You are on page 1of 34

Meningkatkan Penguasaan Fakta Sejarah dengan Menggunakan Tema

oleh
Pn. Siti Hajar Ismail
Pn. Heah Chew Tee
SMK Teknik Taiping
34600 Kamunting

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei

dalam kalangan pelajar Tingkatan V. Kaedah yang digunakan ialah kaedah
tema. Seramai lapan orang pelajar Tingkatan V Pengajian Keusahawanan
telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dilaksanakan oleh
seorang guru penyelidik. Tinjauan awal telah dilakukan melalui soalan soal
selidik dan juga ujian pra. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar kurang
mahir dalam menjawab soalan esei. Kesukaran mengingat fakta
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan baik. Oleh
itu, suatu perancangan tindakan telah dilakukan bagi meningkatkan
kemahiran menjawab esei dengan memperkenalkan kaedah tema untuk
mengingat fakta sejarah. Kajian ini dijalankan semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Maklumat yang diperoleh menunjukkan peningkatan
daripada segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab soalan
esei sejarah dengan menggunakan kaedah ini. Setelah kajian tindakan
dilakukan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi kesemua
pelajar sasaran kajian. Secara keseluruhan, kajian tindakan ini dapat
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam
menjawab soalan esei sejarah.

1.0 REFLEKSI MASALAH

Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kesukaran menjawab soalan esei

sejarah. Mereka tidak dapat menyatakan serta menghuraikan fakta sejarah yang dikehendaki oleh

sesuatu soalan. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik.

Disebabkan masalah ini, kaedah tema telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk

menguasai fakta sejarah sesuatu topik. Sekiranya kajian ini berjaya, maka guru-guru akan

menggunakan kaedah ini untuk mengajar pelajar-pelajar menguasai fakta sejarah dengan mudah.
2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei sejarah dengan

menggunakan kaedah tema. Kaedah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan

pelajar-pelajar terhadap penguasaan fakta sejarah.

Kemahiran penguasaan fakta sejarah sangat penting dalam mata pelajaran sejarah. Sekiranya

kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar, maka kesukaran menjawab soalan esei dalam

tempoh masa yang ditetapkan akan timbul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai fakta-fakta sejarah.

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan esei sejarah SPM

3.2.3 Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah

3.2.4 Memberi keyakinan diri pelajar dalam menjawab soalan esei sejarah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada lapan orang pelajar Tingkatan V Pengajian

Keusahawanan yang didapati mempunyai masalah menjawab soalan esei Sejarah. Pencapaian

mereka dalam mata pelajaran Sejarah adalah sederhana.

2
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Soal selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui

maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh

pelajar-pelajar secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar.

5.1.2 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian pelajar menjawab soalan esei.

Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan kaedah ‘Tema’ diperkenalkan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Soal Selidik

Berikut adalah dapatan soal selidik yang telah dijalankan.

Bil. Perkara Bilangan pelajar (orang)
1 Jantina Lelaki : 1 Perempuan : 7
2 Jenis Sekolah asal S MK : 8
3 Keputusan PMR A: 3 B:4 C: 1
4 Tempat tinggal Asrama : 6 Rumah : 2
5 Gred keputusan Peperiksaan 5C:2 6C : 2 7D:3 8E: 1
Sejarah
Pertengahan tahun 2004
6 Gred keputusan Peperiksaan 7D : 3 8E : 4 9G : 1
Sejarah
Akhir tahun 2004
Jadual 1 : Soal Selidik Tentang Maklumat Peribadi Pelajar
Bilangan pelajar kumpulan sasaran
Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
setuju pasti setuju Tidak
setuju
1 Saya sangat meminati mata 1 3 1 2 1
pelajaran Sejarah.
2 Kebanyakan topik mata 5 2 1
pelajaran Sejarah tidak
menarik.
3 Mata pelajaran Sejarah 1 1 3 3
membosankan.
4 Mata pelajaran Sejarah tidak 3 5
penting
5 Mata pelajaran Sejarah sangat 4 4
mencabar.
Jadual 2 : Soal-Selidik Tentang Minat PelajarTerhadap Mata Pelajaran Sejarah

Bilangan pelajar kumpulan sasaran

Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
setuju pasti setuju tidak
setuju
1 Saya susah mengingati fakta 1 5 1 1
sejarah
2 Saya tidak gemar menghafal 4 2 1 1
fakta Sejarah
3 Cara guru mengajar 2 2 4
membosankan.
4 Saya perlu mengingat terlalu 1 6 1
banyak fakta.
5 Mata pelajaran Sejarah tidak 1 5 2
dapat membantu saya ke IPT.
Jadual 3 :Soal Selidik Tentang Masalah Yang Dihadapi oleh Pelajar
Bilangan pelajar kumpulan sasaran
Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
setuju pasti setuju tidak
setuju
1 Saya perlu didedahkan 4 4
dengan kaedah membuat nota
ringkas.
2 Guru perlu mempelbagaikan 4 4
kaedah mengajar.
3 Saya perlu didedahkan 4 4
dengan kaedah mengingat
fakta.
4 Saya lebih gemar jika Sejarah 3 1 3 1
diajar dalam bentuk grafik.
5 Saya perlukan pendedahan 2 6
tentang teknik menjawab
soalan Sejarah
Jadual 4 : Soal Selidik Tentang Cara Mengatasi Masalah Yang Dihadapi

Berdasarkan maklumat yamg diperoleh daripada soal selidik, didapati keputusan

Peperiksaan Akhir Tahun 2004 kumpulan sasaran adalah kurang memuaskan iaitu 3 orang pelajar

mendapat gred 7D, 4 orang mendapat gred 8E dan seorang pelajar gagal.(Jadual 1)

Selain itu, seramai 6 orang pelajar mengatakan sangat susah mengingati fakta sejarah.

(Jadual 3). Di samping itu, terdapat 8 orang pelajar mahu diri mereka didedahkan kepada kaedah

mengingat fakta Sejarah.(Jadual 4)

5.2.2 Ujian Pra
Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual di bawah.

Markah Bilangan pelajar / Peratus

70 2 (25%)
80 2 (25%)
90 2 (25%)
100 2 (25%)
Jumlah murid 8

Jadual 5 : Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra

Berdasarkan keputusan ujian pra, didapati seramai 2 orang pelajar (25%) mendapat 100

markah. Pelajar ini didapati meminati topik yang dikemukakan dan topik ini mudah diingati.

5.3 Tindakan yang Dijalankan

5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak 3 aktiviti (3 modul) telah dirancang untuk membantu menguatkan kemahiran

menjawab soalan esei di kalangan pelajar dalam kumpulan sasaran ini. Aktiviti tersebut

ialah:

Aktiviti 1: Modul 1 ( Topik Imperialisme Barat di Asia Tenggara)

(1) Guru memperkenalkan 2 subtopik iaitu imperialis Barat dan faktor-faktor imperialisme Barat

di Asia Tenggara.

(2) Tema untuk topik

1. (a) Apakah yang anda faham tentang imperialisme ?

Tema : Dasar, jajah

(b) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia

Tenggara.

Tema : Strategik, tanah, kaya, perindustrian, pasaran, kapal, terusan, telegraf,

saingan, slogan, agama

Aktiviti 2: Modul 2:( Topik perubahan sistem politik iaitu pengenalan sistem
Birokrasi Barat di Filipina, Burma, Indonesia, Indochina, Tanah Melayu dan
Thailand)

1. Jelaskan ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara di Asia

Tenggara.

Tema: pusat, jeneral, biro, pegawai, undang

2. Bandingkan sistem pentadbiran di Filipina sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan:
Tema: Bangsawan, Datu, Islam

Selepas penjajahan Sepanyol

Tema: Pusat, Jeneral, bandar, kecil, encomienda, encomiendero, tugas.

3. Bezakan sistem pentadbiran di Indonesia sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan
Tema: Berasingan, raja, pembesar, bupati

Selepas penjajahan Belanda

Tema: Dua, Jeneral, tempatan, Jabatan, Dewan, Volksraad

4. Jelaskan sistem pentadbiran tradisional di Burma dan di Indochina

Burma
Tema: Konbaung, raja, penaung, dibantu, Hluttaw, pembesar

Indochina
Tema: Berasingan, pusat, mutlak, birokrasi, mandarin.
5. Huraikan kesan-kesan sistem birokrasi Barat dalam sistem pentadbiran di Burma.
Tema: Konbaung, raja, pembesar, akta, tinggi, myo-ok, agama, undang, jabatan

6. Terangkan perbezaan sistem pemerintahan tradisional dan sistem pentadbiran British di

Tanah Melayu.
Tema: Lipatan, ikutan, raja

Sistem Pentadbiran British

Tema: Selat, Gabenor, Residen, penghulu, NNMB, NNMTB, penasihat, tugas, hakim, cukai,
polis.

7. Jelaskan perubahan yang dilakukan oleh Chulalongkorn dan Mongkut dalam sistem
pentadbiran di Thailand
Tema: Lantik, penasihat, Britain, perkenal, juruaudit, raja

8. Huraiakan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di

Asia Tenggara
Tema: Raja, pembesar, ekonomi, daerah, pinggir, pusat

Aktiviti 3: Modul 3: (Topik faktor-faktor kemunculan nasionalisme dan

perkembangan nasionalisme di Filipina, Indonesia, Indochina
Burma dan Thailand.)

1. Apakah maksud nasionalisme?

Tema: Cinta, bebas

2. Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.

Tema: Dasar, agama, karya, pendidikan, intelektual, media, hubung, pengaruh

3. Jelaskan tahap-tahap perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Tahap pertama:
Tema: Sederhana, pimpin, hak, politik, tidak
Tahap kedua:
Tema: Radikal, barat, merdeka
Aktiviti 4 (Ujian Pos untuk semua topik)

1. Soalan-soalan diberikan kepada semua pelajar.

2. Murid dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut dalam masa 30 minit.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini ialah

a) Aktiviti 1: Kad imbasan

b) Aktiviti 2: Kad imbasan

c) Aktiviti 3: Kad imbasan, kertas mahjung

5.3.3 Instrumen dan langkah pemerhatian

a. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu mulai 31.1.05 sehingga 30.3.05.
b. Beberapa orang guru diberikan tugasan menyediakan modul tema untuk subtopik yang
akan digunakan.

c. Kajian dijalankan mengikut jadual waktu persekolahan.

d. Pemerhatian dibuat untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

e. Soal selidik dilakukan terhadap pelajar sasaran. Soal selidik ini dijawab oleh pelajar
secara jujur dan tertutup. Tujuan soal selidik ini dilaksanakan untuk mendapatkan
maklumat peribadi pelajar, minat, masalah murid berkaitan mata pelajaran sejarah dan
cadangan cara untuk mengatasi masalah.

f. Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian, manakala ujian pos dibuat pada akhir
tempoh kajian. Ujian pos diberi kepada kumpulan pelajar sasaran. Keputusan ujian pra
dan ujian pos akan dianalisis untuk mengetahui perubahan prestasi pelajar yang diuji.

g. Ujian Pra mengandungi 2 soalan esei untuk tajuk yang sama dengan modul 1. Soalan
ujian modul 1, ujian modul 2, ujian modul 3 dan ujian pos berbeza mengikut topik.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian
5.4.1 Aktiviti 1( Modul 1)

Pelajar diperkenalkan kaedah tema selama 8 minggu pada setiap waktu pembelajaran dan

pengajaran sejarah. Aktiviti ini dijalankan 50 minit setiap waktu pengajaran dan

pembelajaran sejarah

Minggu Hari Tarikh Pelaksanaan

1 Isnin 31.01.05
Khamis 03.02.05
2 Selasa 08.02.05
3 Selasa 15.02.05
Khamis 17.02.05
4 Khamis 25.02.05
5 Selasa 01.03.05
Rabu 02.03.05
6 Selasa 08.03.05
7 Khamis 24.03.05
8 Selasa 29.03.05
Rabu 30.03.05

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 1 ditunjukkan seperti berikut:-

Langkah 1 Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Perkataan atau tema

bagi sesuatu topik disusun mengikut abjad.
Langkah 2 Guru menghuraikan secara jelas bagi tema yang terdapat dalam
setiap subtopik.
Langkah 3 Apabila selesai semua tema diperkenalkan, pelajar diminta
menyebut tema semula.
Langkah 4 Pelajar membina perkataan menggunakan huruf awal tema.
Contoh, soalan 1 : Tema : Dasar, jajah --- DJ
Langkah 5 Pelajar menjawab soalan esei yang diedarkan.

(i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan minat. Hal ini
demikian kerana pelajar mudah mengingat fakta-fakta penting.

ii) Refleksi
Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai fakta Sejarah dengan mudah.

5.4.2 Aktiviti 2 (Modul 2)

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 2 ditunjukkan seperti berikut:-
Langkah 1 Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Pelajar dikehendaki membaca
buku teks berkaitan topik tersebut.
Langkah 2 Guru menulis soalan di papan putih.
Langkah 3 Pelajar dikehendaki mencari jawapan untuk soalan tersebut dan menulisnya
di papan putih serta menggariskan tema
Langkah 4 Guru menyuruh pelajar membaca jawapan tersebut serta temanya.
Langkah 5 Guru membandingkan tema yang diberi oleh pelajar dengan tema yang
disediakan olehnya serta memberikan ulasan tentang ketidaksamaan tema
yang dipilih. Pelajar juga disuruh membina ayat dengan menggunakan
tema-tema yang telah ditentukan.
Contoh, Soalan 1 : Tema : Pusat, jeneral, biro, pegawai, undang
Ayat : Pusat jeneral undang pegawai biro

(i) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan minat

untuk membaca buku teks Sejarah serta mencari jawapan untuk soalan yang dikemukakan

oleh guru. Pelajar juga dapat mengenal pasti tema yang paling sesuai untuk setiap isi.

(ii) Refleksi

Saya berasa puas hati kerana mereka dapat mencari fakta Sejarah yang

dikehendaki oleh soalan serta menguasai fakta-fakta tersebut.

5.4.3 Aktiviti 3 (Modul 3)

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Modul 3 ditunjukkan seperti berikut:-

Langkah 1 Guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar. Pelajar dikehendaki
membaca buku teks berkaitan topik tersebut.
Langkah 2 Guru menulis soalan di papan putih.
Langkah 3 Pelajar dikehendaki mencari jawapan untuk soalan tersebut
Langkah 4 Guru menyuruh pelajar mencari tema-tema yang disediakan
olehnya mengikut kehendak soalan.
Langkah 5 Guru menyemak tema yang disusun oleh pelajar sama ada
sesuai dengan kehendak soalan. Pelajar juga disuruh membina
singkatan dengan menggunakan huruf awal perkataan.
Contoh, soalan 1 : Tema : Cinta, bebas Singkatan : BC
(Bahasa Cina)

(i) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini mulai menunjukkan

minat untuk membaca buku teks Sejarah serta mencari jawapan untuk soalan yang

dikemukakan oleh guru. Pelajar juga mengenal pasti tema yang dikehendaki untuk setiap

soalan.

(ii) Refleksi

Saya berasa puas hati kerana mereka dapat mencari fakta Sejarah yang
dikehendaki oleh soalan dengan lebih cepat serta dapat mencipta singkatan untuk tema-tema
tersebut.
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian ini telah memberikan
impak yang cukup dalam membantu pelajar menjawab soalan esei dengan baik. Hasil
dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian
pos yang diadakan kepada pelajar.

Markah Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran

Ujian Pra % Ujian Pos %
70 2 25
80 2 25
90 2 25 1 12.5
100 2 25 7 87.5

Jadual 7: Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra and Ujian Pos

Berdasarkan jadual 7, terdapat peningkatan kualiti dalam ujian pos. 7 orang pelajar

mendapat 100 markah dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra iaitu 2 orang pelajar

mendapat 100 markah .

Analisis Ujian

100
80
60 UjianPra
40 UjianPos
20
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

Jadual 8 : Catatan Markah Dalam Ujian Modul 1, 2, 3

Markah Modul 1 Modul 2 Modul 3
Bil % Bil % Bil %
80 1 12.5
90 3 37.5 1 12.5 2 25.0
100 4 50.0 7 87.5 6 75.0

Berdasarkan Jadual 8, pencapaian pelajar dalam ujian modul 1 ialah 4 orang pelajar mendapat

100 markah. Manakala pencapaian pelajar dalam ujian modul 3 ialah 6 orang pelajar mendapat

100 markah.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga modul yang telah dijalankan mendapat sambutan

baik daripada pelajar kumpulan sasaran. Mereka bukan sahaja dapat memahami topik yang

diajar malah dapat menjawab soalan esei yang dikemukakan. Namun berlaku juga pelajar

sasaran yang tidak dapat menguasai jawapan esei kerana topik yang dipelajari agak luas.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan

Kajian ini telah membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei.

Modul-modul yang diperkenalkan menggunakan pendekatan tema dapat meningkatkan

ingatan murid untuk menjawab soalan esei sejarah.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian ini didapati membantu pelajar mengingati fakta untuk menjawab soalan esei. Oleh

itu, kaedah ini perlu diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah. Di

samping itu, untuk memudah mengingatkan tema, perlu diperkenalkan kaedah mencipta lirik

lagu, mencipta sajak, mencipta dialog dan teka silang kata dengan menggunakan tema-tema
dalam setiap topik. Sekiranya kedua-dua kaedah ini diaplikasikan, pelajar akan lebih

berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh

pelajar semasa menjawab soalan esei Sejarah akan meningkat.

LAMPIRAN 1

Senarai Nama Pelajar dan Markah Individu Setiap Ujian

Tarikh 3/2 15/2 25/2 8/3 30/3

Bil Nama PMR PT GRED PA GRED UPR GRED UM1 GRED UM2 GRED UM3 GRED UPO GRED

1. Athirah ‘Izzati Bt Ab Rahman B 40 7D 34 8E 100 1A 100 1A 90 1A 90 1A 100 1A

2. Muhammad Syamil Hakim A 56 6C 48 7D 70 3B 90 1A 100 1A 100 1A 100 1A
3. Noor Azlinda Bt Razaly C 45 7D 26 9G 80 1A 80 1A 100 1A 100 1A 100 1A
4. Norliyana Bt Mohd Anuar B 46 7D 41 7D 70 3B 100 1A 100 1A 100 1A 100 1A
5. Noryazmiza Azieana Bt Bidin A 53 6C 35 8E 90 1A 90 1A 100 1A 100 1A 100 1A
6. Nur Afiza Bt Mohd Akhir A 34 8E 31 8E 100 1A 100 1A 100 1A 100 1A 90 1A
7. Nurfathiyah Bt Ramle B 61 5C 40 7D 90 1A 100 1A 100 1A 100 1A 100 1A
8. Nurul Atikah Bt Khairon Azahar B 60 5C 35 8E 80 1A 90 1A 100 1A 90 1A 100 1A

Petunjuk

PMR : Peperiksaan Menengah Rendah

PT : Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Empat
PA : Peperiksaan akhir Tahun Tingkatan Empat
UPR : Ujian Pra
UM1 : Ujian Modul 1
UM2 : Ujian Modul 2
UM3 : Ujian Modul 3
UPO : Ujian Post
Lampiran 2
MODUL 1
1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
1. (a) Apakah yang anda faham tentang imperialisme?

Dasar - Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan

pengaruh dan wilayahnya.

Jajah - Ia dilakukan dengan menjajah negara lain untuk kepentingan

tertentu.

(b) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia

Tenggara.

Strategik - Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu terletak di

antara China dan India.

Tanah - Tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial.

Kaya - Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.

Perindustrian - Kepesatan sektor perindustrian di Eropah menyebabkan mereka

memerlukan bekalan bahan mentah.

Pasaran - Mereka memerlukan pasaran yang baru untuk memasarkan

barangan mereka.

Kapal - Penggunaan kapal wap membolehkan muatan yang lebih banyak

dibawa dan perjalanan lebih cepat.

Terusan - Pembukaan Terusan Suez memendekkan perjalanan , perjalanan

lebih selamat serta menjimatkan kos.

Telegraf - Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan antara pegawai

dengan tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.

Saingan - Berlaku persaingan antara kuasa Barat untuk meluaskan tanah

jajahan bagi melambangkan kekuatan dan kekayaan.

Slogan - Kuasa Barat menggunakan slogan seperti Beban Orang Putih dan
tugas Menyebarkan Tamadun dalam menjalankan imperialisme.

Agama - Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab

menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
Lampiran 3

Modul 2

1.2.1 PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

1. Jelaskan ciri-ciri umum Sistem Birokrsi Barat yang diperkenalkan di negara-negara di Asia
Tenggara.

Pusat Penubuhan kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

Jeneral Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
Biro Pentadbiran melalui biro (jabatan)
Pegawai Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
Undang Pengenalan undang-undang Barat

2. Bandingkan sistem pentadbiran di Filipina sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan
Barangay Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay
Datu Barangay ini diperintah oleh golongan datu
Islam Di selatan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam

Selepas penjajahan Sepanyol

Pusat Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Jeneral Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
Bandar Pentadbiran wilayah diketuai oleh Datuk Bandar
Kecil Pentadbiran bandar ditadbir oleh Gabenor Kecil
Encomienda Barangay digabungkn menjadi encomienda iaitu pentadbiran peringkat
tempatan

Encomiendero Encomienda ditadbir oleh encomiendero

Tugas Tugas encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan

mengkristiankan penduduk barangay
3. Bezakan sistem pentadbiran di Indonesia sebelum dan selepas dijajah.

Sebelum penjajahan
Berasingan Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan
Raja Kerajaan tersebut diketuai oleh raja
Pembesar Raja dibantu oleh golongan pembesar
Bupati Peringkat tempatan pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau
bupati (Jawa).

Selepas penjajahan Belanda

Dua Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua bahagian iaitu pentadbira
pusat dan pentadbiran.

Jeneral Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral

Tempatan Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan
pegawai Belanda

Jabatan Penubuhan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
Dewan Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada
kuasa perundangan.

Volksraad Penubuhan volksraad (Majlis Rakyat) sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan
hasil desakan Sarekat Islam

4. Jelaskan sistem pentadbiran tradisional di Burma dan di IndoChina

Burma
Konbaung Sebelum kedatangan British Burma diperintah oleh Dinasti Konbaung
Raja Raja ialah pemerintah kerajaan
Penaung Raja ialah penaung kepada sami Buddha
Dibantu Raja dibantu oleh pembesar tradsional tempatan
Hluttaw Hluttaw merupakan Majlis Penasihat Raja
Pembesar Pembesar-pembesar tradisional tempatan terdiri daripada Wun (pegawai
tinggi kerajaan) Myothugyi (Ketua Bandar), Ahmudan (pegawai diraja), dan
Athi (pegawai bukan diraja)
IndoChina
Berasingan Terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan (Vietnam, Laos dan Kemboja)
Pusat Setiap kerajaan diperintah oleh kerajaan Pusat
Mutlak Pembesar tempatan diberi kuasa mutlak oleh kerajaan Pusat
Birokrasi Di Vietnam birokrasi tradisional diamalkan
Mandarin Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional

5. Huraikan kesan-kesan sistem birokrasi Barat dalam sistem pentadbiran di Burma

Konbaung Penguasaan British ke atas Burma telah menyebabkan berakhirnya pemerintahan
Dinasti Konbaung

Raja Institusi raja telah terhapus

Pembesar Jawatan pembesar tradisional pada peringkat Pusat terhapus.

Akta Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma
telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional.

Tinggi Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

Myo-ok Pentadbiran telah dimbil alih oleh Myo-ok dan sistem undang-undang Barat
diprkenalkan.

Agama Pengaruh golongan agama (sami) merosot kerana diambil alih oleh
undang-undang Barat.

Undang Majlis perundagan telah diperkenalkan.

Jabatan Beberapa buah jabatan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran
ditubuhkan.

6. Terangkan perbezaan sistem pemerintahan tradisional dan sistem pentadbiran British di

Tanah Melayu

Sistem pentadbiran tradisional

Lipatan Melaka mengamalkan sistem pembesar empat lipatan

Ikutan Sistem ini menjadi ikutan (asas) pemerintahan negeri-negeri lain
Raja Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Sistem pentadbiran British

Selat Semasa pentadbiran Britisah,Melaka, Pulau Pinang dan Singapura

digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)

Gabenor Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS

Residen Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga buah negeri
Penghulu Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan
NNMB Di NNMB British memperkenalkan Sistem Residen
NNMTB DI NNMTB British memperkenalkan Sistem Penasihat
Penasihat Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS
Tugas Tugas utama Residen dan Peasihat ialah menasihati sultan dalam semua
perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam
Hakim British memperkenalkan sistem kehakiman
Cukai Pelaksanaan sistem pengutipan cukai
Polis Pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis

7. Jelaskan perubahan yang dilakukan oleh Chulalongkorn dan Mongkut dalam sistem
petadbiran di Thailand

Lantik Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai
jabatan dan melatih pegawai-pegawai tempatan
Penasihat Penasihat kastam dan ketenteraan diambil dari Amerika Syarikat dan
Perancis
Britain Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis diambil dari Britain
Perkenal Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri
Juruaudit Juruaudit dari Britain telah dilantik dalam perbendaharaan negara
Raja Memperkenalkan sistem raja berpelembagaan seperti yang diamalkan di
Barat.

8. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia
Tenggara

Raja Pengurangan pengaruh raja / penyingkiran institusi raja

Pembesar Pengurangan / penyingkiran kuasa pembesar

Ekonomi Penggunaan sumber ekonomi tempatan untuk kepentingan

penjajah

Daerah Pembahagiaan negara yang dijajah kepada beberapa daerah

Pinggir Peminggiran undang-undang tradisional

Pusat Penggabungan wilayah-wilayah menjadi sebuah kerajaan pusat

Lampiran 4

Modul 3

1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. a) Apakah maksud nasionalisme ?
Cinta – Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara
yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

Bebas – Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja

tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan
kebudayaan asing.

1. b) Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ?

Dasar - Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada
rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.

- Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional yang serba

kekurangan.

- Dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran.

Agama - Agama sebagai alat perpaduan, contoh Gerakan Islah di Indonesia dan
Tanah Melayu memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam
menentang penjajah.

Karya -Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap

penindasan penjajah.

Pendidikan - Sikap penjajah pilih kasih utamakan sekolah yang guna bahasa
penjajah sebagai bahasa pengantar.

- Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernacular sukar mendapat

pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

Intelektual - Lepasan pendidikan di Barat dan Asia Barat

didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
a) Mereka sedar pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara
mereka sendiri.
Media - Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea
nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah kepada
rakyat jelata.

Hubung - Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf

memudahkan hubungan antara nasionalis.

- Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya

menghubungkan kawasan-kawasan yang terpisah.

Pengaruh - Kejayaan Jepun tewaskan China 1895 dan Russia 1905

buktikan negara kecil mampu tewaskan negara besar.

- Inspirasi dari perjuangan Mahatma Gandhi di India

menentang British.

2. a) Jelaskan tahap-tahap perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Tahap Pertama.
Sederhana - tidak berorganisasi dan bercorak sederhana (tidak radikal).

Pimpin - dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat dan Timur

Tengah.

Hak - bermatlamat menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf

hidup diperbaiki.

Politik - menekankan kesedaran politik dan bukannya tindakan politik.

Tidak - tidak menuntut kemerdekaan dengan segera.

Tahap Kedua.
Radikal - lebih berorganisasi dan bercorak radikal.
Barat - dipimpin oleh golongan berpendidikan luas dalam kebudayaan
dan ilmu pengetahuan Barat.

Merdeka - bermatlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan

sendiri.
Lampiran 5

Ujian Pra

1. a) Jelaskan maksud imperialisme dan contoh imperialis Barat di Asia Tenggara.

(6 markah)
b) Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
( 14 markah)
Jawapan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 6
Ujian Modul 1

1. a) Jelaskan maksud imperialisme dan contoh imperialis Barat di Asia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lampiran 7

Ujian Saringan Modul 2

1. (a) Jelaskan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-
negara di Asia Tenggara. (6 markah)
(b) Terangkan perubahan sistem pentadbiran di Indonesia semasa penjajahan
Belanda. (8 markah)
(c) Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem
pentadbiran di Asia Tenggara.

Lampiran 8

Ujian Saringan Modul 3

1. a) Apakah maksud nasionalisme ? (4 markah)
b) Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ?
(12 markah)
c) Terangkan tahap pertama gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
(4 markah)
Jawapan
________________________________________________________________________________

Lampiran 9
Ujian Post

1. a) Bincangkan faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia Tenggara?

(10 markah)
b) Jelaskan perubahan sistem pentadbiran di Tanah Melayu sebelum dan semasa
penjajahan British. (10 markah)

Jawapan
_____________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

1. Aleeya Atiqah Ammar (2005), Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur, Pelangi Sdn Bhd,
Selangor.

2. Krisna Samy (2005), Sejarah Tingkatan 5, Selangor, Info Didik Sdn Bhd, Selangor.

3. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri,
Muslimin Bin Fadzil (2003), Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
LAMPIRAN 10

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING

KAJIAN TINDAKAN SEJARAH
Borang Soal Selidik
Bahagian A : Butiran Peribadi
Sila tandakan / pada kotak yang sesuai.

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Jenis Sekolah asal : SMK SMJK

3. Keputusan PMR : Sejarah : ______

4. Tempat tinggal : Asrama Rumah

5. Gred keputusan Peperiksaan Sejarah

Pertengahan tahun 2004
Akhir tahun 2004
Bahagian B: Minat
Bulatkan jawapan pada sebelah kanan soalan.
A – Sangat setuju
B – Setuju
C – Tidak pasti
D – Tidak setuju
E – Sangat tidak setuju

1. Saya sangat meminati mata pelajaran Sejarah. A B C D E

2. Kebanyakan topik mata pelajaran Sejarah tidak menarik. A B C D E

3. Mata pelajaran Sejarah membosankan. A B C D E

4. Mata pelajaran Sejarah tidak penting A B C D E

5. Mata pelajaran Sejarah sangat mencabar. A B C D E

Bahagian C: MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR

1. Saya susah mengingati fakta sejarah A B C D E

2. Saya tidak gemar menghafal fakta Sejarah. A B C D E

3. Cara guru mengajar membosankan. A B C D E

4. Saya perlu mengingat terlalu banyak fakta. A B C D E

5. Mata pelajaran Sejarah tidak dapat membantu saya ke IPT. A B C D E

Bahagian D: CARA MENGATASI

1. Saya perlu didedahkan dengan kaedah membuat nota ringkas. A B C D E

2. Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar. A B C D E

3. Saya perlu didedahkan dengan kaedah mengingat fakta. A B C D E

4. Saya lebih gemar jika Sejarah diajar dalam bentuk grafik. A B C D E

5. Saya perlukan pendedahan tentang teknik menjawab soalan Sejarah. A B C DE

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA!

You might also like