PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU ULASAN DALAM PENDIDIKAN SEMASA Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, Mohd Taufek

Bin Mohd Noh, Fatimah Zahra Binti A.Jamil, Zuazlina Binti Mohd Sadri FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK

Kertas ini mengulas tentang kaedah, teknik atau pendekatan yang berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan pelajar juga menyentuhlatar persoalan kajian. Setiap kaedah atau teknik yang diwujudkan, lahir daripada kajian terhadap masalah atau isu yang berkaitan dengan penagajaran dan pembelajaran. Data menunjukkan pencapaian pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah lebih berpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajia oleh Affandi bin Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk ³Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas.. Selain itu, kaedah yang dinyatakan dalam ulasan ini disertakan dengan definisi dan ciri-ciri penting kaedah pembelajaran yang berkesan.

1.0

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah µautonomous¶ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru
1

Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. maka ini dikatakan teknik. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Mok Soon 2 . Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Jadi. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. maka itu adalah kaedah. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa. maka itu satu teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. iaitu teknik dan pendekatan.kepada berpusat murid mengambil masa. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986).

Berbalik. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Forebel dan sebagainya. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah. seperti kaedah kuliah. walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas. iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. masalah yang utama iaitu 3 . 1982) Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta¶dib dalam pendidikan. demonstrasi. kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama. 2. inquiri penemuan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik. Socrates.0 Latar Belakang Masalah Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Sekiranya guru hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. tetapi ia merupakan wasilah.Seng (1992). Padanya. Atan Long (1981) dan lain-lain. simulasi. mengajar adab serta membentuk akhlak. Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987). Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long.

guru lebih suka menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran yang utama. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi bin Ag. Oleh itu. tetapi lebih kepada berpusatkan guru. dan aktiviti yang sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar. Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanya tertumpu kepada buku teks semata-mata. Ghani dalam tesis yang bertajuk ³Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu.´ 4 . bahan. guru mestilah merancang kaedah.kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah. Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas. Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Johor Bahru´. strategi dan teknik mengajar oleh guruguru tidak dapat menarik minat pelajar Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Petikan di dalam tesis beliau menyebut ³Semasa proses pengajaran dalam kelas. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.

Selain itu. mereka seringkali mengantuk. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diubah kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan keperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan kehidupan sebenar. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesan mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian. bermain. 3. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran 5 . Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses tranformasi. Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi implikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Sewaktu P&P dijalankan. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja.Justeru. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akan mememastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma mereka sebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.0 Pernyataan Masalah Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan.

Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Dalam perkembangan berkaitan. menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Sehubungan dengan itu. Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar . Semasa proses menyiapkan tugasan. guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut. kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran Pendidikan Islam.secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar. rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat. pandangan atau mengemukakan soalan. Oleh itu. pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal. pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Dengan lain perkataan. Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan. 6 .

bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan. Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat. 2006. guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri. 2000). menggunakan sekolah. Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu. serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari. kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan 7 . seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir. Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain. berinteraksi. rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran. dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). Selain itu. tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How. pekerjaan.0 Pembelajaran berpusatkan pelajar Keefe.4. Selain itu. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu. pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu : i.Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. simulasi dan pengajaran reflektif. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif. minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja.. juga dalam pembelajaran koperatif. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah: i. 2000 terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan. 2002) . Di sini. Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir. 1996 dalam Giam Kah How. Daya berfikir. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka Menurut Syidam Abdullah. semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut. bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah 8 . Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri. Menurut Freiberg. iii. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. ii. mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar.mereka sendiri. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. iv. dimana guru hanya sebagai fasilitator. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama.

ii. Ciri-ciri Pentingnya. pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik. 2009). tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan. kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar. kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab.melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif. menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah. perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah. pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru. iv. Selain itu. penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan. aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. masalah secara koperatif menganalisis dan menyelesaikan iii. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkahlangkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan 9 . Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. pendapat. Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. mengenalpasti. Ciri-cirinya. pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu.

vi. kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. domino. mengatasi halangan. mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran. dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. permainan manipulatif termaksuk teka-teki. Ciri-ciri Pentingnya. kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif. peranan peserta agak luas. fizikal dan permainan bahasa. logik dan objektif apabila menghadapi masalah. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar. dalam simulasi. permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal 10 . analisis dan kritis. tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. menghasilkan sesuatu yang diingini. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya.masalah yang dihadapi. jadual bernombor. v. Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaranpembelajaran ialah manipulatif. Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. catur dan congak. peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

projek yang sesuai dengan objektif pelajaran. viii. 1997). membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif ia juga dalam menghasilkan sesuatu projek. permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna. kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan. Ciri-ciri Pentingnya. A. tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa 11 kesan kepada pembelajaran. Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.digunakan dalam pergerakan. tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek. . Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.M. dan kemahiran fizikal. bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi. bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar. kecekapan. kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. kordinasi. memperkembangkan pembelajaran melalui projek yang hendak dibuat hendaklah pengalaman melaksanakan aktiviti. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. vii. Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee.

sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara. kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah. ia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap yang diharapkan. Selaras dengan itu. Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan. isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk.memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia. 12 .

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. kaedah & strategi. Suhaida Abdul Kadir.Bibliografi Abu Saleh. Kepelbagaian. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986).al. Riyadh: Dar Al-Huda. Kaedah hayati amali. Azela Abdullah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Ilmu pendidikan: pedagogi. Kajang: Masa Enterprise. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Universiti Malaya. Surabaya: Bina Ilmu. Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Metodologi Pendidikan Islam. Hasan Langgulung (1981). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Diterima Daripada http://www. Suhaida Abdul Kadir et. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Pada 11/01/2010. 4. Kuala Lumpur: Heinemann. 2006. Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional] 13 .com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah .scribd. Azman Wan Chik (1987).. Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Universiti Putra Malaysia: Jurnal Pendidikan 2006. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 2009. ctk. Mok Soon Seng (1992). Gaya Pembelaran Dan Budaya. Muhibuddin Ahmad (1988). Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah. 2002.

tidak diterbitkan. 14 .com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. . Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. pada 11/01/2010. 2008.Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Social Dalam Pendidikan Perakaunan. Diterima daripada http://www. Universiti Putra Malaysia.scribd. Pada 11/01/2010. Abtribusi Pencapaian.Terhadap Prestasi. Syidam Abdullah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful