P. 1
Project Sejarah Tingkatan 3 2011

Project Sejarah Tingkatan 3 2011

|Views: 4,810|Likes:
Published by Anand Kukreja
My sejarah projek, do what u want with it, but just remember, change the names.....
My sejarah projek, do what u want with it, but just remember, change the names.....

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Anand Kukreja on May 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2012

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH TINGGI KOTA KINABALU, KOTA KINABALU

KAJIAN SEJARAH 2011 DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

NAMA : TINGKATAN : ANGKA GILIRAN : NAMA GURU :

Anand Kukreja 3 Ceria HA018K043 Pn. Yong Shu Lan

T.Tangan Murid

T.Tangan Guru

«««««««««««««« (Anand Kukreja)

«««««««««««««««. (Pn. Yong Shu Lan)

Senarai Kandungan Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Elemen 3 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Penghargaan Saya ingin menggunakan peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Pihak yang turut menyumbang kepada penghasilan projek ini, terutama sekali ibu bapa saya yang mendorong saya sepanjang perjalanan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada guru sejarah saya, Cikgu Yong Shu Lan, yang menolong dalam menjawab apa jua soalan yang saya ada. Selain itu, saya ingin memrakamkan terima kasih kepada kawan-kawan saya, terutama Bishant Kumar, Daniel Siew Woon Chen, Tan Ping Quan, Rayvinshie Selvadurai, Hong Yi Zhi dan Mohd Nuwair Aysrani bin Musa kerana membantu mendapat informasi yang diperlukan untuk penghasilan projek ini. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai DBKK yang menolong saya mendapat informasi yang terperinci tentang sejarah DBKK.

Objektif Kajian Objektif Kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenali DBKK Kajian ini dapat membuat pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang peranan DBKK dalam pentakbiran Sabah. 2. Semangat Patriotisme Secara tidak langsung, semangat patriotisme dapat diterapkan di dalam minda pelajar 3. Memperluas pengalaman dalam membuat sesuatu kajian Dengan menghasilkan Kajian sejarah ini, pelajar dengan tidak langsung akan mempelajari kaedah-keadah untuk membuat kajian yang bermutu.

Pengetahuan ini boleh digunakan apabila mereka dewasa kelak.

Kaedah Kajian Dalam penghasilan projek ini, saya telah menggunakan beberapa Kaedah untuk mengumpulkan maklumat, iaitu:

1. Internet Saya telah melayari laman web DBKK untuk mendapat maklumat yang diperlukan.

2. Temu Ramah Saya telah menemu ramah beberapa pegawai dari DBKK untuk mendapat maklumat yang diperlukan.

3. Lawatan Saya telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negeri Kota Kinabalu dan ke bilik sumber DBKK untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.

4. Risalah Saya telah menggunakan risalah dan buku-buku dari DBKK untuk mendapat maklumat yang diperlukan oleh kajian ini.

Hasil Kajian Institusi Pentakbiran Tempatan Sebagai badan pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) menjalankan fungsi dan peranan mentakbir Bandaraya Kota Kinabalu ke arahmencapai matlamat bandaraya mesra insan dan mesra alam. Fokus utama DBKK adalah kebersihan, keindahan dan keselamatan merupakan agenda berterusan DBKK di bawah pentakbiran Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di dalam memastikan matlamat mejadikan Bandaraya Kota Kinabalu tumpuan dunia menjadi nyata. Misi DBKK merupakan untuk mengurus takbir bandaraya kota kinabalu melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus, dan professional untuk kesejahteraan masyarakat setra pembangunan yang seimbang. Visinya pula merupakan untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya peranginan semula jadi dengan pembangunan yang mampan, mesra dan sejahtera menjelang 2020. Zon pentakbiran utama dengan keluasan keseluruhan adalah 350 kilometer persegi. Zon pentakbiranyang dimaksudkan adalah Zon 1(KK Proper, Segama, Sinsuran, Kampung Air, Bandaran Berjaya, Natikar, Padang Merdeka), Zon 2(Tanjung Aru, Kepayan Ridge, Sadong Kaya, Sembulan), Zon 3(Karamunsing, Sri Gaya, Luyang, Hiltop, Gaya Park, Jalan Lintas), Zon 4(Likas), Zon 5(Damai, Kolombong, Sebahagian kawasan Inamam), Zon 6(Menggatal, sebahagian kawasan Inanam, Sepangar Telipok, Indah Permai).

C t

i

i

Mayor Bahagian Audit Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Teknikal Timbalan Ketua Pengarah

Jabatan Pengurusan Sumber manusia Jabatan Hal Ehwal Koprat Jabatan Kewangan dan Korprat Jabatan Penilaian Jabatan Pengurusan dan Pelaburan Harta Jabatan Perundangan

Jabatan Perancangan Bandaraya Jabatan Kesihatan dan Prekhidmanatan Bandar Jabatan Kejuruteraan Jabatan Komputer Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi Unit Penyelidikan dan Tander Jabatan Landskap Jabatan Penguatkuasa Jabatan Pengurusan Suburban

Latar Belakang Pada tahun 1881, sebuah penempatan awal telah ditubuhkan oleh British North Borneo Chartered Company. Pada tahun 1899, sebuah penemuan tanah di Teluk Gaya dinamakan Jesselton. Pada jangka masa 1942-1945, Kesselton ditakluki oleh tentera Jepun. Pada tahun 1945, apabila Jepun mengunduri tenteranya, seluruh Jesselton musnah akibat peperangan yang berlaku. Pada 1946, Borneo utara dijadikan koloni british. Pada 16 September 1963, Sabah mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Malaya dan membentuk Malaysia. Pada tahun 1967, Jesseltok bertukar kepada Kota Kinabalu dan Lembaga Bandaran Kota Kinabalu ditubuhkan(Pengerusi pertama YBhg. Datuk Lai En Kong) Pada tarikh 1 Januari 1979, Lembaga Bandaran Kota Kinabalu ditukar nama kepada Majlis pembandaran Kota Kinabalu.(Pengerusi pertama YBhg. Datuk Kamaruddin Lingam). Pada 2 Febuari 2000, Kota Kinabalu diberi status Bandar Raya. Majlis Pembandaran Kota Kinabalu ditukar nama kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) Undang- undang . yang telah diluluskan oleh DBKK adalah 27 undang-undang kecil, local government ordinance 1961, town dan country planning ordinance 1950, trades licencing ordinance 1949, public entertainment¶s ordinance 1958, Public health ordinance 1960, Enakmen Bandaraya kota kinabalu 1996 dan enakmen hidup liar 1997.

Fungsi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai banyak peranan. Satu daripada fungsinya ialah untuk menjaga kebersihan dengan menyediakan perkhidmatan pembandaran seperti pembuangan sampah, pembentungan, pembersihan paritm longkang dan pemotongan rumput. Selain itu, fungsinya juga ialah untuk menyediakan dan memelihara kemudahan awam bagi keselesaan penduduk umpamanya jalanraya, parit parit, lampu-lampu jalan, tempat letak kereta, pasar-pasar awam, pusat peranginan dan kemudahan awam. Sementara itu, fungsinya juga ialah untuk menyedia dan menyelenggara keindahan Bandar dan kemudahan rekreasi seperti tamantaman, pantaipantai, tepian dan pemisah jalan, tempat pelancongak dan peranginan. Akti iti merancang dan mengendali pembangunan dengan Ordinan Perancangan Bandar dan UndangUndang Kecil Bangunan melalui pelan-pelan pembangunan, bangunan dan pengawalan bangunan karam merupakan satu lagi peranan DBKK. DBKK juga bertanggungjawab untuk mengendali kesihatan umum melalui penguatkuasaan Undang -Undang dan pengawalan melalui lesen-lesen perniagaan, pejaja-pejaja dan sebagainya. DBKK juga akan melabur dalam projek-projek pembangunan yang menuntungkan untuk menambah sumber kewangan. Akhir sekali, DBKK bertanggungkawabnuntuk memperbaiki kualiti

kehidupan melalui penyediaan dan pengawalan kemudahan yang berfaedah kepada warga kota.

Peranan setiap Jabatan di dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab untuk Pengurusan pembangunan organisasi, pengurusan latihak kakitangan dan peperiksaan anggota/kakitangan, pengurusan perkhidmatan, pengurusan pencen, saran, kemudahan dan Pusat Sumber dan maklumat Personal.

Jabatan Hal ehwal Korprat Jabatan Hal Ehwal Koprat berkuasa dalam pengerusan mesyuarat dan pengurusan fail, pengurusan bekalan dan inventori, pengurusan kebudayaan dan pelancongan, pengurusan pejabat, perhubungan awam dan antarabangsa, dan mengurus semua aduan awam.

Jabatan kewangan dan belanjawan Jabatan kewangan dan belanjawan bertanggungjawabdalam perancangan dan analisa kewangan DBKK, pengurusan dan pentakbiran kewangan, pengurusan pengeluaran lesen perniagaan, dan penyelerasaan permohonan peruntukan pembangunan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Jabatan penilaian Tanggungjawab Jabatan penilaian ialah untuk melaksanakan Kerja penilaian ke atas hartanah berkadar untuk tujuan taksiran, pengurusan pemprosesan dan kelulusan papan iklan dan pengurusan nama kawasan, jalan, nombor bangunan.

Jabatan pengurusan dan pelaburan harta Jabatan pengurusan dan pelaburan harta pula bertanggungjawab dalam pengurusan hartanah DBKK secara keseluruhan, pengurusan jual beli rumah milik DBKK/penyewaan harta milik DBKK, pengurusan dan pembangunan G S, dan pengurusan terminal bas bandaraya.

Jabatan perundangan Jabatan Perundangan bertanggungjawab untuk menasihat undang -undang, pendakwaan dan pembelaan, mengkaji serta menggubal undang -undang, dan menyediakan serta menggubal dokuman perjanjian, usahasama dan kontrak.

Jabatan perancangan bandaraya Jabatan perancangan bandaraya bertanggungjawab untuk perancangan dan pembangunan bandaraya ke arah ³Natura City Resort´, pemprosesan pelan pembangunan, pelan bangunan, sijil menduduki bangunan, pengurusan pengangkutan awam da pengurusan n lalu lintas, dan menyediakan garis panduan yang jelas dalam melaksanakan pelan pembangunan bandaraya.

Jabatan kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan berfungsi untuk menyelenggara jalanraya, perparitan, Kerja tanah, pembentungan, lampu jalan, bangunan/struktur, dan laluan pejalan kaki.

Jabatan Komputer Jabatan Komputer bertanggungjawab untuk memberukan kh idmat bantuan CT kepada semua jabatan dan pengguna, penyelenggeran sistem computer, pengurusan pembangunan sistem komputer, pengurusan menaiktaraf sistem rangkaian DBKK, dan menguruskan perolehan perkakasan dan perisian.

Jabatan penguatkuasaan Jabatan penguatkuasaan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undangundang yang digunapakai oleh DBKK, menguruskan penaja dan peniaga kecil, menguruskan kesihatan umum dan menguruskan maklumat dan pendidikan awam.

Jabatan landskap Jabatan landskap bertanggungjawab untuk menguruskan pelan induk landskap untuk perancangan dan pembangunan landskap seluruh bandaraya,menguruskan dan penyelenggaran landskap seluruh bandaraya, menguruskan dan penyelengaran taman taman awam, menguruskan pelan landskap/kawasan lapang untuk sijil menduduki, meningkatkan tanaman pokok dari pelbagai saiz, bentuk dan jenis sebagai usaha penghijauan, menganjurkan aktiviti sosial, rekreasi, dan mengurus tapak semaian untuk keperluan harian dan jangka panjang.

Jabatan pengurusan suburban Jabatan pengurusan suburban bertanggungjawab untuk menguruskan dan melaksana projek luar bandar, menguruskan gerakan desa program pembangunan rakyat termiskin, menguruskan jawatankuasa gerakan bencana alam, dan menyelaras perlantikan ketua ketua kampung, JKKK.

Jabatan penyeledikan dan koordinasi Jabatan penyelidikan dan koordinasi bertanggungjawab untuk mengenal pasti keperluan stratergik untuk pembangunan sosio ekonomi, fizikal dan persekitaran serta pertumbuhan bandaraya sebagai pusat pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan aktiviti sosial, mengadakan penyelidikan berhubung pemban gunan sosio ekonomi dan persekitaran bandaraya, memantau pelaksana program pembangunan sosio ekonomi bandaraya Kota Kinabalu, bertindak sebagai coordinator antara Jabatan -jabatan dalam dan luar DBKK, menyelaras program LA21 dan bertindak sebagai penyelaraskepada jawatankuasa pameran DBKK.

Bahagian Audit Dalam Jabatan bahagian audit dalam bertanggungjawab untuk menguruskan penilaian sistem perakaunan dan sistem kawalan dalaman, memeriksa maklumat akaun dan kawalan transaksi, dan mengkaji perlaksanaan tugas, dasar, perancangan dan prosedur DBKK

Unit perolehankontrak dan tander Unit perolehan kontrak dan tander bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan kontrak dan tander, dan menggubal prosedur dan menyediakan garis panduan tander dan kontrak.

Peranan DBKK 1. Pendidikan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan program seperti kempen Pejabat tanpa sampah dan kempen kampung tanpa sampah untuk mendidik masyarakat tentang cara untuk membuang sampah dengan betul. 2. Kemasyarakatan Acara seperti Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Bersama Masyarakat dapat memperkukuh semangat kemasyarakatan yang sedia ada dalam hati masyarakat. 3. kebudayaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakanpersembahan kebudayaan sempena Hari Ulangtahun Bandaraya setiap tahun. 4. Pelancongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan buku µCity Guide¶ untuk kemudahan pelancong ynag berkunjung ke Kota Kinabalu.DBKK juga mempromosikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan yang unik.

Perkembangan DBKK 1) Sumber kewangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai banyak sumber kewangan, antaranya adalah cukai am dan cukai pintu, yuran tandas awam, dan saman seperti saman kereta dan sebagainya. 2) Kemajuan yang dicapai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) telah menyediakan kemudahankemudahan asas seperti lorong pejalan kaki berbumbung dan tandas awam bertaraf 5 bintang. DBKK juga telah mewujudkan taman-taman awam ynag bersih dan mesra pengguna.DBKK juga mempertingkatkan tahap keselamatan awam dengan membanteras jenayah.Ini semua untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah Bandaraya yang bersih, indah dan selamat. 3) Penghargaan\pengiktirafan DBKK akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 bagi semua proses kerja utama di DBKK 4) Perancangan masa hadapan DBKK akan merancang ke masa depan dengan menjadikan Kota Kinabalu bebas sampah, memperkasakan Rakan Bandaraya dan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Rumusan Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Dalam penghasilan kerja krusus sejarah, saya telah mempelajari tentang fungsi-fungsi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) dengan lebih mendalam lagi. Ini membolehkan saya untuk menghargai peranan DBKK. Justeru itu, disarankan masyarakat sekeliling supaya bekerjasama dengan pihak DBKK untuk menjaga kebersihan, keindahan dan keselamatan di kawasan masing -masing demi mencapai kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Akhir sekali, sayaberbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, khususnya Sabah kerana megetahui negeri ini mempunyai organisasi yang berdedikasi dan berjiwa rakyat seperti DBKK.

LAMPIRAN

Rujukan
Risalah
Kenali,2011,Terbitan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Orang Sumber
Pn. Siti Amirah Binti Osman (Pegawai Bilik Sumber JPSM, DBKK) Pn. Sarinah Madkassim (Pegawai Pejabat Pengarah JPSM) Pn. Noratas@Hayati Owin (Pegawai Bahagian Perhubungan awam DBKK) En. Fred Stanislaus(Pegawai Khidmat Pelanggan DBKK)

Internet
Laman Web Rasmi DBKK-http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/news

Lawatan
Saya telah melawat ke bangunan DBKK dan untuk mendapat maklumat yang diperlukan.

Elemen 3 Bagaimanakah institusi pentakbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
Institusi pentakbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sesebuah kawasan memang mampu memainkan peranan penting dalam proses memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita khasnya Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dalam hal ini, institusi pentakbiran tempatan telah dipertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai tugas mahupun aktiviti demi memperkukuh intergrasi nasional di Negara ini. Antara program yang telah dijalankan termasuk mengadakan Hari Bersama Masyarakat dan Hari Bertemu Pelanggan. Program-program ini bukan sahaja mampu memupuk nilai persefahaman dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara kita malahan mesyarakat yang berbilang bangsa juga berpeluang bekerjasama dan tolong -menolong antara satu sama lain semasa mereka menganjurkan dan menjayakan sesuatu program. Nilai bersatu padu dan berharmoni juga dapat dipupuk semasa mereka ynag terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran BewanBandaraya seperti Kempen Kitar Semula, Kempan Pejabat Tanpa Sampah, Kompleks Pusat Beli-Belah Tanpa Sampah, dan Kampung Tanpa Sampah. Di samping itu, semangat muhibah atau semangat bermasyarakat juga dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat semasa aktiviti seperti gotong-royong diadakan di sesuatu tempat.Tambahan pula, masyarakat setempat juga berpeluang untuk belajar tentang nilai bertolak ansur dan bertoleransi sesame sendiri agar dapat hidup secara aman dan damai di sesuatu tempat. Seterusnya, Dewan Bandaraya juga berfungsi untuk menjaga kebersihan setempat dan bertanggungjawab untuk memungut cukai tanah serta cukai pintu.Tugas-tugas ynag dijalankan mampu melatih masyarakat setempat agar bertindak wajar iaitu mematuhi peraturan dan undang undang untuk membayar cukai ynag ditetapkan oleh pentakbir tempatan.Tindakan i secara tidak ni langsung membuktikan atau menonjolkan sikap rakyat yang menyokong kerajaan dan melibatkan diri dalam usaha penbangunan Negara.

Gambar ini menunjukkan saya bersama dengan pegawai yang ditemuramah, Encik Fred Satnislaus yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di DBKK.

Gambar di atas menunjukkan sijil-sijil pengiktirafan MS SO 9001:2008 yang dianugerahkan kepada DBKK.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->