You are on page 1of 43

Pengenalan kepada sukan

ragbi
• Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan
sejenis permainan bola berpasukan.

• Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap


pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak, melontar, atau membawa bola
sehingga mereka boleh menyepak untuk
melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang
garisan lawan.
• Pasukan yang memungut mata paling banyak
maka pasukan itu yang akan diistiharkan
menang bagi perlawanan ini.
Sejarah ragbi dunia
Bagaimana permainan ragbi ini
bermula?
• Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada
waktu itu William Webb Ellis sedang bermain
bola sepak di sekolah Rugby.
Gambar di atas adalah gambaran seorang pemain iaitu William Webb
Ellis sedang bermain bola sepak. Secara tidak sengaja dia telah
melarikan bola itu dengan tangan
• Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan
membawa lari bola dengan tangannya

• Maka tercetuslah suatu permainan baru.


Selepas itu Universiti Cambridge pula telah
melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti
ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia
menarik minat ramai orang.
• Universiti Cambridge juga telah membuat
beberapa peraturan untuk permainan ragbi
ini.
• Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh
dunia dan disertai oleh banyak negara.
• Pada mulanya sistem permainan tidak teratur
disebabkan undang-undang permainan selalu
berubah.

• Selain itu cara permainannya yang agak lasak


menyebabkan ramai yang takut untuk
mengikutinya sukan tersebut. Ini boleh dilihat
sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-
dua pasukan cuba merebut bola.
• Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari
segi permainannya, ramai orang mula
menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

• Kemudian Universiti Cambrigde telah


mengubahsuai permainan ini,
mempopularkan dan membuat peraturan
rasmi ragbi.
• Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-
sekolah di England.

• Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan


peraturan rasmi permainan ragbi di London
sepuluh tahun kemudian.
• Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League)
telah ditubuhkan dengan 13 permainan
bersama dengan peraturan yang lebih
profesional.

• Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan


perlawanan antara negara diadakan
• Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun
1880 scrum telah diubahsuai.

• Pada tahun 1905 perlawanan antara


Sarthmore dengan Pennsylvania telah
mencetuskan pergaduhan
• Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt
telah mengubah peraturan bagi
mengurangkan keganasan dalam permainan
ragbi.

• 1906 akibat daripada perubahan pada


permainan ragbi, muncullah American Foolball
di Amerika Syarikat
Sejarah ragbi malaysia
• Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas
perang dunia pertama.
• sukan ini pada awalnya bermula di Negeri
Sembilan.
• Beberapa orang pemain termasuk pegawai-
pegawai Eropah telah menjalani latihan di
Padang Stesen, Seremban
• Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi
pertama di Malaysia.
• Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara
negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi
merebut Piala All Blues.
• Seterusnya pertandingan ini telah diadakan
setiap tahun hinggalah tahun 1963.
• Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan,
pertandingan antara negeri ini telah ditukar
dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.
• Pertandingan Piala Malaya pula bermula
beberapa tahun selepas Piala All Blues.
• Corak pertandingan sama dengan bola sepak
iaitu antara negeri.
• Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya
telah ditukar kepada Piala Agong.
• Kini, pertandingan Piala Agong merupakan
kemuncak aktiviti KRM setiap tahun
• terdapat pertandingan-pertandingan lain
seperti Kejohanan Anggota Kerajaan,
Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan
jemputan samada anjuran KRM ataupun
negeri-negeri.

• Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar


sehingga terdapat pula pertandingan khusus
untuk peringkat ini.
Bagaimana ragbi
dimainkan ???
Bagaimana ragbi dimainkan ???

• Ragbi merupakan permainan yang pantas dan


lasak. Perlawanan di peringkat dewasa
dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit)
dengan setiap separuh masa mengambil masa
selama empat puluh minit (40 minit).
• Sepak mula dan pemilihan tempat permainan
atau bahagian mana padang akan ditentukan
oleh ketua pasukan dengan melambung duit
syiling.

• Pemain-pemain pasukan yang membuat sepak


mula mestilah berada di belakang pemain
yang melakukan sepakan.
• Mereka harus berada dalam posisi yang
membolehkan mereka mengawal keseluruhan
kawasan permaian.

• Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada


tidak terlalu dekat dengan pemain yang membuat
sepak mula.

• Pastikan pasukan lawan berada di belakang


garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat
secara tendang letak dan bola yang ditendang,
mestilah mengatasi garisan sepuluh meter.
Cara pengiraan…
Skor
• Terdapat dua cara skor yang asas dalam
permainan ragbi iaitu ‘try’ (percubaan) dan
‘goal’ (gol).
‘Try’
• Setiap ‘try’ bernilai empat mata. ‘Try’ berlaku
apabila pemain berjaya membawa bola ke
kawasan gol dan meletakkan bola di atas
tanah. Kawasan gol ialah kawasan permainan
di antara garisan gol dan garisan ‘bola mati’.
Sebaik-baiknya ‘try’ hendaklah dibuat di
tengah-tengah tiang gol.
• Keadaan ini akan memudahkan tendangan gol
yang menyusuli ‘try’ itu. Kadangkala pengadil
boleh memberikan ‘try’ penalti.

• Keadaan ini berlaku apabila pemain daripada


pasukan yang bertahan, sengaja melakukan
kesalahan ketika sesuatu ‘try’ hendak dibuat
dan akibatnya pasukan penyerang akan
mendapat ‘try’ penalti.
• ‘Try’ penalti dibuat di hadapan tiang gol pada
kedudukan di tengah-tengah kawasan gol.
Kedudukan ini memudahkan tendangan gol
dibuat. Skor bagi setiap tendangan gol ialah
tiga mata.
Pengajaran &
pembelajaran
• Pasukan yang berjaya membuat ‘try’ akan
diberi peluang membuat tendangan gol. Jika
bola yang ditendang melepasi tas palang gol
di antara dua tiang gol, dua (2) mata
tambahan akan diberi.

• Skor tiga (3) mata juga akan diberi melalui


tendangan ‘drop kick’ iaitu tendangan secara
lantun dan melepasi atas palang gol iaitu di
antara dua tiang gol.
ISU SEMASA TENTANG SUKAN RAGBI
• Positif

- Ragbi: Malaysia layak ke Kejohanan Dunia

Oleh SAHLIZAH MOHAMED

sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

SELEPAS tujuh tahun gagal untuk beraksi pada

Kejohanan Dunia 7 sepasukan


skuad ragbi lelaki negara tampil hebat untuk
menamatkan kemarau apabila berjaya
mengatasi Sri Lanka pada final kategori plate
dalam siri Kejohanan Ragbi Asia iRB 7
Sepasukan di Stadium Likas, Kota Kinabalu
semalam.
• Kemenangan 15-10 ke atas Sri Lanka itu
meletakkan skuad negara di kedudukan kelima
daripada 12 negara yang bertanding dengan
pungutan lapan mata, sekali gus menjadikan
jumlah keseluruhan 17 mata selepas skuad
negara mengutip sembilan mata pada siri
terdahulu di Shanghai, September lalu.
Meskipun terpaksa mengharungi perlawanan
dalam keadaan hujan lebat, ia tidak langsung
mematahkan semangat pemain negara untuk
terus memberi saingan kepada lawan.
Tampil merekod ‘try’ pertama seawal minit
kedua ialah Apenisa Vasutoga dan disusuli
dengan satu lagi percubaan ‘try’ pada minit
ketiga oleh Nacani Seniu sebelum K.
Dineshwaran melakukannya pada minit-minit
terakhir perlawanan.

Jurulatih skuad negara, Mussolini Magele


ketika ditemui melahirkan rasa puas hati
dengan pencapaian yang dipamerkan oleh
anak- anak buahnya itu.
“ Semua pemain beraksi dengan sepenuh hati
dan mereka juga telah mempamerkan aksi
yang hebat berbanding dengan apa yang saya
sangkakan.

“ Kini mereka telah layak untuk beraksi di


pada Kejohanan Dunia di Hong Kong pada
Mac 2011 dan untuk persiapan awal, mungkin
mereka (skuad negara) akan menjalani latihan
di Kuala Lumpur, ” katanya.
Dalam pada itu, Hong Kong yang merupakan
naib juara pada edisi tahun lalu tampil
cemerlang dengan membenam juara
bertahan, Jepun 28-31 untuk muncul juara.

Juara bagi kategori Kelab Jemputan Tujuh


Sepasukan pula menjadi milik kelab Da-
vetalevu.

Dipetik daripada:
http://www.harimaumalaya.com
• Negatif
Pemain ragbi Malaysia positif ganja di sukan
Komanwel NEW DELHI 20 NOV :
Seorang anggota
pasukan ragbi
Malaysia ke sukan
Komanwel baru-baru
ini didapati positif
dadah yang
diharamkan, kata
seoarang pegawai
kanan Persekutuan
Sukan Komanwel
(CGF)
Pemain terbabit, salah seorang anggota dalam
pasukan ragbi tujuh sebelah Malaysia didapati
positif ganja, dadah yang diharamkan oleh
Agensi Anti Pengambilan Dadah Dunia (WADA).

"Ganja dijumpai dalam sampel ujian air


kencingnya dan beliau telah disingkirkan dari
sukan komanwel di Delhi," kata pegawai
terbabit.
Penasihat Perubatan Kehormat kepada CGF,
Tan Sri Dr Mani Jegathesan dilaporkan
Bernama sebagai berkata perkara terbabit
telah dirujuk kepada Badan Ragbi
Antarabangsa (IRB).

Bagaimanapun, tambah beliau lagi pemain


terbabit tidak mengambil bahagian dalam
Sukan Asia yang sedang berlangsung di New
Delhi.
• Menurut laporan media sebelum ini, pemain
terbabit telah menerima hasil keputusan ujian
berkenaan dan juga tidak menggunakan
haknya untuk mendapatkan ujian sampel ''B".

• IRB, yang beribu pejabat di Ireland juga


engggan memberi sebarang komen
berhubung perkara berkenaan.
Seorang pegawai badan terbabit yang enggan
dikenali dilaporkan sebagai berkata," proses
berkenaan masih terbuka" dan pihaknya tidak
boleh memberikan sebarang komen.

Pemain terbabit adalah atlit keenam yang


didapati mengambil dadah yang terlarang
ketika Sukan Komanwel ke-19 di Delhi Oktober
lalu. - TVS News

 Dipetik daripada:
Rujukan
• http://lpdn28.blogspot.com/2010/11/pemain-
ragbi-malaysia-positif-ganja-di.html
• http://www.nsc.gov.my/index.php?option=co
m_content&task=view&id=341

You might also like