merujuk kepada . 2011). pemikiran. Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. sikap yang beramah mesra. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan. tingkah laku. Menurut Siti Fatimah (1993). Berdasarkan kesemua aspek tersebut. individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin. tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat. 2008). sikap. intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal.

Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian. intelek. dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman. Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan pencabulan yang sering diperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak yang besar serta menyeluruh dalam segala aspek. 1995). bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng. Ini merangkumi perangai. peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun. 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru. fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. dimana guru merupakan individu yang dianggap mulia oleh ibu bapa serta masyarakat. sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. sikap. 2006). Sahsiah manusia boleh diperhati. murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. kecerdasan. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir. sentimen. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesan adalah aspek profesion perguruan itu sendiri. kepercayaan. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak. emosi dan perlakuan manusia. cita-cita dan nilai-nilai. Selain itu. berasa. Maka. Namun. perasaan. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi. 1992). maka profesion . Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.sistem tingkah laku individu. Allport (dalam Cloninger. minat. 1999).

Selain itu juga. kepercayaan dan kemuliaan seorang guru itu terpancar jelas daripada raut wajag seorang guru. Isu ini akan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yang mulia. ia memberikan kesan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi mempunyai kriteria yang baik dan jiwa sebagai seorang pendidik. nama baik serta integriti Kementerian Pelajaran Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam hebat orang masyarakat. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Oleh hal yang demikian. guru tidak lagi dianggap sedemikian kerana isu rogol dan pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masa sekarang. masyarakat juga akan memandang serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di persekolahan. Wujud persoalan di kalangan orang awam yang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka bertanyakan bahawa adakah Kementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan penjenayah atau melahirkan para pendidik yang berwibawa?. Oleh hal yang demikian. tetapi pada masa sekarang. . Kementerian Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat serta orang awam akan menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien dalam menghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Apabila kita menyebut guru.perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk menghantara nak mereka di persekolahan. Persoalan seperti ini akan memberikan impak yang besar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri.

Apabila isu ini berlaku. keperibadian seorang guru itu boleh disangkalkan. isu pencabulan dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah ini merupakan keperibadian. perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya. sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. bukan menjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak didik mereka. . Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat. Ini aka menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara lita. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain di mana keperibadian. sikap dan tingkah laku guru. Oleh hal yang demikian. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu sikap yang negatif.Selain daripada itu.

Pendekatan ini juga menutarakan mengenai pandangan terhadap manusia di mana. Pendekatan yang dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam masyarakat sendiri. penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku. Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. . Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak. tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional. seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Teori pembangunan sahsiah yang diguna pakai dalam membuat perkaitan mengenai isu ini adalah pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat. Oleh itu.1(c) kaitkan isu tersebut dengan satu teori pembangunan sahsiah.

Hall dan Lindzey. ego dan superego. dimana sistem kerjanya dengan prinsip kesenangan ³pleasure principle´. karena ia merupakan filter dari sensor baik. Ego adalah bahagian kepribadian yang bertugas sebagai pelaksana. komponen. tetapi energi tersebut terbatas. sehingga tidak mungkin dipisahkan. struktur kepribadian manusia itu terdiri dari id.buruk. dimana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realita dan berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongandorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Id bagian tertua dari aparatur mental dan merupakan komponen terpenting sepanjang hidup. salah-benar. boleh. maka pribadinya bertindak dengan cara-cara . sifat. namun semuanya berinteraksi begitu erat satu sama lainnya. dalam psikodinamika masing-masing bagian dari kepribadian total mempunyai fungsi. prinsip kerja dinamika dan mekanisme tersendiri. implusif dan agresif dan ia akan mengumbar impuls-impuls primitifnya. Id adalah komponen kepribadian yang berisi impuls agresif dan libinal. maka pribadinya akan bertindak primitif. dimana dinamika kepribadian itu terdiri dari cara-cara untuk mendistribusikan energi psikis kepada id. maka satu diantara tiga sistem itu memegang kontrol atas energi yang ada. jadi kepribadian manusia itu sangat ditentukan oleh energi psikis yang menggerakkan. Superego adalah bagian moral dari kepribadian manusia. (2) apabila rasa ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu. Menurut Calvil S. Id dan instink-instink lainnya mencerminkan tujuan sejati kehidupan organisme individual. Gerald Corey menyatakan dalam perspektif aliran Freud ortodoks.tidak sesuatu yang dilakukan oleh dorongan ego. Cara kerja masing-masing struktur dalam pembentukan kepribadian adalah: (1) apabila rasa id-nya menguasai sebahagian besar energi psikis itu.STRUKTUR KEPRIBADIAN DALAM PANDANGAN FRUED Dalam teori psikoanalitik. Jadi id merupakan pihak dominan dalam kemitraan struktur kepribadian manusia. manusia dilihat sebagai sistem energi. dengan mengorbankan dua sistem lainnya. ego dan super ego.

dan sudah ada sejak lahir Aspek biologis dari kepribadian. sistem kepribadian yang dasar. Id mulai berkembang pada usia bayi. Jadi untuk lebih jelasnya sistem kerja ketiga struktur kepribadian manusia tersebut adalah: Pertama. mengatur dan mengendalikan kepribadian. mengejar hal-hal yang sempurna yang kadang-kadang irrasional.sedangkan pertimbangan halal dan haram dalam mencari makan adalaj kerja Super ego. karena ia merupakan sumber utama dari energi psikis dan tempat timbulnya instink. yang memutuskan untuk mencari dan mendapatkan serta melaksanakan itu adalah kerja ego. buta. dan (3) apabila rasa super ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu. dan banyak tuntutan dengan selalu memaksakan kehendaknya. Kedua. dimana ketika manusia itu dilahirkan ia hanya memiliki Id saja. maka pribadinya akan bertindak pada hal-hal yang bersifat moralitas. minum. superego dan dunia luar. Jadi lapar adalah kerja Id. terdapat naluri-naruli bawaan. Ego ini muncul disebabkan oleh kebutuhan-kebutuhan dari suatu organisme. logis. Ia bertindak sebagai penengah antara instink dengan dunia di sekelilingnya. memperoleh kenikmatan sosial.yang realistik. berisi keinginan-keinginan yang belum tentu sesuai dengan norma. Id merupakan sistem kepribadian yang orisinil. Ego mulai berkembang usia 2-3 th. menghindari rasa sakit. Ego mengadakan kontak dengan dunia realitas yang ada di luar dirinya. Di sini ego berperan sebagai ³eksekutif´ yang memerintah. Id tidak memiliki organisasi. Id akan Menjalankan fungsi tindakan refleks dan proses berpikir primer. sumber energi psikis. Aktivitas Id dikendalikan oleh prinsip kenikmatan dan proses primer. Id biasanya menuntut segera dipuaskan (the principles of constancy). Ego . Id juga merupakan kondisi Unconsciousness. seperti manusia lapar butuh makan. bagian kepribadian yang paling primitif. sehingga prosesnya persis seperti ³polisi lalulintas´ yang selalu mengontrol jalannya id.Id terdiri dari dorongan (impuls) dasar :kebutuhan makan. eliminasi. dan rasional.

Selain itu. superego adalah yang memegang keadilan atau sebagai filter dari kedua sistem kepribadian. menurut pendekatan ini. baik-buruk. perkaitan pendekatan mengenai mausia oleh Sigmund Freud ini adalah di mana manusia dilahirkan dengan naluri yang semula jadi. Super Ego juga terdiri dari : kata hati (nurani) & ego ideal. Ego merupakan hasil kontak individu dengan dunia luar/lingk (The realita of principles) dan penengah tuntutan id dan superego. Ego menjalankan fungsi dengan proses berpikir sekunder (rasional). yang sesuai dengan norma-norma moral masyarakat. Super Ego merupakan aspek sosiologis kepribadian. Terbentuk melalui internalisasi nilai-nilai atau aturan-aturan dari significant others. Berfungsi dalam legislatif dan yudikatif. manakala beliau juga menyatakan bahwa sifat manusia adalah tidak rasional. tidak sosial dan tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan. Di sini dapat dijelaskan bahawa. Di sini superego bertindak sebagai sesuatu yang ideal. Ego berada pada tingkat pra sadar. Keinginan untuk mempunyai pasangan dan keinginan nafsu yang tinggi tersebut merupakan satu sikap atau naluri yang dikongsi oleh manusia dengan haiwan. 3) mendorong individu ke arah kesempurnaan. Super ego Mulai berkemb usia 4-6 tahun. 2) mengarahkan ego pada tujuan yang yang sesuai dengan moral ketimbang kenyataan. sehingga tahu benar-salah. Fungsi utama: 1) pengendali id. boleh-tidak dan sebagainya.merupakan aspek psikologis kepribadian. Ketiga. maka manusia yang terdorong untuk melakukan perbuatan seperti pencabulan dan rogol tersebut adalah berdasarkan kehendak dan naluri kehaiwanan atau lebih dikenali sebagai nafsu. keinginan untuk melakukan perbuatan rogol dan pencabulan tersebut adalah disebabkan naluri kehaiwanan yang diterangkan dalam pendekatan tersebut. Dalam isu yang telah dikupaskan iaitu isu rogol dan pencabulan. menyatakan bahawa desakan paling utama dalam diri samada lelaki atau perempuan adalah mendapatkan . sistem kepribadian yang berisikan nilai-nilai dan aturan yang sifatnya evaluatif.

Sebaliknya. apabila melihat anak gadis yang tertarik dan menarik. menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu. kawalan nafsu ini haruslah dipelihara dan dijaga rapi kerana nafsu atau naluri kehaiwanan terseut akan menyebabkan terjadinya jenayah-jenayah seperti rogol dan pencabulan terhadap murid-murid. justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Selain itu. maka desakan dan dorongan tersebut menjadi lebih menigkat. Maka terhasillah tingkah laku. Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. setiap manusia samada lelaki atau perempuan mempunyai keinginan yang tinggi dalam nafsunya.kepuasan nafsu sendiri. Selain daripada itu juga. tindak balas yang selari dengan kehendak perogol daripada mangsa juga menjadikan guru tersebut tinggi akan desakan naluri kehaiwanan dan mendapatkan kepuasan nafsu sendirinya. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. . ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti. Sebagai seorang guru. jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral. Dalam konteks isu rogol ini. dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut. id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan.

maka ego akan menjalankan tanggungjawabnya di alam atau dunia realiti.guru tersebut tidak mempunyai sebarang kekuatan yang kuat pada superegonya di mana guru tersbut tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut. tingkah laku pencabulan dan rogol tersebut terus dilakukan oleh guru tersebut kerana superegonya tidak dapat mengawal dan menghalang ego daripada terus bertingkah laku dan memainkan peranannya di dunia realiti. Naluri atau kehendak untuk melakukan seks pada peringkat ini menjadi kenyataan dan menjadi realiti kerana pada peringkat ini. tahap yang seterusnya adalah superego di mana superego ini merupakan satu piawaian moral yang menentukan samada sesuatu tingkah laku tersubut harus dilakukan atau tidak. Oleh hal yang demikian. Manakala ego seperti apa yang diutarakan dalam pendekatan ini adalah diri yang sedar dan berprinsipkan naluri. Naluri primitif ini lebih dikenali sebgai kehendak. dan ia nya tidak berada di dunia yang nyata atau dunia realiti. Selaini itu. Sekiranya. pendidikan moral yang tinggi dan sebagainya. kehendak ini berada dalam pmikiran yang tidak sedar. Berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut. dorongan dan rangsangan yang diterima selari atau signifikan dengan kehendak id. . ia nya menjadi tingkah laku. pada tahap ini.Menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia ini mengenai isu pencabulan dan rogol adalah di mana id merupakan satu naluri bawah sedar yang primitif. Oleh hal yang demikian. kehendak untuk melakukan pencabulan dan rogol tersebut berlaku pada tahap atau struktur ini. naluri primitif yang terlibat adalah kehendak untuk melakukan hubungan seks yang tinggi.

Personality development: Core concepts in therapy. Great Britain: MPG Books Ltd. Theories of personality: Understanding persons (5th Ed. S. Australia: Wadsworth Cengage Learning. Ee Ah Meng (1996).).E. V. Theories of personality. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. D & Schultz.RUJUKAN Abdul Jalil Borham (1998). Asas-asas masyarakat cemerlang. P. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. New Jersey: Pearson Education Inc. Bodmin. Schultz. (2008). (2003). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. (9th ed. . Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Cloninger. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Psikologi perkembangan. Simanowitz. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. S. (2009 ). Cornwall. Petaling Jaya: Longman.). & Pearce.