Assalamualaikum.... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.

YBhg Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato’ Azhar Ibrahim, Setiausaha BPUN, YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman, Bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan wakil Ketua-Ketua UMNO Bahagian. Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Adun-Adun yang dihormati. Para Pemberita, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut bersama-sama dengan saya didalam mengharungi isu yang panas ini. Alhamdulillah saya tidak keseorangan dalam mengharungi isu mi, malah selain dari sahabat-sahabat yang hadir pada “Press Conference” ini, saya yakin diluar sana masih ramai lagi orang Melayu yang bukan sahaja dari Pulau Pinang akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air turut bensama-sama dengan saya. Saya berdoa kehadhirat Allah S.W.T semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran didalam menghadapl musibah ini. Saya juga berdoa kehadhirat Allah Yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam meniti ujian Allah S.W.T di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barokah ini, Amin.. “Firstly I want you to know that I am not a racist. I have many Chinese and Indian friends who are not only in politics, sports or business but also in my daily life. I have no problems in my relationship with them. My father was a contractor and all my brothers are also contractors. I have grown up and mix with the Chinese community even during my childhood day. I am not going to be apologetic, I am not going to apologise as I did not owe any apology to anyone in this issue. I have done nothing wrong.” Kenyataannya ialah saya telah dibicarakan di dalam makamah media di mana media mendapati saya bersalah adalah tidak adil dan tidak profesional kerana tidak mendapat penjelasan balas daripada saya lalu terus

menghukum saya. Sepatutnya “I am innocent until proven guilty” tapi malangnya ini tidak berlaku, lebih malang lagi “when there are some Chinese extremist who has branded myself as a racist. However, there are many Malays who considered me as a nationalist.” Saya akui bahawa dalam tempoh seminggu tersebut saya telah mengambil sikap berdiam diri dahulu kerana saya mahu melihat dan menilai perkembangan yang akan berlaku. Saya juga dalam tempoh tersebut sesungguhnya berada di Bangkok, Thailand kerana membawa Skuad Sepaktakraw Negara ke Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai. Dalam tempoh tersebut juga, saya telah berbincang dengan kawan-kawan saya dan pada hari ini saya bersedia memberi kenyataan balas. Ini membolehkan saya membuat keputusan yang tidak tergesa-gesa dan terburu-buru tidak seperti beberapa orang pemimpin Cina yang telah membuat komen-komen yang melulu dan tidak berasas yang menampakkan ketidakmatangan mereka dan telah membantu memanaskan isu yang tak berasas ini. Sukacita saya menjelaskan bahawa ceramah saya pada 23hb. Ogos, 2008 adalah didalam kelompok Melayu dan Islam. Sebagai pemimpin kerdil saya cuba memberi kesedaran kepada mereka yang sebangsa dan seagama dengan saya adalah tidak salah bagi saya sebagai pemimpin UMNO untuk bercakap kepada orang-orang UMNO tentang perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam kerana ini adalah selaras dengan perlembagaan Parti UMNO itu sendiri yang memang menuntut perjuangan untuk bangsa Melayu dan agama Islam. Dalam Perlembagaan parti kami tidak ada termaktub bahawa kami kena berjuang untuk orang Cina. Apa yang telah saya katakan semasa ceramah tersebut dan ingin memberi penjelasan yang Iebih nyata disini adalah seperti berikut: Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah membawa masuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong-lombong bijih dan orang-orang India untuk bekerja di ladang-ladang getah. Kemudian British telah membangunkan kawasan-kawasan yang di diami oleh orang-orang Cina. British telah membina klinik-klinik, hospital dan juga sekolah-sekolah untuk orang-orang Cina tersebut. Maka orang-orang Cina telah mendapat pelajaran Iebih awal dari orang-orang Melayu. Ini Tanah Melayu adalah milik nenek moyang kita orang Meayu. Orang Cina hanya menumpang di Tanah Melayu pada ketika itu namun di atas ketidakadilan British, bangsa yang menumpang telah mendapat pendidikan dan menafaat lebih awal dari anak watan.

Maka itu pejuang-pejuang kemerdekaan telah meletakkan asas-asas perjuangan yang fundamental ketika itu. Selepas lebih 10 tahun merdeka, jurang ekonomi diantara orang Melayu dengan orang Cina begitu ketara sekali. Berlaku ketidakpuasan hati sehingga meletuskan peristiwa hitam yang berdarah iaitu rusuhan antara kaum pada 13 Mel 1969 yang telah meninggalkan kesan yang amat medalam dan pahit keatas seluruh rakyat Malaysia. Maka selepas Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara, beliau dan rakan-rakan telah menyedari bahawa orangorang Melayu telah jauh ketinggalan di dalam pelbagai bidang. Maka Allahyarham Tun Abdul Razak dan rakan-rakan beliau telah mengwujudkan Dasar Ekonoma Baru demi memberi keseimbangan kepada bangsa Melayu agar orang Melayu juga akan maju di tanah airnya sendiri. Pakatan Rakyat mahu menghapuskan DEB dan kononnya mahu sama rata. Mana mungkin dalam masyarakat majmuk berlaku sama rata. Apakah orangorang Cina sanggup berkongsi kekayaan mereka sama rata dengan orangorang Melayu? Tentu tidak! Maka itu hak dan keistimewaan orang Melayu tidak harus dipertikaikan, DEB harus terus dikekalkan. Semasa menuntut kermerdekaan, orang-orang Melayu telah rela dan sanggup memberi hak kewarganegaraan kepada orang-orang Cina. Namun hak ini diberi bila mana orang-orang Cina juga telah pada masa itu bersetuju bahawa Hak dan Ketuanan Melayu tidak boleh dan tidak akan dipertikaikan. Dan Agama Islam adalah Agama Rasmi Negara yang pada ketika itu disebut Tanah Malayu dan juga dikenali dengan nama Malaya. Ini kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pemimpin kita dahulu. Hak kewarganegaraan diberi kepada orang Cina adalah sebagai satu pakej dimana orang Cina akan menerima dan menghormati hak-hak dan Ketuanan Melayu. “It comes with a package”. Orang Cina tidak boleh hanya menerima hak kewarganegaraan dan kemudiannya mempertikaikan Hak dan Ketuanan Melayu. Bila ini berlaku maka berlakulah suatu “Breach of Contract” terhadap kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dahulu. Saya ingan menambah, jika orang-orang Cina boleh mempertikaikan Hak dan Ketuanan Melayu, maka dalam konteks yang sama orang-orang Melayu juga berhak mempertikaikan Hak Kewarganegaraan orang-orang Cina. Siapakah yang mula mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu? Jawabnya pemimpin-pemimpin Cina. Maka itu kini tiba masanya pula untuk orang Melayu membangkitkan dan membalas apa yang telah dimulakan oleh pemimpin Cina. “It is just fair”.

Apakah bila orang Cina mempertikaikan hak kami orang Melayu - mereka tidak salah dan bilamana kami orang Melayu bercakap tentang orang Cina — ianya menjadi salah dan kami di anggap dan di cop sebagai “Racist this is not fair”. DEB bukan sahaja meliputi bidang perniagaan akan tetapa ianya juga untuk memastikan agar anak-anak Melayu akan mendapat pendidikan yang baik. Kalau dulu tidak ramai orang Melayu yang berjaya menjadi Jurutera, Arkitek, Peguam ataupun Doktor, namun hasil dari DEB, kini ramai orang Melayu yang telah berjaya menjadi profesional. Kini kita ada ramai Arkitek Melayu, Jurutera Melayu, Peguam Melayu, dan Doktor Melayu serta didalam lain-lain profesion lagi. Kalau DEB ditamatkan, bagaimanakah nasib orang Melayu akan datang? Manakala hasrat DEB, dari segi memperkayakan orang-orang Meayu juga tidaklah bererti kita mengambil kekayaan orang Cina dan diberi kepada orang Melayu. Akan tetapi kita perbesarkan kek ekonomi negara dimana menjadi harapan kita semoga 30% dari kek ekonomi yang dibesarkan itu akan mampu dimiliki oleh Melayu dan Bumiputra. Namun begitu, tidaklah pula kek yang dibesarkan itu dapat sepenuhnya kepada bumiputra. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana projek Felda ketika dimulakan dulu. Sebelum peneroka Felda masuk, hutan-hutan perlu dibersihkan - Siapakah yang mendapat kontrak pembersihan hutan? - orangorang Cina. Kemudian rumah-rumah kediaman untuk peneroka-peneroka Felda nak dibina - Siapakah kontraktor pembinaan rumah-rumah untuk peneroka tersebut? - Orang-orang Cina. Manakala didalam pembinaan tersebut, siapakah pula yang membekal bahan-bahan binaannya? - Orang-orang Cina. Kemudian bila peneroka telah berjaya, siapakah yang buka kedai-kedal perabot yang dibeli oleh peneroka-peneroka? — Orang-orang Cina. Kemudian siapakah pula yang membuka kedai-kedai menjual motorsikal ? Orang-orang Cina. Dengan ini jeaslah bahawa bila Kek ekonomi dibesarkan, bukan sahaja orang Melayu yang mendapat menafaatnya, akan tetapi orang-orang Cina pun tidak kurang mendapat keuntungannya. Maka itu, amatlah penting agar orang-orang Cina tidak cuba menyakiti hati orang-orang Melayu dan demikianlah juga orang-orang Melayu pun harus berusaha menjaga hati orang-orang Cina agar negara ini akan tetap aman

makmur dan harmoni yang mana nikmatnya akan dirasai oleh seluruh rakyat. Perpaduan antara kaum amatlah perlu agar rakyat akan hidup aman damai. Saya tidak menafikan bahawa didalam ucapan saya pada 23hb. Ogos yang lalu saya ada menyebut bahawa orang-orang Cina hanya menumpang di tanah air kita. Namun “I was referring to” Pra Merdeka, malah disaat ketika British masih lagi menjajah negara kita. Saya yakin saya tidak salah. Sememangnya dari segi fakta sejarah - Pra Merdeka - adalah tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang Cina adalah pendatang dan menumpang ditanah air kita. Saya tidak “Create” Isu Perkauman. Yang jahatnya adalah pemberita yang telah memanupulasikan ucapan saya dan beliau sendiri mempunyai agendanya tersendiri. Beliau yang tidak mematuhi etika “reporter” telah dengan sengajanya membuat isu tersebut menjadi sensitif dan beliaulah yang bertanggungjawab menjadikan ianya Isu Perkauman. “So, it is the reporter who is Racist and not me.” Walaupun pada 24hb. Ogos akhbar Sin Chew Jit Poh telah memanupulasikan ucapan saya. Namun pada 25hb. Ogos semasa berceramah di Bilik Gerakan BN Bukit Indera Muda sebelum YAB Perdana Menteri memberi ceramah beliau, saya telah membuat penjelasan “to rectify the issue”. Kenapa tidak ada “reporter” yang “pick-up” dan membetulkan balik isu tersebut. Dengan ini jelaslah bahawa “reporter” tersebut mempunyai agendanya sendiri. Saya juga difahamkan bahawa “reporter” tersebut bukanlah “reporter” yang “cover” isu-isu politik tetapi telah mengganti tempat kawan beliau. Namun persoalannya...tentulah Editor akhbar tersebut telah menyemak laporan beliau. “So” saya dengan tegasnya menyatakan bahawa saya tidak akan minta maaf diatas kesalahan yang dibuat oleh “reporter” tersebut. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang-orang Cina adalah menumpang di Tanah Melayu sebelum Merdeka. Kalau lihat sejarah Tanah Melayu Pra - Merdeka, sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang disini. Diantara syarat mendapat kemerdekaan ialah bukan Melayu diberi kerakyatan. Ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada bukan Melayu ketika itu. Bagi Melayu, iaitu Tuan Tanah pula mendapat apa? Mereka diberi Hak Keistimewaan dibawah artikel 153 Perlembagaan. Maka Hak-Hak yang diberikan dibawah Perlembagaan memang tidak sama. Ini adalah sejarah “political” serta hakikat Perlembagaan yang wujud sehingga kini. Ini bukan soal perkauman atau Ketuanan Melayu tetapi hakikat persetujuan yang termeterai diantara Melayu dan pendatang Pra-Merdeka ketika itu. Maka nakallah sesiapa jua yang cuba memutar belitkan fakta sejarah sebagai modal politik perkauman.

“I am firm with my statement”. “Reporter” tersebutlah yang patut minta maaf bukan sahaja kepada orang-orang Cina kerana beliau telah sengaja membuat isu perkauman mengikut agenda beliau sendiri tetapi juga harus meminta maaf kepada saya dan keluarga saya serta juga kepada seluruh orang Melayu dan Umat Islam di tanah air kita. Dan yang perlu meminta maaf juga adalah pemimpin-pemimpin Cina yang telah melayani nafsu mereka dengan membuat komen-komen yang melulu dan membuta tuli serta telah menyebabkan isu ini menjadi lebih panas lagi. Ini juga termasuklah pemimpin-pemimpin Cina di dalam Barisan Nasional. Kita faham bahawa Mesyuarat Agung parti-parti berkenaan akan diadakan tidak lama lagi. Namun janganlah cuba meneguk di air yang keroh. Saya amat hairan Tan Sri Koh Tsu Koon sendiri “being carried away” dan telah hilang pertimbangan akalnya dan telah membuat komen-komen yang tidak matang. Tan Sri Koh Tsu Koon telah cuba mengalih kelemahannya dengan menyatakan bahawa isu inilah yang menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pauh. Saya cabar Koh Tsu Koon untuk melihat dirinya di dalam cermin dan jangan cuba mencari “the scape goat” serta hentilah bermain sandiwara yang mana beliau begitu amat arif. Terimalah hakikat bahawa orang-orang Cina sudah tidak menyokong beliau lagi dan Parti Gerakan pimpinan beliau serta tak usahlah nak cari kambing hitam. Seperkara lagi, yang ingin saya mengambil kesempatan disini, izinkan saya menasihatkan 3 orang pemimpin-pemimpin Gerakan khususnya dari Bahagian Bukit Bendera supaya berpandangan jauh. Dalam isu, ini walaupun mereka membuat kenyataan didalam akhbar-akhbar Cina, namun orang Melayu telah membaca terjemahannya. Kami merasa sedih dan amat marah setelah 18 tahun kami orang Melayu menyokong mereka - mereka tergamak mempolimik dan mempolitikkan isu ini dan jelas sekali mereka cuba berusaha membuat “character assassination” bersama beberapa orang pemimpn Cina lain terhadap pemimpin Melayu di Bukit Bendera. Dengan itu saya cuba bayangkan bagaimanakah mereka akan mendapat sokongan dari orang Melayu di Bukit Bendera sekiranya mereka atau wakil Gerakan akan bertanding didalam Pilihanraya-pilihanraya Umum yang akan datang “after the damage has been done”.

Apakah mungkin Koh Tsu Koon dan Parti Gerakan mempunyai sesuatu agenda tersendiri kebelakangan ini dan mereka sekadar hanya mencari alasan dan penyebab untuk membolehkan mereka merialisasikan agenda tersebut.

AGENDA APA? LU PIKIRLAH SENDIRI.........
Dalam “PC” ini juga, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini dan amat berharap agar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tidak mudah melatah. Sebagai Ahli Parti dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera saya mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin saya agar jangan terlalu lemah dan keterlaluan di dalam menjaga hati orang lain sehingga hati Melayu sendiri terluka. Di Pulau Pinang khusunya, terimalah hakikat bahawa majoriti orang Cina tidak menyokong BN. Sebagai bukti, didalam PRU ke 12 Gerakan dan MCA kalah semua kerusi DUN dan Parlimen yang ditandinginya. Namun jangan lupa dari 15 kerusi yang ditandingi oleh UMNO, 11 kerusi mendapat sokongan orang Melayu. Janganlah kerana terlalu hendak menjaga hati bangsa lain kita tampak seolah-olah lemah sehingga melukakan hati dan perasaan orang Melayu yang selama ini menyokong kita. Berhat-hati dan jangan sampai pula orang Melayu lari dan tidak menyokong kita di masa akan datang. Saya minta agar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO harus tegas dan berani serta tidak terlalu mengikut telunjuk orang lain. Pemimpin-pemimpin Melayu harus bangun dan sedar dari sekarang. Kita hendaklah bersatu dalam mempertahankan Hak dan Maruah Bangsa kita.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful